Menu Utama

March, 2014

 

Jawatan Presiden PKR Tetap Milik Keluarga Anwar

Asas penubuhan Parti Keadilan Rakyat adalah untuk berjuang mempertahankan Anwar Ibrahim yang telah disabitkan dengan beberapa siri jenayah dahulu sehingga dipenjarakan beberapa tahun. Dengan itu para penyokong Anwar yang taksub telah berjuang di jalanraya dan di mana-mana sahaja demi mempertahankan Anwar yang merupakan seorang penjenayah. Kini setelah Anwar dibebaskan dan disabitkan semula dengan jenayah baru iaitu liwat tiada apa yang berubah. Tujuan parti PKR ini tetap sama iaitu demi kepentingan peribadi Anwar Ibrahim. Segala laungan demi rakyat untuk rakyat hanya sekadar ucapan palsu dibibir semata.  Sememangnya pengikut PKR telah bertambahBaca Lagi


Fuziah Salleh , Naib Presiden PKR Dan Lynas

Fuziah Salleh merupakan orang yang paling lantang menentang  projek kontroversi Kilang Pemprosesan Nadir Bumi Lynas di Kuantan.  Beliau telah fokuskan isu Lynas ini sebagai senjata utama untuk meraih undi dan populariti.  Walaupun penerangan terperinci berserta fakta dan bukti bahawa projek Lynas ini tidak mendatangkan bahaya kepada penduduk di sekitarnya namun Fuziah tetap menjalankan provokasi besar-besaran dan berterusan untuk memanipulasikan pemikiran dan pandangan penduduk setempat dan rakyat Malaysia. Beliau tidak menjalankan “kerja kotor” ini seorang diri. Bantuan dari DAP secara berterusan telah banyak menolong beliau.   Namun setelah penerangan demi peneranganBaca Lagi


#MH370: Abbott Pertahan Kenyataan Najib, Ada Bukti Jelas Menyokong

Perdana Menteri Australia, Tony Abbott, hari ini mempertahankan langkah Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Mohd Najib Tun Razak mengumumkan bahawa pesawat MH370 berakhir di lautan Hindi. Menurut beliau, berdasarkan data-data yang ada ada jelas dan sukar dinafikan bahawa MH370 berakhir di bahagian selatan lautan Hindi. “Najib Razak membuat kesimpulan yang tepat berdasarkan bukti-bukti yang sukar dinafikan. Apabila kesimpulan seperti itu telah didapati, adalah wajar beliau mengumumkan kesimpulan tersebut kepada awam. Abbot membuat kenyataan tersebut sebagai reaksi balas kepada kritikan warga China yang tidak berpuas hati dengan tindakan Mohd Najib mengumumkanBaca Lagi


Kalau Tak Sebab Sakit, Siapa Tahu Nik Aziz Ada Buat Silap?

SEPANJANG penulis celik mata dalam politik di Malaysia ini, belum pernah sekalipun rasanya penulis ada mendengar Nik Aziz Nik Mat ini buat silap dan dosa – dari pengakuan sendiri mahu pun pengakuan orang yang rapat dengan dia. Jangan kata buat dosa, gambaran oleh orang-orangnya yang penulis tahu, Nik Aziz ini bukan sahaja ulama pewaris Nabi, malah dari segi dosa pun dia macam Nabi juga, maksum. Cakap ini bukan kosong, tapi ada buktinya.  Contoh, bila Shahnon Ahmad buat buku penuh dengan maki hamun dan carut bertajuk SHIT, satu-satunya manusia yang tampilBaca Lagi


#MH370 : Isteri Zaharie Dedahkan Perangai Pelik Sebelum Tragedi?

Daily Mail melaporkan isteri kepada juruterbang MH370 Kapten Zaharie telah mendedahkan kelakuan aneh beliau sebelum berlakunya tragedi “kehilangan” pesawat tersebut. Sebelum ini pihak penyiasat FBI telah mengesahkan bahawa tidak menjumpai sebarang maklumat yang mencurigakan dari simulator di rumah Kapten Zaharie. Jika mereka berpandukan kepada maklumat yang terdapat pada simulator tersebut  maka kesimpulan yang boleh dibuat  adalah Kapten  Zaharie Ahmad Shah bukanlah orang yang merampas MH370.  Polis telah merampas simulator dan menjalankan pemeriksaan menyeluruh untuk mendapatkan sebarang bukti yang berkaitan dengan rampasan MH370. Namun dengan pendedahan yang telah dibuat oleh isteriBaca Lagi


