Menu Utama

Sin Chew: Azmin Ali Bakal Menteri Besar Selangor

Oleh Zul Rawi

Kemelut perbalahan antara Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dengan Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim nampaknya sudah hampir sampai ke kemuncaknya. Mungkin kerana telah lama bersabar dengan kerenah Khalid yang dikatakan semakin ‘hilang arah’, Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR dilaporkan telah membuat keputusan untuk menggantikannya dengan calon MB yang baru.

Menurut laporan yang di keluarkan oleh akhbar Sin Chew Jit Poh edisi petang, keputusan untuk menggantikan Khalid itu dibuat melalui satu mesyuarat MPP yang diadakan semalam. Laporan muka depan, akhbar berbahasa cina itu turut mengatakan Azmin adalah merupakan calon yang disebut-sebut bakal menggantikan Khalid menerajui Selangor.

Paling mengemparkan apabila Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dan Presiden parti, Wan Azizah dikatakan tidak lagi menyokong Khalid. Ini kerana dia dikatakan GAGAL memaklumkan atau mendapatkan pandangan parti sebelum memutuskan atau melaksanakan sebarang keputusan yang hendak dijalankan di Selangor.

Pimpinan PKR dikatakan tidak berpuas hati dengan cara Khalid mengendalikan 6 isu penting sehingga menyebabkan parti itu dikecam oleh pelbagai pihak khususnya para pengundi.

Antaranya isu berkaitan bekalan air di Selangor, penggunaan kalimah Allah, keputusan untuk menaikkan gaji dan elaun wakil rakyat, kenaikan lesen perniagaan secara mendadak sehingga 400 peratus terutamanya bagi yang melibatkan perniagaan-perniagaan kecil dan sederhana serta cadangan kenaikan cukai pintu.

Tidak ketinggalan isu pemecatan Azmin sebagai ahli lembaga pengarah, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan keputusan kerajaan negeri untuk menukar garis panduan bagi industri sarang burung walit sehingga menimbulkan bantahan para pengusaha yang majoritinya dari kalangan masyarakat cina.

Ekoran pelbagai kontroversi yang melanda itu, MPP parti telah memberikan mandat kepada Anwar untuk berjumpa, berbincang dan mendapatkan persetujuan dari pimpinan DAP dan Pas. Selain daripada itu, ahli parlimen Pematang Pauh itu juga perlu mengadap dan mendapatkan perkenan dari Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Laporan akhbar tersebut turut mengatakan sekiranya pimpinan DAP dan Pas bersetuju dengan keputusan PKR itu, Khalid berkemungkinan besar akan meletakkan jawatan dengan menggunakan faktor kesihatan sebagai alasan. Ia bagi mengelakkan Azmin dan para penyokongnya membuat usul undi tidak percaya kepada Khalid.

Menurut sumber juga, kepimpinan PKR berharap agar keputusan untuk menggantikan Khalid ini dapat dilaksanakan dalam tempoh 2 bulan atau sekurang-kurangnya 2 tahun iaitu sebelum pilihan raya umum ke-14.






25 Komen to Sin Chew: Azmin Ali Bakal Menteri Besar Selangor

  1. Hamba Ar Rahman says:

    Bak kata Ibrahim Pendek dalam Ali baba Bujang lapok…’Mari kita lihat siapa yang kena….’

    • rusaminum says:

      Yang kene orang melayu gak… dua-dua ni sama jea. Hidden hand ade kat belakang dorang.

      • kayu says:

        Melayu sentiasa terkena..,gerai haram Melayu tak boleh…..kilang haram,,.bisnes haram ,kandang babi haram Cina semua boleh.!!..asalkan bukan Melayu….apasaja yang haram semua boleh …!!.

        • bangKano says:

          Kunci nya pasai apa terjadi lagu tu…? Dah tentu ketololan & kelurus bendulan pemimpin,cendikiaSawan & penyokong bebal taksub giler dalam mengendali kan situasi konflik.Ni la padah nya bila minda tu terlampau taksub ngan pelbagai teori…bukan nya meneliti secagha kritis setiap realiti….! !!

