Menu Utama

Wardina Sedar Atau Tidak Tentang Dosa Fitnah?

Saya tidak pernah menolak untuk mengatakan bahawa Wardina Safiyyah Wilmot merupakan antara selebriti popular yang jelita dan suka mengambil berat tentang hal rakyat. Dakwah, “talks” dan motivasi yang dia berikan di beberapa program sebelum ini memberikannya publisiti berterusan meskipun sudah bersara dari bidang seni.

Bukan mudah untuk menjadi seorang selebriti yang “berhijrah” secara “mee segera” dan kemudian dijadikan “icon” bagi golongan remaja serta pihak-pihak tertentu. Segala gerak geri, pertuturan, hal peribadi dan pendirian Wardina sering diperhati. Kenyataannya mampu mempengaruhi orang ramai, golongan muda khususnya.

Pun begitu, populariti seseorang itu tidak semestinya membuktikan sentiasa berada di pihak yang benar dan bijak berfikir. Kadangkala, individu itu popular, tapi dia tidak punya akal untuk berfikir secara adil dan sering tersimpang dari kebenaran. Malah, ada sesetengahnya begitu mudah terpengaruh dan dipedaya oleh fitnah.

Wardina misalnya baru-baru ini menulis di Facebook, menuduh DBKL membazirkan wang sebanyak RM15 juta hanya untuk program sambutan ambang tahun baru di Dataran Merdeka baru-baru ini. Kononnya DBKL bazirkan wang rakyat, sedangkan rakyat sedang “tenat” fizikal, kewangan, spirtual dan moral.

ScreenHunter_01 Jan. 01 16.38

Saya tertanya-tanya, sebagai selebriti yang kononnya “educated”, matang, menjadi ikutan, berpengaruh dan sering ajar anak-anak muda kita tentang moral, apakah Wardina sedar bahawa dia telah melakukan satu dosa yang disifatkan sebagai dosa besar di dalam Islam?

Seingat saya, saya mengetahui bahawa dosa fitnah itu merupakan satu dosa besar adalah sejak seawal tahun 5 lagi. Ketika itu, saya belum faham benar tentang erti fitnah. Namun ketika di sekolah menengah, ustaz saya menjelaskan tentang apa itu fitnah dan Al-Quran menyifatkan dosa memfitnah itu adalah lebih buruk dari dosa membunuh (juga dosa besar).

Jadi, sampai sekarang saya menyimpulkan bahawa dosa fitnah itu lebih teruk dari dosa membunuh. Misalnya, jika saya membunuh seseorang, dosa saya tidaklah seteruk dosa memfitnah, bukan? Faham?

Berbalik pada Wardina, saya tertanya-tanya dari mana dia dapat tahu tentang kononnya DBKL memperuntukkan RM15 juta untuk sambutan malam tahun baru itu? Dari rakannya? Siapa rakannya? Apakah Wardina tidak punya sebarang inisiatif untuk menyiasat mengenai cerita rakannya itu sama ada ia benar atau tidak?

Siapa rakan Wardina? Dari mana sumber yang dia peroleh? Dari bangla di petrol pam? Dari Red Bean Army yang menyamar jadi orang Melayu Islam? Atau dari Nik Nazmi? Dari Mahfuz Omar? Atau dari Anwar Ibrahim? Apakah yang terpacul dari mulut-mulut mereka itu semuanya benar-benar belaka?

Sepatutnya Wardina perlu adil pada dirinya sendiri. Dia perlu siasat dulu kebenaran sebelum mengeluarkan sebarang tuduhan atau kenyataan seumpamanya. Selepas yakin dengan kebenaran itu, barulah dia boleh meluahkan rasa hati di Facebook. Perlu diingat, dia selebriti yang telah “berhijrah” dan kata-katanya agak “laku” di kalangan anak-anak muda yang tak tahu apa-apa…

Apabila Wardina menuduh DBKL bazirkan wang rakyat sebanyak RM15 juta, dan kenyataan itu tidak benar sama sekali, malah memburuk imej pihak yang dituduh membazir, maka ia boleh dikategorikan sebagai fitnah atau syubhah.

