Menu Utama

Sumbangan Banjir: Buat Baik Pun Dikeji Pas Juga

Oleh Nur Azlina Shaari

Kita sedia maklum pada minggu lalu, iaitu hari Ahad, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah turun padang ke Kemaman, Terengganu untuk memberikan bantuan berbentuk wang dan barangan elektrik kepada mangsa banjir yang terlibat pada penghujung tahun lepas (2013).

Setakat ini, semua penerima bantuan banjir berpuas hati dengan huluran bantuan barangan seperti televisyen, peti sejuk, dapur, tilam dan bantal bernilai RM5,000 disumbangkan kepada setiap keluarga mangsa banjir.

Malah, apa yang menggembirakan, kesemua 19,205 keluarga yang terlibat dengan banjir di Terengganu turut menerima bantuan wang tunai RM500 daripada kerajaan Pusat dan RM1,500 daripada kerajaan negeri.

Setakat ini juga, rasanya tidak ada lagi kedengaran keluh kesah dari penerima bantuan banjir tentang bantuan yang diberikan oleh kerajaan.

Namun, dalam keikhlasan pemimpin negara kita untuk meringankan beban hidup mangsa-mangsa banjir, mudah bagi pembangkang mencipta fitnah dan mereka cerita yang tidak wujud.

Dalam lidah rasmi media parti PAS, sebuah artikel yang bertajuk ‘Keluhan penerima bantuan banjir ada logo keris’ ditulis tanpa ada asas dan tuduhan kepada kerajaan semata-mata. Malah, ia lebih kepada sifat mahu memburukkan usaha murni pihak kerajaan selain menyatakan parti PAS lebih memahami untuk menghulurkan bantuan bagi membantu mangsa banjir.

Antaranya seperti mempersoalkan tentang pemberian barangan elektrik yang diberikan secara berperingkat kepada semua mangsa. Apakah penulis itu tidak mengetahui jumlah sebenar mangsa-mangsa banjir di Terengganu? Jumlahnya adalah melebihi dari 10,000 keluarga. Justeru, adalah tidak mudah bagi kerajaan untuk membawa semua barangan elektrik sebanyak 19,205 dalam satu masa sahaja iaitu pada hari pemberian bantuan.

Selain itu, tindakan kerajaan yang mahukan setiap keluarga mengisi borang sebelum mengedarkan barangan keperluan dan barangan elektrik adalah untuk rekod bagi kerajaan tentang kondisi keluarga mangsa banjir. Hal ini kerana, ia adalah untuk rekod simpanan di masa hadapan sekiranya timbul satu perkara atau masalah lain yang tidak diingini terhadap keluarga mangsa. Jadi, isu setiap keluarga mangsa perlu mengisi borang penerimaan bantuan barangan adalah isu yang tidak perlu ditimbulkan.

Penulis itu juga membangkitkan isu di mana setiap kotak barangan elektrik yang disumbangkan punyai logo 1Malaysia, logo rasmi UMNO, logo BN dan juga logo SKMM. Ternyata, penulis artikel itu belum cukup membuat kajian disebalik proses pemberian bantuan kepada yang memerlukan. Untuk rekod, sumbangan tersebut adalah kerjasama antara kerajaan BN dan UMNO, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan Kelab Putera 1Malaysia. Dan logo-logo itu semua bukannya kekal berada pada barangan elektrik tersebut. Malah, tidak susah untuk dicabut. Sekiranya parti PAS memberikan bantuan barangan elektrik yang sama, pastinya juga PAS akan meletakkan logo rasmi mereka sebagai tanda mereka adalah pihak yang bertanggungjawab dalam isu kebajikan ini.

Dalam setiap kebaikan dan bantuan yang dihulurkan, semuanya dikritik tanpa asas oleh penulis media tersebut. Hanya secebis bantuan dari parti PAS dijulang hebat kononnya parti PAS lebih banyak menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir.

