Menu Utama

PINDA ENAKMEN ISLAM SELANGOR MAHU HAPUS RAJA

Tindakan tiga Ahli Dewan Negeri Selangor mencadangkan Enakmen Agama Bukan Islam Selangor (Kawalan Penyebaran Kepada Umat Islam) Enakmen 1988 dipinda untuk memastikan hak bukan Islam terjaga merupakan bukti jelas fahaman liberalisme yang dibawa oleh pakatan pembangkang sudah menular di negara ini.

Kononnya enakmen tersebut adalah bertentangan dengan Fasal 11 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan beragama bagi orang bukan Islam sebenarnya mempunyai agenda jahat yang lebih halus dan licik.
Bunyinya macam menjaga hak asasi beragama bagi orang bukan Islam tetapoi hakikatnya adalah untuk melemahkan perundangan Islam di negeri Selangor.

Sub-seksyen 9 kepada enakmen 1988 itu menyatakan, seseorang didapati bersalah jika dia (a) dalam mana-mana penerbitan; atau (b) dalam ucapan awam atau kenyataan; (c) dalam ucapan atau kenyataan dalam mana-mana majlis atau kepada orang ramai; atau (c) dalam ucapan atau kenyataan yang diterbitkan atau disebarkan dan ketika ia dibuat dia sedar atau tahu akan diterbitkan atau disebarkan, menggunakan perkataan “Allah” atau 34 perkataan Arab termasuk Hadith, Syariah, Kalifah, Fatwa, Alhamdulillah, Insyaallah dsb untuk menyatakan atau menceritakan fakta, kepercayaan, idea, konsep, tindakan, kegiatan, perkara yang berkaitan dengan agama bukan Islam.

Apa makna jika subseksyen ini berjaya dipinda pada persidangan DUN akan datang?

Ini bermakna orang bukan Islam akan bebas menggunakan apa sahaja istilah-istilah yang berkait rapat dengan Islam seperti kalimah Allah.

Sememangnya sasaran tersebut adalah kepada kalimah Allah yang diperjuangkan bermati-matian oleh gereja Kristian Katolik di negara ini dengan mendapat sokongan pakatan pembangkang.

Yang akan membawa cadangan itupun terdiri daripada tiga Adun kafir daripada Dap dan PKR dan ini jelas membuktikan persekongkolan pakatan pembangkang dan pihak gereja untuk menyerang Islam menjelang Pilihan Raya Umum ke 14.
Pelan mereka ialah untuk mengasak perundangan Islam di seluruh negara dengan cuna mempertikaikan enakmen-enakmen Islam tertentu.

Mereka juga cuba menimbulkan rasa curiga dikalangan rakyat bukan Islam bahawa orang Melayu dan undang-undang Islam menindas mereka.

Persoalannya apabila cadangan ini dikemukakan kelak apakah tindakan dan respon exco Selangor dari Pas yang menjaga hal ehwal agama Islam dan juga semua Adun dari parti itu dan juga PKR?

Jika mereka menentangnya ia akan menyebabkan pergolakan baru di kalangan tiga parti pembangkang itu.

Jika semuanya bersetuju sahlah pakatan pembangkang adalah anti-Islam dan anti-Melayu.

Adalah mereka sanggup dilabel demikian dan rela mengorbankan undi orang Melayu pada PRU14 nanti.
Ini adalah satu risiko politik yang maha besar yang dihadapi oleh pembangkang jika ia mahu terus relevan dalam arena politik di negara ini.

Apa yang menarik, apakah pandangan tokoh-tokoh besar Pas seperti Nik Aziz Nik Mat yang seringkali menyebelahi fahaman liberalisme dan pluralisme yang disebarkan oleh ketua pembangkang, Anwar Ibrahim.

Jika Pas menyokong cubaan tiga Adun itu untuk meminda enakmen tersebut maka eloklah parti itu membuang sahaja perkataan Islam dan tukar parti itu sepenuhnya kepada perjuangan sekular.

