Menu Utama

Shahrir Samad “Sekolahkan” Khalid Samad

“Bila orang melawak dia mengambil perkara itu sebagai perkara yang serius.

“Cerita itu datang daripada seseorang yang menganggap dia (Khalid) sebagai seorang yang boleh berfikir di antara perkara yang main-main dan perkara yang serius

Dua MP adik beradik dari Pakatan Rakyat dan BN – Datuk Shahrir Samad (BN-Johor Bahru) dan Khalid Samad (PAS-Shah Alam) – mencuri perhatian dewan pada sesi perdebatan petang ini apabila rancak berdebat dan meningkah antara satu sama lain kira-kira 15 minit.

Drama tersebut bermula apabila Khalid dalam ucapan menjunjung titah YDP Agong menyindir Shahrir (abangnya) yang berucap selama hampir tiga jam semalam, sewaktu MP Pakatan tidak hadir kerana memprotes sidang Parlimen.

Beliau kemudian membidas kenyataan Shahrir yang melihat protes semalam sebagai tidak menghormati prinsip pemisahan kuasa yang didokong oleh mereka.

Tegas Khalid, MP Pakatan memboikot sidang semalam kerana melihat terdapat campur tangan pihak eksekutif dalam kehakiman dengan mempengaruhi keputusan Liwat II untuk menggagalkan ‘Langkah Kajang’.

Menurutnya, campur tangan sama turut wujud dalam kes sabitan kesalahan menghasut ke atas MP Gelugor, Karpal Singh.

“Saya nak beritahu kita tak hadir atas sebab kita membantah campur tangan pihak eksekutif dalam persoalan pihak kehakiman,” katanya yang sebelum itu berulang kali ‘mengundang’ Shahrir untuk mencelah ucapannya.

Jelas Shahrir, pertembungan ‘Langkah Kajang’ dengan tarikh keputusan kes Liwat II membabitkan Anwar tidak dirancang oleh anggota kerajaan.

“Kalau ada tarikh bertembung dengan ‘Kajang Move’, ia berlaku bukan kerajaan eksekutif yang tentukan tarikhnya.

“Kes bagi ketua pembangkang sudah ditangguhkan berapa kali?” tanya Shahrir (kiri).

“Saya juga berharap dapat bercakap selama tiga jam seperti Johor Bahru (Shahrir Samad) semalam,” kata Khalid (kanan), 57, lapan tahun lebih muda dari Shahrir.

Tindakan itu mengundang Shahrir untuk bangun dan membalas permintaan Khalid untuk berucap selama tiga jam.

“Bagi saya, tiga jam (Khalid nak berucap) tak layaklah. Kalau 10 minit lagi, mungkin OK,”

Khalid kemudian menimbulkan satu ‘cerita lama’ di rumah ‘seorang bapa saudara’ mereka tentang kenyataan bekas timbalan perdana menteri, Tun Musa Hitam yang pernah menjadi bos kepada Shahrir.

Dakwa Khalid, Tun Musa (kanan) memberitahunya yang beliau tidak melawan Tun Mahathir kerana tidak mahu menerima nasib sama seperti Anwar.

“Bila orang melawak dia mengambil perkara itu sebagai perkara yang serius.

“Cerita itu datang daripada seseorang yang menganggap dia (Khalid) sebagai seorang yang boleh berfikir di antara perkara yang main-main dan perkara yang serius,” kata Shahrir menyanggah cerita adiknya.

Pertelingkahan kedua-dua adik beradik itu menyebabkan Timbalan Speaker Dewan, Datuk Ismail Mohamed Said melabelkan kedua-duanya sebagai “mereka yang sukar dikawal” sewaktu cuba menenangkan mereka.

Kenyataan itu mengundang ketawa dari sebilangan anggota parlimen.