Datuk Bandar Kuala Lumpur menjelaskan bahawa acara sambutan ambang tahun baru di Dataran Merdeka itu hanya menelan belanja sebanyak RM348,000 sahaja. Tak sampai setengah juta pun, RM400,000 pun tak sampai dan amat jauh sekali jika dibandingkan dengan jumlah RM15 juta yang dikatakan Wardina.

AhmadPhesal15Juta

Jadi, apa kata Wardina sekarang? Siapa yang malu? Wardina ada rasa malu atau tidak? Kalau malu, saya menggesa agar Wardina membuat sidang akhbar bagi tujuan memohon maaf secara terbuka pada DBKL atas kesalahan fitnah yang dilemparkan. Itu perlu bagi membersihkan nama DBKL dari keburukkan yang ditohmah Wardina dalam Facebooknya itu.

Setelah itu, Wardina perlu bertaubat pada Allah SWT, memohon keampunan dariNya atas ketelanjuran diri memfitnah pihak lain. Untuk bertaubat, Wardina perlu berazam dalam dirinya untuk tidak lagi membiarkan dirinya mudah dipengaruhi cerita palsu dan dakyah tidak benar.

Dia juga perlu berazam untuk tidak “gelojoh” menghentam mana-mana pihak sebelum mengkaji kesahihan dakwaan. Kalau sahih sekalipun, Wardina perlu ikut cara Islam untuk menghentam, bukan semberono saja seperti Mahfuz. Maksud saya, tegurlah demi kebaikan dengan cara yang berhikmah dan mampu memberikan kesedaran serta ikhlas tanpa sebarang tujuan terselindung.

Saya bukannya mahu mengajar Wardina. Namun saya fikir, Wardina belum sampai ke tahap di mana akal rasionalnya mampu berfikir secara adil. Wardina perlu muhasabah diri selalu dan berani mengaku salahnya. Rujuk dulu pada Islam dan insyaAllah Wardina akan temui kebenaran…






47 Komen to Wardina Sedar Atau Tidak Tentang Dosa Fitnah?

  1. sireh ke gagang says:

    mohon DBKL saman wardina .keluasr kenyataan tanpa bukti dan fakta .bodoh punya artis .

  2. DataCode says:

    Sepatutnya Wardina tidak menulis sebagaimana yang disebarkan dalam fb-nya,adalah lebih baik Wardina bertanya apakah benar DBKL belanja sebanyak RM15j untuk sambutan tahun baru,kerana dia sendiri tidak jelas dengan maklumat yang dia sendiri tulis.

    • sireh ke gagang says:

      kalau dia berfikir mcm kau , bagus . masalahnya , tengok dari segi gaya penulisan dia . niat dia kat situ kita boleh nampak , dia nak buat pendedahan mencari kebenaran atau pun menjadikan isu tu sensasi untuk membahan DBKL . terang lagi bersuluh , jalan menjadi macai pembangkang dia pilih .itulah hasilnya . provokasi , tuduhan melulu tanpa asas dan fakta.

  3. acid says:

    Artis bongok @ tongong yg mencari publisiti murahan. Trying to look more islamic than others…at the end, people will see, Lies and more lies ..

  4. alimedanbaru says:

    AKU BUKAN NAK MENGHINA ARTIS, tapi adakah perlu kenyataan mereka diambil pusing.Apa nak hairan mereka yg bertudung, dinegara Arab yg berhijab pun belum tentu Islam. Apa nak dibanggakan dgn artis bertudung..selagi mereka berlakun, menyanyi dan berlagak model maka selagi itulah mereka ‘berpura2 kewarakannya’. Gitu juga dengan manusia yg berdemonstrasi di dataran merdeka tu..walaupun mereka nak tunjuk alim solad ditangga Sogo atau solad di tepi jalan..HAKIKATNYA SOLAD MEREKA TIDAK DAPAT MEMBENTUK DIRI MEREKA MENJADI ORANG YG ‘BERTAQWA’.. MAKA SEBAB ITU SEBAIK LEPAS SOLAD MEREKA TERUS MELAKUKAN ‘KEROSAKAN DIMUKA BUMI ALLAH INI.
    SEBAB ITU AKU TAK HAIRAN DENGAN LOBAI LOBAI DAN MUSLIMAH PAS PIS PUS!