Pembangkang dan pihak gereja cuba menggunakan insiden rampasan 300 naskah Alkitab berbahasa Melayu oleh pihak JAIS sebagai alasan untuk terus menyerang Islam.

Mereka tahu perkara ini akan berdepan dengan kekalahan kerana hal ehwal Islam dan asat istiadat Melayu terletak di bawah hak mutlak Sultan Selangor.

Apa sahaja pindaan pada mana-mana enakmen yang berkaitan Islam perlu mendapat persetujuan Sultan sebagai ketua agama negeri dan juga Majlis Agama Islam Selangor.

Pembangkang tahun usaha mereka akan gagal tetapi mereka mahu mengukur sejauh mana keperihatinan orang Melayu dan umat Islam.

Pembangkang dan pihak gereja akan menggunakan apa sahaja helah beralasan akal fikiran dan logika mereka untuk menggusutkan fikiran umat Islam di negara ini.

Mereka juga mahu menghasut penganut agama lain seperti Hindu dan Buddha juga berbuat tindakan yang sama.
Strategi ini bertujuan untuk menekan kerajaan sehabis mungkin supaya perdana menteri akan tunduk kepada semua tuntutan mereka.

Tidak mustahil puak-puak gereja ini juga akan membawa bantahan mereka kepada pihak Vatican di Rom jika usaha mereka gagal.

Ini akan meletakkan isu ini di bawah teropong antarabangsa dan seterusnya menambahkan lagi tekanan terhadap kerajaan.

Agendanya satu sahaja iaitu untuk menukar corak pemerintahan ini daripada sistem beraja kepada bentuk republik di mana Islam dan Melayu tidak lagi mempunyai kedudukan atau status istimewa.

Beruang Biru



« (Previous News)



8 Komen to PINDA ENAKMEN ISLAM SELANGOR MAHU HAPUS RAJA

  1. Jambol says:

    Menurut berita, AG telah memutuskan bahawa budak yang menyeru “gulingkan kerajaan” dalam facebooknya tidak akan didakwa !

    Biasalah tu. Lepas buat kenyataan yang bukan-bukan, minta maaf dan “menyesal”. Sesiapa pun boleh buat macam ni. Lepas ni, suruh kawan pulak buat kenyataan yang bukan-bukan, dan bila kena ngap, minta maaf dan “kesal perbuatannya”, AG akan lepaskan.

    Inilah caranya masyarakat hilang “respect” kepada AG dan kerajaan.

    • bangKano says:

      Keputusan Peguam Negara membebas kan si badut tu keghana bukti bukti yang di perolehi amat lemah untuk pendakwaan. Apa guna dakwaan jika kalah nanti…? Di sini la letak nya konsep melampaui keraguan munasabah…..sekurang kurang nya mesti ada 70% unsuq unsuq keraguan munasabah…!!!!

  2. Pejuang IMR says:

    Orang melayu perlu bersatu mempertahankan kalimah Allah daripada ditrinitikan. Niat untuk mendapatkan hak penggunaan Kalimah Allah dalam Bible edisi bahasa melayu sudah jelas menunjukkan pihak kristian di Malaysia ni mempunyai niat yang tidak baik demi merosakkan akidah orang Melayu dan Islam. Kita tidak perlu mengalah hanya dengan alasan demi perpaduan pelbagai bangsa/agama atau hak asasi manusia atau kebebasan beragama atau apa sahaja. Kelemahan orang melayu adalah terlalu “accomoditive” dan lembut hati. Oleh itu tanpa disedari maruah bangsa dan agama boleh tergadai. Ingat tolak ansur ada hadnya dan mesti dua hala kerana barang yang terlepas jangan harap dapat dikembalikan kerana sudah jadi hak orang lain. Saya khuatir lepas Kalimah Allah berjaya ditrinitikan, apa pulak. Kahwin campur?, anak bebas beragama?, Makanan halal dan haram boleh disekalikan, atau, atau…yang mungkin tiada titik nokhtahnya.

