Menu Utama

PKNS: Tipu, Pecat & Spin, Cara Pakatan Selesai/Sembunyi Masalah

SEORANG rakan di Selangor tersenyum saja kepada penulis bila diminta mengulas tentang keputusan Khalid Gagap memecat Pengurus dan Setiausaha Kerja PKNS dalam isu pengguguran Azmin Ali sebagai ahli lembaga pengarah PKNS.

Katanya kepada penulis, itu memang polisi kerajaan Selangor dibawah Pakatan, tipu, pusing (spin) dan pecat.  Dek terlalu banyak sangat ‘silap mata’ dalam kerajaan Selangor sekarang, dia sendiri pun tak ingat kali terakhir kerajaan Selangor pernah cakap yang betul.

Satu soalannya kepada penulis, sejak bila berlaku dalam mana-mana urus tadbir korporat, pengurusan syarikat menentukan ahli lembaga pengarah nak dipecat atau tidak?  Ia ibarat seorang operator pengeluaran memecat penyelianya sendiri, itu tak betul.

Lagipun ada klausa dalam PKNS yang menetapkan hanya Exco Selangor saja yang mempunyai kuasa memecat dan melantik ahli lembaga pengarah PKNS.

Maka itu bila Khalid keluar kenyataan menyalahkan PKNS atas pemecatan Azmin, maka semua orang tahu dia tu penipu, bila Khalid kata Exco terima perletakkan jawatan Azmin, dia spin dan bila 2 pengurusan PKNS di atas ‘ditukarkan’, maksudnya dia pecat.

Kenapa Exco tidak persoal PKNS lebih awal bila dimaklumkan tentang pemecatan Azmin kalau tindakan itu salah?  Jangan kata tak tahu, Khalid sahkan Disember lepas yang Exco dah dimaklumkan.

Situ saja nampak dah Khalid main silap mata banyak sangat.

Apa penting semua ini kepada rakyat?  Semua ini menunjukkan bahawa politiking berlaku 24 jam sehari dalam kerajaan Selangor, sementara kebajikan rakyat tidak diberi perhatian langsung.

Itulah sebabnya kenapa sejak Pakatan ambil alih negeri tersebut, banyak infrastruktur di Selangor sekarang, setaraf dengan Kelantan, terutama jalan raya.

Kalau tak sebab ada berbelas lebuhraya bertol dalam Selangor (yang penyelenggaraan jalannya dibuat syarikat konsesi terbabit), mau rakyat Selangor naik roller coster setiap kali bergerak pergi dan balik kerja.

Semua ini boleh berlaku sebab politik terlalu banyak sedangkan kerjanya tidak ada.






13 Komen to PKNS: Tipu, Pecat & Spin, Cara Pakatan Selesai/Sembunyi Masalah

  1. korokstabang says:

    bengong dah puak puak pakatan haram ni sudah carca marba

  2. Anak Jantan says:

    Malas nak kecoh pasal Selangor ni….rakyat Selangor masih bebal lagi bengong….dah bertong- tong cerita tentang penyalahgunaa dan ketidakbagusan kerajaan PKR selangor ni….masih ramai lagi bercaya kat Parti Bangang ni…

  3. baba says:

    caca merba dah, kejap kata azmin dilantik semula, kejap kata tak dilantik, kejap tukar pegawai tinggi ke jabatan lain……haru biru la pakatan ni

  4. WTF says:

    Teruskan pergaduhan antara FUCKUTAN sesama sendiri di negeri Selangor sampai PRU14!!!!

    Mueh4444

  5. Pemerhati says:

    dikalangan penyokong pembangkang sendiri ramai yang percaya othman omar dan norita mohd. sidek telah sengaja dijadikan kambing hitam oleh MB khalid gagap…tidak kurang ramai juga yang percaya pemecatan(penukaran) 2 orang itu adalah sandiwara

    ramai orang tahu MB khalid gagap memecat(menukar) othman omar dan norita mohd. sidek untuk tujuan mengalih perhatian rakyat dan cuba menutup kesilapannya memecat azmin ali dari menjadi ahli lembaga pengarah PKNS kerana dendam peribadi khalid gagap terhadap azmin ali