“Syabas dan tahniah kepada jentera bantuan banjir PAS yang dari awal lagi telah mengagihkan periuk nasi elektrik (rice cooker) di samping barangan makanan kepada mangsa-mangsa yang terlibat secara agihan terus rumah ke rumah tanpa mangsa banjir perlu ke sana ke mari bagi mendapatkan pengesahan itu dan ini yang sangat menjengkelkan.”

Nampaknya, sekali lagi penulis tersebut terlupa, pihak mana agaknya yang awal-awal lagi turun padang dan menghulurkan bantuan sejak dari awal lagi bencana banjir melanda negeri-negeri pantai Timur.

Pada tahun lepas, sewaktu berlangsungnya Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2013, hampir keseluruhan pemimpin UMNO meninggalkan perhimpunan tersebut demi kerana niat untuk membantu mangsa banjir yang kehilangan harta-benda serta tempat perlindungan, dan dengan tangan mereka sendiri, pelbagai bantuan makanan diedarkan. Inilah yang dilupakan oleh parti PAS. Walhal, mereka harus sedar, pihak pembangkang hanya sibuk bercakap lantang di dalam Parlimen, sedangkan kelibat diri tidak kelihatan di pusat perlindungan sementara banjir.

Jadi, bagi HarakahDaily.net, mencipta satu isu adalah perkara yang terbaik buat mereka bagi melencongkan pemikiran mangsa-mangsa banjir juga rakyat Malaysia.

Malah, penulisan dangkal inilah usaha bagi pembangkang termasuk PAS untuk meracuni pemikiran rakyat di mana kerajaan tidak berhati perut dalam menangani masalah rakyat. Hakikatnya, kerajaan sudah bertungkus-lumus memberikan segala bentuk bantuan termasuklah barangan elektrik dan keperluan asas dalam kehidupan seharian yang amat diperlukan oleh rakyat.

Tentang isu banjir yang melanda negara kita hujung tahun lepas, isunya bukanlah mahu menunjukkan siapa yang lebih banyak menghulurkan bantuan apatah lagi berbangga dengan setiap barangan yang dihulurkan ke tangan mangsa banjir. Tetapi, ia lebih kepada usaha dan niat ikhlas yang ditunjukkan oleh kerajaan.

Syukur dipanjatkan, walaupun Najib sentiasa sibuk ke sana ke mari, beliau tidak pernah lupa untuk menjaga kebajikan kehidupan rakyat yang memerlukan. Lebih-lebih lagi yang berada dalam kesusahan.






47 Komen to Sumbangan Banjir: Buat Baik Pun Dikeji Pas Juga

  1. dkds says:

    Pas ni kalau berkaitan kristian baru tak keji….minum holy water pun okkkk

  2. Anak Lenggong says:

    Melayu PAS memang berperangai camtu..cara berpakaian luaran huuhhh..umpama dia lah yang terlebih baik dan islam daripada orang lain tapi perangai..hati dan perlakuan tak menunjukkan dia saorang yang berwatakan baik..hidup mereka penuh dengan rasa dendam..iri hati..dengki..kepada pihak yang tak sehaluan..semua perkara dilakukan oleh kerajaan dihina dan dikutuk tapi ..mereka jugalah merupakan orang yang paling kedepan untuk mengambil apa yang diberikan..

