Menu Utama

Reaksi Terkini “Anwar Dihalau Kerajaan Jepun”

Saya tersengih-sengih melihat pelbagai reaksi melucukan di kalangan pengamal media sosial yang begitu “kreatif” menghasilkan momokan “luar biasa” tentang insiden “Anwar tidak dibenarkan masuk ke negara Jepun” baru-baru ini. Macam-macam karikatur dan poster web dihasilkan…

Antara produk terkenal matahari terbit yang “terlibat” dalam momokan tersebut ialah Ultraman, Sin Chan, Doraemon, Polis Angkasa Gaban dan hero-hero lain. Memang nakal!

LawakAnwar01-565x314

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman pula dalam reaksi awalnya menyifatkan dirinya adalah Menteri Luar “paling berkuasa di dunia” jika mampu memaksa negara matahari terbit itu menghalang Anwar untuk masuk ke negara tersebut. Dalam ertikata lain, memang Anifah tidak punya kuasa “magik” sebegitulah!

Lebih melucukan ialah melihat reaksi para penyokong Anwar Ibrahim dan Pakatan Haram. Khabarnya mereka berhimpun beramai-ramai di depan Kedutaan Jepun semalam memprotes tindakan Kerajaan Jepun yang menghalang masuk Anwar di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita. Lihat di sini.

Mereka siap berposter bagai, mengecam dan mencarut di depan Kedutaan Jepun. Hebat, bukan? Rasanya tindakan puak-puak Pakatan Haram itu jelas “mengharumka” nama rakyat Malaysia dipersada dunia. Selepas ini mungkin Malaysia akan dikenali sebagai sebuah negara yang mempunyai penyokong pembangkang yang “bermoral tinggi” dan “mulia budi pekerti”nya.

Lain pula reaksi Pengerusi DAP, Karpal Singh. Dia kelihatan serius reaksinya dalam isu ini. Dia mempertikai tindakan Kerajaan Jepun yang membenarkan Anwar masuk ke negara itu pada tahun 2006, 2009 dan 2012, tapi tidak pada tahun 2014. Layari di sini.

Anwar Dilarang Masuk Jepun

Reaksi Karpal itu membuat saya tertanya-tanya, apakah Karpal akan saman Kerajaan Jepun? Rasanya Gobind Singh boleh tolong hantar “surat guaman” bagi pihak Karpal. Cuma saya harap Karpal pastikan anaknya itu menghantar sendiri “surat guaman” itu dengan tangan (by hand) supaya surat itu benar-benar sampai ke tangan Kerajaan Jepun.

Saya tertanya-tanya lagi, sekiranya Najib atau Muhyiddin yang tidak diizinkan masuk ke negara Jepun atau mana-mana negara, apa agaknya reaksi pihak pembangkang? Apakah mereka akan tetap berdemo di depan Kedutaan Jepun? Atau Karpal akan menaikkan ibu jari ke atas, tanda “bagus”?

Bagaimana dengan Anwar sendiri? Masih marah lagi pada Kerajaan Jepun? Kalau masih marah, saya sarankan beberapa cadangan untuk Anwar mengenai isu ini…

Pertama, Anwar boleh mengerah budak-budak suruhannya seperti SAMM, Jing”gay”13 dan lain-lain untuk mengadakan demostrasi di tengah bandaraya Tokyo. Anwar hanya perlu belikan tiket kapal terbang untuk mereka saja dan saya yakin mereka tiada masalah dengan pihak imigresen Jepun seperti Anwar. Tentang tempat tidur, pandai-pandai merekalah nanti…

Kedua, Anwar boleh minta tolong DAP mengarahkan Red Bean Army (RBA) menyerang laman-laman web Jepun, khususnya yang berkaitan dengan Kerajaan negara itu. RBA juga boleh dikerah untuk memburuk-burukkan Jepun di facebook sebagaimana yang dilakukan pada Psy “Gangnam Style” sebelum ini. Jangan RBA masuk web lucah Jepun sudahlah!

