Menu Utama

Sallehen Takut Hilang Jawatan Macam Hasan Ali?

Saya agak terkejut dengan kenyataan Exco Hal Ehwal Agama Islam Kerajaan Pakatan Haram Selangor, Sallehen Mukhyi yang memberitahu media bahawa dia tidak tahu apa-apa mengenai tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang merampas 321 Bible berbahasa Melayu di premis Persatuan Bible Malaysia baru-baru ini.

Sebagaimana maklum, Sallehen Mukhyi merupakan seorang ADUN dari PAS sebuah parti yang dikatakan “pejuang agama Islam” dan kononnya “amat sensitif” dalam hal ehwal berkaitan Islam. Dan dia dilantik Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Exco Agama di Selangor…

Saya tidak benci pada Sallehen Mukhyi. Saya tidak berniat mahu memburuk-burukkan ADUN Sabak itu. Namun dia diberikan tanggungjawab sebagai Exco Agama Islam di Selangor, maka dia sepatutnya menjalankan amanah tersebut dengan sebaik mungkin dan bukannya sambil lewa.

“Tak tahu”? Itu jawapan dari seorang Exco yang dipertanggungjawabkan rakyat untuk mengambil berat soal hal ehwal agama Islam di Selangor? Jawapan apakah itu? Sallehen “tak tahu” atau “tak ambil tahu”? Dulu berkempen sakan mahukan kuasa. Bila diberikan kuasa, dia tak tahu pula melaksanakan amanah kuasa tersebut?

Sallehen memberitahu media bahawa kononnya pihak JAIS tidak memaklumkan padanya tentang tindakan menyerbu premis persatuan Kristian itu. Biar betul? Kalau betul pun JAIS tidak memaklumkan pada Sallehen, saya tetap menganggap dia cuba “meloloskan diri” dari dipersalahkan dalam isu ini. Kenapa?

Sebab, apabila Sallehen menggalas tugas sebagai Exco Agama Islam di Selangor, dia sepatutnya membuka segala fail, kes, isu, pantauan, tindakan, modus operandi dan mengambil tahu tentang gerakan para penguatkuasa JAIS. Apa yang disiasat dan apa yang menjadi ancaman terhadap Islam di “negeri PKR-DAP” itu?

Dia juga sepatutnya menyelak sejarah JAIS yang pernah “terluka” apabila tindakan Jabatan itu menyerbu pusat-pusat hiburan dan merampas arak sebelum ini dipertikai serta dipersalah meskipun mereka punya kuasa untuk bertindak sedemikian.

Atau Sallehen sebenarnya takut dia akan senasib dengan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hasan Ali, yang dipecat parti dan dilucutkan dari semua jawatan di dalam Kerajaan Negeri?

Sallehen “sengaja buat-buat tak tahu” dalam isu rampasan Bible berbahasa Melayu itu bagi mengelak kehilangan jawatan Exco? Ada sesiapa arahkan dia mengaku “tidak tahu menahu” tentang serbuan itu dan menyalahkan JAIS? Siapa arahkan Sallehen mengaku “tak tahu”?

Pada saya, walaupun “tidak tahu” tentang serbuan dan rampasan itu, namun sebagai Exco Agama Islam yang bertanggungjawab pada amanah Allah, amanah agama Islam, amanah rakyat dan amanah pada diri sendiri, dia sepatutnya menyokong penuh tindakan JAIS itu serta sedia bertanggungjawab dalam isu berkenaan.

Sallehen juga sepatutnya mendokong Enakmen Seksyen 9 Bahagian 1 Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988, yang ditandatangani oleh DYMM Sultan Selangor selaku Ketua Tertinggi Agama Islam di negeri Selangor. Sallehen pernah baca enakmen tersebut atau tidak? Atau dia sendiri tidak tahu tentang kewujudan enakmen itu?

Inikah akhlak dan cara bekerja seorang ADUN PAS yang bermaruah? Kalau benar dia bermaruah, pasti Sallehen akan mengikut jejak langkah Hasan Ali yang tetap mempertahankan kebenaran dan aqidah umat Islam walaupun dia ditekan habis-habisan oleh Khalid Ibrahim, Khalid Samad dan ADUN-ADUN DAP atas tindakan tegas JAIS sebelum ini.

Cara Hasan Ali itu baru boleh dikatakan bermaruah. Biar hilang jawatan Exco, biar dipecat dari parti, biar difitnah setiap hari, namun demi aqidah umat Islam dan kesucian agama Allah di Selangor, dia sanggupkan diri bagi segala. Sallehen sanggup buat begitu? Belum apa-apa lagi sudah mengaku “tak tahu”. Apa yang Sallehen tahu agaknya?






33 Komen to Sallehen Takut Hilang Jawatan Macam Hasan Ali?

  1. sireh ke gagang says:

    jawapan simple . tak tahu . best betul jadi exco agama selangor nie .

