Menu Utama

Ulama Atau Marina Mahathir Yang Karut?

Kata bidalan orang Melayu, “di dalam setandan pisang, sudah tentu ada sebiji yang busuk”, dan begitu juga di dalam sesebuah keluarga Tun M di mana salah seorang dari anaknya yang berbeda ideologi, corak pemikiran dan kadang-kadang agak jauh terkeluar dari ruh Islam.

Siapa tidak kenal Marina Mahathir, anak sulung mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad. Dia terlibat dengan himpunan Bersih, menyokong gerakan LGBT, orang kuat “Sister In Islam” yang bersyubhah pandangannya dari Islam di negara kita dan kini dia “buat hal” sekali lagi.

Terbaru, Marina menyanggah pandangan para ulama muktabar di negara kita yang mengatakan cuti hujung minggu pada hari Jumaat memberikan banyak kelebihan kepada umat Islam. Malah Marina dalam kenyataannya di laman Twitter mengatakan bahawa cuti pada hari Jumaat adalah karut!

Marina selain itu sempat mencabar mana-mana pihak agar mengemukakan bukti nas dari Al-Quran yang mengatakan Islam menganjurkan umatnya supaya bercuti pada hari Jumaat. Sombong betul gaya lagak Marina bila tidak bersetuju dengan pandangan ulama, seolah-olah dia Mufti Besar…

marinaSaya ingin mengingatkan Marina bahawa di dalam Al-Quran Al-Kareem itu terdapat sebuah surah yang dinamakan “Al-Jumu’ah” yang membawa “Hari Jumaat”. Mengapa Allah turunkan sebuah surah bersempena hari Jumaat? Kenapa tidak hari Sabtu, Ahad, Isnin atau hari-hari lain?

Maka sudah tentulah hari Jumaat itu punya keistimewaan bagi umat Islam berbanding hari yang lain, bukan?

Memang Allah SWT tidak pernah berfirman menyuruh umat Islam bercuti pada hari Jumaat. Malah istilah “cuti” iaitu berehat dari kerja tidak pernah disebut di dalam Al-Quran. Namun dengan turunnya sebuah surah khas bernama “Al-Jumu’ah”, maka seluruh ulama sepakat mengatakan hari tersebut adalah hari yang paling mulia berbanding hari-hari lain.

Pandangan atau fatwa tersebut disokong pula dari nas-nas hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, Imam Bukhari, Imam Tarmizi, Imam Ibnu Majah, Imam Ahmad, Imam Baihaqi dan ramai lagi Imam-Imam besar perawi hadith Baginda SAW.

Hari hadith-hadith tersebut, disimpulkan bahawa hari Jumaat itu adalah penghulu segala hari di mana terdapat banyak peristiwa dan kemuliaan yang berkait rapat dengan amalan kehidupan umat Islam. Saya yakin, kalaulah ditulis dan dibincangkan tentang kelebihan hari Jumaat di sini, mungkin 6 bulan lagi pun belum tentu selesai…

Jadi, disebabkan segala nas dari Al-Quran Al-Kareem dan Hadith As-Syareef itulah maka para ulama berpandangan bahawa bercuti hujung minggu pada hari Jumaat memberikan banyak kelebihan pada seluruh umat Islam.

Suka saya mengingatkan Marina bahawa sumber segala hukum dan muamalah bagi kehidupan umat Islam tidak terhad hanya pada Al-Quran dan hadith semata-mata. Selain dari dua sumber utama itu, kita juga bersumberkan dari Qias dan Ijma’ Ulama. Itu pegangan seluruh Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ). Lainlah kalau Marina mengamalkan ajaran Syiah dan selain ASWJ, kan?

je_01.1

Saya menyokong penuh sekiranya mana-mana kerajaan melaksanakan polisi cuti hujung minggu pada hari Jumaat kerana ia mampu memberikan saya kesempatan sepenuhnya untuk menggunakan hari yang penuh dengan kelebihan itu.

