Menu Utama

Petronas Kosong Pejabat: Agenda Laga Tun M & Najib

SEBUAH akhbar di Sabah beberapa hari lepas, menyiarkan artikel yang membawa maksud, hanya Mahathir sahaja yang mampu menjatuhkan Presiden UMNO dengan mengambil contoh, perseteruan terbuka antara Mahathir dan Paklah antara tempoh 2004 – 2008.

Cuma yang sedikit berbeza, platform yang dijadikan medium ialah portal berita pembangkang.

Penulis sendiri lihat perkara itu sedang berlaku sekarang, dengan pembangkang cuba bersungguh-sungguh timbulkan persepsi Perdana Menteri sedang bergaduh dengan Mahathir.

Terbaru, memetik kenyataan seorang ahli Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), seperti disiarkan oleh portal-portal pembangkang hari ini, kononnya bekas Perdana Menteri itu dilayan seperti sampah apabila pejabatnya dikunci dan dikosongkan sebaik mengumumkan perletakkan jawatan sebagai Penasihat Petronas.

Yang macai itu terlupa, memang betul Mahathir dan letak jawatan tapi sama ada perletakkan jawatan itu diterima atau tidak, masih belum ditentukan pejabat Perdana Menteri sendiri.

Tidak hairan kenapa dalam kenyataan hari ini, Petronas menafikan perkara tersebut dan masih menganggap Mahathir penasihat Petronas kerana belum ada kata putus dari pejabat Perdana Menteri sama ada nak menerima atau menolak perletakkan jawatan tersebut.

Ini adalah serangan berformasi kedua berturut-turut ke atas hubungan antara Mahathir dan Perdana Menteri, turut guna platform pembangkang.

Sebelum ini akhbar pro pembangkang Malay Mail juga turut menyiarkan kenyataan Mahathir kononnya beliau tidak mengguna fancy jet sepanjang tempoh 22 tahun menjadi Perdana Menteri.  Wahal, BBJ milik kerajaan yang masih digunakan sekarang adalah dibeli sewaktu pemerintahan Mahathir dari MAS yang ketika itu diterajui Tajuddin Ramli.

Penulis tidak rasa Mahathir cakap sama seperti yang dipetik akhbar tersebut, atau paling tidak, dipetik di luar konteks.

Tujuan semua ini sebab nak melaga-lagakan Mahathir dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dengan harapan Najib akan berundur seperti mana Paklah dulu.  Itu saja tujuan, bukan sebab ambil kisah Mahathir pun, langsung tidak.

Kalau tak nampak gaduh terang-terang pun, timbulkan persepsi cukuplah.  Puak ini pun tahu pengaruh Mahathir masih kuat lagi.  Nak minta sokongan secara terang kang, takut kecik hati Anwar Ibrahim, jadi gunalah pendekatan busuk dan keji macam ini.

Malangnya, ada pulak di kalangan so called ‘penyokong Mahathir’ ni yang termasuk dalam perangkap yang sama.  Tak sedar yang diri tu diperalat.






17 Komen to Petronas Kosong Pejabat: Agenda Laga Tun M & Najib

  1. mooooo says:

    La….umnogunakan arus perdana dari dululaga2pemimpin PR. Ini bukan laga2. Ini statement Tun M, bukan DSAI cakap pun…salah DSAI jugak ker,,,,?

    • system baru says:

      itu melaga-laga’ pr yang buat sendiri, ia datang dari tak ada kepecayaan pada anwar suka membesar telur aje

    • Pemerhati says:

      penasihat kepada CEO Petronas berkiblatkan(dasar yang memberi keuntungan kepada bangsa cina) pakatan haram, sebab itu sebahagian besar tender/projek Petronas dapat dibolot oleh bangsa cina

      jika melayu pakatan haram dalam bidang politik boleh hanyut dan lupa diri sebagai Orang Melayu kenapa tidak boleh berlaku kepada CEO Petronas dalam bidang korporat apabila mempercayai sangat ‘penasihatnya’

      bagi menutup pandangan dan mengalih perhatian Orang Melayu dari terperasan sesuatu yang tidak kena dengan PETRONAS selepas diresapi penasihat berkiblatkan pakatan haram, pakatan haram terpaksa mengarahkan medianya membuat berita-berita yang boleh memberi persepsi kononnya berlaku perseteruan pendapat antara Tun M dan PM

