Menu Utama

Seorang Guru Ditahan di Bawah Op Cantas

KOTA BHARU 4 Jan. – Tindakan seorang guru sekolah swasta menjual pistol tiruan secara dalam talian membawa padah apabila dia ditahan pihak polis di hadapan sebuah kedai runcit di Jalan Pasir Mas-Salor, di sini semalam.

Lelaki berusia 27 tahun itu diberkas bersama tujuh pucuk pistol tiruan dalam Op Cantas Khas yang dijalankan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan pada pukul 1.30 petang, hasil maklumat awam.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Supritendan Idris Abd. Rafar berkata, pistol tiruan tersebut disorokkan dalam but sebuah kereta Perodua Viva milik suspek.

Ketika ditahan, katanya, suspek tersebut mengakui senjata terbabit adalah untuk dijual di internet.

“Suspek dipercayai menjual pistol tiruan itu di laman sosial, Facebook dengan menggunakan nama ‘AIRSOFTMALAYSIA.’

“Kebanyakan pelanggan yang berurusan dengan suspek sebelum ini dipercayai dari Kuala Lumpur dan tujuan mereka (pelanggan) membeli pistol tiruan itu untuk menembak cicak dan bermain Paintball,” katanya dalam satu sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu di sini hari ini. – [UTUSAN]

Nota: Menjual atau memiliki senjata seperti ini tanpa lesen adalah satu kesalahan kerana ia merupakan barangan larangan terkawal. Sungguhpun ia tidak seperti pistol atau senapang sebenar, namun ia boleh mencederakan orang dan diguna dalam kegiatan jenayah.






Leave a Reply

Threesome