Menu Utama

Selepas Khalid Samad, Mujahid Pula Nak Jadi “Hero Kristian” Di Selangor?

Sebelum ini, Khalid Samad begitu dikenali sebagai pemimpin PAS yang mempertahankan Gereja Methodist Damansara berhubung isu cubaan memurtadkan umat Islam di Selangor. Ketika itu Khalid Samad “berperang sabil” dengan bekas Exco Agama merangkap Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hasan Ali. Khalid Samad menang…

Pada awal tahun baru 2014 ini, muncul lagi seorang “hero gereja Kristian” yang baru, Mujahid Rawa, namanya. Dia berjawatan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat merangkap Ahli Parlimen Parit Buntar…

Semalam, sekumpulan pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bertindak merampas 321 naskhah Bible berbahasa Melayu di premis Persatuan Bible Malaysia dan dua pegawai persatuan itu ditahan untuk diambil keterangan. Rampasan itu berlaku di Damansara, Selangor.

Tiba-tiba, Mujahid hadir memberi kenyataan membela persatuan yang disyaki mengimport masuk Bible dari Indonesia yang menggunakan kalimah “Allah” di dalamnya. Mujahid betul-betul tak puas hati. Dia pertikai dan persoal tindakan JAIS terhadap persatuan Kristian itu. “Sebijik” macam Khalid Samad..!

Kata Mujahid, JAIS bertindak kasar dalam “serbuan” itu dan dia mahu Putrajaya mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana badan agama Islam seperti JAIS dari melakukan serbuan atau menguatkuasakan undang-undang berkaitan hal ehwal Islam di dalam sesebuah negeri. Kononnya tindakan itu mampu mengeruhkan hubungan antara agama…

Meloyakan, wakil rakyat Parit Buntar itu mengungkit kisah lama serbuan di gereja sebelum ini dan menganggap JAIS tidak punya sebarang bukti dalam kes yang menyaksikan Hasan Ali dipecat dari PAS!

Saya tertanya-tanya, apa halnya orang Parit Buntar datang sebok-sebok ke negeri orang? Sudah tiada kerja lagikah di Parit Buntar? Semuanya sempurna di sana?

Mujahid tahu tak bahawa hal ehwal agama Isla dalam sesebuah negeri itu semuanya tertakluk di bawah bidang kuasa DYMM Sultan? Masih ingat dulu kes JAIS vs Gereja Methodist Damansara Utama? DYMM Sultan Selangor sendiri yang mengumumkan keputusan mengenai isu berkenaan.

bukti jais dumc

Suka diingatkan pada wakil rakyat dari Perak itu, DYMM Sultan Selangor menegaskan titahnya bahawa terdapat sedikit bukti yang menyokong dakwaan JAIS berkenaan gereja tersebut yang cuba memurtadkan umat Islam di Selangor. Namun titah baginda Tuanku, bukti tersebut tidak cukup untuk mengheret kes tersebut ke mahkamah.

jais dumc

Lebih penting lagi, Mujahid sebagai orang luar perlu tahu bahawa Pengarah JAIS telah menghantar surat kepada seluruh gereja di Selangor memperingatkan supaya mematuhi Enakmen 1988 mengenai Agama Bukan Islam di Selangor yang melarang orang bukan Muslim dari menggunakan kalimah “Allah”.

Untuk pengetahuan Mujahid, Enakmen 1988 itu menyentuh tentang “Kawalan Penyebaran Agama kepada Orang Muslim yang diluluskan pada tahun 1988, melarang orang bukan Muslim di Selangor menggunakan 35 perkataan Arab dan ungkapan dalam agama mereka, termasuk “Allah”, “Nabi”, “Injil” dan “Insya’Allah”. Faham?

Jadi, salahkah JAIS masuk memeriksa premis Persatuan Bible Malaysia semalam? Cara kasar? Ada pegawai JAIS tumbuk pegawai persatuan kesayangan Mujahid itu, kah? Pegawai JAIS ada bawa pisau rambo atau parang panjang? Pegawai JAIS ada hina, caci cerca pegawai persatuan Kristian itu?

Untuk pengetahuan Mujahid, difahamkan bahawa kira-kira 20 penguatkuasa JAIS itu perlu menunggu beberapa lama setelah permintaan mereka untuk diizinkan masuk melakukan rutin pemeriksaan ditolak mentah-mentah oleh salah seorang pegawai yang ditahan itu.