Misalnya, umat Islam (lelaki sahaja) disunatkan untuk mandi sunat solat Jumaat sebelum ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat. Majikan pula selalunya memberikan masa yang terhad untuk hadir solat Jumaat dan saya yakin ramai di kalangan kita yang tidak sempat mandi sunat tersebut jika bekerja pada hari Jumaat, bukan? Maka kurang satu peluang untuk kita dapatkan pahala sunat, bukan?

Itu baru satu amalan sunat. Ada banyak lagi kelebihan dan keistimewaan hari Jumaat yang Marina boleh “google” atau belajar dari ulama muktabar di dalam atau di “luar negara”. Maklumlah, orang kelulusan luar negara kadang-kala ada yang “tak pandang” pandangan ulama di dalam negara kita. Marina dipersilakan bertanya pada ulama-ulama muktabar di “oversea”…

Saya akui Allah SWT menyuruh umat Islam berusaha mencari rezeki bagi menampung kehidupan di dunia. Namun Marina jangan lupa tentang ayat seterusnya yang juga menegaskan supaya kita tidak lupa pada kehidupan sebenar di akhirat kelak. Dalam usaha kita mencari rezeki di dunia, sudah cukupkah amalan kita di akhirat kelak?

Sekiranya hari Jumaat ditetapkan sebagai hari cuti hujung minggu, saya yakin kita dapat memberikan fokus pada kelebihan beribadah dan beramal kerana pahalanya insyaAllah berlipat kali ganda. Sebab itulah ulama mengatakan bahawa cuti pada hari Jumaat berikan kelebihan pada umat Islam…

Jadi siapa yang mengarut? Ulama atau Marina yang mengarut?






44 Komen to Ulama Atau Marina Mahathir Yang Karut?

  1. korokstabang says:

    masalah hari cuti dan hari bekerja bukan isu

    pada aku si marina ni dah melampau lampau semua hal berkait soal agama islam semua dia mau campur mengalahkan ulama dan mufti stakat mana pengetahuan dia dalam bidang islam dimana pusat pengajian apa kelayakan, kalau kefahamam stakat google terjemahan ayat alquran puak kapir pun bleh buat, kalau dah jahil tu buat lah cara jahil bagilah pada orang yang berilmu dalam bidang agama toksah sibuk duk campuq lah

    • sysem baru says:

      anwar hanya tahu menbesar telur aje, penah tak marian menympah itu buat kajian produktiviti berkerja pada hari jumaat tak ada jabatan kerajaan, ini kajian aku ini aku melihat sevies di jabatan kerajaan pada hari jumaat teruk sangat meraka rehat pada 12pm masuk kerja 2.40pm bayangkan rehat sampai 2jam 40mim mereka rehat’sedangkan sektor swastar hanya rehat 1jam 30mim aje,ini menunjukkan tak ada produktiviti berkerja, sila pergi ke hospital atau ke conter sevis kerajaan pada jam 12pm kau pasti menympah tunggu 2jam 40 mim.. orang ramai pasti marah jika terpaksa tungu 2jam 40mm

      • badrole amin says:

        system baru says:

        “anwar hanya tahu menbesar telur aje, penah tak marian menympah itu buat kajian produktiviti berkerja pada hari jumaat tak ada jabatan kerajaan, ini kajian aku ini aku melihat sevies di jabatan kerajaan pada hari jumaat teruk sangat meraka rehat pada 12pm masuk kerja 2.40pm bayangkan rehat sampai 2jam 40mim mereka rehat’sedangkan sektor swastar hanya rehat 1jam 30mim aje,ini menunjukkan tak ada produktiviti berkerja, sila pergi ke hospital atau ke conter sevis kerajaan pada jam 12pm kau pasti menympah tunggu 2jam 40 mim.. orang ramai pasti marah jika terpaksa tungu 2jam 40mm”

        sebab itu lebih baik atau lebih afdal Sultan dan Kerajaan Negeri Johor tukar Ahad kepada Jumaat sebagai hari cuti untuk kakitangan awam

        aku percaya minah lahabau itu tahu dan faham kenapa hari cuti itu ditukar namun atas sebab terlalu banyak bergaul dengan puak kafirun dia sanggup mempersoal dan memperlekeh cuti hari Jumaat kerana nak menyedapkan hati dan mendapat kepujian dari puak kafirun…kalau bukan sebab nak menyedapkan hati dan mendapat kepujian apa lagi?