    • manong says:

      kenapa… bila pas atau pemimpin pas saja, mereka tak boleh lari dari tiga benda… 1. Bengap, 2. senang diperguna/dibeli dan 3. suka berbohong… kenapa???

      • badrole amin says:

        sebab ajaran Islam dan Nabi tak sampai ke dalam hati mereka hanya sampai di tekak mereka sahaja

        di tekak maksudnya hanya pandai membuat retorik/bersyarah je sebut Islam dan tak Islam itu dan ini tapi dalam hati penuh dengan kemunafikan & penyakit hasad dengki terhadap orang Islam lain

        kemunafikan dan penyakit hati ini menjadi penawar dirasakan sedap bila mereka dipuji, diperguna dan dibeli orang kafir atau orang Islam lain yang serupa dengan mereka

    • manong says:

      tengok muka pun lembam!!!

  2. korokstabang says:

    prangai nik aziz yang telah berjangkit pada mamat ni ‘ambo tok tau’

    standed lah puak pas ni demi nak manjaga jawatan dan fulus segalanya sanggup belaka

    • badrole amin says:

      sallehen mukhyi yang hubbud-dunya takut hilang jawatan dan gaji yang baru dinaikkan melambung tinggi tentulah kena kata ‘tak tahu’…ini yang ramai orang tahu tapi sallehen mukhyi ingat orang tak tahu

  3. alimedanbaru says:

    ANTARA SIFAT MUNAFIK ADALAH:
    * Apabila diberi amanah ,maka amanah diabaikan
    * Apabila bercakap dia berbohong
    * Apabila berhujah dia saja betul dan nak menang

    apa kita nak hairankan dgn exco agama dari Pas ..sedangkan kepimpinan tertinggi mereka lebih teruk dari itu. semuanya diam membisu spt menjadi syaitan yg dibius dgn ayat Kursi.
    mereka pentingkan dunia, pentingkan undi kafir dalam pru 14 nanti drp mempertahankan kesucian agama.
    mereka tidak sedar dgn ‘dugaan dan cubaan’ Allah terhdap mereka satu persatu.
    yg jelas mereka telah gagal.lepas satu peristiwa ke satu episod kejadian Allah turunkan cubaan..DAN JELAS KEMUNAFIKAN MEREKA SEMAKIN TERSERLAH DAN CERAH DILIHAT!

  4. ais says:

    Memang sah takut macam Hassan Ali kena pecat. Dia lebih takut ketua parti pas dari allah swt. Makanya rakyat melayu selangor boleh pikir sendirilah. Orang melayu selangor ramai orang kelantan kot dan bukan rakyat sejati selangor dah tak ada. Lepaih ni kerajaan hati2lah beri pekerjaan didalam kerajaan agar mendapat pekerja yang betul2 mendokong/sokong kerajaan membela melayu sebenar dan agama allah swt.

    • Moohyideeeeen says:

      Hassan ali kena pecat dari PAS , dah tok dok position. Kalu Mykemut dok pertahan dia, invite la HA masuk UMNO…

      • Hasan Ali dan2 dipecat lepas dia dan JAIS bertindak dalam menyerbu gereja yg menjalankan aktiviti menyebarkan fahaman kristian pada umat islam.

        totok PAS macam kau mane nak ambik tahu, takut nak telan kepahitan kebenaran yg PAS mudah sangat tunduk pada kapir.

        Hasan Ali dipecat serta merta tanpa notis sebab pertahankan agama Islam dan menghalang aktiviti memurtadkan orang Islam… sama kes dgn nasyarudin yg dia tahu dirinya dipecat hanya melalui media… sebab dia sama2 dgn PM pegi melawat pemimpin Hamas di Gaza…

        • badrole amin says:

          kepada sdr ‘ElectroMagneticPulse’….

          kalau nak berhujah dengan cecai pakatan haram macam si moo kena keras(maki-hamun patut ada), kasilah fakta sebanyak mana akan tetap di ‘buat-buat tak tahu’ oleh cecai macam moo

      • gambus says:

        DHA kena pecat sebab bongkar kes murtad oleh puak DAPigs , dia juga kena pecat apabila membingkarkan laporan fitnah oleh puak DAPigs terhadap JAIS yang menyalahkan JAIS atas serbuan gereja murtad !!!

        aku tahu orang yang mempertahankan Islam macam DHA ni memang kau akan hina punya moo lembu !!!

      • alimedanbaru says:

        kita boleh umpamakan masa dipecat hassan ali tu umpama murshi dimesir yg nak ‘buat islam’ dan kepimpinan pas yg memecat dan menggulingkan hassan ali tanpa bicara tu adalah umpama jeneral tentera mesir yg merampas kuasa murshi yg sah… lihatlah betapa Allah telah menunjukkan kezaliman pemerintahan Pas yg anti kepada Islam..ternyata kemunafikan mereka umpama jelas kita melihat bulan penuh diawan yg cerah!