  2. bujuk says:

    Tiada apa yg. perlu d bimbangkan jika kita laksanakan tanggungjawab kerana Allah. Dia yg. menentukan siapa yg. akan d naikkan dan d turunkan. Setakat ni.. majoriti rakyat s’gor masih berpihak pada KI.

    • Moohyideeeeen says:

      Policy on-going, sapa2 pegang lantak lah, janji untuk rakyat..Selangor reserve dah berbillion, zaman dulu sekitar RM200-300 mil jer…

      • Pak Tho says:

        Org yg pandai mnguruskn ekonomi mestilh pndai melakukan pelaburan utk keuntungan utk rakyat. Klau stakat nk simpan duit utk tabungan, anak aku pun pandai moo.

      • WTF says:

        JANJI UNTUK RAKYAT???

        Janji apa tu Mooh!!!

        Yang dalam MANIFESTO bukan JANJI ka???

      • gambus says:

        berbillion ?? kakakaka macai takde otak kalau nak buat cerita tipu memang hebat .. baik kau kata kerajaan jepun bagi kerajaan DAPigs selangor rm207 billion … nampak lagi hebat punya penipu !!!

    • WTF says:

      Betul tu, ni semua masalah FUCKUTAN!!!

      Majoriti rakyat Selangor yg membuat pilihan pada PRU13 pandai2 lah cover bos mereka!!!

      Mueh4444

    • raplahjingaa says:

      Alaaaaa bujuk, hang buat-buat pandai, mana hang tau majoriti orang Selangor berpihak kepada Khalid ???

      Kalau ia pun teori hang…mana boleh anwar hampakan assmin untuk kali ke 3…assmin tu bukan orang lain dengan dia….madu tu.

    • bangKano says:

      Tapi ingat sifat kealaman….semua berasas kan Sebab & Akibat…tu la kehebatan Sunatullah mencipta alam semesta….!!!

    • gambus says:

      majoriti rakyat selangor pilih khalid ?? hahahaha suka hati kau laa bujuk

  3. Moohyideeeeen says:

    Whistleblower website Sarawak Report has claimed that Rosmah Mansor’s son, Riza Shahriz Abdul Aziz, is the owner of a second luxury property.

    This is an 11,500 sq ft mansion overlooking West Hollywood, sold to him for US$17.5 million (RM58.21 million) in September 2010.

    The area is popular with star-gazing tourists in tour buses because of its high density of celebrity residents.

    Sarawak Report said it visited the site to find that the original mansion has been demolished and that a new one is being built, complete with what looks to be a “very large” swimming pool being dug in the front yard.

    “Reliable insiders have confirmed that the rebuilding will cost several million more dollars than the original asking price, bringing the cost of the property up towards the sort of price that Riza recently paid for the US$33.5 million property that we revealed he had bought in New York in 2012.

    The report states that the mansion is registered to a company named 912 North Hillcrest Road (BH) LLC in Delaware.

    “However, the company which performs a private business and wealth management role for Mr Aziz – Nigro Karlin Segal Feldstein & Boino – confirmed the property is his,” it reads.

    Sarawak Report said Riza is currently staying in the penthouse of one of Hollywood’s priciest apartment blocks.

    “We visited the brand new, plush building, which advertises itself as Hollywood’s most sought- after address,” reads the report.

