Menu Utama

Presiden Putrajaya Perlu Rujuk Islam, Sensitiviti Ummah

Alhamdulillah, saya mengucapkan syukur pada Allah SWT setelah Presiden Putrajaya, Tan Sri Aseh Che Mat, menghilangkan keresahan umat Islam di seluruh negara khususnya di Putrajaya berkenaan ura-ura memajukan pusat pentadbiran Kerajaan Malaysia itu dengan sebuah franchise arak, “Hard Rock Cafe”.

Saya yakin, kenyataan yang dikeluarkan Tan Sri Aseh lewat semalam melegakan ramai pihak yang tidak mahu melihat Putrajaya dicemari dengan unsur tidak sihat dan bertentangan dengan amalan hukum syar’ei. Pun begitu, saya ucapkan tahniah kepada mereka-mereka yang membantah kewujudan “franchise syubhah” itu.

Pun begitu, saya memohon jasa baik dari Tan Sri Aseh supaya mengeluarkan kenyataan rasmi melalui sidang akhbar secepat mungkin mengenai perkara tersebut. Tindakan tersebut saya kira akan membuktikan tahap serius Presiden Putrajaya dalam memelihara pusat pentadbiran itu. Itu pun kalau Tan Sri Aseh benar-benar ikhlaslah dalam pengumuman di Facebook semalam.

Sebenarnya, saya tertanya-tanya apakah Tan Sri Aseh tidak berfikir sebelum mengeluarkan kenyataan pada media sebelum ini mengenai cadangan membina Hard Rock Cafe di Putrajaya tempohari? Bukan apa. Kalau dirujuk pada kenyataannya sebelum ini mengenai Hard Rock Cafe di Putrajaya, Tan Sri seolah-olah tidak berfikir panjang sebelum mengeluarkan kenyataan.

Putrajaya direka khas sebagai sebuah pusat pentadbiran yang berkonsepkan Islam. Lihat saja rekaan Pejabat Perdana Menteri yang berkubah. Lihatlah bangunan dan premis kementerian-kementerian di Putrajaya. Putrajaya seolah-olah berkonsepkan “Madinah Al-Munawarah” di zaman Rasulullah SAW. Tidakkah Tan Sri Aseh nampak?

Apakah dia fikir seluruh umat Islam di Putrajaya suka dan akan berterima kasih padanya jika dia membina sebuah Hard Rock Cafe di Putrajaya? Apakah dia fikir orang Putrajaya akan membina sebuah tugu peringatan ukiran arca “Tan Sri Aseh” jika dia membawa franchise arak itu ke sana?

Suka saya ingatkan pada Tuan Presiden Putrajaya itu bahawa tidak semua orang fikir sepertinya. Tidak semua orang suka pada Hard Rock Cafe. Yang tidak suka pada Hard Rock Cafe itu tidak semestinya golongan “anti-establishment”. Tapi mungkin mereka sedar tentang taraf dan imej Putrajaya yang mesti bersih dari sebarang elemen yang mencacatkannya sebagai pusat pentadbiran sebuah negara Islam…

Selain itu, saya juga ingin ingatkan pada Tan Sri Aseh bahawa isu “Hard Rock Cafe” ini merupakan “pilot case” di mana beliau perlu sematkan di dalam dirinya bahawa sejauh mana sekalipun kemajuan dan setinggi mana sekalipun peradaban yang mahu dibawa ke Putrajaya, ia mestilah dirujuk serta berlandaskan Islam. Bukan hentam “kromo” sahaja…

Bila terjadi insiden seperti “HRC” ini, tidakkah Tan Sri Aseh fikir ia telah serba sedikit merendahkan kreadibilitinya sebagai seorang Presiden bagi sebuah pusat pentadbiran kerajaan?