    • system baru says:

      betul bro di arab orang kristen memakai hijab

    • gambus says:

      kalau betul wardina ni ikut Islam dah lamaaa diaa akan keluar kenyataan minta maaf , tapi biasalaa manusia macam wardina ni adalah contoh manusia yang gila politik hingga mengabaikan Islam !

      ni laa contoh muslimah PAS PIS PUS .. agama dicampak , politik hina disanjung !!!

  5. Moohyideeeeen says:

    Hanya umno je yg suka aktiviti laqha. Aku nak tanya, ini Islam Hadhari punya style ka?

    • anti-pas says:

      hahahaa…. dekat muktamar pun ada konsert punk rock… sapa yg lg lagha… pas ni parti peralat islam jerrr

      • yon76er says:

        K-POP pon jng LUPA…Moooooooo

      • gambus says:

        hahahaha PAS buat konsert rock dan k-pop semuanya boleh padahal benda ni laa yang mereka sendiri jatuhkan maksiat dan zina .. PAS mempermainkan Islam sampai MELAKUKAN benda yang dijatuhkan HARAM oleh mereka sendiri

  6. arhi says:

    celebrit ini sudah lama disyaki menjadi talibarut pembangkan yg sentiasa mencari jalan atau idea bagi melahirkan persepsi buruk terhadap kerajaan,sekarang sudah terang lagi bersuluh inilah yg dikatakan api dalam sekam atau musang berbulu ayam namun pihak penyiaran masih lagi memberi ruang kepada orang seperti ini, inilah kelemahan pihak pemerintah dalam apa-apa kementerian pun kebanyakan bos2nya tidak proaktif,lemah dalam bertindak,leka dgn gaji yg lumayan di kedudukan masing2

  7. tengkudin says:

    lama dah aku tau betina ni belah sana…tak sedo dek untung..

  8. anoi says:

    pas & syiah kembar siam dianuti pengikutnye demi tengakkan syiar “isle” kononnye.. bohongke, fitnahke wajib dilaksanakan bahkan dapat pahala hotak depalah.

  9. rusaminum says:

    Kalau aku lah, tak kan maafkan Wardina ni, biar dia di hukum Allah.

  10. baba says:

    hairan mcmm mana betina ni najib ambik jadi panel mpkn……gila ka apa

  11. […] Wardina misalnya baru-baru ini menulis di Facebook, menuduh DBKL membazirkan wang sebanyak RM15 juta hanya untuk program sambutan ambang tahun baru di Dataran Merdeka baru-baru ini. Kononnya DBKL bazirkan wang rakyat, sedangkan rakyat sedang “tenat” fizikal, kewangan, spirtual dan moral. Saya tertanya-tanya, sebagai selebriti yang kononnya “educated”, matang, menjadi ikutan, berpengaruh dan sering ajar anak-anak muda kita tentang moral, apakah Wardina sedar bahawa dia telah melakukan satu dosa yang disifatkan sebagai dosa besar di dalam Islam? Seingat saya, saya mengetahui bahawa dosa fitnah itu merupakan satu dosa besar adalah sejak seawal tahun 5 lagi. Ketika itu, saya belum faham benar tentang erti fitnah. Namun ketika di sekolah menengah, ustaz saya menjelaskan tentang apa itu fitnah dan Al-Quran menyifatkan dosa memfitnah itu adalah lebih buruk dari dosa membunuh (juga dosa besar). Jadi, sampai sekarang saya menyimpulkan bahawa dosa fitnah itu lebih teruk dari dosa membunuh. Misalnya, jika saya membunuh seseorang, dosa saya tidaklah seteruk dosa memfitnah, bukan? Faham? Berbalik pada Wardina, saya tertanya-tanya dari mana dia dapat tahu tentang kononnya DBKL memperuntukkan RM15 juta untuk sambutan malam tahun baru itu? Dari rakannya? Siapa rakannya? Apakah Wardina tidak punya sebarang inisiatif untuk menyiasat mengenai cerita rakannya itu sama ada ia benar atau tidak? Siapa rakan Wardina? Dari mana sumber yang dia peroleh? Dari bangla di petrol pam? Dari Red Bean Army yang menyamar jadi orang Melayu Islam? Atau dari Nik Nazmi? Dari Mahfuz Omar? Atau dari Anwar Ibrahim? Apakah yang terpacul dari mulut-mulut mereka itu semuanya benar-benar belaka? Sepatutnya Wardina perlu adil pada dirinya sendiri. Dia perlu siasat dulu kebenaran sebelum mengeluarkan sebarang tuduhan atau kenyataan seumpamanya. Selepas yakin dengan kebenaran itu, barulah dia boleh meluahkan rasa hati di Facebook. Perlu diingat, dia selebriti yang telah “berhijrah” dan kata-katanya agak “laku” di kalangan anak-anak muda yang tak tahu apa-apa… Apabila Wardina menuduh DBKL bazirkan wang rakyat sebanyak RM15 juta, dan kenyataan itu tidak benar sama sekali, malah memburuk imej pihak yang dituduh membazir, maka ia boleh dikategorikan sebagai fitnah atau syubhah. Datuk Bandar Kuala Lumpur menjelaskan bahawa acara sambutan ambang tahun baru di Dataran Merdeka itu hanya menelan belanja sebanyak RM348,000 sahaja. Tak sampai setengah juta pun, RM400,000 pun tak sampai dan amat jauh sekali jika dibandingkan dengan jumlah RM15 juta yang dikatakan Wardina. Jadi, apa kata Wardina sekarang? Siapa yang malu? Wardina ada rasa malu atau tidak? Kalau malu, saya menggesa agar Wardina membuat sidang akhbar bagi tujuan memohon maaf secara terbuka pada DBKL atas kesalahan fitnah yang dilemparkan. Itu perlu bagi membersihkan nama DBKL dari keburukkan yang ditohmah Wardina dalam Facebooknya itu. Setelah itu, Wardina perlu bertaubat pada Allah SWT, memohon keampunan dariNya atas ketelanjuran diri memfitnah pihak lain. Untuk bertaubat, Wardina perlu berazam dalam dirinya untuk tidak lagi membiarkan dirinya mudah dipengaruhi cerita palsu dan dakyah tidak benar. Dia juga perlu berazam untuk tidak “gelojoh” menghentam mana-mana pihak sebelum mengkaji kesahihan dakwaan. Kalau sahih sekalipun, Wardina perlu ikut cara Islam untuk menghentam, bukan semberono saja seperti Mahfuz. Maksud saya, tegurlah demi kebaikan dengan cara yang berhikmah dan mampu memberikan kesedaran serta ikhlas tanpa sebarang tujuan terselindung. Saya bukannya mahu mengajar Wardina. Namun saya fikir, Wardina belum sampai ke tahap di mana akal rasionalnya mampu berfikir secara adil. Wardina perlu muhasabah diri selalu dan berani mengaku salahnya. Rujuk dulu pada Islam dan insyaAllah Wardina akan temui kebenaran… Sumber: Mykmu.net […]

  12. gambus says:

    dah berapa lama ni oiii sejak wardina melakukan fitnah dia ???

    cakap pasal agama macam dia jee yang bagus , cakap pasal ekonomi konon dia sorang jee yang pandai .. tapi kaki fitnah dan putar belit !!!

    sampai hari ni tak mintak maaf !!! dan yang kelakar tu berterabur fitnah wardina disambungkan oleh macai Pakatan !!!

    ingat wardina , selagi kau tak mintak maaf selagi tu dosa besar kau ni akan terus bertambah

    • anoi says:

      Saya udah bilang bagi pas & syiah serta penganutnye bohongke., fitnahke wajid diamalkan atas
      serangan mereka kepada kerajaan yang kononnye zalim, memang puak2 ni dah kufurkan nitmat.