  3. alimedanbaru says:

    sikap dengki kianat ni lah yg aku menyampah betul dengan Pas. sebab tu aku tak tergerak pun nak mendekati Pas malah cara mereka menyebabkan aku dan kita semua terpaksa tidak bersempati dengan mereka.
    apa guna menghina kebaikan orang lain..berdosa namanya. kata Nabi perbuatan itu memakan darah dan daging saudara sendiri.
    kalau kamu mampu derma makanan dalam bag plastik tapi jujur iklas, silakan.Allah Balas
    sebaliknya kalau orang lain hulur bantuan dgn berlori..biarkan..bukankah itu razeki mangsa bencana
    apa perlu dipertikaikan
    sebab tulah manusia hari ni tanpa rasa bersalah sanggup melebalkan pak lebai Pas sebagai ‘ULARMAK’
    salah siapa
    penghormatan bukan boleh dipaksa
    ia lahir dari penilaian dan hati yg terdetik atas apa yg dilihatdan yg dirasa…

  4. mooooo says:

    Sumbgn yg tak ikhlas danmenunjuk2. Sumbgn yg dtg dari duit kerajaanMalaysia, bukan BN. Perlu ke PM turun bagi bantuan direct, MB pun boleh, DUN pun boleh…PM boleh foksu kerja lain…

    • WTF says:

      Mooh…

      Najib nak turun bantu rakyat Malaysia dalam kesusahan, tu sukati dialah Mooh!!!

      Macam hang pergi turun DEMO turunkan harga kangkung pada malam tahun baru, lepas tu mabuk4444 pergi Zouk tgk amoi, kami semua takder hal Mooh!!!

      Hang nak TAKE BEER dgn Holy Water pun kami tak kisah Mooh!!!

      MUEH44444

    • alimedanbaru says:

      Kalau ikut cara Khalid MB Selangor, pergi melawat mangsa bencana adalah buang masa sbb pegawai dia boleh uruskan..baguslah tu..sebab tu hati kamu mooo dan pemimpin kamu 2×5 hati mati tak sempati kpd rakyat yg ada kebencian dan dengki kianat…. busuk punya olang!

    • gambus says:

      itu tandanya PM prihatin , kalau Pakatan jangan harap nak bagi bantuan !! habis tanah untuk pelajar dirampasnya !!!

  5. Anak Lenggong says:

    Ni la bangang punya budak ngaku bijak tapi bodoh nak mampusss…PM tu merupakan ketua kerajaan so pabila sumbangan tu daripada kerajaan takde salah nya kalau dia nak bagi sumbangan..kalau bodoh jangan la nak nunjuk kebodohan tu kepada orang lain..apa yang nak nunjuknya..dah nama pun ketua kerajaan dah tentu semua media ikut sama ..sama saperti media PAS pun turut sama tapi cari dan paparkan yang buruk je..dalam Selangor kini ..suara keadilan dan haramkah takde nunjuk apa2 yang dilakukan oleh pemimpin biawak ko kee..tu gambar kat atas tu bukan nak nunjuk..kalau bukan tu untuk apaaa..

  6. mooooo says:

    KPMG survey shows that an alarming rate of high percentage of companies in Malaysia to incur cost due to corruption…is not a good indicator.

    • WTF says:

      And what are you trying to imply, that the above is UMNO fault too???

      Nice try on trying very hard to divert the issue.

      I recommend that it is best that you take the Holy Water and Take Beer!!!

      Mueh4444

      • mooooo says:

        Sendiri jawab la…. Singapore ada isu ni ka??

        • raplahjingaa says:

          apasal pulak tak dak ??? hang ketinggalan zaman laaa mooo, rasuah duit, rasuah seks banyak berlaku kat singapura.

          • Pemerhati says:

            di singapura commissioner SCDF(kalau di Malaysia JPAM) terlibat dengan rasuah seks…pengarah CNB(kalau di Malaysia AADK) juga terlibat dengan rasuah seks…seorang profesor undang-undang di sebuah universiti terkenal di singapura(NUS) juga terlibat dengan rasuah seks
            http://www.theonlinecitizen.com/2012/01/scdf-chief-suspended-from-duties-cnb-director-probed/

            http://sg.news.yahoo.com/former-cnb-director-charged-in-cpib-probe.html

            http://sg.news.yahoo.com/nus-law-professor-under-sex-for-grades-probe-described-as-‘charismatic’–‘eccentric’.html

            paling memalukan, penolong pengarah CPIB(kalau di Malaysia SPRM) melakukan pecah amanah melibatkan wang badan pencegah rasuah singapura itu sebanyak SGD$1.7 juta
            http://www.todayonline.com/singapore/pms-office-statement-cpib-officer-case