(Next News) »



16 Komen to Shahrir Samad “Sekolahkan” Khalid Samad

  1. Badrole Amin says:

    nasib baik abang tak kata adiknya bodoh sebab tak faham radar tentera mana boleh dapat tahu ‘blip’ yang keluar pada radar tentera boleh terus keluar tertera nama kod pesawat MH370

    aku bercakap tentang khalid gereja hari tu dalam satu ceramah pakatan haram memperlekeh kerajaan dan tentera, dia kata kerajaan beli radar mahal-mahal tapi tak boleh kesan MH370

    sesungguhnya khalid gereja seorang yang bodoh sebab dia tak faham dan tak tahu nak bezakan fungsi antara radar kawalan udara penerbangan komersil dengan radar tentera

  2. baba says:

    hanya abang tau kebodohan adiknya

  3. MemangTerok says:

    Extremism Khalid menyebabkan kita nampak dia macam tak layak jadi adik pada YB Shahrir. Yb Shahrir dari dulu sampai kini dilihat sebagai seorang yang low profile dan senang didekati.

    Khalid akan kekal dengan cara dia kerana dia memang penganut extreme yang hanya sesuai berada dalam parti dia sekarang.

  4. dagang says:

    Dua biji buah tu dari pokok yang sama …buah yang mula tu rasa manis dan sedap dimakan….manakala buah yag kedua tu sedikit pahit dan tak enak dimakan……

  5. DataCode says:

    Khalid Samad memang tidak berhati peruk dan tidak memelihara akhlak sebagai pemimpin

    • EVLee says:

      Bila jadi pembangkang ni, depa bedah hati ngan perut…depa implant ngan tembolok. Sebab tu depa ni rasa amat terseksa…. dok menyasau, meracau dan menghoyan selalu.

  6. anakbochek says:

    Biasalah dalam setandan kelapa tak semuanya elok dan unfortunately Khalid Samad ada dalam kumpulan kelapa yang tak elok tu. Peace.

    • EVLee says:

      Elok lah tu… amat elok untuk digunakan dalam upacara ‘pecah nyok’ masa musim perayaan. Smashed to pieces… then, there’s peace.

  7. matihidupbn says:

    hoi sharir bahalol ! kalau ada kuasa executive yang menentukan hukuman pada anwar dan karpal…..jangan kata kan mereka didapati bersalah malahan parti pkr dan dap tu tak kan ujud dimalaysia sebagaimana sebuah parti melayu dinegara jiran yang dah tak wujud sekarang..!!

  8. Najibulghunnah says:

    hehe… ABU

  9. WTF says:

    Oh…inilah cerita adik beradik berlainan politik!!!

    http://www.youtube.com/embed/eAa4IKpA_lo

    Siap mentioned Musa Hitam pernah kata kononnya kalau Musa Hitam tentang Mahathir, nasibnya akan sama dgn Nuar Berahi!!!

    Apa Khalid Gereja lupa ker, Musa Hitam dan Tengku Razaleigh sama2 menentang Mahathir sehingga berlakunya pembubaran UMNO pada era tahun 80-an.

    Malah pembubaran UMNO juga diputuskan oleh mahkamah!!!

    Itu tandanya, even UMNO (atau dalam kata lain yg memiliki kuasa Eksekutif Negara) juga tak masuk campur akan keputusan mahkamah!!!

    Tak logic kalau mahkamah mengikut kata UMNO, walhal mahkamah sendiri pernah membubarkan UMNO!!!

  10. hang kebun says:

    apa pun sikhalid badan dalam Pas
    tetapi rohnya Dap
    semangatnya PKR
    APA YG DIBUATNYA UNTUK PAS DAN ISLAM DISELANGOR?
    KETUANYA ANUAR/TEMPAT DIA CARI MAKAN PAS!

  11. shawn says:

    Khalid nak mengaku sebenarnya dia juga sebodoh itu sebab bila tayar kereta dia pancit hari itu dia kata pada diri dia sendiri “aku bodoh sebabg beli tayar ini, aku sepatutnya tak pakai tayar kereta aku jalan naik kereta pakai tayar kayu lebih bijak!” hihihi…khalid memang bodoh sebab dia telah diperbodohkan oleh Anwar dan DAP.

Leave a Reply