        PAS macam senyap pulak tak nak kritik marina…ni mesti sebab marina dianggap oleh PAS berada dalam satu kapal dengan mereka ‘tentang perkara lain’ yang memberi keuntungan politik kepada PAS bersama PKR dan DAP dalam pakatan haram

      • bangKano says:

        Memang betoi prestasi perkhidmatan kerajaan pada hari jumaat amat tak memuas kan langsung. Ada sebuah jabatan kerajaan pada waktu petang jam 2.45pm ada la sesi permaianan/sukan…para pegawai tinggi kunun pi main golf…sedang kan kaki tangan rendahan langsung hilang tak pi pejabat kunun nya permainan tapi sebenaq nya program sukan pun tak hadir…duduk kat rumah membuta ato pi shoping. Ada plak terus balik kampung maklum la esok sabtu & ahad cuti hujung minggu yang panjang. Pejabat berkenaan terus tutup kalo nasib baik ada la cuma sekoq jerrr kaki tangan yang jujuq datang ke pejabat.

  2. dkds says:

    Kasihan tun M dpt anak perempuan yg kadangkala dilihat terlebih cerdik dari manusia biasa…malangnya kecerdikannya menguntungkan penganut agama lain

    • sysem baru says:

      aku ingat kisah nabi yang pengajaran kita, seorang nabi tak mampu bawa anak nya ke jalan benar, tapi seorang nabi mampu bawa umatnya ke benar, itu baik lebih baik

  3. tengkudin says:

    nak wat camne….pengaruh luar yang terlebih resap dalam anak pompuan tun ni…

    jadi jurucakap gereja pulak tu ..

  4. LY says:

    Saya juga menganggap hari cuti itu hari Ahad atau Jumaat bukan menjadi isu sebab ada pros and cons bagi kedua-duanya.Yang menjadi isu ialah perangai dan pegangan hidup Marina yang sentiasa memihak kepada pembangkang,golongan kafir dan orang-orang Melayu yang merupakan perosak/pengkhianat ugama, bangsa dan negara.Anak Tun M berakhlak teruk tapi Tun M tetap saya sayang dan hormati.

  5. Kayu says:

    Allah SWT berfirman:
    “Wahai orang-orang beriman, apabila diseru untuk menunaikan solat pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.” (QS. Al-Jumu’ah: 9)

    Kenapa Hari Jumaat Yang Jadi Hari Besar Umat Islam?

    Ada beberapa alasan untuk menjawab pertanyaan di atas. Terlebih dahulu, mari kita lihat penjelasannya.
    Dari Salamah dari Abu Hurairah (ra) Nabi SAW bersabda:
    “Hari terbaik yang terbit padanya matahari adalah hari Jumaat. Sebab pada hari itu Allah Azza wa Jalla menciptakan Adam (as), Dia memasukkan Adam ke syurga , pada hari itu ia diturunkan ke bumi, dan pada hari itu terjadi kiamat serta pada hari itu terdapat satu masa d imana tidak seorangpun berdoa kecuali Dia akan mengabulkan doa itu.” (HR. Muslim)
    .
    Al-Hafizh Ibnu Katsir berkata:
    “Sesungguhnya dinamakan hari Jumaat dengan Jumaat disebabkan perkataan Jumaat itu merupakan musytaq (derivasi kata) dari Al-Jam’u (himpunan atau kumpulan). Sesungguhnya umat Islam berkumpul pada hari Jumaat tiap minggu sekali di dalam suatu tempat yang sangat besar (masjid)…” Allah memerintahkan kaum mukminin untuk berkumpul dalam rangka beribadah kepada-Nya.