Ketiga, Anwar dengan kerjasama Karpal, Gobind, Surendren, Latifah Koya dan peguam-peguam Bar Council mungkin boleh membawa kes ini ke muka pengadilan ke mahkamah dunia, The Hague. Sekiranya mereka buntu, mereka boleh minta tunjuk ajar dari Raja Noor Jan Shah yang pernah dapat “surat” menang kes dari ICJ. “Surat” dari ICJ itu mungkin laku kalau dijaja pada pengikut Pakatan Haram…

Keempat, mungkin Anwar boleh gunakan “tangan ghaib” US untuk menekan Jepun. US mungkin boleh menggunakan kuasa veto mengugut untuk menggugurkan bom nuklear di Jepun jika terus berdegil enggan membenarkan Anwar masuk ke negara itu.

Namun kalau semua cadangan saya itu gagal, rasanya Anwar tak payahlah ke Jepun lagi. Cubalah ke Israel pula. Saya yakin, Benjamin Netanyahu akan menyambut Anwar dengan tangan terbuka. Mungkin Anwar akan sekali lagi mendapat layanan “red carpet” sebagaimana di US dulu, kan?






16 Komen to Reaksi Terkini “Anwar Dihalau Kerajaan Jepun”

  1. songkok says:

    Bapa porno Malaysia dilarang masuk ke negara porno Asia

  2. korokstabang says:

    anwar patut bincang dengan ambiga untuk mengadakan demonstrasi bersih 5 di tokyo

  3. Pejuang IMR says:

    Rasanya baik makan kangkong 10 kilo dari terduduk terjelepok di lapangan terbang Narita tunggu pesawat pertama untuk pulang ke KLIA setelah dihalau oleh imigresen jepon.

  4. korokstabang says:

    kalau sudah terpalit dengan masalah moral dan akhlak yang burok tadak negara yang mau terima mamat tu

  5. Anak Jantan says:

    Hanya rakyat bengong lagi buduhh je percaya kat si Juboq mcm bagus…berdemontrasi sana sini kecoh seluruh alam maya…mcm2 gambar fitnah dibuat….semua orang salah diaorang je betul….

  6. baba says:

    jepun pun dah tau anwar dtg nak kencing kat sana, jadi awal2 dia hantar balik. eloklah mcm penulis kata tu…anwar elok pergi israel saja….mesti sambutan kapet merah.

  7. rusaminum says:

    Dah kira untung dihalau saja. Kalau di pancung “anu” war nya…ramai lah yang terguling-guling ketawa kat atas jalan.

  8. Pemerhati says:

    Jepun takut berlaku lagi gempa bumi di awal tahun 2014 walaupun Jepun kerap dilanda gempa bumi, itulah antara sebab-sebab ‘ultraman blakangtaro\'(anwar) tak dibenarkan masuk Jepun

    banyak lagi sebab boleh kita dan negara Jepun berikan kenapa musibat(anwar) itu tak dibenarkan masuk Jepun tapi macai bukannya nak baca atau ambil peduli untuk dijadikan kesedaran bahawa musibat(anwar) itu sudah dianggap PEMBAWA SIAL BESAR kepada Jepun

  9. Najibulghunnah says:

    Kesian… Dato’ Seri Anwar Ibrahim… takpe..aku sentiasa disisi mu Anwar…

  10. raja kongkiak says:

    Dahhhhhhhhhhhhhhhh laaaaa Nuwat..makalau dah sampai bab kena ligan balik kampung,Dok melalak apa lagiiii. Sama lah dengan balaci-balaci yg dok melolong kat tengah jalan..
    boikot barang jepun” tapi hahah pakai kereta jepun jugak..Cisss!!! Kincing banyak kuat maaa

  11. jombo says:

    Anu war… lu mintak tolong dengan comango la.. kan kau ada hak asasi meliwat opsss melawat Jepun. Apa kejadahnya kau nak melawat anak yakuza.. si LGE hantar kau pi jumpa Yakuza sebab nak upgrade pusat pelacuran di Penang ke?

Leave a Reply