    adalah jelas kepada kefahaman kita bahawa keputusan yang dibuat exco menerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri(MMKN) yang dipengerusikan MB khalid gagap tidak melantik/mengekalkan lagi nama azmin ali sebagai ahli lembaga pengarah PKNS…PKNS menggunakan keputusan MMKN itu untuk menggugurkan nama azmin ali dari menjadi ahli lembaga pengarah PKNS

    othman omar dan norita mohd. sidek tidak boleh memilih untuk mendiamkan diri jika mereka berdua tidak diarah untuk bersandiwara dan berpura-pura akur dengan pemecatan(penukaran) yang dibuat MB khalid gagap terhadap diri mereka

    jika tidak bersandiwara, mereka berdua harus bersuara tentang ketidak-adilan yang dilakukan oleh MB khalid gagap terhadap diri mereka…berdiam diri memberi persepsi kepada rakyat yang mereka berdua bersalah telah membuat silap memecat azmin ali bukannya silap Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri(MMKN) yang dipengerusikan MB khalid gagap

    othman omar dan norita mohd. sidek dipecat(ditukar) kononnya untuk memberi laluan bagi membuat ‘siasatan’ terhadap kekalutan dan caca-marba yang berlaku berhubung pemecatan azmin ali sebagai ahli lembaga pengarah PKNS

    tidakkah ‘siasatan’ itu merupakan sandiwara juga jika nantinya(selesai siasatan) othman omar dan norita mohd. sidek mendapat kembali jawatan mereka masing-masing dalam PKNS?

    apakah azmin ali dan orang-orangnya akan berpuas hati dan anggap isu sudah selesai? kalau azmin ali dan orang-orangnya ‘anak jantan’, mereka harus terus bergasak dan mengasak khalid gagap walaupun sudah lenyap tiada lagi harapan buat azmin ali untuk menjadi ahli lembaga pengarah PKNS…hehehe

    teruskan bergasak, bestnya!

  6. anoi says:

    nape azmin tak vokal & menyalak , kot dah tahu dah siapa mentimun, hua hua hua bang non tolonglah hehehehe. apa apa pun keistimewaan Melayu mangkin terhakis di Selangor.

    • Pemerhati says:

      kalau azmin rasa dirinya mentimun dan anggap khalid gagap durian, maka kalahlah dan kenalah azmin diam jangan menyalak apa-apa lagi anggap isu sudah selesai dapat terima hakikat jawatan ahli lembaga pengarah PKNS sudah hilang jadi sejarah

      tapi kalau….

      azmin rasa dirinya mentimun dan anggap khalid gagap lubang dubur yang boleh dicucuk dengan mentimun sampai tumpah darah seperti pernah dialami oleh azmin sendiri selepas disuntut ‘ultraman blakangtaro\'(anwar), maka azmin tak perlu takut dia harus terus menyalak kerana khalid gagap hanya lubang dubur saja!

  7. Mawar says:

    Kaaalid dah kantoi isu pecat azmin, dipecatnya 2 pegurus dan s/u pkns.
    Kah kah kah

    Ini opera murahan nak tutup wayang kulit kaaalid. Si tipu dan si ngang bertembung.lantakla korang…
    Lagipun apa ader lagi kat selangor ni….bekas2 hampehh jer mentadbir org2 bandar yg sepatotnya termaju dlm malaysia.

    Lama lama, lubang2 kat jalan raya ni boleh buat swimming pool dah bila time hujan.

  8. Pemerhati says:

    Siapa berbohong dalam isu pengguguran Azmin Ali dari PKNS?

    Siapa yang bercakap benar dan siapa pula yang berbohong? Adakah benar dakwaan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa beliau dan barisan Exco Selangor tidak tahu menahu mengenai pengguguran Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sebagai ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)?

    Sehubungan itu adakah benar dakwaan beliau bahawa yang “memandai-mandai” memutuskan bahawa Azmin patut digugurkan dari lembaga pengarah Perbadanan itu ialah Pengurus Besarnya, Haji Othman Omar?

    Atau, adakah sebaliknya benar kenyataan Setiausaha PKNS, Hajah Norita Mohd Sidek bahawa pihak pengurusan PKNS hanya mengeluarkan surat pengguguran itu kepada Azmin sebagai mematuhi keputusan Exco yang dibuat pada 13 November tahun lalu dan disahkan oleh jawatankuasa pembuat dasar Selangor itu pada 4 Disember lalu?

