Menu Utama

Rafizi Ramli Mohon Maaf Atas Tindakan Anwar

Oleh Zul Rawi

Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli membuat permohonan maaf secara terbuka atas tindakan parti beliau “memaksa” Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kajang.

“Tidak ada alasan untuk membazirkan wang rakyat dan untuk itu saya memohon maaf dan parti bersedia untuk dihukum oleh pengundi di Kajang,” katanya yang mengaku bertanggungjawab menyusun langkah politik itu.

Melalui posting terbaru di laman blognya, Rafizi mengakui tindakan partinya itu, telah mengakibatkan wang rakyat terpaksa digunakan bagi membiayai Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Beliau dipercayai terpaksa melakonkan aksi permohanan maaf ini setelah menyedari bahawa tindakan Anwar Ibrahim telah menimbulkan rasa kurang senang di kalangan pengundi atas pagar.

Menurut ahli parlimen Padan itu juga, tidak ada penjelasan yang dapat diberikan bagi meredakan kemarahan rakyat terhadap langkah politik itu. Selaku orang yang bertanggungjawab dia juga akan memikul sepenuh tanggungjawab sekiranya rakyat khususnya pengundi di Kajang bertindak untuk menghukum PKR di dalam PRK yang bakal berlangsung kelak.

Paling menarik dia turut mengakui wujudnya perbezaan pendapat dalam parti itu sehingga mengakibatkan mereka berpuak-puak sehingga menyebabkan rakyat merasa kecewa. Oleh itu langkah yang diambil ini kononnya untuk mengelakkan kerajaan PKR Selangor menerima nasib yang sama ketika Pas memerintah Kedah pada penggal yang lalu.

Dalam erti kata lain, Rafizi akhirnya terpaksa mengakui bahawa parti itu sedang bergolak dan saling berebut kuasa seperti yang dilaporkan oleh pihak media, blog dan laman sosial sebelum ini.

Persoalannya ialah, mereka sebelum bukan sahaja menafikan isu pergolakan tersebut malah dengan biadab mengatakan ia hanyalah khabar angin yang sengaja direka oleh pihak Umno dan BN.

Maka Rafizi sepatutnya perlu terlebih dahulu memohon maaf kepada semua ahli Umno di atas fitnah yang telah dilemparkan selama ini. Kerana pengakuan Rafizi itu jelas membuktikan bahawa PKR selama ini bukan sahaja cuba menutup isu tersebut, malah telah berbohong kepada rakyat bagi mengelakkan parti itu menerima cemuhan masyarakat.

Kesimpulannya ialah, permohonan maaf Rafizi itu hanyalah merupakan taktik murahan demi menagih simpati dan sokongan masyarakat yang jelas marah dengan permainan ‘sarkas’ politik ini.

Ini kerana sekiranya kemarahan tersebut GAGAL diredakan, ia bakal mengundang padah kepada parti itu. Natijahnya, Anwar selaku calon yang bakal diletakkan bertanding bagi mewakili PKR berkemungkinan besar akan menerima kekalahan yang memalukan.

Link video permohonan maaf Rafizi Ramli :
https://www.facebook.com/photo.php?v=493345657453666



« (Previous News)



12 Komen to Rafizi Ramli Mohon Maaf Atas Tindakan Anwar

  1. baba says:

    setan ni kejap kata sebab mahathir nak jatuhkan najib , kejap kata pasal ekonomi,boleh percaya ke cakap setan mcm ni?

  2. kekuda says:

    padahal nak cari alasan bagi menunda dan menangguh kes mahkamah..

    sepatutnya anwar tukar alamat dalam kat ICnye ke penjara kajang…

  3. Few days back TSAI ada buat statement yg calon PRK kajang mesti terdiri dari anak selangor…tetiba je DSAI pulak yg jadi calon…apa punya pembohong lahh..

  4. decepticon jr. says:

    anak belaja bodo-salah umno ,perut sendiri buncit-salah umno ,main gan bini sendiri dan kluar anak- salah umno.diorng sendiri gila kuasa- salah umno.itulah mentaliti org pr..tapi ramai antara geng aku yg pro pr mengkagumi kebijaksanaan lembu seko ni.pening aku.padahal byk isu yg lembu ni spin byk yg terbarai.dan bila dah terkantoi pemuja pemuja pr ni wat muka selambe dan cari lg isu yg bole spin.lembu ni byk main angka dan persepsi.dulu blog/ media sosial bn x kuat,skang kene cepat skit counterkan balik apa2 isu yg si lembu ni kluarkan.klu bole bg masuk surat khabar atau media bila ada kenyataan lembu ni yg x releven.

  5. raplahjingaa says:

    Gay selain dari jadi maknyah, fashion designer, mak andam dan tukang gubah bunga telur…haram seduit pun depa ni tak guna dalam bidang apa pun. Ni tambah pulak dalam politik…hangpa tengok gay yang ada dalam politik malaysia…anwar dan rapussy, kedua-duanya punah ranah.

  6. Pejuang IMR says:

    Pemimpin penipu dan pembelit macam ni pun mempunyai ramai penyokong terutama dari bangsa melayu yang kononnya mengaku lebih Isle dari orang lain. Betullah dunia semakin hampir nak kiamat.
    Tak dapat nak bayangkan Bang Non menghadiri majlis2 agama (seperti pembukaan Masjid2, Tilawah Al-Quran, Maulidul Rasul Forum2 berkaitan Islam, dll) bersama YTM Tuanku Sultan Selangor.

  7. meMangTERok says:

    Setan akan terus kekal sebagaimana dia dijadikan sampai hari kiamat. Ini telah difirmankan kepada umat oleh Yang Maha Esa, Pencipta.

    Ini memberi kefahaman jelas pada kita bahawa umat jangan sesakali menaroh harapan untuk setan yang bergelar setan bertaubat lalau bertukar jadi umat/makhlok yang beriman kepada Pencipta.

    Antara Allah dan setan sudah ada satu perjanjian sejak dari azali. Yeini setan akan terus menyesatkan yang lain atau umat yang teringin jadi sapertinya dan setan tidak akan menyentoh umat yang beriman.

    Maka, biarkan setan terus dengan kerjanya dan kita dengan kerja dan hal kita. Kerana setan tetap setan sampai bila2.

  8. songkok says:

    Rafizi gemok tu elok campakkan dalam sg klang. Suruh die buat statistik pasal isipadu air, pencemaran, bilangan ikan.

  9. matt says:

    “He who have created enough trouble to the country” .

  10. alimedanbaru says:

    melihat orang-orang kuat si nuar brahim
    samaada sirafizi
    siazmin
    tian cuak
    khalid
    zuraidah
    alamak..tak ada orang lain ke
    kalau mereka ni semua jadi menteri
    lingkup Mesia…

  11. omega says:

    Allllaaa… Rafizi nak menangi hati anuwar.. senang nak adjust nurul izzah

Leave a Reply

Threesome