  3. badrole amin says:

    Sejak akhir-akhir ini, kedua-dua pihak iaitu pembangkang dan NGO liberal ini dilihat mencuba sedaya upaya untuk mencetuskan ketegangan antara Islam-Kristian melalui berbagai cara. Modus Operandi mereka ialah menggerakkan laman-laman sosial peribadi untuk memperlekeh dan menghina Islam bagi mengundang tindak-balas. Apabila pihak berkuasa mengambil tindakan, mereka akan menuduh kerajaan Islam sebagai zalim dan berat sebelah.

    Seterusnya, mereka memburukkan kerajaan dan undang-undang negara di peringkat antarabangsa dengan tujuan memberi tekanan agar undang-undang berlandaskan Islam dilonggarkan. Kononnya ia adalah bagi memastikan hak asasi setiap golongan di
    Malaysia terjamin dan tiada lagi diskriminasi.

    Bagaimanapun, pihak ini mengambil pendirian untuk bersifat berat sebelah dalam isu Islam-Kristian sedangkan jelas bahawa pihak Kristian telah melanggar undang-undang. Seolah-olahnya pihak Kristian langsung tidak berbuat salah, dan yang salah
    itu hanyalah Islam dan Islam semata-mata.

    Justeru, kita ingin bertanya kepada wakil NGO liberal iaitu Marina Mahathir yang begitu lantang membela Kristian dan menghentam JAIS dalam isu ini, apakah benar beliau memperjuangkan hak asasi manusia atau sebenarnya berjuang menentang Islam?

    Isu kalimah Allah bermula tanpa alasan yang jelas. Selama ini rakyat Malaysia tenang dan aman mengamalkan kepercayaan masing-masing atas dasar saling menghormati. Tiada siapa yang mencabar sesiapa atau dengan sengaja menimbulkan ketegangan dengan ‘mencuit’ agama lain.

    Rakyat yang rasional tertanya-tanya, sudah sekian lama menyebut ‘Father’ kenapa perlu ditukar kepada ‘Allah’? Mungkin Marina boleh membantu pihak Kristian menjawab soalan yang menyemakkan kepala kita ini.

    Di samping itu, Marina juga mungkin boleh menjawab kenapa Marina tidak pernah mengherdik anak Cina DAP yang menghina nama Allah SWT dan Rasulullah di laman-laman sosial? Kenapa Marina tidak pernah mempersoalkan kenapa setelah mereka menghina Allah SWT, pihak yang sama bermati-matian pula ingin menggunakan kalimah Allah bagi merujuk kepada Tuhan mereka?

    Sebenarnya, banyak lagi persoalan di kepala kita yang sehingga kini pihak Kristian dan Marina (NGO liberal) masih tidak dapat menjawab. Kita ingin sangat memahami kenapa Marina begitu berat sebelah?

    http://agendadaily.com/arkib/arkib-agenda-daily/berita-muka-hadapan/319-muka-hadapan/10285-marina-mahathir-siapa-buli-siapa.html

  4. kasim says:

    Itulah kesan daripada penghapusan undang2 ISA dan sya harap ikutlh jejak tun Mahathir yg ketika dulu nama Msia harum dmata dunia ini trmasuk penganut lain terpaksa resfect dgn kta melayu hasil drp perjuangan beliau

  5. kasim says:

    Kembalikan ISA utk kepentingan Negara jgn peduli orang luar ini bumi kta kta yg berhak menentukannya klu dorg tak ikut perintah buang ja mereka jauh2 demi masa depan negara kta yg merdeka dan berdaulat jangan kerana cacing seekor kta semua terkena cacing jgn bg RUANG!

  6. kasim says:

    Ada baiknya kta diktator secara islam jgn secara bukan islam krn kta islam tiada paksaan asalkn demi kepentingan manusia sejagat

  7. kasim says:

    JANGAN BAGI HILANG MELAYU DI BUMI. INI dan DON’T GIVE UP pada mereka yang menghancurkan perpaduan kaum d malaysia demi masa depan anak2 kta.HIDUP MELAYU!!!HIDUP MELAYU!!!HIDUP MELAYU!!! Demi kalimah Allahuakbar!!!.

Leave a Reply

Threesome