Menu Utama

Usik Giatmara Agenda Aniaya Anak Melayu?

Lepas satu satu sensitiviti dan legasi bangsa Melayu diusik? Adakan ini merupakan tindakan menduga sejauh mana perlu atau boleh “mereka” “pijak” “tolak” dan “perkotak katikkan” kita. Siri dan misi menguji ini sudah agak terlalu lama berjalan. Kerajaan agak terlalu berlembut dengan mereka. Ini mengundang kemarahan rakyat.

Pusat Giatmara ini menjadi sasaran untuk mereka “belasah” atas alasan kononnya pusat GiatMara diwujudkan untuk melatih belia menyokong Umno. Kewujudan pusat latihan GiatMara selama hampir 30 tahun itu dibina bertujuan melahirkan belia yang berkemahiran selaras dengan tuntutan industri.

Ianya menjadi satu medium untuk mereka yang tercicir dalam bidang pelajaran namun mampu dilatih untuk mengasah kemahiran yang berguna untuk kesinambungan perjuangan mereka dalam menempuh alam pekerjaan. Dalam erti kata lain, ini dapat membantu melahirkan lebih ramai rakyat yang berkualiti dari segi kemahiran. Setiap insan diberi rezeki yang berbeza-beza. Maka kerajaan Barisan Nasional cukup prihatin terhadap semua golongan rakyat telah berusaha dari masa kesemasa memberi ilmu bermanfaat untuk para belia.

Kerajaan amat bertanggungjawab dan setiap polisi yang dibuat tidak berunsurkan politik. Kemasukkan ke IPTA tempatan tidak pernah berdasarkan fahaman politik.Oleh itu tindakan pembangkang yang mempolitikkan sistem pendidikan amat tidak boleh diterima kerana ianya cukup merugikan rakyat.

Penempatan Giatmara Selayang bukanlah secara haram. Persetujuan dari kerajaan negeri telah diperolehi semasa ianya ditubuhkan waktu itu. Masalah sewa merupakan isu yang sentiasa boleh dirundingkan. Malahan tanah itu diberi secara percuma oleh kerajaan negeri terdahulu. Rakyat perlu buka mata terhadap “belang” sebenar pembangkang yang menindas rakyat demi kepentingan peribadi. Mereka tidak pernah ikhlas membela rakyat. Fakta perundangan akan diperinci sebelum sebarang tindakan undang-undang diambil dalam masa terdekat.

Bangsa Melayu perlu sentiasa sedar bahawa pembangkang terlalu sombong dan riak apabila berani secara terang-terangan menyuarakan pendapat mereka seperti penggunaan Kalimah Allah dalam kitab Kristian. Wajib kita sedar bahawa penggunaan kalimah Allah dalam agama Kristian tidak pernah dan tidak memberi kesan terhadap kebebasan anutan agama mereka. Ianya hanya memberi kesan kepada penyebaran agama kristian kepada umat Islam yang merupakan satu kesalahan dalam perundangan dan perlembagaan negara.

Kebebasan beragama merupakan satu hak yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan. Perkara 11(4)menyatakan bahawa negeri boleh membuat undang-undang untuk mengawal penyebaran agama bukan Islamkepada orang Islam. Sehingga kini, kebanyakan negeri telah menggubal dan mewartakan Enakmen Kawalan Agama Bukan Islam.

Penggubalan Perlembagaan Persekutuan mengambil kira kedudukan Islam dalam masyarakat. Salahsatu perkara yang diambil kira oleh Suruhanjaya Reid dalam penggubalan perlembagaan Malaysia ialahkepentingan memelihara kedudukan istimewa orang Melayu serta kepentingan kaum lain yang ada di TanahMelayu. Walaupun perkataan Islam tidak dinyatakan secara jelas tetapi hubungan Melayu dan Islam tidak dapat dipisahkan. Tun Salleh Abas pernah menyatakan bahawa .‘The notion of a non-Muslim Malay is aliento the Malay mind. Such a person would be a murtad – excluded from the faith. To be a Malay one must be a Muslim, although he may not be a practising or devout Muslim.

Namun semua ini mahu dicabar oleh pembangkang yang juga terdiri dari PAS dan PKR. Sikap mereka yang meletakkan kepentingan peribadi melebihi kepentingan umat Islam dan bangsa Melayu ini amat kejam dan tidak berperikemanusiaan. Ianya seolah-olah satu perbuatan yang cuba “melacurkan” bangsa dan agama. Sikap keji mereka menyebabkan mereka tidak layak dipanggil umat Islam jauh sekali bangsa Melayu. Rakyat perlu tahu fakta ini. Semoga dengan sebaran fakta yang benar ini maka rakyat tidak akan mudah tertipu dengan fitnah pembangkang.






6 Komen to Usik Giatmara Agenda Aniaya Anak Melayu?

  1. Jambol says:

    Melayu PAS dan Melayu PKR tak sedar-sedar lagi ke mereka ini jadi alat politik DAP ? Gah benar Melayu nak jagi kucing kurap.

  2. acid says:

    Melayu pas dan melayu pkr lah pengkhianat melayu sebenar.

  3. brahim says:

    perang saudara bakal berlaku di Malaysia satu hari ni..

  4. anoi says:

    di Selangor nanti apa saja bangunan kepentingan Melayu akan di kacau alasan bangunan uzur pihak Pas banggang kata Umno tak reti nak kawal selia lepas tu nak bagi jalan kononnye nak dipindahkan dimana saja bagitahu macam lah dia boleh arahkan pr Selangor (digula gulakan adalah). kalau ini dapat mereka buat maka orang Melayu yang kurang kemanpuan kenalah sediakan duit kalau nak dapatkan sijil ketukangan kalau pihak swasta sediakan kolej kemahiran di Selangor. Asal saja Mara akan di kacau itu saja niat dendam DAP alasan kenapa semuanya percuma untuk Melayu. Mereka mungkin berjaya sebab orang banggang Melayu dalam pembangkang jadi juara menjalanan peranan menyekat peluang percuma yang sudah lama diberi pada Melayu terutama mereka yang kurang kemanpuan segi akedemik mahu pun kewangan.

  5. jombo says:

    PAS sudah tidak relevan lagi di selangor. Mana suara pas dalam mempertahankan pusat giat mara? Adun Pas kecut telur bila disergah cina dap ke?

Leave a Reply

Threesome