Orang-orang Sombong Dari Tanah Besar China Sudah Tiba di KL

Beberapa hari lalu kami melaporkan sikap biadap ahli keluarga warga China yang menjadi penumpang MH370 yang menuduh kerajaan Malaysia menyembunyikan maklumat sebenar dan keluar dari taklimat dengan Malaysia di Beijing. Malaysia mengumumkan perjalanan MH370 berakhir di Lautan Hindi berdasarkan fakta satelit dan butiran-butiran perjalanan. Hari ini antara nereka tiba di Kuala Lumpur termasuk “ketua pemberontak” “Jiang” yang menuduh kerajaan Malaysia tidak memberi maklumat sebenar kepada mereka. Sementara itu, Malaysiakini.com melaporkan: Waris penumpang MH370 dari China mahu Kerajaan Malaysia dan Malaysia Airlines (MAS) meminta maaf kerana mengisytihar kematian kesemua 239 orangBaca Lagi


Tony Pua dan Rafizi Ramli Cuba Menipu Untuk Selamatkan Sekolah Vernakular Cina

Tony Pua mempertikaikan mutu pendidikan di sekolah-sekolah kebangsaan. Katanya, isu bahasa bukanlah penyebab sebenar ibu bapa Cina menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah vernakular Cina, sebaliknya kerana mutu pendidikan di sekolah-sekolah kebangsaan yang sangat lemah selain faktor psikologi budak-budak Cina yang bersekolah di sekolah kebangsaan. Isu bahasa bukanlah isu utama yang menyebabkan masyarakat Cina berhasrat untuk terus mengekalkan sekolah vernakular, tetapi isu mutu pendidikan yang diterima mereka di sekolah kebangsaan. Menurut Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, terdapat dua faktor yang menyebabkan masyarakat Cina terus menghantar anak mereka ke sekolah vernakular berbanding dengan sekolah kebangsaan. Faktor pertama adalah kualiti pendidikanBaca Lagi


Pemilihan PKR: Anwar Memang Suka Buat Benda Luar Tabie

BILA Anwar dan bininya, Wan Azizah umum akan bertanding merebut dan mempertahankan jawatan Presiden PKR, penulis lihat seolah-olah Anwar lekeh rakyat Malaysia ini keterlaluan sangat.  Kosongkan kerusi DUN Kajang secara sengaja dah satu hal, dia dan bininya bertanding rebut jawatan sama ni apahal pulak? Sandiwara apakah ini? Tak mengapa kalau Anwar lekeh ahli PKR sebab parti itu memang disokong oleh orang bodoh pun, tapi bila media pro pembangkang cuba justify pertandingan antara laki bini merebut jawatan yang sama itu sebagai satu yang wajar (seperti pertandingan normal yang lain), nampak sangatlahBaca Lagi


N51 Balingian: PKR Dapat Kangkung, Kesian

PKR yang beraya dengan majoriti menurun dalam pilihanraya kecil yang mereka cipta sendiri di Kajang minggu sudah, kini terduduk di Balingian bila BN mengekalkan kerusi di DUN tersebut dengan jumlah majoriti yang jauh lebih besar – 6,911 undi berbanding 5,154 undi dalam pilihanraya negeri pada 2011. Ini membuktikan satu perkara, BN kalau menang pilihanraya kecil, confirm majoriti meningkat (Kuala Besut & Balingian), sementara pembangkang kalau menang pulak, confirm majoriti menurun (Sungai Limau & Kajang). Sekaligus membuktikan BN semakin mengukuhkan cengkaman di kawasan sendiri sementara pembangkang semakin hilang sokongan, juga diBaca Lagi


Wan Azizah-Anwar Bertanding Presiden, Penyokong PKR Paling Bodoh Dalam Dunia

Apabila melihat senarai pencalonan Pemilihan Parti Keadilan Rakyat yang diumumkan sebentar tadi, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menentang isterinya, Wan Azizah wan Ismail bagi jawatan Presiden. Bagaimanakah mereka yang terdiri daripada anak-anak Malaysia yang terpelajar boleh redha dan menerima bahawa jawatan Presiden PKR ditandingan oleh pasangan suami-isteri paling liberal ini? Logik akal mana yang boleh merelevansikan pertarungan ini? Bukankah lebih mudah jika Anwar sahaja yang bertanding dan menang percuma? Atau Azizah sahaja yang bertanding kerana selama ini pun Azizah menjadi Presiden, Anwar yang membuat keputusan. Justeru pertandingan ini bukan sahajaBaca Lagi