Menu Utama

Tak Dapat Jawatan, PAS & PKR Merengek Macam Budak Kecil…

Apa sudah jadi dengan “pakatan” di antara parti-parti Pakatan Haram di Kelantan? Berebut kuasa? Tunjuk kuasa? Balas dendam kesumat? Gila kuasa? Atau kononnya mendakwa “berkongsi kuasa”, padahal bila sebuah parti mendominasi kerusi DUN sesebuah negeri, maka “akulah raja”?

Dalam kecoh-kecoh puak PAS di Pulau Pinang “mengamuk sakan” atas layanan “double standard” Lim Guan Eng dan kerajaan pimpinannya pada parti mereka, Kerajaan PAS Kelantan pula dihentam kepimpinan PKR di negeri itu yang mendakwa seolah-olah di”anaktiri”kan?

Pengarah Latihan dan Komunikasi PKR negeri, Datuk Dr. Wan Suhaimi Wan Daud mengadu pada media semalam tentang “perangai buruk” kepimpinan PAS Kelantan yang mengaku “meniru lagak” DAP yang tidak mempedulikan kepimpinan PAS di Pulau Pinang.

Wan Suhaimi

Apa yang dimaksudkan Wan Suhaimi itu ialah mengenai kenyataan Timbalan MB Kelantan, Datuk Nik Amar Nik Abdullah yang baru-baru ini mengaku “melayan PKR di Kelantan seperti DAP melayan PAS di Pulau Pinang”. Bunyi kenyataan Wan Suhaimi itu menggambarkan PKR benar-benar marah pada PAS…

Malah lebih melucukan, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob, turut menerima “tempias” kemarahan PKR Kelantan itu apabila dia mengungkit soal janji lisan MB itu pada “boss”nya, Anwar Ibrahim, tentang beberapa perkara yang dijanjikan untuk pemimpin PKR Kelantan sebelum ini.

Apa yang dijanjikan? Projek? Balak? Lojing? Pakej tiap-tiap bulan menyeberang Sungai Golok tanpa sekatan? PKR mahu diberikan kontrak bekalkan “budu” ke seluruh pejabat parti-parti Pakatan Haram di seluruh negara? Apa agaknya yang dijanjikan? Boleh cerita?

Kalau diperhatikan senario PAS-DAP di Pulau Pinang, dan PKR-PAS di Kelantan, saya mampu tersengih-sengih sendirian. Nak tahu kenapa?

Pada saya, berdasarkan senario tersebut, sebenarnya tiada istilah perkongsian kuasa di antara parti DAP, PKR dan PAS. Istilah itu hanya dibibir saja bagi “menyejukkan” hati para penyokong Pakatan Haram (seperti Moooh dan sebagainya), kan?

Di Pulau Pinang, DAP hanya beri muka pada PKR. Mungkin sebab PKR “bijak membodek” dan sanggup mengikut telunjuk “Maharaja” Guan Eng. Sedangkan PAS yang memberikan gelaran “Khalifah Umar Abdul Aziz” pada Ketua Menteri Pulau Pinang itu langsung tidak dipandang, kan?

Di Kelantan, mungkin atas dasar “dendam” dan “nak tunjuk kuasa”, maka PAS pun berperangai yang serupa. “Kalau DAP boleh di Pulau Pinang, mengapa PAS tak boleh?”, mungkin itu yang ada dalam otak lebai-lebai PAS di Kelantan. Macam budak-budak kecil perangainya. Tapi di situ memang jelas tiada perlaksanaan “berkongsi kuasa”…

Kalau nak dikatakan pemimpin PAS dan PKR “gila kuasa” pun boleh jadi juga. Sebabnya, masing-masing tak boleh tahan untuk “mengamuk” dan “mengadu” pada media bila mereka tidak diberi jawatan atau kepentingan dalam kerajaan di negeri yang ditadbir Pakatan Haram.

IMG_33607375737363

PAS Pulau Pinang “mengamuk sakan” di Muktamar PAS tempohari. Mereka ungkit habis-habisan dan mendesak Presiden PAS campur tangan atau mereka akan bertindak sendiri terhadap DAP dan “Khalifah” mereka. Puas jugalah Hadi memujuk mereka. Tapi sampai sekarang kemelut itu masih tidak dapat diselesaikan walaupun “Abang Guan Eng” dilantik menjadi Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang yang baru…

Di Kelantan pun sama, PKR tak puas hati sebab tidak dilantik ke jawatan-jawatan penting dalam Kerajaan PAS Negeri Kelantan. Cuma PKR Kelantan tidak “mengamuk” depan Anwar, mereka hanya berani bersuara di media saja sambil “membodek” Ketua Umum mereka yang dijanjikan sesuatu oleh Ahmad Yaakob…