    Persoalan ini amat wajar dileraikan kerana isu ini membabitkan soal maruah dan ketelusan serta perwatakan sebenar baik pemimpin kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor mahupun wibawa serta maruah pengurusan PKNS.

    Isu ini membabitkan kepentingan rakyat untuk tahu dan memutuskan siapakah yang bercakap benar, dan siapa pula patut dipercayai dalam menguruskan kepentingan mereka dalam kerajaan negeri Selangor dan PKNS.

    Apa natijah exco beragama Islam tidak bercakap benar?

    Rasanya tidak perlulah setiap ahli Exco Selangor diwajibkan menjalani ujian “bersaksi benar” (lie detector). Mereka hanya perlu mengesahkan ada atau tidak berbincang dan memutuskan untuk menggugurkan Azmin daripada lembaga pengarah PKNS.

    Mereka tidak perlu khuatir untuk menyanggah kata Menteri Besar yang mengatakan exco tidak pernah membincangkan isu Azmin untuk menjaga air muka dan hati Khalid. Seharusnya mereka lebih malu dan takut dimakan sumpah jika menyalahi ikrar ketika dilantik menjadi ahli exco negeri.

    Perkara ini menjadi lebih penting kerana setiap ahli exco yang beragama Islam – Khalid Ibrahim, Dr Daroyah Alwi, Rodziah Ismail, Iskandar Abdul Samad, Dr Halimah Ali, Dr Ahmad Yunus dan Salehin Mukhyi, telah bersumpah untuk bersikap benar atas nama Allah ketika menerima pelantikan exco.

    Sementara exco bukan muslim – Teng Chang Kim, Yong Hian Hwa, Ganapathirao dan Elizabeth Wong juga telah melafazkan sumpah akan melaksanakan tugas pembuat dasar dan keputusan pemerintahan di Selangor dengan adil dan benar.

    Apakah sukar sangat bagi ahli-ahli exco beragama Islam dan sudah berjanji dengan nama Allah untuk bersikap benar dan adil untuk mengaku atau menafikan ada berbincang dan kemudian mengesahkan pengguguran Azmin daripada lembaga pengarah PKNS?

    Rasanya tidak perlu menunggu hingga dua minggu untuk menjalankan siasatan atau memanggil Haji Othman Omar atau Hajah Norita untuk memperjelaskan bagaimana pengguguran Azmin itu boleh berlaku.

    Jika kesemua ketujuh-tujuh ahli exco muslim, termasuk Khalid, berani mengumumkan pendirian memang mereka tidak pernah berbincang apatah lagi memperakukan keputusan memecat Azmin daripada PKNS, barulah wajar wibawa Haji Othman dan Hajah Norita dipersoalkan.

    Tidak perlulah isu ini diperpanjang dan mengelirukan rakyat. Ia juga tidak perlu dijadikan satu polemik politik yang membuang masa dan meruncingkan rasa hasad dengki dan dendam politik sesama rakan seperjuangan.

    Sehubungan itu, haruslah dicari jawapan adakah wajar bagi Tan Sri Abdul Khalid pula mengumumkan bahawa kenyataannya tidak terbabit dengan keputusan menggugurkan Azmin itu adalah satu kebenaran sehingga mendapat perakuan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau “bersih” daripada sebarang “penganiayaan” terhadap Azmin lantas akan dikekalkan sebagai Menteri Besar?

    Kenapa Khalid Ibrahim cetuskan polimik ini sekarang?

    Soalnya, perlukan isu kedudukan beliau sebagai menteri besar ditimbulkan di peringkat ini?

    Adakah beliau ingin memberi gambaran bahawa ada pihak mahu menggunakan isu ini untuk menjatuhkannya dari kerusi menteri besar? Atau, ini sekadar satu igauannya?

    Dalam soal ini Anwar Ibrahim pula perlu menjalani proses “lie-detector” sosial dengan mengaku atau menafikan ada memberi perakuan kepada Abdul Khalid bahawa beliau akan kekal sebagai Menteri Besar Selangor!

    Tindakan Khalid ini agak pelik kerana ia dibuat sebelum beliau memanggil Pengurus Besar dan Setiausaha PKNS untuk memberi penjelasan berhubung isu pengguguran Azmin. Adakah ini bermakna beliau mahu membisikkan pada naluri dan persepsi umum bahawa apapun duduk perkara sebenarnya Anwar tetap akan menyokongnya?