Mula-mula umum nak buat secepat mungkin, tiba-tiba terpaksa dibatalkan atas desakan orang ramai. Ia seolah-olah membuktikan pemikiran orang ramai lebih bagus dari seorang Presiden, bukan? Mujurlah Tan Sri Aseh hanya Presiden Putrajaya. Kalau beliau itu Presiden US atau Indonesia, sudah lama rakyat suruh letak jawatan, kan?

Justeru itu, sebagai memberi teguran yang membina, saya mengesyorkan Tan Sri Aseh berhati-hati sebelum merancang membawa kemajuan di Putrajaya. Jangan hanya fikirkan cadangan dari seorang rakan, maka cadangan itu dikira sebagai “cantik” dan “sesuai”. Carilah cara lain yang diredhai Allah SWT dalam menguruskan Putrajaya. Semoga Tan Sri Aseh diberi petunjuk olehNya, ameen. Wallahu’alam…






27 Komen to Presiden Putrajaya Perlu Rujuk Islam, Sensitiviti Ummah

  1. aehi says:

    Itulah kelemahan orang kita mudah lupa dgn sensitiviti orang Melayu Islam pabila timbul isu2 berkaitan Islam seolah2 mereka tenggelam dalam keriakan dgn jawatan yg dipegang dan telah terlupa ttng hukum hakam yg sebagai seorang Islam pasti akan disoal di akhirat nanti

  2. KerisMelayu says:

    Tan Sri Aseh,

    Kata pepatah terlajak perahu boleh berundur, kalo terlajak kata mcm ni la jadinya. Sebelum bercakap lebh baik pastikan akal dan mulut seiring jangan mendahulukan mulut akal dibelakangkan..

  3. Moohyideeeeen says:

    Proposal ni bukan datang dari ahli MCA/MIC pung, ahli amenoooo…..\\\\Macam ni nak pertahankan Islam, pemimpin gapo?

  4. DataCode says:

    Perubahan datang bersama yang dirobah,tak semestinya tidak berubah.boleh percaya ke tak jadi bina Hard Rock Cafe di Puterajaya

  5. Moohyideeeeen says:

    Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) menyertai debat isu Allah apabila meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyatakan pendiriannya sambil menegaskan dia tidak menyokong cara Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerbu Persatuan Bible Malaysia (PBM) yang merampas 300 Bible berbahasa Melayu dan Iban.

    “Jika Jais rasa ada tindakan yang melanggar undang-undang, mereka sepatutnya memanggil pihak berkenaan untuk memberi penjelasan.

    “Tetapi anda tidak boleh berbuat tindakan drastik sedemikian kerana akan dilihat sebagai tindakan anti Kristian.

    “Tidak perlu sedemikian kerana ia akan melahirkan ketegangan,” katanya selepas memberikan ceramah di Pusat Reformasi, Demokrasi dan Inisiatif Sosial, memecah kebisuannya selama ini.

    Semasa menyerbu PBM, Jais turut menahan dua pegawainya dan meminta mereka ke Balai Polis Damansara.

    Tetapi para peguam mempertikaikan tindakan Jais menyerbu premis PBM dan merampas Bible kerana jabatan itu tidak ada kuasa ke atas yang bukan Islam.

    Mereka juga mempertikaikan keabsahan enakmen yang digunapakai dalam tindakan itu kerana ia melanggar kebebasan beragama orang bukan Islam.

    Anwar percaya tindakan ini adalah untuk mengalihkan pandangan rakyat dari isu sebenar yang melanda negara iaitu kenaikan harga barangan dan perkhidmatan ekoran pemotongan subsidi.

    “Saya tidak menolak kemungkinan mereka cuba mengalih perhatian dari masalah ekonomi dan lain-lain masalah yang dihadapi negara termasuk kualiti pendidikan, ketidakadilan ekonomi dan kebejatan moral,” katanya sambil meminta Najib menyatakan sikapnya dalam isu ini.

    “Kerajaan perlu menghadapi semua ini bukan dengan cara menyerang perkara lain,” katanya.

