Menu Utama

‘Perceraian Nurul Izzah’ Kerja Jahat Puak Azmin Ali!

Berkahwin dan bercerai merupakan perkara peribadi seseorang. Begitu juga dengan hidup dan mati. Yang menjadi masalah kepada orang lain ialah MELIWAT.

PKR sedang bergelut dengan pelbagai masalah dalaman. Di Selangor, Azmin Ali sedang bergasak dengan Khalid Ibrahim. Walaupun Anwar Ibrahim dan ramai pemimpin PKR menyatakan sokongan kepada Azmin Ali, termasuklah Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution, namun Khalid Ibrahim yang berada di bawah ketiak Wan Azizah dibantu pula oleh Nurul Izzah yang juga merupakan isteri dan anak Anwar Ibrahim sukar digugat atau diterajang sesuka hati oleh puak Azmin Ali.

Sesuatu perlu dilakukan secara drastik untuk menanam Khalid Ibrahim.

Untuk itu, kaedah yang digunakan untuk UMNO, digunapakai terhadap Khalid Ibrahim. Caranya ialah, bunuh perdu atau akar sokongan di sekeliling Khalid Ibrahim. Khalid Ibrahim perlu dipisahkan daripada kawanannya. Lebih mudah membunuh Khalid Ibrahim sekiranya dia bersendirian. Dan lebih mudah pula untuk menggulingkan Khalid Ibrahim sekiranya dia kehilangan sokongan Wan Azizah dan Nurul Izzah.

Masalah rumahtangga Nurul Izzah sudah lama kedengaran, iaitu semenjak sebelum PRU-13 lagi. Beberapa rahsia peribadi Nurul Izzah yang hanya diketahui oleh inner-circle, telah tersebar secara meluas. Tanpa menggunakan tenaga kerja sendiri, kerja-kerja penyebaran keburukan Nurul Izzah itu akan menjadi lebih mudah menerusi penggunaan tenaga kerja dari pihak lawan iaitu UMNO.

Siapa yang menuai paling banyak untung bagi kemelut rumahtangga anak perempuan Anwar Ibrahim itu? Dengan siapa Anwar Ibrahim akan lebih terjerat terutama apabila cerita dia tersangkut dan kemudian dihalau keluar dari Jepun disebarkan?

UMNO tidak perlu terlalu gembira dengan masalah yang melanda Nurul Izzah sekarang ini. PKR sedang bergelut dengan pelbagai masalah dalaman dan mereka memerlukan sebuah organisasi besar yang kuat tetapi seringkali diberikan tanggapan jahat, menyebarkan isu ini secara meluas dan tidak terkawal. Orang yang sedang cuba memerangi peperangan dalam kemelut dalaman PKR adalah Azmin Ali.

Kaedah baling batu sembunyi tangan ini sebenarnya sudah lama dipraktikkan dalam dunia politik. Kecuali golongan yang berfikir secara sehala, apabila tercetus sesuatu isu, biasanya ia akan diteliti dan diperhalusi sebaik-baiknya.

Mengapa isu perceraian Nurul Izzah timbul pada ketika kemelut kepimpinan negeri Selangor sedang memuncak? Masakan PKR tidak tahu isu-isu peribadi seperti ini boleh mempengaruhi sokongan terhadap parti itu? Masakan ahli-ahli UMNO pula tidak akan mengetahui bahawa isu-isu yang sekali imbas kelihatan memalukan, sebenarnya adalah untuk bertujuan mendapatkan simpati?

Di sinilah kita perlu akui, pakar-pakar strategi PKR sebenarnya amat bijak menggunakan sebarang isu untuk kelebihan mereka. Boleh boleh menukarkan isu-isu yang boleh membunuh {PKR menjadi isu-isu yang membina PKR dan PKR pula dilihat sebagai mangsa kezaliman pihak yang dituduh.

Justeru, ahli-ahli UMNO tidak perlu terperangkap dan terlalu seronok dengan masalah yang sedang melanda Nurul Izzah sekarang. Tanggapi ia sebagaimana isu-isu lain dan perlulah lebih berhati-hati kerana perangkap yang dipasang oleh individu-individu yang sedang mencari kelebihan dalam PKR, sememangnya mahu menyeret UMNO dalam kemelut ini sebelum akhirnya jawapan standard mereka akan dituturkan iaitu SEMUANYA SALAH UMNO!






9 Komen to ‘Perceraian Nurul Izzah’ Kerja Jahat Puak Azmin Ali!

  1. Moohyideeeeen says:

    The cabinet remains committed to a 2011 agreement that Malay Bibles can use the word “Allah” but has left it to Selangor to resolve the seizure of such Bibles under state law, a minister said today.

    Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin said Putrajaya wants to “bring down the temperature” of the “Allah” debate although it upheld the 10-point solution signed in 2011 with Christian leaders allowing the use of the Malay-language Alkitab.

    “The less we comment on this, the better. Of course, the federal government is committed to the 10-point solution and that is very clear that the solution stands.

    “When it comes to state law, it’s entirely the state’s jurisdiction,” Khairy said after speaking at the 16th Malaysia Strategic Outlook Conference 2014 in Kuala Lumpur today.

    Putrajaya has kept mum over the issue as religious tension escalates over the use of the word “Allah” by Malay speaking non-Muslims in sermons and publications. – January 23, 2014.

  2. Daas Rahzsi says:

    Pimpinan PKR mempunyai pelbagai strategi dan taktik mengalih isu. Mewujudkan isu baharu supaya isu lama dilupakan. Anwar Ibrahim memang pakar dalam bab ini, pembohongan menjadi lumrah. Semua kesalahan dihala tujukan kepada UMNO dan kerajaan. Anwar Ibrahim tidak boleh menipu rakyat dengan lebih daripada separuh kepimpinan PKR telah keluar dari PKR. Cuma ahli-ahli bodoh, tolol dan banggang sahaja yang bersama-sama Anwar Ibrahim. “Anwar Ibrahim adalah “BARUA SIAL” yang bertopengkan manusia.

  3. raplahjingaa says:

    Isu baru ke, isu lama ke, semuanya tak kan di lupakan !!

    Kalau rakyaat lupa…dah lama dah anwar jadi PM, la ni dia jadi ketua pembanggang, sebab rakyaat tak lupa.

  4. shwan says:

    Sesiapa sahaja yang menyokong PKR perlu berfikir semula sebab PKR membawa pemikiran liberal agama, dipenuhi suku sakat bekas BN yang kecewa. Memang hari ini nampak mereka tidak menyeleweng tetapi saya garenti masa akan tiba mereka yang berebut kuasa ini akan menyapu juga hak rakyat kerana hati mereka berasal dari sumber yang sama.

    • raplahjingaa says:

      Tak menyeleweng kata hang…tanah dalam tasik pun depa beli ratusan juta, Talam bail out ratusan juta, Pasir berpuluh juta, Tanah Bayan Bay, berbillion-billion, ladang Rakyaat ratusan juta…panjang list ni kalau aku nak tulis.

Leave a Reply

Threesome