Berbeza sekali Pakatan Haram dengan BN. Misalnya, meskipun MCA sebelum ini tewas teruk dan tidak “perform” pada PRU ke-13 pada Mei lalu, Perdana Menteri tetap mempelawa mereka menyertai Kabinet Kerajaan Persekutuan. Malah di negeri-negeri pimpinan BN, MCA turut juga dipelawa menganggotai barisan Exco…

Cuma mungkin MCA ini lebih bermaruah dalam soal perkongsian kuasa dan “penilaian berdasarkan KPI”, maka mereka “merajuk” enggan menerima pelawaan ke jawatan-jawatan penting Kerajaan itu. Apa pun alasan MCA, tindakan itu jelas membuktikan mereka tidak gila kuasa atau “bersikap macam budak tak dapat botol susu”, kan?

Pakatan Haram baru mentadbir 2-3 buah negeri, tapi kita mampu melihat sikap sebenar mereka. “True colours” mereka begitu terserlah menjadi bahan lawak jenaka yang mampu membuat kita tersenyum sinis. Padanlah Allah SWT tidak izinkan mereka mentadbir Malaysia, ada hikmah rupa-rupanya. Rakyat sudah celik, “Moooohhh dan rakan-rakan bagaimana pula? Wallahu’alam.






10 Komen to Tak Dapat Jawatan, PAS & PKR Merengek Macam Budak Kecil…

  1. siapa la yg dominan agaknya dalam PR ni kn… sapa ketua PR ni yg sebenarnya?

    ketua setiap parti ada la…

    PR ni wujud ke idak? saling memperguna untuk dapatkan kuasa… dah dapat, hang p main jauh2…

    mana semangat memperjuangkan rakyat?..

    last2 memperjuangkan kuasa sendiri2..

  2. mamu says:

    Selangor adalah penunjuk bagi mini Malaysia.
    Begitu lah corak pakatan haram jika memerintah kerajaan pusat. Segala benda akan dilacurkan oleh mereka. Tetapi yang paling bodoh ialah Pas, bagi merujuk kepada 3 Adun DAP yang mahu memansuhkan enakmen Agama Orang Bukan Islam di sini Pakatan sudah boleh pinda memandangkan mereka ada 2/3 majoriti kerusi DUN,
    Tetapi, bagi melengkapkan majoriti tersebut adalah dari Parti Pas juga. Di sini Pas dilihat ada kuasa untuk menurut atau sebaliknya untuk usul dari 3adun DAP terbabit.
    Jika DAP Penang sudah melayan Pas seperti anjing kurap, maka jika Pas selangor sokong 3Adun DAP itu maka Pas adalah parti politik yang paling dilihat oleh rakyat malaysia sebagai parti barua dan parti anjing suruhan tuannya.
    Mungkin bujuk ada point peribadi nya tentang isu Pas selangor ni.

  3. BNbagoos says:

    Berapa lama mereka boleh tidor sebantal.

    Bantal dikongsi makin hari makin dipenohi peta. Sekejap lagi kelahi besarlah tu

  4. ais says:

    Sahlah nak jawatan dan kuasa semata-mata untuk cari dan tambah harta. Harapan membela masalah rakyat langsung tiada dalam tugas mereka. Sabor aje lah.

  5. bangKano says:

    Apa nak heran…nama pun PR : Penipu Rakyat. PKR plak: Politikus Kelentong Rakyat. PAS lagi sakan: Pemimpin Akal Sewel…patut la depa ni selalu meghoyan macam pompuan baru kematian suami.

  6. alimedanbaru says:

    Dalam bab kuasa dan jawatan Pakatan Rakyat tidak boleh menandingi sikap tolaransi BN terutamanya UMNO yg sentiasa memberi ruang kepada semua parti komponen untuk memegang jawatan samaada dalam kerajaan negeri atau pusat.
    Contoh terbaik: Walaupun MCA tidak mahu pegang jawatan tetapi kerajaan UMNO sentiasa menyediakan tempat untuk mereka pada bila-bila masa jika mereka mahukan jawatan tersebut.

    Cuba kita bayangkan jika Pakatan Rakyat memerintah..yg pasti mereka akan berkelahi merebut jawatan..buktinya: sejak beberapa PRU mereka tidak pernah berjaya memaparkan kabinet bayangan untuk ditatap oleh rakyat!

  7. Mawar says:

    Pakatan haramjadah ni dah jadi haru biru.
    Tunggu nak melingkup jer…

  8. gambus says:

    hahaha pemimpin PAS mana peduli pasal macai mereka semua , janji pemimpin PAS ni berkuasa dan ada duit .. macai macam korang takat sampah sarap jeee !!!

Leave a Reply

Threesome