  5. mRsTURDY says:

    Ada jugak manusia yg tak mau mengambil tahu apa yg dia tak tahu. Atau pun mungkin dia tahu tapi buat-buat tak tahu supaya org menyangka dia memang benar-benar tak tahu. Ini sikap orang yg tak bertanggung-jawab, macam perangai Cina!!!”Wa umcai Wa umcai”

    • Moohyideeeeen says:

      Hang memang hebat, sbb hang boleh tau that Mamat Exco ni buat-buat tak tahu.

      • kalau betul tak tau.. so dia xde la ambik tahu sangat pasal hal ehwal agama islam negeri..tak gitu?

        PAS duk diam pasal isu akidah ni, besuara pun sikit2 macam tak serius….

        tapi bila hentam gov, keluar lah segala hadith itu hadith ini untuk menghalalkan cara…

      • badrole amin says:

        bodohnya nakram(moo), sebenarnya senang orang tahu mamat exco PASik tu buat-buat tak tahu…moo mana tahu sebab dia memang TOLOL!

        exco PASik tu tahu JAIS tak perlu beritahu dia pasal nak buat raid bible tu…bila orang tanya dia pasal raid tu tentulah dia kena kata ‘saya tak tahu’ padahal dia tahu JAIS tak perlu pun beritahu dia pasal nak buat raid tu…takkan dia nak kata JAIS tak perlu beritahu saya pasal nak buat raid tu nanti marah pulak khalid gagap, hannah yeoh dan kafir harbi lain termasuk anwar

      • gambus says:

        bukan takat buat taktahu moo lembu , kenyataan sebelum ni pun dia mengkritik JAIS , inilah pemimpin PAS hanya jadi lembu kepada DAPigs …

  6. Moohyideeeeen says:

    Dah org tak inform, macam mana kita tahu??? Org BN ni kan selalu dapat instruction dari ‘pihak atasan’. Bukan nak cooperate dgn kjaan Negeri di bawah PR. Hang pa tak tahu jugak ka???

    • dotdot says:

      SUDAH LA…PAS MMG BANGSAT,,APA PUN X TAU..CKP JE BERDEGAR2 MEMPEJUANG KN ISLAM,,TP HAMPEH..RUMAH URUT BELAMBAK KT SELANGOR NI,,DH MCM CENDAWAN TUMBUH LEPAS HUJAN,,SIALAN EXCO MCM NI LAU X LEH NK PANTAU.

    • mmg nak kne tggu orang inform je ke?
      nak buat ape jadi exco hal ehwal agama kalau gitu… bukan ke dia yg kne prihatin dan alert?

      Org BN tu org BN yg mana? PR nak cooperate dgn BN? kahkahkah… bila org nak cooperate, macam2 alasan PR bgi, bila macam ni, ckap BN taknak cooperate…

      semua salah orang….kahkahkah.. PR sangat la ko ni…

    • badrole amin says:

      JAIS tak perlu beritahu exco PASik tu pasal nak buat raid rampas bible tu sebab takde dalam perjanjian atau syarat kata kena beritahu dulu

      janganlah moo nak anggap exco PASik tu macam Sultan pulak, exco PASik tu cuma SETAN macam engkau moo, hehehe

    • gambus says:

      exco agama boleh pergi JAIS mintak maklumat , serbuan ni tak perlu bagitahu kat pemimpin PAS yang jadi lembu DAPigs tu !!!

      dan memang benar, exco agama mengeluarkan kenyataan mengkritik JAIS tanpa bertanya JAIS pun … inilaa pemimpin PAS lembu DAPigs !!!

      nak perjuangkan Islam konon !!! tapi hanya mampu jadi macai puak pro murtad dan pro LGBT macam DAPigs !!!

    • WTF says:

      Nak buat raid, kena inform dulu ka Mooh???

  7. manong says:

    Dengan menjawab secar bertaqiyyah “tak tahu”, pas berharap bahawa orang akan tuduh umno yang mengarahkan jais… macam tuduhan mereka waktu jais serbu kes murtad dulu… memang dasar penjual agama macam tu lah!!!

  8. Anak Lenggong says:

    Kalau dia komen dan menyatakan pendapat nya..nanti kocek tak masyukkk…sebab mpemimpin melayu didalam kerajaan Selangor ni termasuk MB nya hanyalah boneka kepada DAP..

    Hakikat sebenarnya sebagai sebuah badan yang menjaga Islam di Selangor, JAIS tidak akan bertindak sembarangan tanpa memaklumkan terlebih dahulu kepada exco negeri yang menjaga hal ehwal agama.