    Aku nak tanya Marina ni pula mengapa pula hari Ahad perlu dijadikan hari cuti negara ini sedangkan hari tersebut merupakan hari orang Kristian ke gereja.? .

    • Moohyideeeeen says:

      Sebenarnya, hari Jumaat kita buat amal ibadat. Kalau kerja diniatkan kerana Allah swt, jadi ibadat jugak.

      Berlambak2 sektor yg terpaksa beroperasi 24/7. Ada org yg terpaksa kerka hari jumaat semata2 nak pastikan servis is available. Tapi bila masa tiba untuk solat Jumaat, jangan lupa pulak. Tapi kalau cuti Jumaat. pi tengok wayang, pun tak guna jugak.

      • sysem baru says:

        anwar hanya tahu menbesar telur aje, penah tak marian menympah itu buat kajian produktiviti berkerja pada hari jumaat tak ada jabatan kerajaan, ini kajian aku ini aku melihat sevies di jabatan kerajaan pada hari jumaat teruk sangat meraka rehat pada 12pm masuk kerja 2.40pm bayangkan rehat sampai 2jam 40mim mereka rehat’sedangkan sekto swastar hanya rehat 1jam 30mim aje,ini menunjukkan tak produktiviti berkerja, sila pergi ke hospital atau ke conter sevis kerajaan pada 12pm kau pasti menympah tunggu 2jam 40 mim sila jawab mooo

  6. generasi-x says:

    AWAS..Golongan liberalisme seperti ini adalah DAJAL akhir zaman…

  7. alimedanbaru says:

    apa pun aku tetap takut dengan firman Allah yg menyatakan ‘walau pun sebesar zarah sekali pun akan ditunjukkan amal perbuatan dan isi hati samaada betul atau pun tidak untuk diadili menjadi penyebab masuk syurga atau neraka’.

    oleh itu janganlah tersilap dalam memberi komentar. tidak ada nilai sekuman pun untuk berlagak pandai mempertahankan ideologi hingga merendahkan martabat agama.. kita tidak memerlukan ahli politik atau ngo untuk menjadi penolong kita di akhirat..sendiri kena ingat..amalan dan niat sendiri yg menjadi penolong masing2. manusia yg salah dan tak betul, kita belasah seadanya tanpa membelakangkan kepentingan AGAMA ISLAM tinggalan Nabi s.a.w untuk kita.

  8. Moohyideeeeen says:

    Kami tak setuju dgn Marina. Pendapat dia liberal.

    • Moohyideeeeen says:

      teringat waktu bapak dia sakit, dia panggil semua Priest, Monk, untuk berdoa untuk bapak dia….

      • badrole amin says:

        moo says:

        “teringat waktu bapak dia sakit, dia panggil semua Priest, Monk, untuk berdoa untuk bapak dia….”

        dalam hati, moo jilat marina macam nak rak…yang tersembur keluar dari zahir moo ialah kata-kata nak provoke orang lain supaya membenci marina sedangkan orang lain telebih tahu siapa marina seorang perempuan melayu liberal dan boleh dikata sedikit sesat pemikirannya

        bukan salah ibu mengandung bila si anak gagal mewarisi keimanan

    • badrole amin says:

      ‘kami’ tu dikecualikan si moo munafik…

      sorry lah moo sebesar zarah pun aku sukar nak percaya engkau tak setuju dengan marina

    • bangKano says:

      Marina ada la pemikir kritis liberal islam….malang nya dia dah tersilap langkah keghana sering memihak kepada puak puak kiri berkepentingan politik. Dia dah di perguna kan oleh NGO NGO antikerajaan.

      Ni la kalo dah bijak tapi tak cerdik memilih kaedah/strategi mencerah kan kebenaran…dia dah jadi cerdik pandir setelah begitu serasi bergaul ngan puak puak Penipu Rakyat/PR ni demi mencapai objektif murni nya.