      • korokstabang says:

        adalah lebih baik penulis (sdr adamyan) menimbulkan apa yang sebenarnya berlaku didalam organisasi petronas bukan terikut memaparkan rekayasa pembangkang yang cuba mengalihkan isu dalaman petronas dengan cara mengaitkan Tun M dan Najib, semua onar bermula dengan omar ong

    • manong says:

      Memang DSAI bersalah moooo! sebab berzina dgn China doll dan meliwat Saiful! ada bantahan?

  2. korokstabang says:

    nampaknya ramai sudah terkeliru dengan petronas ini setelah isu dalamam petronas cuba di di sorok oleh pentadbiran petronas semua yang berlaku tidak ada kena mengena antara Tun M dan Najib, tapi sengaja di timbulkan bagi menyembunyikan hal dalamam sebenar petronas

    isu dalamam yang melanda petronas adalah diluar pengetahuan PM kerana penasihat memberikan maklumat yang tidak betul kepada PM, setelah shamsul azhar dibawa masuk berduyung2 staff shell berbangsa cina di tarik masuk kedalam petronas kalau dibiarkan berterusan petronas akan menjadi sarang dap

    • Pemerhati says:

      betul kata(pengamatan) sdr rokoksbatang….

      dari hal kenapa tender/projek dibiar dibolot sebahagian besar oleh bangsa cina sampai kepada hal nasi lemak, kerepek, keropok dsb buatan Orang Melayu tidak dibenarkan lagi dibekalkan kepada stesen-stesen minyak, semuanya gagal dijelaskan dengan baik oleh penasihat dan CEO Petronas sendiri!

      • korokstabang says:

        dari 73 kontraktor/vendor bumiputera petronas kini hanya tinggal 3 apabila ditanya jawab syamsul mereka tidak kempeten berbanding kontraktor non bumi, sebelum ini petronas untung berpuloh billion takda plak istilah tak kompeten

  3. raplahjingaa says:

    Dah berbuih dah orang melayu bercakap pasal penderhakaan GLC pada DEB, malah pada PAU yang lepas pun banyak wakil persidangan telah mensuarakan kebimbangan akar umbi pada kepimpinan tertinggi parti…tapi hampeh !! Bukan Najib tak dengar keluhan orang melayu, tetapi dorongan agenda memajukan negara dalam acuan kapitalis amat kuat dalam diri najib..tengok adik beradik dia, dan hangpa akan faham.

    Najib tak punya kekuatan untuk menongkah arus dan melihat kesinambungan bangsa melayu dalam dunia pernigaan dan seterusnya membela bangsa melayu sendiri. Najib hanyalah seorang kapitalis yang berjantungkan wang ringgit. Kemajuan bangsa bukan lah satu keutamaan buat Najib, at least itu yang aku nampak. Hangpa nak marah ? marahlah…itu kenyataan.

    Modal insan hampir tak ujud dalam vocab pemerintahan Najib, kalau adapun ianya berbentuk low keytone…takat peringkat daerah je.

    Najib….najib….sedih !!

  4. kulaan says:

    Aku juga tak suka kalau Najib & Tun berbalah. Tapi aku suka kalau Tun mula meminta peralihan kuasa UMNO dilakukan secara tertib mulai sekarang. Sekali sekala pemimpin UMNO kena juga kaji kenapa penyokong mula mengkritik. Jangan asyik tuduh masuk perangkap pembangkang…

  5. dkds says:

    Pembangkang tahu…hanya mencuit Tun M kritik PM yang sedia ada..sudah cukup nak menumbangkan kerajaan…perkara ini dilakukan oleh yang berpengaruh dalam media…terutamanya pro pembangkang…

    setuju kata penulis ada kalanya laporan berita yang disiarkan berada diluar konteks yang dinyatakan…ini memastikan mewujudkan persepsi oleh rakyat bahawa Tun M menentang PM…

  6. raplahjingaa says:

    Kalau Tun menentang kelemahan Najib…apa salahnya, aku pun sokong !! nak harap sapa lagi ????