            ———————————————————–

            dulu semasa diktaktor singapura@ supremo PAP(adik-beradik DAP) lee kuan yew jadi PM, ada seorang menteri perumahan singapura dari PAP juga terlibat dengan rasuah

            dipendekkan cerita…

            sebelum paginya isteri kepada menteri perumahan singapura itu lapor pada polis suaminya mati(kerana ‘makan pil’ berlebihan), malamnya lee kuan yew telah melawat menteri perumahan itu di rumahnya

            ———————————————————–

            ‘raplah’ kata moo ketinggalan zaman
            aku pulak nak kata…..

            ternyata moo memang katak duduk bawah tempurung!

        • gambus says:

          singapore takde rasuah ??? bodoh laa kau moo lembu !

        • system baru says:

          moo kerajaan singapore suka bagi rasuah biar aku cerita rasuah singaparo ini
          1)dua orang pegawai singpore rasuah wang jual senjata dengan pegawai tentera india dan rasuah wang senjata membabitkan kerajaan us ditelah di tangkap singpore..
          2)merasuah syarikat kapal evergreen taiwan supaya tak berpindah ke malaysia..
          3)pegawai polis minta sex
          4)pegawai pertahanan mintah sex.
          5)pensyarah minta sex budak univesiti untuk luluskan peperiksaan..
          ada banyak lagi nak aku tulis satu2 lagi cari google, pap dan dap suka sex rasuah aje sex dah cukup jatuh kan pap dan dap

        • WTF says:

          Singapore ada jugak isu rasuah Mooh!!!

          Hang ingat kat Singapore takder corruption case ker???

          Grow up la Mooh!!!

    • raplahjingaa says:

      Ya..ya..company tu mesti company cina, jenis hidup dengan marasuah orang sana sini…cina ni kalau tak merasuah akan melarat la hidup depa.

      Ada pulak pecacai mamak pedukang macam moooo…dok melalak salahkan semua orang di dunia ni sebab cina malaysia tak boleh perentah negara.

    • gambus says:

      hahaha moo lembu dengan jelas survey tu meletakkan company puak DAPigs !!!

  7. badrole amin says:

    puak PASik ini entah bila agaknya UMNO boleh dapat bersabar dengan perangai lahanat mereka…pastinya sampai bila-bila negara harus ada puak khawarij bertopengkan Islam seperti PASik

    secara peribadi reaksi aku pada puak suka berperangai lahnat ini yang tak tahu berterima kasih apatah lagi tahu bersyukur tapi sebaliknya mencerca bila orang berikan bantuan, nak aje aku tukar maksud peribahasa melayu ‘buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali’

  8. baba says:

    jangan dilayan pas ni, buang masa saja. hidup pas hanya utk menjadi barua dalam pakatan saja

  9. bangKano says:

    Di Singapura detektif polispun kutip wang perlindungan bulanan dari tindakan penguatkuasaan di pusat-pusat perjudian,pelacuran & kafe siber sejumlah RM300.00 seperti detektif PDRM juga. Berita ni pernah tersiar di media perdana Malaysia berbahasa inggeris. Ingatkan cina Singapura ini semuanya beritegriti tetapi hampeh sama juga ngan perangai polis melayu di negara ini. Kalau kuasa ada di tangan sudah tentulah ada unsur-unsur rasuah…..sama ada dim negara memb angun ataupun negara maju…….!!!!!

  10. syaa says:

    moo lembu pernah kantoi mabuk.buang masa layan kaki mabuk.cakap merapu.jadi keyboard warrior sambil menangguk tiger bertin2.perhhh

Leave a Reply