    • system baru says:

      mooo orang lain dapat rumah besar moo tak dapat rumah besar meroyan, moo suruh anwar duduk dekat flat pantal dalam minta dekat nurul izzah moo, mooo kau minta rumah flat kau ada kolom renang dan sauna ada gim pasti nurul bagi pelempang, tak ada anak perdana menteri duduk dekat flat dan kalau dia ada rumah mewah dia usaha sendiri, lupa cakap kau suruh anwar siasat dan cek dekat badan rasuah amerika jangan bikin malu dekat sini

      • Hamba Ar Rahman says:

        Di Malaysia ni…kalau kita nak hidup mewah dan jadi orang kaya, pastikan kita bukan anak kepada ahli politik…sebabnya…jika ayah, atuk, nenda atau sesapa family kita ahli politik…dan kalau kita kaya atas usaha sendiri pun kita tetap akan dituduh kaya kerana duit rakyat….moral of the story….orang melayu tak dibenarkan kaya….kalau kita tak ada sedara mara ahli politik pun kita tetap akan dituduh baik dengan kroni2 politik…pathetic sungguh minda rakyat Malaysia ni…..

        • WTF says:

          Tak juga saudara HAR

          Ada adik beradik Mahathir tak kaya, tapi puak4444 ni TETAP kutuk jugak!!!

          Depa kata: “Sedangkana Mahathir tak kenang jasa adik beradik, apatah lagi kita sebagai rakyat biasa!!!!

          In truth, bila seseorang itu berjaya, pasti setiap perbuatan akan dikutuk disebabkan perasaan HASAD DENGKI!!!

          Yg sedihnya, yg mengutuk tu bangsa Melayu sendiri yg tidak melihat kelemahan diri sendiri!!!

        • bangKano says:

          Ni semua telah di doktrin kan oleh para mukmin yang ngaku serba soleh berpikiran utopia…depa dakwa muslim tak perlu kaya di dunia tapi mewah di akhirat kelak…jangann tiru stail barat kunun menganuti ideologi sekular tu dah rapuh ngan ajaran kristian……!!!!

    • bangKano says:

      Tapi Mooooo penaksub totok paria paria PR nih…jangan lupa plak kat dana yang tersimpan kat Bank of Israel berjuta juta dolar AS tu…ataih nama siapa…? Bukan ka ataih nama anak kepada mentor giler serba sewel giler habih nak jadi PM tu….?

    • gambus says:

      biarla dia berjaya dengan usaha dia sendiri !! pemimpin Pakatan yang kaya pun masih mintak derma kat macai mereka yang miskin hina .. pemimpin Pakatan nak naik kereta mewah pun guna wang rakyat !!!

  4. Pak Tho says:

    PAS x mau ke jawatan tu walaupun kerusi Dun lbh dr PKR. Ooo lupa Pas layak hanya sbagai pak angguk je. Langsung x de kredibiliti.

    • raplahjingaa says:

      PAS bukan tak teringin, Dr Ranny d church, dan Khalid Geraja jeling-jeling jugak kot-kot ada harapan, tapi bila tak dak sapa offer, dan DAP pun buat tak tau je…2 ekor ni pendamkanlah saja niat dalam hati, nak melawan tak berani, nak suarakan pendapat, takut.

  5. asan99 says:

    jawatan MB hak milik mutlak PKR?…bukan ke PAS miliki kerusi DUN lebih dr PKR /DAP….
    Dr Rani dimana anda?…

    • gambus says:

      hahah tepat sekali .. PAS macam biasalaa , macai PAS kata PAS tak boleh laksanakan apa-apa undang-undang Islam kat Selangor ni sebab mereka dapt kerusi sikit !!! kakakakaka

      nni laaa antara alasan macai PAS yang kaki penipu yang selalu bagi seribu alasan !!!

  6. Shawn says:

    Ini semua salah UMNO…..huhuhu. Khalid lemah dan Azmin rakus UMNO punyer kerje….huhuhu…lama-lama rakyat muak dengar alasan orang PAKATAN ni bila tak nak ngaku perebutan kuasa itu adalah tanda tanda mereka akan merosakkan hak rakyat dalam masa terdekat ini kerena penyakit barah yang dihinggapi pemimpin UMNO sudah berpindah menjangkiti PAKATAN…hihihihahahaha syaitan ketawa besor!
    UMNO dan PAKATAN dua kali lima. UMNO sejak kebelakangan ini dah mahu sedar tetapi PAKATAN bartu nak bermula.

Leave a Reply

Threesome