Penguatkuasa-penguatkuasa JAIS itu hanya dibenarkan masuk ke dalam kawasan premis persatuan itu setelah seorang lagi pegawai persatuan (dipercayai lebih tinggi jawatannya dari pegawai yang tidak benarkan JAIS masuk) datang ke premis tersebut. Setelah diperiksa, barulah 321 naskhah Bible itu dirampas.

Saya nak tanya, kalaulah Bible itu menepati syarat yang ditetapkan Kerajaan Negeri, apakah JAIS akan merampas naskhah-naskhah itu? Agak-agaklah sikit kalau nak pertikai tindakan orang. Biarlah logik, adil dan ikhlas!

Paling meloyakan anak tekak, Mujahid mendakwa tindakan JAIS itu bermotifkan politik. Politik apanya? Siapa Exco Agama di Selangor sekarang? Guan Eng atau Kit Siang? Khalid Samad atau Rani? Khalid Ibrahim atau Azmin? Yang pastinya, Exco Agama di Selangor sekarang bukan dari BN, kan?

Jadi apa maksud Mujahid bahawa rampasan itu bermotif politik? Pakatan Haram di Selangor sedang bergaduh sakan, kah? Ada sesiapa yang nak gulingkan Exco Agama di Selangor lagi? Ada sesiapa yang nak gulingkan Exco Agama di Selangor, Sallehan Mukhyi?

Setahu saya, Putrajaya tidak punya hak untuk menahan penguatkuasa Kerajaan Negeri dari mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang hal ehwal Islam di dalam sesebuah negeri tersebut. Semuanya dibawah bidang kuasa Kerajaan Negeri dan hal ehwal Islam diketuai sepenuhnya oleh DYMM Sultan.

Jadi, apa hal pula Mujahid nak kaitkan Kerajaan Persekutuan dalam hal ini? Kalaulah Kerajaan Persekutuan boleh campur tangan dalam hal ehwal agama Islam dan pentadibiran di Selangor, rasanya berdemo sakan berguling-guling lagi puak-puak Pakatan Haram!

Saya menyarankan agar Mujahid balik saja ke Parit Buntar dan laksanakan amanah yang dia peroleh dari rakyat di parlimen itu. Tak payahlah nak jaga tepi kain orang kalau kain sendiri pun koyak rabak sampai menampakan celana “kecil” di dalam. Biarlah Exco Selangor selesaikan perkara itu. Kalau dia gagal, dia boleh rujuk pada DYMM Sultan Selangor.

Mujahid tak payah menyebok nak jadi “hero Kristian” di Selangor. Biar Khalid Samad seorang sudahlah…






20 Komen to Selepas Khalid Samad, Mujahid Pula Nak Jadi “Hero Kristian” Di Selangor?

  1. Kayu says:

    Kerajaan perlu memasang cct ditempat bersarangnya pengganas Kristian ini, kerana kalau dinegara Amerika ,iaitu negara demokrasi paling bebas didunia pun memasang cctv di Masjid dan pusat Islam kemudian siap menghantar perisik untuk mengawasi pusat-pusat berkaitan dengan Islam .Jangan terkejut beruk pula kalau satu hari nanti mereka menubuhkan pula militan Kristian untuk berperang dengan kerajaan,dengan sokongan yang kuat datangnya dari negara Kristian dan negara Yahudi yang mahu melihat negara ini jahanam, semua itu tidak mustahil berlaku.Inilah provokasi untuk menarik sokongan yang sedang dijalankan untuk meraih simpati.Perancangan licik strategi Yahudi yang berpangkalan di Sialpork.

  2. WTF says:

    La…seorang lagi ahli Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN)

    http://www.mykmu.net/?p=37250

    • Pemerhati says:

      selain wardina, nampaknya mujahid pun Najib telah tersilap pilih menjadikan mereka berdua ahli Majlis Konsultasi Perpaduan Negara(MKPN)

      secara relatif dgn jawatan yg 2 ekor itu pegang dlm MKPN, 2 ekor itu telah pun gagal sejak dari awal menjalankan peranan dan tanggung-jawab sebagai ahli MKPN

      kefahaman aku maksud ‘perpaduan’ ini ada 2, satu perpaduan dgn kerajaan dan kedua perpaduan dgn semua bangsa yg ada di negara kita