  9. alimedanbaru says:

    hoi sudahlah..apa pun ukur baju dibadan sendiri..
    kalau tak mampu makan dihotel makan di gerai
    kalau tak mampu pakai mez, pakai saja perdana
    kalau tak mampu tempah penyanyi..pasang saja cd atau dengar radio
    kalau tak mampu buat majlis dihotel, buat saja dalam kemah atau dewan..

    apa nak susah, kalau mampu silakan
    asal jangan salah guna kuasa
    jangan salah gunakan kepentingan rakyat
    apa nak disusahkan dalam hidup ni
    kita tak perlu dengki dengan orang kaya
    sedangkan kita lebih hina dari mereka
    kamu tahu ke mereka ada menderma
    mereka ada dirikan sekolah agama
    mereka berinfak dengan kekayaan mereka
    hoi moo lu dudk dalam hutan pas dan pkr
    sebab tu fikiran lu sempit
    lu tidak duduk dengan orang yg kaya raya tetapi amalan dan sedekah mereka mengharukan mata memandang
    mereka tidak menunjuk kebaikan mereka kpd orang lain
    oleh itu jangan diganggu urusam mereka dgn keluarga mereka
    mereka bermewah tak mintak tajaan pun dari parti kamu atau dari kerajaan.
    apa bezanya orang macam kamu kalau buat kenduri di dewan, dibawah kemah, dirumah atau ringkas saja di surau mesjid
    semuanya bertahap ikut kemampuan masing2..
    bodo lah lu moo

    • Moohyideeeeen says:

      Mampu??? Duit sapa tu??? Maka ramailah juak2 BN menendeng nak dapat projek dan jilat.

      Alimedanbaru,

      Aku kesian hang tak nampak lagi isu kat sini. Rakyat semakin menyampah. Bukti??? BN dah hilang 2/3. Hang nak tunggu BN hilang 50% ka, baru nak panik???

      Bodo betul org umno macam hang ni…

      • P164 says:

        Sape yang menyampah bro kt UMNO dan BN. Kalau menyampah pn UMNO dan Bn x kan ada lagi memerintah kt Malaysia. Orang lagi menyampah kt Pakatan ko tu. Macam-macam ada.. Fikir-fikirkan lah…

        • Moohyideeeeen says:

          Hang tanya aku sapa yg menyampah kat BN??? Pilihanraya hari tu 51% menyampah kat BN. Tu pun nasib baik main media controlled by BN, org kg yg tak dak interenet dok percaya lagi kat BN, kalau tdk dah lama bgkus.

          • P164 says:

            Tp pada hakikatnya UMNO terus memerintah Malaysia kan hari ni. Boleh lh ko bangga sebab 95% orang cina undi pakatan ko. Berapa peratus pulak orang melayu yang undi pakatan…
            Macam-macam ada dalam puak-puak ko tu ye. LGBT, Plurilisme, librelisme…
            Mana melayu nk percaya bro………..

          • P164 says:

            x payah nk hina orang kg x da internet bro. Kt kg aku ni ada je. Orang kg lagi banyak duit dari orang bandar. kononya orang melayu urban kt bandar ni banyak duit, tp sebaliknya. Hrap je duduk bandar, tp ape pn x da………..

          • Pejuang IMR says:

            Kalau menang 51% pun tapi melayu islam ada 21 kerusi je buat apa Moooo (bertanding bukan main lagi sampai 57 kerusi. Nafsu je lebih tapi tenaga tak dak. Harapkan Menang sorak je le.

          • bangKano says:

            Betoi Mooo 51% dalam PRU13 menyampah kat BN…tapi 133 kerusi parlemen & 88 dari nya di menangi UMNO ada la depa menyampah kat Penipu Rakyat PR tu ha. BN tetap memerentah Malaysia & Najib masih lagi PM… bukan nya Anuaq giler tu….?

            Ada paham….?

          • sireh ke gagang says:

            orang kampung mana yang x percaya kpd BN ? habaq mai sat . penipu moo kalau bercakap , pakai kepala lutut . org kampung la penyokong kuat kerajaan pusat . itu hang bodoh x mengkaji .yang hang reti , copy paste posting blog sampah pencacai pakatan haramjadah . hang tu bodoh moo. mengaku jelah .