    Namun Anwar tidak bersetuju dengan tindakan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri DAP – Yeo Bee Yin (Damansara) Rajiv Rishyakaran (Bukit Gasing) dan Lau Weng San dari Kampung Tunku yang mencadangkan agar pindaan dibuat ke atas Agama Bukan Islam di Selangor (Kawalan penyebaran agama bukan Iskam) Enakmen 1988.

    Enakmen yang diluluskan oleh kerajaan Barisan Nasional lalu menyekat bukan Islam dari menggunakan 35 perkataan Arab dalam amalan beragama mereka termasuk Allah, Injil dan Insya’Allah.

    Anwar berkata, beliau tidak setuju tindakan itu kerana ia dilihat tergesa-gesa kerana masih ada saluran yang sesuai untuk menyampaikan pandangan mereka.

    Jais menyerbu PBM ketika isu penggunaan kalimah Allah oleh Kristian sedang hangat dibahaskan dimana sesetengah kumpulan Islam bertegas ia hanya eksklusif untuk Islam sahaja.

    Serbuan ini dipercayai ekoran kenyataan Pengarang Herald, Paderi Lawrence Andrew yang memberitahu The Malaysian Insider bahawa pihaknya akan meneruskan penggunaan kalimah Allah dalam program ibadat berbahasa Malaysia mereka.

    Bagi beliau, Perkara 11 (3) (A) Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa setiap kumpulan agama yang berhak mengurus hal ehwal agama masing-masing.

    Ekoran itu, kumpulan Islam membuat perhimpunan membantah Andrew dan menuntutnya memohon maaf.
    http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/buat-pendirian-dalam-debat-isu-allah-kata-anwar-kepada-najib

    • sysem baru says:

      sila jawab soalan ini mooo a dengan e sama ke’ ejaan elah dan allah sama ke?jangan jadi bodoh moooo, aku kau itu kafir,jawab soalan aku ini di vatican tak guna perkata allah jangan malu,hanya indon guna perkataan allah setelah di bodoh oleh pihak vatican untuk murtad orang islam. tak ada orang di euro,amerika,asian,arab yg guna perkata allah.. suruh belajar tak nak malas ini ling nya dapat mematahkan ujah kristen ini…
      http://www.hebrew4christians.com/Names_of_G-d/Elah/elah.html

    • badrole amin says:

      DS Najib boleh tanya balik musibat(anwar) itu adakah JAIS serbu premis PBM secara biaDAP dengan memecah pintu untuk masuk menggeledah dan merampas bible itu?

    • sireh ke gagang says:

      sapa nak baca malaysian insider ? kami bukan pencacai pakatan haram jadah .

  6. baba says:

    lain kali sebelum bercakap fikir dulu, gunakan otak…..aseh2

    • Moohyideeeeen says:

      Korang dah tahu Menetri ameno ni tak boleh gunakan hotak, korang la yg patut gunakan hotak korang… pikir2 la…

      jgn la sentimental sgt dgn ameno sgt..sentimental dgn islam jer.

      Kalau DSAI rasuah, DSAI sendiri akan di kicked out oleh ahli2 PR.

      • WTF says:

        Betul tu Mooh…

        Untuk pengetahuan Mooh, Aseh Che Mat bukan Menteri pun!!!

        Dan memang Nuar Berahi kena kick dgn UMNO, supaya perbicaraan di mahkamah tidak dikaitkan dgn UMNO.

        Dan terbukti, Nuar Berahi pun kena jail pasal amalkan penyalahgunaan kuasa semasa berada dalam UMNO!!!

        But I like your stand on issue HRC supaya HRC tidak dibina di Putrajaya.

        Nak mabuk4444, pergi Zouk la!!!.

        Mueh4444

        • Moohyideeeeen says:

          Kategori pemimpin la tu…

          salh guna kuasa camner tu?? Kak semah guna Private Jet??