      fitnah yg dibuat oleh wardina telah merenggangkan lagi perpaduan ‘sekelompok rakyat’ dgn kerajaan…memfitnah DBKL membelanjakan RM15 juta utk sambutan tahun baru telah menambah kebencian ‘sekelompok rakyat’ ini terhadap kerajaan bukannya cuba memperbaiki perpaduan ‘sekelompok rakyat’ ini dgn kerajaan agar mereka dapat bersama-sama dgn kerajaan utk memelihara keamanan demi utk kelangsungan dan kelancaran pembangunan negara

      wardina membuat fitnah itu 2 hari sebelum sambutan tahun baru dimana ‘sekelompok rakyat’ ini diketahui akan membuat demonstrasi pada ambang sambutan tahun baru atas alasan kononnya membantah kenaikkan harga barang

      tidak keterlaluan jika ada yg menganggap fitnah yg dibuat oleh wardina bertujuan mahu mengapi-apikan rasa kebencian dan kemarahan ‘sekelompok rakyat’ ini terhadap kerajaan dgn harapan semakin ramai di antara mereka akan turun membuat demonstrasi

      apa dilakukan oleh mujahid juga bercanggah/betentangan dgn peranan dan tanggung-jawab yg telah diberikan kepadanya sebagai ahli MKPN

      mujahid seharusnya memberi teguran dan nasihat kepada Persatuan Bible Malaysia agar menghormati dan mematuhi titah Sultan Selangor mengenai larangan penggunaan kalimah Allah tapi apa dia lakukan adalah sebaliknya sama seperti apa dilakukan oleh wardina iaitu menjadi batu api utk merenggangkan lagi perpaduan yg sewajibnya dihormati, dipatuhi dan direalisasikan oleh pihak Persatuan Bible Malaysia berkaitan titah sultan Selangor itu

      perpaduan antara bangsa di negara kita sedang terjejas sekarang ini ekoran kedegilan dan penderhakaan(kerana mengingkari titah Sultan Selangor) pihak kristian mahu terus menyalah-guna kalimah Allah

      majoriti umat Islam sedang marah dgn kedegilan dan penderhakaan pihak kristian itu tapi mujahid(layak digelar anjing peliharaan pihak kristian yg bertekad keras mahu memurtadkan umat Islam) boleh pula menjadi batu api

      akhir kata, kepada DS Najib…

      di Malaysia dah takde org lain ke nak cari ganti utk gantikan wardina dan mujahid sebagai ahli MKPN?

      Tok Jib tak perlu fikir 2 kali atau sampai 10 kali, pecat saja mereka berdua itu dan gantikan dgn org lain!

  3. alimedanbaru says:

    nama saja Mujahid tapi perangai macam Abu Jahal dan Abu Lahab.
    orang macam ni sebelum musuh Allah dimusnahkan dia dahulu mesti dihapuskan..munafik..berpura2 mewakili Islam sebaliknya bersekongkol untuk meracun Islam!

  4. PakChak says:

    mujalahab ke mujajahal?

  5. acid says:

    Apa lah nak diharap kan kat kambing janggut sejemput ni jaga Islam ??? Mengembek tak tentu hala

  6. Mawar says:

    Laaa….dah jadi giler punya crita. Umat islam yang mempertahankan agama lain.ish ish….gila gila…dunia dah nak terbalik gamaknya….

  7. gambus says:

    haprak PAS ni memang tak boleh diharapkan langsung , inikee pemimpin PAS yang bujuk kata nak perjuangkan Islam ??? ini laa contoh pelacuran agama oleh PAS !!!

    Mujahid ni memang dah lamaa masuk gereja-gereja konon buat perbincangan tapi dia laa antara barua yang memfitnah UMNO didalam gereja !!!

    • acid says:

      Dari dulu sampai sekarang. Dok kata orang UMNO kafir, suka kafir,….sekarang siapa yang suka kafir dan kafir sebenarnya? Balasan Allah…Harap ketika nak di cabut nyawa… dan ketika nyawa di kerongkong nanti…masih mampu mengucap…

    • WTF says:

      Lepas satu4444 perkara ini didedahkan, masihkah lagi puak4444 FUCKUTAN ni nak defend pemimpin4444 mereka!!!

      http://www.mykmu.net/?p=35015

    • bujuk says:

      Bukan sokong Mujahid.. tapi ada tak Rasulullah rampas Injil(bible)/Taurat dulu? Kenapa Rasulullah tak buat camtu, sedangkan Baginda tahu Taurat/Injil pada masa tersebut bukanlah Kitab Suci sebenar yg. Allah turunkan…
      Aku lebih suka cara dialog hingga Gereja/kafir patuh tak guna lagi perkataan2 yg. dkhaskan pada orang Islam d m’sia daripada tindakan penguatkuasaan. Ia seperti umat Islam lemah hujah…

      • gambus says:

        apa yang kau merepek ni bujuk ,..zaman Rasululah mereka digelar ahli kitab . Orang Islam pun boleh berkahwin dengan mereka , nak rampas camana ni bujuk ???

        camana nak rampas injil ?? injil sebenarnya tidak bertulis pun !!!

