Menu Utama

Rampas Bible: Cubaan Bangkit Sentimen Benci Di Kalangan Orang Iban

SOAL pokok kenapa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) merampas lebih 300 Bible berbahasa Melayu dari bangunan Persatuan Bible Malaysia semalam ialah kerana ia mengandungi kalimah Allah yang tidak dibenarkan di negeri tersebut.

Itu isunya.

Soal ada di antara Bible itu berbahasa Iban atau tidak, kenapa itu pulak yang dikecohkan?  Waima berbahasa Iban sekalipun, kalau mengandungi kalimah Allah, ia tidak boleh diedarkan di Selangor, kalau Sarawak itu lain.

Sultan Selangor selaku ketua agama Islam negeri dah bertitah bahawa negeri itu melarang penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama lain, faham macam itu dahlah.  Apa nak dikaitkan dengan Iban atau tidak?

Berapa ramai orang Iban di Selangor yang kita cakapkan ni?

Jadi tindakan portal berita dan blog-blog pembangkang mengaitkan rampasan kitab bible berbahasa Iban dalam serbuan tersebut, tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mengalih perhatian orang Islam dari penyebaran agama Kristian di kalangan orang Islam yang berlaku secara berleluasa di negeri tersebut.

Buktinya, takkanlah Bible bahasa Melayu, orang cina pulak nak baca, atau orang India, dah tentulah tujuan diedarkan tu untuk orang Melayu baca.

Perkara itu bersalahan dengan Perlembagaan Malaysia (Perkara 11) berkenaan pengembangan agama bukan Islam di kalangan orang Islam dan Enakmen berkaitan perkara sama dalam undang-undang Syariah Selangor 1988.

Orang baru duduk Malaysia pun tahu agama lain tidak boleh kacau orang Islam.

Asasnya disini menyalahi undang-undang dan sewajarnyalah tindakan penguatkuasaan di ambil.  JAIS tidak masuk campur orang Kristian nak beribadat macam mana, tapi janganlah mengembangkan agama tersebut di kalangan orang Islam dengan mengedarkan bible berbahasa Melayu, itu dah salah.

Macai pembangkang, tak nak rakyat tahu perkara ini, sebab itulah dibangkitkan sentimen marah orang Iban lanjutan dari tindakan JAIS semalam – terlupa yang serbuan itu berlaku di Selangor, bukan Sarawak!!

Jadi penulis nak jelaskan, inilah dia politik kotor pembangkang yang ramai dari kita terlepas pandang.  Gerak kerja divert-divert isu ni memang merekalah dalang dari mula.

Malulah negeri yang PAS ada kepentingan, tapi perkara-perkara macam ini boleh berlaku, jadi nak alihkan isu, sentuhlah perkara yang tidak berkaitan, untuk buat orang marah dan benci pada kerajaan.

Itu saja tujuanmana ada lain.






10 Komen to Rampas Bible: Cubaan Bangkit Sentimen Benci Di Kalangan Orang Iban

  1. baba says:

    dah bagi tau terang2 tak boleh guna di semenanjung apa lagi yg mereka nak huru harakan lagi…..sabah / sarawak dibenarkan kerana dah termaktub dalam perlembagaan

  2. Pemerhati says:

    selepas pengarang mingguan the herald paderi lawrence andrew membuat kenyataan mengingkari titah Sultan Selangor mengenai larangan penggunaan kalimah Allah, JAIS pula berjaya merampas lebih 300 bible berbahasa Melayu dari bangunan Persatuan Bible Malaysia

    kenapa harus ‘mujahid’ membantah dan mempertikai tindakan JAIS merampas bible berbahasa Melayu itu sedangkan umat Melayu Islam faham dan tahu kenyataan paderi lawrence andrew mahu kristian menggunakan kalimah Allah dan kejadian rampasan bible berbahasa Melayu itu adalah jelas satu bukti perbuatan ingkar yg mencabar serta tidak menghormati titah Sultan Selangor mengenai larangan penggunaaan kalimah Allah yg selaras dgn Seksyen 9 Bahagian 1, Enakmen Ugama Bukan Islam(Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988

    sebagai org Islam, amat memalukan bila mujahid membantah dan mempertikai tindakan JAIS yg mahu memastikan penguatkuasaan titah Sultan Selangor yg selaras dgn Seksyen 9 Bahagian 1, Enakmen Ugama Bukan Islam(Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 dilaksanakan

    mujahid bukan tinggal di negara yg ditunjangi pemerintahan bukan org Islam dimana mahkamah syariah tiada mendapat kemuliaan…kenapa harus mujahid menunjukkan sifat ‘apologetik yg tidak bertempat’ kepada org bukan Islam bila dia membantah dan mempertikai tindakan JAIS itu?