          Laporan Illegal money Laundering byak dari Malaysia?

          • WTF says:

            Hang bacalah ni Mooh pasal salah guna kuasa Nuar Berahi

            http://www.anwaraidc.com/?p=24984

          • sysem baru says:

            apa salah nya ia guna private jet tak ada isteri pm atau presiden diseluruh dunia guna jet tambang murah ya macam airasian, jangan malu ya

          • WTF says:

            Hai Mooh…

            Lamanya hang baca!!!

            Tak mau terima hakikat ka Nuar Berahi pernah amalkan penyalahgunaan kuasa semasa berada dalam UMNO!!!

            Mueh4444

      • badrole amin says:

        sebab PR = Pelindung Rasuah maka DSAI diterima, disanjung, ditatang oleh lemboo PR yang jahil murakkab seperti moo

        moo says:

        “Korang dah tahu Menetri ameno ni tak boleh gunakan hotak, korang la yg patut gunakan hotak korang… pikir2 la…”

        senang je nak pikir, yg buat kata-kata diatas ialah orang tak gunakan hotak

  7. Boboi says:

    Mooo …salute you…at least talk sense at last.

    Setuju, yg mana betul kita harus puji & yang mana tidak betul kita bantah/kutuk. Kalau BN buat baik, kita harus puji dan bila PR buat baik sama juga. Tapi kalau dua-dua buat tak betul, kita harus tegur/kutuk, tidak kira kita penyokong parti mana pun.

    • Moohyideeeeen says:

      Tak kisah mana2 parti.

      DSAI tak bersetuju dgn DAP nak pinda enakmen di selangor.

      • sysem baru says:

        anwar pasti setuju pun sebab dapat ia membesarkan telur

      • badrole amin says:

        fahamkan maksud musibat(anwar) itu kata tindakan 3 ekor babi DAP itu mahu memansuhkan ‘Enakmen 1988’ sebagai ‘tergesa-gesa’

        —————————————————————-

        baca ni moo….

        “Namun Anwar tidak bersetuju dengan tindakan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri DAP – Yeo Bee Yin (Damansara) Rajiv Rishyakaran (Bukit Gasing) dan Lau Weng San dari Kampung Tunku yang mencadangkan agar pindaan dibuat ke atas Agama Bukan Islam di Selangor (Kawalan penyebaran agama bukan Iskam) Enakmen 1988.

        Anwar berkata, beliau tidak setuju tindakan itu kerana ia dilihat tergesa-gesa kerana masih ada saluran yang sesuai untuk menyampaikan pandangan mereka.”

        ————————————————————-

        jangan harap penganut jesuit seperti musibat(anwar) itu akan membuat kenyataan membantah/menolak/tidak setuju secara total tindakan/cadangan 3 ekor babi DAP itu mahu memansuhkan ‘Enakmen 1988’…sebab itu dia membuat kenyataan secara berlapik dengan meletakkan perkataan ‘tergesa-gesa’ itu kerana seandainya ‘saluran yang sesuai untuk menyampaikan pandangan mereka’ itu gagal ianya difahami oleh DAP bahawa cadangan memansuhkan ‘Enakmen 1988’ itu akan dibuat dalam DUN Selangor atau parlimen sekiranya pakatan haram berkuasa menjadi kerajaan

      • sireh ke gagang says:

        tak bersetuju konon . esok kena sergah dgn guan eng , terkencing dalam seluar dalam . melayu PR semua bacul . semua jadi pekakas cinabeng & keling . suruh buat kerja bodoh berdemo , dia lah juaranya . betul tak moo ?

    • WTF says:

      Mooh ada hari2 SOBER dia…

      Hehehehe…

  8. Boboi says:

    Yes WTF…. bro Mooh menyerikan ruangan ni kan… kalau tak ade dia masakan ada “punching bag” utk kita ….wakakakakaka

Leave a Reply

Threesome