Menu Utama

ADUN Keluar Parti Antara Rombongan Jumpa Perdana Menteri?

KUALA TERENGGANU 13 Mei- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu kawasan Bukit Besi, Roslee Daud yang mengumumkan keluar UMNO pagi tadi dikatakan turut sama rombongan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional (BN) Terengganu berjumpa Perdana Menteri, Datuk seri Najib Tun Razak malam ini atau pagi esok.

Pertemuan yang bertujuan mencari jalan meredakan konflik politik di negeri ini yang tercetus semula dan meletakkan kerajaan Barisan Nasional dalam keadaan goyah ekoran berlakukan peralihan kepemimpinan negeri.

Sementara itu Utusan Online melaporkan tiga ADUN, Muhammad Pehimi Yusof (Jertih), Datuk Mohd Jidin Shafie (Permaisuri) dan Bazlan Abd Rahman (Batu Rakit) berlepas ke Kuala Lumpur petang ini.

Beberapa lagi ADUN termasuk Mohd Mahdi Musa (Kota Putera), Iskandar Jaafar (Jabi), Datuk Sabri Mohd Noor (Langkap) dan Datuk Tengku Putera Tengku Awang telah berlepas dengan penerbangan pada sebelah pagi.






7 Komen to ADUN Keluar Parti Antara Rombongan Jumpa Perdana Menteri?

  1. kulaan says:

    selesaikanlah secara baik
    W

  2. dkds says:

    harap ada jalan penyelesaian….orang marah biasalah akan melenting..tapi tidak akan kekal kemarahannya…kepentingan parti perlu diutamakan

  3. Labuman says:

    Pada pru13, prestasi semua mb dan pengerusi bn negeri termasuk najib sendiri adalah semakin buruk. Di Selangor yg najib jadi pengarah pilihanraya, bn kalah lebih teruk. Mengapa ahmad said mahu digantikan (dengan ahmad razif??) hingga perlu ada perjanjian sulit utk tempoh 1 tahun sedangkan mb lain tidak di buat begitu? Jika berdasarkan prestasi, mestilah najib sendiri dan semua mb perlu diganti kecuali kedah dan perak.

    Mengapa ketua ketua bahagian umno terengganu tidak dimaklumkan dan satu mesyuarat perhubungan dgn kehadiran su agong tidak di adakan lebih awal?? Mengapa perlantikan mb baru dibuat tergesa-gesa dan brliau pun baru tahu akan jadi mb seolah olah perancangan pengganti mb baru saja dibuat? Menggunakan surat perjanjian hanya membuktikan kelemahan kepimpinan umno dan menjadi bahan lawak rakyat. Shafie apdal pun gagal memberi jawapan memuaskan mengenai isu mengapa rayuan ahmad said untuk penangguhan ditolak oleh najib? Insiden ini menyerlahkan betapa tidak bijak nya najib dan beliau tidak berpandangan jauh. Tangan najib yg mencincang, mengapa bahu orang lain harus memikul? Antara jalan keluar kepada kemelut umno ialah dengan najib sendiri meletakkan jawatan.

  4. baba says:

    in sya Allah, semua semua ok. dengar kata cuma tinggal mad said dan ghazali saja belum tarik balik

  5. arhi says:

    Carilah penyelesaian secara baik spt kata org tua2 ibarat menarik rambut dalam tepung,berhubung dgn prestasi pilihan raya dulu bukan dibuat ukuran untuk menilai ketokohan pemimpin kerna sebahagian besar tokoh utama negara turut mengalami kemorosotan teruk bahkan sesetengahnya hampir tersungkur

  6. WTF says:

    Aku suka kata2 Labuman

    Kalau ikutkan dan menurut kata2 org, disebabkan prestasi maka MB Terengganu kena digantikan oleh org lain.

    Walhal sepatutnya mereka yg dipertanggungjawabkan dan tak dapat kuasai negeri masing2 (Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan) yg patut ditukar ganti.

    Perkara ni pernah aku highlight ketika ura2 nak tukar MB mula keluar dalam MYKMU

    http://www.mykmu.net/?p=42040

  7. mRsTURDY says:

    Nampak mcm Tok Mat Said yg bersalah dan bersikap kebudak-budakan. Tp pada aku buat apalah pengurusan tertinggi kacau UMNO Terengganu nie? Biarkanlah majoriti sikit pun asalkan menang jugak! Kalu jadi macam ni goyah jadinya..Selama mana BN boleh bertahan dgn menambah satu tempat speaker utk dapat majoriti? Kalau Tok Mat Said umum masuk PR, abihlah…Ada hikmahnya, jgn dikacau pengurusan UMNO negeri…Berhati2 utk menarik rambut dlm tepung sedangkan tepung dah serasi dgn rambut.

Leave a Reply