Menu Utama

Sinar Harian Bantu PAS Elak Hilang Sokongan Pengundi Islam & Melayu?

Debat berkenaan isu Kalimah Allah di Selangor yang cukup hebat diuar-uarkan oleh Sinar Harian akhirnya tidak menjadi kenyataan atas sebab tertentu.

Menurut maklumat yang diperolehi, sebab tertentu itu adalah desakan kuat dari pucuk pimpinan PAS agar debat berkenaan dibatalkan.

Hebat pucuk pimpinan PAS sehingga berjaya membuat Sinar Harian mengambil keputusan untuk membatalkannya sedangkan sekiranya perkara sama diambil oleh UMNO dalam debat atau wacana sebelum ini, pasti akan terpampang di muka hadapan tajuk-tajuk yang terus merugikan UMNO.

Pada dasarnya, kita tahu pendirian pimpinan PAS, kecuali Dewan Ulama PAS. Itu pun hanya segelintir penyokong atau pemimpin yang senada dengan dewan tersebut, dan bilangan mereka boleh dihitung berbanding bilangan yang menyokong penyerahan kalimah tersebut kepada bukan Islam.

Tentunya ini sangat merugikan PAS apabila debat itu diadakan, apatah lagi Khalid Samad merupakan antara perintis kepada penyerahan hak penggunaan kalimah Allah kepada pihak Gereja. Pastinya, keputusan Sinar Harian untuk tidak meneruskannya telah memberi “damage control” tahap tertinggi kepada PAS.

Dan selaku platform wacana serta forum yang selalunya bertukar kepada medan menghentam kerajaan menurut pemerhatian penulis, tidak sukar untuk mengagak apakah maksud sebenar keputusan pembatalan tersebut.

Penulis secara peribadi tidak pernah bersetuju dengan debat berkenaan, kerana ianya membawa kepada perpecahan yang lebih besar terhadap perpaduan umat Islam. Apa yang sedang berlaku ke atas umat Islam masakini di negara bertuah ini pun sudah cukup membimbangkan.

Mengapa kita umat Islam yang perlu tegang leher sesama sendiri atas isu yang dilontarkan oleh bukan Islam? Bukankah lebih elok bermuzakarah antara pimpinan, agar titik pertemuan kesepakatan dapat dicapai untuk kerjasama yang menguntungkan ummah?

Dan apakah sukar untuk Sinar Harian menduga kesan dan akibat sebelum membuat keputusan sudi menjadi “tuan rumah” kepada perdebatan isu Kalimah Allah?

Atau sengaja mengambil kesempatan dalam cita-cita untuk meningkatkan populariti sekaligus melariskan jualan akhbar berkenaan?

Konklusinya, debat anjuran Sinar Harian ini dibatalkan atas desakan pucuk pimpinan PAS. Siapa kawal siapa?

Wow!!!






8 Komen to Sinar Harian Bantu PAS Elak Hilang Sokongan Pengundi Islam & Melayu?

  1. bujuk says:

    SINAR harian ni surat khabar siapa?
    Pada aku KS dan NO bukan orang yg. layak untuk debat isu kalimah Allah ni. Patut mau wakil kristian, Paderi yg. beria-ia nak guna kalimah Allah, Mufti Perak/ jamil khir dan wakil PAS sdr. Mujahid atau MB k’tan (timb. ketua dewan ulamak PAS). Paling tidak Nik Abduh. Ni isu agama, bukan isu bangsa..

    • WTF says:

      Sungguh kontradik pemahaman hang ni Bujuk!!!

      bujuk says:

      SINAR nak anjurkan.. tak tau BN berani ke tidak hantar wakil. Harap ada pencerahan d akhir perbincangan/perdebatan. TV1 sepatutnya dapat beri penerangan jelas dari individu2 berbeza pandangan supaya suhu perkauman dan agama dapat d turunkan. Bukan d simbah minyak dlm. api yg. membakar.

      8:33 AM on January 27, 2014

      http://www.mykmu.net/?p=39502

      Maksudnya, masa Bujuk tulis jam 8,33 pagi ini, Bujuk tak tahu siapa yg terlibat dalam debat untuk mengupas isu kalimah Allah dari sudut perundangan ker???

    • system baru says:

      bagi aku pas pun berpecah belah, macam mana bedebat soalah nama tuhan, lagi satu lagi panggil orang tahu sejarah agama kristen dan agama islam untuk terang akan ketika berbad, aku ada soalah tanya pada ahli penel itu walaupun aku tak boleh masuk kedalam berdebat itu, kenapa ketika bilal bin rabah di seksa oleh orang kafir sebut ahad.ahad..ahad? in merujuk pada bermasud pada tuhan, ramai tahu bilal tak berlimu tak akan tahu maksud ahad yaitu tuhan, tak logik jika arab menyatakan allah menayatakan bukan nama tuhan, aku harap sangat ahil penel berdebat jawab soalah ini apakah maksud ahad? bagi jawapan betul

    • gambus says:

      nlik siapapun kenyataannya pemimpin PAS yang nak batalkan bujuk !!! bagi aku baguslaa

      pemimpin PAS ni dengan terang sudah menolak Ulama dan Majlis Syura dalam PAS yang jelas menghalang penggunaan kalimah Allah oleh kafir !

      Majlis Syura hanya sebagai pak lawak dan pak kartun sahaja dimata pemimpin dan macai PAS !!! kakakakaka

    • songkok says:

      Bujuk kencing lagi, taktik taik penganut PAS. Karung guni mana? aku nak derma ni.

  2. Anak Lenggong says:

    Kah kah kah..bujukkk….

Leave a Reply

Threesome