Menu Utama

Tak Malukah Anak-Anak Melayu Kita..?

Saya yakin, lebih 95% yang menyertai acara “guling mengguling berbaju hitam” di Dataran Merdeka pada malam ambang tahun baru 2014 baru-baru ini adalah berbangsa Melayu, khususnya golongan muda. Yang lebih pasti, mereka-mereka ini begitu aktif dalam parti-parti politik pembangkang.

Misalnya, Khalid Ismath yang turun melakukan kekacauan di Dataran Merdeka itu merupakan aktivis muda PAS. Terlalu aktif dalam politik PAS hinggakan isteri menuntut fasakh di mahkamah. Tak tahulah kenapa, mungkin disebabkan anak muda yang dianggap “hero PAS” itu tidak memberi nafkah barangkali…

Menyedihkan saya, dianggarkan penyertaan dari kaum lain, khususnya kaum Cina, boleh dikatakan hampir tidak ada langsung dalam acara “guling-guling atas jalan” itu. Kalau ada pun, hanya segelintir yang sekadar “tunjuk muka” sahaja, lepas itu hilang entah ke mana…

Hakikat itu bukan saya seorang saja yang sedar mengenainya, malah saya yakin ramai rakan-rakan pembaca yang setuju dengan fakta itu. Malah bukan saja kita, bahkan mereka dari kaum Cina sendiri pun menyedari tentang perkara tersebut dan berpendapat anak-anak bangsa Melayu itu amat mudah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu…

ScreenHunter_05 Jan. 02 03.59

Saya yang berbangsa Melayu dan beragama Islam, sebenarnya amat malu dengan perkara ini. Namun apa yang boleh saya katakan, memang benar anak-anak bangsa kita begitu mudah diperalatkan. Bukan sekali dua, sudah berkali-kali mereka diperkuda dan dikeldaikan begitu saja. Kononnya “perjuangan”… Palsu belaka!

Mungkin di saat budak-budak Melayu berbaju hitam membuat kacau di Dataran Merdeka pada malam ambang tahun baru, di masa yang sama Lim Guan Eng sedang tersengih-sengih naik kereta mewah barunya, Mercedes-Benz S300L, sambil bersiar-siar keliling pulau sambil “pekena” Bak Kut Teh…

Mungkin di saat anak-anak muda Melayu memekik terlolong berpeluh-peluh berguling di atas jalan, anak-anak muda Cina sedang leka menonton wayang bersama rakan-rakan, “yam seng” di kelab-kelab hiburan, bercuti bersama keluarga sambil terkenangkan kebodohan akal anak muda Melayu yang begitu mudah mereka “benam ke lumpur”…

92da7761-05d1-48e1-a317-ef05642eff0c_400

Kalau begitulah bezanya cara pemikiran generasi muda Melayu dan generasi muda Cina, tidak mustahil suatu hari nanti bumi Tanah Melayu ini akan bertukar menjadi bumi “Tanah Semenanjung Cina”, dan bangsa Melayu akan terus terpinggir sebagaimana di Singapura.

Saya tidak bersikap rasis dalam hal ini. Berfikir secara adil, memang minda anak bangsa Cina sedang mendahului bangsa Melayu, khususnya di dalam Pakatan Haram.

Mujurlah anak-anak muda UMNO tidak kurang hebatnya. Namun kalau ada yang bercita-cita tinggi seperti Anwar dan merelakan diri menjadi “si kitul alaf baru”, rasanya UMNO juga wajar berhati-hati dalam hal sebegini. Risau juga kalau masih ada anak bangsa yang tidak sedar-sedar diri dan lebih suka memilih “liberalisasi” berbanding “fundemental”, kan?

Suka saya ingatkan seluruh Pemuda UMNO dan BN bahawa perjuangan kita belum selesai. Kita wajar selamatkan anak-anak bangsa kita dari terus diperalat oleh para pemimpin pembangkang yang bijak mengambil kesempatan atas kelemahan anak-anak bangsa kita berfikir. Kalau dibiarkan, mungkin “karam” jadinya negara kita nanti…

Justeru itu, saya menyarankan agar kita kembali merujuk pada Islam dan kembali pada jatidiri bangsa Melayu yang asal. Hidup kita di dunia hanya sekali dan kita sepatutnya menghargai kesempatan itu untuk menjadi hamba Allah serta seorang warganegara yang terbaik. Sama-samalah kita doakan demi kebaikan Islam, Bangsa Melayu dan Tanah Melayu. Wallahu’alam…






54 Komen to Tak Malukah Anak-Anak Melayu Kita..?

  1. Moohyideeeeen says:

    Yg dok kat KLCC, Bukit Bintang, The Zouk, yg tu umno sgt suka.