    Mengapa Khalid begitu panik? Mengapa belum pun bersemuka dengan Haji Othman dan Hajah Norita kedua-dua kakitangan awam itu sudah dilucutkan tugas mereka di PKNS dan diletakkan di bawah pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri? Mengapa hukuman dijatuhkan sebelum perbicaraan?

    Yang ini Anwar Ibrahim perlu huraikan. Mengaku atau menafi bukan hak Anwar sebenarnya. Itu adalah hak umum dan rakyat tidak perlu dikelirukan dengan retorik atau alasan politik. Ini kerana hakikatnya Anwar sendiri telah mengumumkan bahawa pengguguran Azmin itu tidak sah.

    Ketua Pembangkang itu berhujah bahawa pihak pengurusan PKNS tiada hak atau kuasa untuk menggugurkan mana-mana ahli lembaga pengarah. Lantas beliau mahu kedudukan Azmin dalam PKNS kekal.

    Anwar beri jaminan keadilan pada Azmin tetapi beri signal tidak akan ‘sentuh’ Khalid

    Jika demikian tegas pendirian Anwar di mana logiknya dakwaan Abdul Khalid bahawa Anwar telah memberi jaminan peribadi atas kapasitinya sebagai Ketua Umum PKR bahawa kedudukan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar tidak akan terjejas? Yang pasti reputasi PKR terjejas kerana pembohongan itu.

    Di peringkat ini kewibawaan dan cakap benar Anwar amat ditagih supaya keadaan tidak bertambah kusut. Baru Anwar menyatakan pendirian bahawa beliau mahu kedudukan Azmin dalam lembaga pengarah dikekalkan, Abdul Khalid telah mendedahkan bahawa Anwar juga telah memberi jaminan kepadanya tidak “mengusik” kedudukan beliau sebagai Menteri Besar.

    Keikhlasan dan ketegasan Anwar perlu bagi meleraikan keadaan ini. Jika tidak ia akan mencerminkan seolah-olah Anwar ini ialah “talam dua muka”. Di hadapan khalayak ramai beliau mempertahankan kedudukan Azmin atas dasar teknikal tetapi kepada Khalid beliau membuat janji lain.

    Mungkin soal pengakuan sama ada exco ada membincang dan memutuskan pengguguran Azmin ini perlu dipelopori oleh Iskandar Abdul Samad, Dr Halimah Ali, Dr Ahmad Yunus dan Salehin Mukhyi.

    Keempat-empat exco yang mewakili PAS ini sewajar mengenepikan soal politik dan mengutamakan kebenaran.

    Bukankah mereka ini pemimpin parti Islam? Syaksiah dan ketulusan jatidiri muslim dan muslimah amat dituntut daripada mereka.

    Ini perlu diikuti oleh pengakuan Anwar Ibrahim sama ada beliau ada “berjanji” dengan Abdul Khalid untuk “melindungi” kerusi Menteri Besar untuk Khalid. Seharusnya diingat bahawa rakyat adalah peranti ujian kesaksian terbaik dalam kes ini.

    Ini soal jatidiri dan kewibawaan ahli siasah terutama dari PKR. Janganlah berbohong menjadi jenama parti yang sejak 15 tahun lalu melaungkan reformasi politik dan ketelusan.

    http://antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7WlapNhaw==

  9. gambus says:

    inilah contoh bila Pakatan penipu memerintah !!! menipu sana sini jee keje mereka !!!

  10. jombo says:

    Hahaha inilah contoh kronisme dan korupsi peringkat tertinggi pakatan.. macai pkr tak berani nak komen. Mereka sanggup telan kahak pekat PKR dan mengatakan itu adalah aiskrim. Mek idola berhala kau si azmin bukanlah maksum seperti Tuan Guru. Kahalid nak bodek siapa ni sebenarnya ?

  11. raplahjingaa says:

    Yang untung DAP jugak…lantak la hangpa bergaduh, guni duit mesti dipenuhkan, yang paling rugi PAS, macam selalu…jadi penonton, nak komen tak berani, nak masuk campur pun tak berani, konon ramai exco tapi dah jadi urko.

Leave a Reply

Threesome