Menu Utama

Sah Khalid Tidak Lantik Semula Azmin Sebagai Pengarah PKNS

Oleh Nur Azlina Shaari

Kemelut bersabit isu pengguguran Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sebagai ahli lembaga pengarah PKNS menemui jalan penamatnya dengan pendedahan beberapa dokumen minit mesyuarat EXCO oleh kerajaan Negeri Selangor yang menyatakan dan mengesahkan nama Azmin tidak disenaraikan dalam perlantikan semula sebagai ahli lembaga pengarah ketika mesyuarat berlangsung pertama kali pada 13 November 2013.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Menteri Besar Selangor sendiri, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menerusi laporan Berita Harian, minit mesyuarat tersebut juga hanya membincangkan isu meluluskan perlantikan semula ADUN Chempaka, Iskandar A Samad dan membuat pelantikan baru ADUN Sungai Pinang, Datuk Teng Chang Khim sebagai ahli lembaga pengarah.

Malah, mesyuarat tersebut juga mencatatkan seorang lagi ahli pengarah akan ditentukan tetapi tidak tercatit nama Azmin dalam kertas ringkasan yang dibentangkan oleh Khalid sendiri.

Keputusan itu kemudiannya disahkan oleh Khalid ketika mesyuarat seterusnya diadakan iaitu pada 4 Disember, yang dipengerusikan oleh Khalid sendiri sekali lagi.

Ini menunjukkan pengguguran Azmin dari PKNS sudah disusun rapi oleh Khalid. Tetapi, pencerahan mengenai status kedudukan Azmin tidak pernah dibincangkan walaupun sudah dua kali mesyuarat diadakan iaitu pada 13 November dan 4 Disember tahun lalu.

Dan butir-butir terperinci yang mengatakan Azmin adakah masih lagi menjadi ahli lembaga pengarah juga tidak ditulis secara jelas hinggakan Pengurus Besar PKNS, Datuk Othman Omar tertunggu-tunggu tindakan seterusnya dari Khalid sama ada mahu memberikan kata penamat status jawatan Azmin; dikekalkan atau digugurkan.

Selepas ia menjadi kritikal di mana semua pihak mempersoalkan kewajaran Khalid berbuat demikian, maka, bermulalah tindakan saling tuding menuding jari antara satu sama lain.

Persoalannya, siapakah yang berbohong dalam isu ini dan siapa pula yang benar?

Ini kerana, selepas Khalid dihentam teruk kerana cubaan peribadi menyingkirkan Azmin sebagai musuh ketatnya, Khalid terus menyatakan bahawa beliau dan barisan EXCO Selangor tidak tahu menahu mengenai pengguguran Azmin.

Adakah Othman yang didakwa berbohong memandangkan Khalid menyatakan keputusan itu dibuat oleh Othman memandangkan beliau adalah Pengurus Besar PKNS?

Atau pun, kenyataan dari Setiausaha PKNS, Norita Sidek adalah benar bahawa pihak pengurusan PKNS hanya mengeluarkan surat pengguguran itu kepada Azmin sebagai mematuhi keputusan Exco yang dibuat pada 13 November tahun lalu dan disahkan oleh jawatankuasa pembuat dasar Selangor itu pada 4 Disember lalu?

Justeru, mengapakah Khalid mengambil tindakan drastik dengan menukar Othman dan Norita pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri berikutan isu pengguguran Azmin? Semua ini ada sebab dan alasan tersendiri.

Nampaknya, Khalid semakin tertekan dan panik selepas rancangan mahu menyingkirkan ‘virus’ Azmin dari mengganggu urusan pentadbirannya tidak berjalan lancar.

Bagi Azmin pula, dia hanya menunggu masa sahaja peralihan kuasa yang kononnya difikirkan akan beralih kepada dirinya memandangkan beliau sering kali dibela oleh Anwar Ibrahim apabila timbulnya isu pertelingkahan antara dua pemimpin ini.

Hakikatnya, rakyat perlu tahu siapa yang berbohong dalam isu ini memandangkan ia melibatkan maruah, kepimpinan dan imej pemimpin PKR Selangor.

Dan rakyat juga perlu sedar, sejak PKR mengambil alih kuasa dari tahun 2008, pelbagai masalah dalam pentadbiran dan melibatkan pemimpin pembangkang semakin menjadi-jadi. Adakah nasib rakyat Selangor akan terbela sekiranya pemimpin PKR terus bergolak hinggakan mengetepikan kepentingan rakyat.






2 Komen to Sah Khalid Tidak Lantik Semula Azmin Sebagai Pengarah PKNS

  1. baba says:

    elok sangat la tu, biar khalid jadi mb selangor,dia lebih baik berbanding azmin.

  2. raplahjingaa says:

    Baik amende ?? kalau dia baik tentu dia luluskan pembinaan UITM di serendah, kalau dia baik tentu dia biarkan pusat giat mara terus beroperasi…tentu dia tak kata manifesto bukan janji.

    UITM di halang pembinaanya, tapi gereja terbesar di luluskan pulak.

Leave a Reply

Threesome