      • orang says:

        kufur nikmat? nikmat semua Allah yg punya. tlg jangan jadi jahil boleh?

        & celah mana kerajaan tak zalim? nk kurangkan hutang, mesti kurangkan perbelanjaan bukan naikkan harga barang. nak jadi sampai miskin mana lagi korang2 ni baru nak sedar. backup la kerajaan mcm mana pun. minyak, tol, makan minum korang, takde pun kerajaan tanggung.

        dia seronok kat atas, makin gemok, makin gemok, tp korang, yg duk sokong makin kurus, makin kurus..esok2 mampos saje.

        orang2 macam korang yg sokong kerajaan la yg buat orang lain merana. kecik2 tak nak mati, besar myusahkan orang.

        • gambus says:

          haha sokong laa kau pemfitnah macam wardina tu !!!

          aku tak merana pun , macai macam kau makan gula sampai 20kg sebulan kaa , sampai boleh tak mampu beli gula ?? macai macam kau naik BMW kaa nak kena isi minyak banyak-banyak ???

          apa yang harga naik , kau bagitahu aku !! specific sikit beb !!

          yang makin seronok kat atas dan semakin gemok aku tgk ialah pemimpin Pakatan , sedang kau semua bergolek tgh jalan dan bersusah kat tepi jalan pemimpin Pakatan sempena tahun baru ni dah ada 2 Mercedez baru sempena tahun baru !!! jadi apa guna kau turun bergolek ?? pemimpin Pakatan semuanya bermewah-mewah !!!

          sedang kau melalak pada tahun baru konon hidup miskin , gaji pemimpin Pakatan semua naik mencanak hampir 400 % !!! bodoh kee kau ni ???

          melalak kata orang miskin , woiii kat negeri Selangor rumah kos renda dinaikkan disebabkan cukai yang tinggi dikenakan oleh kerajaan Pakatan .. malah sewa rumah PPRT juga meningkat di negeri Selangor !!! kenapa macai macam kau tak berguling kat pemimpin kau sendiri !!!

          sedang kerajaan Pakatan menaikkan pelbagai cukai hingga 1oo persen mana kau woiii !!! Pakatan naikkan harga sesuka hati mereka kau takde melalak pun !!!

          orang macam kau yang bodoh dan menyusahkan orang sebenarnya !!!

        • reds says:

          eh…bukan najib ade umum untuk kurang belanja kerajaan ker??? bukan puak pakatan kata x perlukan subsidi ker??? kalo dah rasa miskin sangat lu pergi cari mana2 kursus free….ader kursus2 free nih kalo lu pandai carik..wat part time sampai abis…bila dah abis…lu pergi carik keje elok sket….nak subsidi sampai bila?? malu aku..tengok orang melalak lebih….macam laa kerajaan x bagi peluang nak ubah taraf hidup ko…

        • WTF says:

          Saudara,

          To claim kerajaan Malaysia zalim is too harsh!!!

          Melainkan maksud pemahaman zalim pada saudara berlainan dgn kami, itu saya tak dapat tolonglah!!!

        • anoi says:

          Mizanul kubra/neraca timbang sedang berjalan sejak ko diwajibkan sembahyang dan sebagainye. pembangkang yang ekstrem selalu salahkan pemerintah asal saja tidak berkenan sesuatu perkara. Nahaslah tidak kumpulkan pahala jadi bekalan akhirat tidak ditumpukan secara tulus… hai ORANG belajarlah bersyukur. Jgn fikir pemerintah atau parti apa pun boleh menolong… jadi belajar belayarlah menginsafi diri sebab di alam kubur dan di akhirat nanti tiada siapa yang boleh menolong. Perlu diingat dan perhati dan amatilah di negara lain kalau dibandingkan dengan negara kita secara jujur mana lebih baik… telah banyak nikmat kita nikmati selama kita merdeka.

Leave a Reply