    Sibodoh ni pula sebagai jalan selamat kan memberitahu bahawa dia tidak tau menahu diatas tindakan JAIS..Malaun ni peduli apa dengan masyarakat sebab pada dia melayu PAS akan mempercayai akan apa juga yang dikata pemimpin mereka

  9. Anak Lenggong says:

    Bukan exco yang menjaga agama je yang buat tak tau mengenai perkara ini tapi 3 orang lagi melayu PAS yang menjadi Exco yang menganggotai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor turut bersikap demikian..sebab apa..sudah tentu lah mereka2 ni takut kehilangan wang suapan sebanyak RMRM20,250 sebulan. Mereka belum pun rasa bagaimana kenyangnya disuap sebegitu rupa sebab kenaikan elaun ni bermula bulan Jan 2014…so kalau banyak songel kang tak merasa la pulak…

    Peduli apa dengan rakyat….kenaikan harga barangan disebabkan kenaikan cukai perniagaan dan cukai di Selangor pun boleh mereka tipu penyokong dengan mengatakan kerajaan BN yang salah..inikan pulak perkara sebegini..sinang2 sahaja penyokong bangang mereka ditipu dipentas ceramah sebab mereka tau..para penyokong mereka akan menerima apa juga yang diucapkan oleh pemimpin mereka..

  10. Pemerhati says:

    Semoga Allah melaknat manusia yang bernama Moohyideeeeen atas perbuatan kejinya menyokong gerakan mencemarkan kemuliaan Islam di Malysia ini.

    • Pemerhati says:

      4 exco Selangor termasuk sallehen muhkyi pun patut kena laknat

      ————————————————————-

      Mentang-mentang Dah Kena Suap RM20,250 Seorang, Exco-Exco PAS Terus Tak Berbunyi

      PAS mempunyai 4 orang Exco yang menganggotai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, yang secara perbandingannya (tidak termasuk MB Selangor dari PKR) adalah teramai mengatasi DAP (3) dan PKR (3).

      Bagai belum makan sudah kekenyangan disuap dengan RM20,250 sebulan (selepas kenaikan elaun), 4 orang exco ini seolah-olah kehilangan nafsu untuk membela provokasi terhadap bangsa dan agama mereka.

      Polemik penggunaan kalimah Allah oleh gereja bagai tidak merasa apa-apa kepada mereka, walhal permainan pihak gereja, meskipun dinafikan sebenarnya ditujukan kepada Sultan Selangor iaitu Ketua Agama dan Adat Istiadat Melayu.

      Apakah mereka gelap mata mendapat habuan 3 kali ganda kenaikan elaun (elaun asal RM6,109.29) hingga tidak perasan dengan permainan pihak gereja?

      Tiada langsung peranan yang dimainkan oleh para exco dari PAS dalam mempertahankan maruah agama dan bangsa mereka di Selangor.

      Dimanakah pendirian Iskandar yang merupakan anak seorang penulis dan budayawan Melayu A. Samad Ahmad yang berasal dari Sg Pinang, Klang?

      Begitu juga anak Sarawak yang menjadi Adun Selat Klang, Dr Halimah Ali yang sebahagian dari kawasannya berada dalam bandar Klang, sepatutnya bangkit bersuara.

      Malulah anak-anak keturunan Jawa seperti Dr Ahmad Yunus Hairi dan Sallehin Mukhyi untuk mengaku Melayu dan mempertahankan Raja Melayu?

      Perlu diingat bahawa pihak gereja sebenarnya adalah dengan sengaja melakukan provokasi terhadap Sultan Selangor dengan memilih Klang memandangkan gereja Our Lady of Lourdes adalah pada kedudukan yang hanya dipisahkan oleh Bukit Istana dengan Istana Alam Shah (Istana Rasmi Kesultanan Selangor).

      Justeru, mereka melakukan upacara dalam Bahasa Melayu dan menggunakan kalimah Allah untuk mencabar Sultan Selangor.

      Tidak sedarkah keempat-empat exco tersebut memperolehi watikah perlantikan daripada Sultan?

      Dalam pada itu, khusus kepada MB Selangor TS Khalid Ibrahim yang turut memegang portfolio Adat Istiadat Melayu, lupakah anda pada lafaz ikrar dan aku janji kepada Sultan?

      http://azlantaib.blogspot.sg/2014/01/mentang-mentang-dah-kena-suap-rm20250.html

      • raplahjingaa says:

        Exco PAS..lembu, bagi rumput, tunduk lah depa meragut rumput sampai ke petang, bila malam masuk kandang, pagi keesokkanya lembu-lembu ni akan keluar meragut rumput macam selalu..itulah saja kehidupan exco PAS.

  11. raplahjingaa says:

    Apa yang PAS tahu tentang perjalanan urusan agama Islam ????

Leave a Reply

Threesome