    kepada mujahid dan PAS, kalau nak ‘jilat’ kafir berpada-padalah! umat Melayu Islam faham anda dan PAS suka menjadi anjing peliharaan pihak kristian evangelis DAP tapi jgnlah ‘jilatan’ anda itu dilihat oleh umat Melayu Islam sebagai melampau yg mencerminkan kemunafikan serta rosak akidah sebagai org Islam dimana ‘keIslaman’ anda itu sehingga menjadi kesangsian dan tanda tanya kepada umat Islam lain

    —————————————————

    di timur tengah ada org bernama arab tapi bukan beragama Islam sebaliknya beragama kristian koptik atau beragama yahudi, di Malaysia mungkin tidak terkecuali sekali pun org itu bernama ‘mujahid’, nurul izzah, anwar dsb

    rabai yahudi pun pakai jubah, rahib kristian pula pakai tudung litup, kalau nak ‘bertaqiyyah’ di Tanah Melayu tentulah kena pakai fesyen tudung, jubah, songkok, kopiah, serban mengikut pilihan tradisi dan kontemporari Orang Melayu…hehehe

  3. gambus says:

    terang-terang puak kristian DAPigs ni sedang menyemaikan perasaan kebencian agama di Malaysia dengan sengaja melanggar undang-undang dan sengaja mempermainkan sentimen agama !!!

    puak haprak kristian DAPigs sedang giat menyemaikan perasaan benci antara agama untuk kelangsungan politik DAPigs !!!

  4. Pejuang IMR says:

    PAS yang kononnya memperjuangkan Islam tak cakap apa dan buat apa ke. Majlis Syura PAS diam je. Ini masalah Islam ni.

  5. bangKano says:

    PAS ada la pertubuhan politik yang dah semakin keliru lagi celaru ngan dasaq & perjuangan perlembagaan parti. Memang wajar la parti ni di label sebagai ” Pemimpin Akal Sempit ” dek gara gara nak kejaq kuasa politik,wang,taraf sosial dan bughit/kontol. Depa sanggup menjual marwah bangsa,diri & agama serta sanggup memecah belah kan perpaduan & keharmonian bangsa melayu berseagama. Berpikiaq ikut emosi…berpikiran secara rasional dah lama terpupus dari minda setiap pemimpin apa lagi penyokong taksub depa…apa yang penting kuasa…kuasa…kuasa kedunian. Pasai tu la bangsa bukan melayu penganutan bukan islam dah beghani melekeh lekeh kan institusi pemelayuan – bahasa nya,budaya nya,agama, & sultan/raja apa lagi pemimpin UMNO & NGO melayu yang lain. Ni semua gara gara pemimpin melayu dalam gagasan Penipu Rakyat/PR dah semakin melayu layu jatidiri masing masing. Sanggup meminggir kan pegangan agama,bahasa & budaya demi menganuti tuhan baru ala global liberalisme & pluralisme. Apa yang penting misi & visi depa mesti tercapai apa jua bentuk kaedah ke arah matlamat.Apa yang jelas supremasi melayu dah hampir hampir ke titik marginilasi di tanah tumpah darah bangsa melayu sendiri.

    Watak Pak Kadok masih lagi relevan la ni mengakibat kan koloni & kekuatan politik/ekonomi pribumi akan terlepas kepada puak puak pendatang yang pintar bermain politik memperjudi kan marwah….!!!

  6. Jambol says:

    Panggil beri keterangan
    Panggil beri keterangan
    Panggil beri keterangan …….
    Siasat ……..siasat …….. siasat ….

    AG akan pertimbang …. mungkin siasat lagi …….. Sampailah kucing bertandok !

    Inilah caranya untuk negara yang dikasihi ini terjerumus ke kancah kekacawan; masing-masing, terutamanya pihak pembangkang tidak lagi menghormati undang-undang negara dan Duli-duli Yang Maha Mulia Sultan-sultan, sebab Sultan-Sultan hanya untuk Melayu saja.

    Masa pemimpin-pemimpin kerajaan untuk menasihat, menyeru dan berharapkan keharmonian sudah seperti mencurah air ke daun keladi. Sekarang sampailah masanya untuk bertindak dengan tegas dan berani.

    Pihak berkuasa tak nampak kah ? Jangan sampai sampai dah kacau baru nak bertindak.

  7. decepticon jr. says:

    mmg tu lah salah satu niat utama dieorg guna isu ni.nak meraih sokongan bumiputera kristian sarawak bg pru akan dtg.dapat melaga dan memecah belah org islam/adjust perlembagaan tu di kira bonus.mereka x rugi sesen pun untuk memainkan isu.kamon la melayu islam pr.stop la politik.ini isu agama,ini bab tauhid, demi anak cucu kita dimasa akan dtg.

  8. Med says:

    permainan politik umno yg tak habis2….meluatttt!!

    • dotdot says:

      KLU NK HARAP KAN ISLAM PAS DGN PKR LAGI LA HAMLAU, SEMUA NK DI JUALNYA,.KAPAL SINKI SOUND JE TERUS PAS DAN PKR TELUR MASUK DALAM BURIT

Leave a Reply