    • reds says:

      tu ko yang suka…kalo ko x suka…dah tentu korang wat beruk kat situ…. nih sekadar pegi cuci mata…baik x payah.. papehal..kopiah jangan lu pakai moo.. baru nampak alim..

      • Moohyideeeeen says:

        Itu Fitnah umno, tapi tuduh org lain pulak…he..he..Dasar Pemfitnah 1 Malaysia! (DPIM)

        • WTF says:

          Hai, dah lupa ka!!!

          mooooo says:

          Hang pi la tgk kat bkt bintang, the zouk…aku baru balik…penuh maksiat…Dbkl spent rm15 juta, lepas tu naikkan assessment rate.

          1:36 AM on January 1, 2014
          ________________________________________
          WTF says:

          Hang baru balik dari Dataran ker atau baru balik dari Zouk sambil lepak sambut tahun baru Nasrani!!!

          1:48 AM on January 1, 2014

          mooooo says:

          Dari dataran ke klcc, lalu la depan zouk..apa jalan dwpan tu org umno punya ka???

          1:50 AM on January 1, 2014
          ________________________________________
          mooooo says:

          Bila ada guling kuasa??? Hang nampak ka…?? Tapi ada la dua org td guling2 atas jalan….

          1:39 AM on January 1, 2014
          ________________________________________
          gambus says:

          kesian , kau mabuk kee moo lembu !!

          1:58 AM on January 1, 2014

          mooooo says:

          Aaa…tgh mabuk..umno byk provide Free Beer…! Cheers!

          2:02 AM on January 1, 2014

          http://www.mykmu.net/?p=38613

          Hehehehe…have fun that night Mooh!!!

        • anakbochek says:

          Rupanya Mooh pengunjung tegar Zouk. Astaga… apa nak jadi dgn kau ni Mooh.

    • bangKano says:

      Dai tambi…pundek wuluk…lu cakap juga ada banyak. Yang melepak kat Bukit Bintang tu ada jugak penyokong bebal pandir hamPAS,PKR & DAP selain UMNO.

      Mana hang tau depa tu semua UMNO…? Hang dah check ka Mykad depa yang dok melepak kat situ Moooo cunik gedumbu….?

    • srikandi says:

      macai PR ni sgt hipokrit…kata je nk demo bagai…padahal lepas tu smbung kt klcc, zouk, nukit bintang jugak…poyo laaa…

    • mat says:

      ini kali pertama aku nak kata selalunya aku baca jer komen kat sini… ini kata aku “MOOO MEMANG BODOH TERLAMPAU, KALAU DIA MELAYU ,MELAYU HAPRAK”

    • Mawar says:

      Mooohyideeen bodoh botingkek2.
      Kau tuduh2 UMNO sampai bau mulut busuk nanah.
      Aku memang jijik dgn kau dgn fitnah kau!! Dasar manusia berhati syaitan, siap ngaku baru balik dari zouk.

  2. Moohyideeeeen says:

    Tentang Malaysan Union dulu buat kat Club House ka atas jalan raya yg berlopak???

    • gambus says:

      kau nak tentang kenaikkan harga barang sempena tahun baru , tapi puak DAPigs yang menaikkan harga barang dan cukai dinegeri mereka … kau baring atas jalanraya apek racist lim guan eng beli mercedez baru pakai duit rakyat sempena tahun baru …

      lembu Pakatan ?? dapat jadi lembuuuuu

    • srikandi says:

      macai mcm ni tak payahla suh derang pikir…otak tu dh sgt bebal utk pikir…buang mase je nasihatkan derang ni..,jiwa sudah mati…

    • anakbochek says:

      Malaysan Union? Apo ko bondo eh tuh…?

  3. reds says:

    anak2 melayu skang nih pemalas…tak tau menghargai pengorbanan orang tua…tau dok depan internet pastu layan blog pembangkang jekk…keje pon memilih.. nak keje senang..tapi gaji nak serupa orang keje 10 thn…lagi rela guling dari carik keje…perasan boleh hidup tanpa status bumiputera…baru subsidi kena tarik sket dah meroyan…padahal keje pon tidak..

  4. alimedanbaru says:

    kalau dah guru kencing berdiri
    apa nak hairan murid kencing berlari
    kalau dah pemimpin kaki amal sex haram
    macamana nak suruh pengikut berbuat kebaikan
    kalau pak lebai dah ajar ajaran sesat
    bagaimana pemuda pemudi nak alim bertaqwa
    apakah pemimpin Pakatan Rakyat pernah bercakap tentang usaha dan bagaimana nak tingkatkan ekonomi rakyat
    yg mereka cakap bagaimana nak sabotaj ekonomi negara
    ada pemimpin pakatan rakyat bercakap tentang persaingan dalam kehidupan dunia tanpa sempadan
    yg ada mereka cakap kerajaan b/jawab mesti bagi segalanya percuma dan percuma dan percuma
    ada mereka bercakap tentang hijrah dan tranformasi tindakan masa kini
    yg ada mereka cakap.. runtuhkan kerajaan dan runtuhkan negara untuk mereka bina semula
    Bacalah Harakah..isinya hanya cerita Malaysia mahu runtuh, negara mahu tenggelam dan esok kiamatlah Malaysia
    Apa yg Harakah didik masyarakat supaya lebih progresif, teguh jati diri, boleh bersaing, mesti tingkatkan ilmu keperluan masa kini dan beritahu kaedah untuk tingkatkan ekonomi.
    Dari muka 1 hingga kemuka belakang..semua pemimpin Pas bercakap soal keburukan negara dan tunjukkan jari kesalahan kpd orang lain sedang 4 jari yg dituding kemuka sendiri..tiada jawapan?
    Munafiklah mereka dg sikap dan perangai
    Sebab tu mereka menghalalkan cara
    artis sebagai daei mereka berdakwah
    musuh Islam sebagai pembantu mereka mencari keredhaan Allah kononnya
    mereka sembahyang..tetapi solad mereka tidak berkesan menjadikan mereka bertaqwa dan ‘tunduk’
    mereka berserban tetapi mengalahkan perbuatan orang kafir
    mereka mebaca Quran teatpi mereka tidak melaksanakan apa yg mereka baca
    sebab tu mereka lebih layak dipanggil simunafik
    bila bercakap mereka berdusta, memfitnah dan mengadu domba
    bila diberi amanah mereka kianati dan salahkan orang lain atas kegaggaln
    bila bercakap, hanya dia nak menang,orang lain semua salah dan tak betul
    simunafik semenang tidak direstui Allah
    mereka lebih layak dipanggil sebagai pengganas demokrasi yg tidak hormatkan sistem demokrasi
    mereka membantah pemimpin luar yg sah yg digulingkan
    tetapi mereka pun 2×5 mahu menggulingkan pemerintahan yg sah.
    ALLAH DAH SEBUT, JIKA KAMU TAK MEMBERI MAKA KAMU TAKKAN MERASA
    NABI MUHAMMAD SEORANG ‘PEMBERI’
    PEMBERI KASIH SAYANG
    PEMBERI PERSAUDARAAN
    PEMBERI SOKONGAN KEBAIKAN
    PEMBERI MAAF
    PEMBERI NASIHAT
    PEMBERI KESEJAHTERAAN UMAT
    DAN PEMBERI CONTOH TAULADAN YG BAIK-BAIK
    Kepada Anuar Ibrahim kamu musuh Islam, talibarut Yahudi, berfaham kebebasan agama dan pengamal sex bebas
    Kepada Hj Hadi kamu mengekalkan pemusnah persaudaraan seagama sbb Amanat Banggol Peradong belum di tarik balil
    Kepada Nik Aziz kamu orang tua kutuk yg menghalang perpaduan dan kesatuan umat
    OLEH ITU MACAMANA PEMUDA MELAYU MAHU BERKUALITI, MENJADI PEJUANG MEMAKMURKAN NEGARA, MENININGGIKAN MARUAH AGAMA, BERDAYA SAING DGN BANGSA LAIN
    APA YG ADA ANAK-ANAK PAKATAN RAKYAT, POKET KOSONG, MINDA JUMUD
    PERJUANGAN TIDAK ADA HALA TUJU DAN MATLAMAT
    JIKA BENAR2 MEREKA NAK BERJUANG bersungguh- sungguh DARI BERATUS RUSUHAN YG TELAH DIADAKAN HAKIKATNYA SEDIKIT PUN CAWAN YG ADA DIPUTRAJAYA TIDAK BERGEGAR
    DAN PERJUAGAN MEREKA BOLEH DIKATAKAN..pundikk

    • Moohyideeeeen says:

      Bala..blaaa…. UMNO yg berkuasa tetap menggunakan Perlembagaan berlandaskan Lord Reid.

      • system baru says:

        mooo pr tetap bekuasa mengunakan undang2 pap singapore

        • Moohyideeeeen says:

          Itu halusinasi hang jer…

          • system baru says:

            mooo pr tetap berkuasa mengunakan undang2 pap singapore contoh di p.penang halau orang melayu dan india guna cara halus sama cara singapore halau melayu dari tanah nya

          • srikandi says:

            mooo in denial, tak guna kite kata ape pon kat dia ni…nnt dh ditendang kuar oleh cina DAPigs baru die sedar agaknye…skrg ni ego tinggi melangit+hipokrit

      • WTF says:

        Meh baca sini sat Mooh:

        http://zul4kulim.blogspot.sg/2013/12/khianatkah-aku.html

        Lepas tu, kita bincang ya Mooh!!!