          • reds says:

            banyak kono koncing ngan nuar berahim… cina pon banyak kono koncing…hehe cina ingat bleh menang pru13…skali kono koncing lagi….nak koncing sampai bilaa…dah busuk sangat dah nie…pru 14 nih…koncing ape plak si bapak penipu nih nak bagi…

      • badrole amin says:

        cakap ikut sedap hati je nakram(moo)…

        abistu di S’gor dan P.Pinang takde juak2 pakatan haram ke yang mengendeng nak dapat projek dan jilat?

      • sireh ke gagang says:

        BN hilang 2/3 . 2/3 apa moo lembu ? hang maish mimpi dgn pru13 ka ? tak boleh terima hakikat , hang dah kalah ka ? rakyat malaysia masih waras la moo. depa x bodoh mcm hang , nak letak peliwat jadi PM , cina jadi bos besar belakang peliwat tu. hang ja bodoh melantun2 , sebab masih ikut dan percaya cakap si penipu besar tu.

  10. anoi says:

    buat malu orang aje die ni … apa pun die takde karisma cuma nak jadi jaguh pemesong fikiran anak muda.

  11. KerisMelayu says:

    Patut kita panggil MARINA LIBERAL jangan panggil MARINA MAHATHIR sbb buat busuk nama Tun saja.. MARINA khoitttuiiiiiiih!

    • bangKano says:

      Marina bukan Liberalis tapi pemikir kritis liberal islam yang cuba membanteras dogma sarat ngan bidaah kunun ajaran islam. Tapi yang silap nya dia dah begitu intim ngan puak puak kiri antikerajaan yang nak mengguling BN secagha tak demokratik….!!!

  12. DataCode says:

    Marina mahathir juga tolong tunjuk kat mana dalam quran tidak boleh cuti hari jumaat.

  13. baba says:

    betullah yg dikatakan iman tak dapat diwarisi, begitu juga perkara lain, bapa memang hebat, anak seekor ni mcm sial

    • Hamba_Ar_Rahman says:

      Tiada seorang manusia pun yang sempurna….Marina merupakan satu kegagalan buat Tun M….kalau semua nya perfect dalam life Tun….nanti akan jadi riak pula…Allah lebih mengetahui…..

  14. lan says:

    Karut pandangan marina ,kalau tidak nabi tak panggil le hari jumaat penghulu segala hari.kalau doa waktu khatib duduk antara dua khutbah insyallah permintaan dimakbulkan.

  15. Ninja says:

    woit mohden, sbb ada internet la org bandar kena tipu hidup2 dgn PR.. bangla 40 ribu pun percaya.. harap ada master, phd bagai, tp kena tipu hidup2 jugak.. apa la nak bangga PR di undi oleh org kapiaq…

  16. DataCode says:

    Kat kg aku ada 21buah rumah sume ada internet maaaa….

  17. alfie says:

    Mengapa Dr M di persalahkan? Bukan kah Marina ini di lantik sebagai wakil dalam National Unity Council oleh Ah Jib Gor dan mungkin perbuatan Marina ini di restui oleh PM untuk mengambil hati orang Kristian seperti juga PM mengambil hati orang cina!!

  18. sireh ke gagang says:

    Marina menjadi kurang ajar kpd ulama2 , sebab dia berkawan dgn ambiga . itu gambar atas ada. bukan kesalahan Tun mendidik , dia jadi seperti sekarang . sebagai org dewasa yang berakal , dia boleh bezakan baik dan buruknya . dia memilih menjadi anak tun paling haprak berbanding adinda2nya . tiada emak bapak mengajar anak2 menjadi jahat atau buruk . pilihan menjadi jahat dan buruk atas kehendak si anak itu sendiri.

  19. badrole amin says:

    selain wardina & mujahil rawa, marina pun Najib harus fikir balik tukar dengan orang lain dalam MKPN

  20. Mawar says:

    Why oh why marina?
    What is wrong with you???

Leave a Reply

Threesome