  7. KUKU BIMA says:

    MEMANG KUKU TUN MASIH TAJAM DALAM POLITIK MALAYSIA.MASIH DI GERUNI GENG DAN MUSUH.MESKIPUN TELAH LAMA MENINGGALKAN ARENA POLITIK.INI KERANA AURA KEPIMPINAN BELIAU YG MASIH DIRINDUI MAJORITI RAKYAT MALAYSIA

  8. Alyabu says:

    Tun maknusia yg paling berjaya diMalaysia selain pernah menjadi PM selama 22 tahun..umurnya yg melebihi 80tahun.. anak2nya juga adalah billionair baru generasi baru..serta Mukhriz yg bakal mewarisi pucuk pimpinan UMNO/BN..beliau tahu kemampuan Pak Lah/Najib tak seberapa kerana kedua2 pemimpin ini tidak mempunyai sikap NEGARAWAN atau statesmanship..kedua mereka ini juga hanyalah pemimpin politik biasa, suka dipuji disamping menjadi penyamun khazanah negara..kalau tuan2 tak setuju tuan2 masih mendokong Islam Hadari..dan suruh Najib buka lagi kedai alat2 letrik 1Malaysia, kedai basikal 1Malaysia, kedai gunting rambut 1 Malaysia..hari pertama Pak Lah jadi PM cerita pasal Tun di mass media diarahkan tutup..Hari pertama Najib jadi PM nasihat Tun boleh dengar tapi jgn ikut..akhirnya Tun letak jawatan kerana TAK MAHU MAKAN GAJI BUTA..apa yg hebatnya dgn UMNO/BN hari ini ? PRU12 BN HILANG DUA PERTIGA..PRU 13 BN HILANG UNDI POPULAR..PRU 14 BN HILANG TERUS?

  9. raplahjingaa says:

    Apa yang hebatnya tentang BN ?? selagi pengkianat agama dan bangsa memanaskan bangku pembangkang dalam perlimen…selagi itulah BN hebat !! selagi majoriti orang melayu menyokong BN selagi itulah BN hebat !!

    PRU 12 BN hilang majoriti…PRU 13 BN rampas kembali Kedah…PRU 14 mungkin Kelantan pulak di rampas…hehe

    PRU 12, PAS bersatu dengan kafir…PRU 13, PAS kehilangan Kedah dan hilang hampir 30% undi orang melayu..PRU 14, PAS akan hanya tinggal balen-balen.

  10. ayam says:

    BN tgh sakit…yg panaskan bangku2 di parlimen semua tau masing2 ada pekung yg mahu diselindung. Segelintir je yg masih boleh dihormati sebagai wakil suara rakyat. Takan ada yg sanggup jadi YB semata2 nak jadi hamba rakyat melainkan mau curi duit mcm najib…mau kedudukan…bisnes. Tak payah hipokrit la. Cuba try buat undang2 semua YB diwajibkan declare harta menda sebelum dan setiap penggal jadi YB dan diaudit oleh badan berkecuali…mampus la depa2 tu sanggup nak jadi YB. Mana ada mcm YB dulu2 mcm arwah Tun Dr Ismail…tinggal 2-3 ringgit je dlm bank setelah beliau meninggal walhal kalau tak jadi YB sah2 kaya raya jadi doktor. Nak amek Tun dr M jadi contoh kang kena maki lak dlm mykmu nie…maklum la…kelab penyokong umno alias anti Tun dr M…letak video pilihan “Terima kasih Tun Mahathir” pun dah mcm hipokrit giler.

Leave a Reply