      • bangKano says:

        Kalo Perlembagaan Persekutuan berbau idea idea Lord reid salah ka Mooo…? Tolong tunjuk tang mana salah nya ..jangan dok sembang melambong lambong macam tong kosong..tun tang tung tang…!!!

      • mek esah says:

        tetap utuh terpelihara hingga kini…lord reid and the gang sangat menyanjungi umno dan benci sangat2 dgn Brunei…hehe

        • gambus says:

          pelik laa kau mekk . pemimpin PAS , PKR dan DApigs sendiri mengangkat lord reids dalam manifesto mereka !!!

          yang sekular , hinggakan terbaru menghina JAIS semuanya rakan PAS

          camana benci brunei ni mekk , pemimpin negara Malaysia mempunyai hubungan paling akrab dengan Brunei … bodoh laa kau mekk !!!

        • sireh ke gagang says:

          mek keluar cakap bodoh lagi . bodoh mek ni. nak menipu sejarah agak2la . dah la mek. ko pergi kaji pasal rantaian makanan aje sudah.

        • Mawar says:

          Mek, sila jawab soalan aku, adakah pemimpin PAS itu maksum, tiada kesalahan? Sila jawab mek….!!

      • sireh ke gagang says:

        dengan perlembagaan lord ried jugak hang hidup , sekolah , mengabiskan duit kerajaan UMNO kan moo ? dasar tak tahu malu .

        • gambus says:

          heheheh mekk PAS ni memang bodoh , demokrasi antara teras lord reid !!!

          • Mek esah says:

            Demokrasi ciptaan depa yg diajar sebati kepada anak melayu…hingga kan sebahagian besar melayu sangat selesa dgnnya…hingga terlupa yang hak….jangan buta mata hati le…

  5. Castro says:

    Memang Melayu mudah lupaaaaa…sepatah kata bekas PM kita…

    • Moohyideeeeen says:

      Melayu dalam umno byk laa… so UMNO la yg mudah lupa…

      • WTF says:

        Hehehehe…mabuk lagi ni!!!

        Hang terasa ker dgn article ni!!!

        Hahahahaha

      • gambus says:

        sebab Melayu majoriti dalam UMNO laa Islam tetap teguh dan terpelihara ..

        nak harapkan PAS , harapnya ramai “ulamak” tapi mereka semua diam jadi bisu bila JAIS difitnah dan dihina oleh puak pro murtad , pro LGBT dan puak anti Islam dan melayu !!!

      • sireh ke gagang says:

        melayu pas & pkr yang mudah lupa tu. sebab tu sanggup jadi balaci dan barua cina , singh , keling . take beer lah moo

      • srikandi says:

        amboi maksumnya org2 PR kan???
        giler tahap taksub kau ni mooo…tahap jilat bontot anwar dh x jd hal buat kau kan mooo…

  6. Nusantara Jones says:

    Kelantan pun guna PERLEMBAGAAN LORD REID. Adakah nik ajiz kapir? Mooooo dah semakin berani lawan tauke?

  7. Omega says:

    yang tayang spender pas lagi suka.. SUA tu

  8. Wong Pin Ter says:

    Apabila orang Melayu terpaksa membuat demonstrasi hanya kerana sedikit subsidi minyak dan elektrik ditarik balik mana kala kaum-kaum lain tidak berdemonstrasi atas sebab yang sama ini menunjukkan orang Melayu belum bersedia untuk bersaing secara terbuka dengan kaum-kaum lain. Bagaimana nanti jika PR berkuasa dan semua hak dan kepentingan Melayu dipinggirkan atau dihapuskan atas nama untuk kesama-rataan dan hak asasi bolehkah Orang Melayu untuk survive tanpa tongkat?

  9. terangsang says says:

    Di mana ada kesempitan di situ ada kesempatan..falsafah orang dari cina.Di mana kedudukan Melayu.? Melayu akan sentiasa ditekan dengan berbagai cara agar sentiasa boleh diambil kesempatan. contohnya Anwar. sudah kaya dan hampir jadi PM. Kerana apa tah badan pun binasa.. agaknya kerana orang keliling yang nak ambil kesempatan, ada benda memang susah kawal.sekarang jadi ketua juga tapi untuk kumpulan minoriti je.Dimomokan sebagai manusia junjungan yang sebenarnya sedang diambil kesempatan.kesiankan Melayu. melayu dan bumiputera kena tahu dadah, mesin judi, ah long diujudkan sampai ke ceruk2 kampung adalah untuk Melayu dan bumiputera terus miskin,tidak punya harta dan boleh diambil kesempatan oleh golongan.. makan2 lari ni.

    • sireh ke gagang says:

      Anwar tu melayu celaka . yang percaya dia pulak , melayu dungu bin bebal . sekian untuk rujukan sedara .

  10. Mawar says:

    Anak melayu yg sertai himpun itu bodoh . Sangat baghal!!

Leave a Reply