      • gambus says:

        kalau lemah hujah ?? , Islam dah kalah masa dalam mahkamah haritu !!! jangan nak membelit beb !!!

      • WTF says:

        Apa kau merepek ni Bujuk???

        Rampasan bible dan penahanan 2 individu adalah di bawah Seksyen 9, Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 kerana menerbitkan dengan menulis kalimah Allah untuk kegunaan orang bukan Islam.

        http://www.mais.net.my/images/stories/data/e1988.pdf

        Nak BERDIALOG buat apa??? Ini undang2 lah Bujuk!!!

        Kalau Bujuk rasa BERDIALOG tu bagus sangat, Bujuk mintaklah ahli2 PAS DUN Selangor pergi usul membatalkan akta ini di Dewan Undangan Negeri Selangor.

        Lepas dah batalkan akta ini, korang nak BERDIALOG macam borak mesyuarat tepi tingkap, DIALOGLAH!!!

  8. reds says:

    aduhh….camni punya perangai memang x bleh dimaafkan…memang harap kopiah je laa….

  9. shwan says:

    Tersangat malang seorang yang ada latar belakang bahasa Arab lepasan Mesir mahu menjadi ustaz dan hero kepada perjuangan umat Islam di Malaysia. Mujahid bukanlah memiliki ilmu syariah dan pengetahuan dlm kaedah kaedah hukum hakam Islam sebab beliau bukan pelajar keluaran syariah jadi tidak hairan pandangan dan tindakannya bercanggah dengan kaedah syarak. Malah tindakannya mudah terpengaruh dengan liberal dan pluralisme kerana menggunakan akal sebagai sandaran. Jangan tersilap meletakkan beliau sebagai ulamak kerana beliau hanya graduan bahasa dan sebaris dengan puak profesional.

  10. terangsang says says:

    Orang PAS yang sayang sangat dengan parti silalah berserta orang sebegini. Kepada yang sayang Islam sungguh2 fikirlah dengan tegas pegangan umat Muhammad.Kaum kafir tidak akan baik terhadap musuhnya kecuali musuhnya tewas lantas menuruti jalanya yaitu kafir.tidak usah megah jika sekadar kaum kafir hadir di pentas yang sama selagi akidah mereka tidak berubah.awas umat.tindakan umat akan sentiasa kelihatan salah walaupun betul.belajarlah mengunakan perkataan dosa dan pahla untuk perincian daripada Islam dan kafir untuk umat Islam.lebih harmoni.

  11. sireh ke gagang says:

    Bangkitlah melayu islam selangor .pertahankan titah tuanku sultan kamu , agama kau , dan kepentingan bangsa kamu .lama sangat kamu terlena , hingga mengakibatkan banyak kerosakkan dilakukan oleh orang2 seperti mujahid .di mana akal , hati dan mata kamu wahai rakyat melayu islam selangor ? disaat maruah bangsa kita dan agama kita diperkotak-katikkan oleh kafir ,apa tindakkan kamu sebagai manusia yang mengucap syahadah 5x sehari ? bertindaklah . bangun dari lena !!

  12. anoi says:

    Dia nak jadi rasul melayu agaknye …. hehehe bodoh ko Mujahid nama aje bagus tapi tindakan betul-betul sebiji mubaligh. {patut atas arahan DYMM Tuanku boleh cokau lahabau ni dan kenakan tindakan atas sebab mengingkari titah Sultan yang bertanggung jawab hal ehwal agama Islam)

  13. benci ap bernama mujahid says:

    mcm mna mujahid bole jd ahli plimen.xtw ke islam dok bwh snarai ngri? mmg la agma lain bbas diamalkan tp xbole sebarkn kpd org islam pham..rasional bible tu dlm bm adalah utk sbar kt org mlayu mcm zman poturgis jjah tnh mlyu dlu. org mlyu kmpem lah ditakrifkn sbg org islam..kau x bole pk ke ape??? klu sekular tu mcm mna,,duniawi…ok anda pjuang sekular sbb nk benarkn kristian disebar kpd umat islam.syabas mujahid syabas khalid

Leave a Reply