Menu Utama

Pegawai JAIS, Inilah Tingkah Laku Parti Yang Anda Sokong

Oleh Zul Rawi
Pertama sekali, ada baiknya kita ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada kerajaan negeri Selangor yang begitu prihatin dan peka dengan sensitiviti para pemimpin DAP yang marah dengan tindakan dengan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
Ia ekoran dari tindakan JAIS pada 2 Januari lalu, yang melakukan serbuan dan merampas sebanyak 351 naskhah Bible versi bahasa Melayu dan bahasa Iban yang mengandungi kalimah Allah di serbuan di premis Persatuan Bible Malaysia di Jalan Gasing.
Atas sebab itu, kerajaan PKR Selangor, pimpinan Abdul Khalid Ibrahim telah mengarahkan JAIS agar memulangkan kembali 351 naskhah Bible versi bahasa Melayu dan bahasa Iban yang mengandungi kalimah Allah yang dirampas sebelum ini sekiranya kitab tersebut telah mendapat kelulusan dari pihak Kementerian Dalam negeri (KDN).
Ini bermaksud, Khalid cuba mengelak dari membuatkan keputusan yang bakal merugikan kerajaan pimpinan pakatan rakyat itu. Ini kerana sekiranya dia memilih untuk menyokong tindakan JAIS, maka di bakal berdepan dengan‘amukan’ dari pimpinan DAP.
Manakala sekiranya dia memilih untuk tidak menyokong tindakan JAIS, kerajaan pimpinannya sudah pasti akan menerima kecaman dari masyarakat Islam yang telah menyokong pakatan rakyat selama ini. Oleh yang demikian, dia cuba mengambil jalan selamat dengan meletakkan tekanan tersebut kepada kerajaan persekutuan walaupun pada hakikatnya, JAIS adalah merupakan jabatan yang diuruskan oleh kerajaan negeri.
Tidak cukup dengan arahan tersebut itu, kerajaan negeri juga memutuskan, JAIS diWAJIBkan untuk mengadakan perbincangan terlebih dahulu dengan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Exco kerajaan negeri sebelum sebarang tindakan JAIS yang menyentuh sensitiviti penganut agama lain dilakukan.
Dalam erti kata mudah, kerajaan negeri Selangor telah mengetatkan syarat-syarat operasi yang digunakan sebelum ini. Arahan dan prosedur operasi standard (SOP) yang baharu itu adalah merupakan hasil dari keputusan yang dicapai di dalam mesyuarat Exco kerajaan negeri semalam.
Persoalannya apa perlunya SOP ini diperketatkan, sedangkan menurut Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa negeri, Sallehen Mukhyi sebelum ini, JAIS telah mematuhi SOP yang ditetapkan sebelum melakukan operasi tersebut.
 
Malah Khalid sendiri sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan, untuk mengambil tindakan terhadap para pegawai JAIS.
 
Semakan bagi memastikan pegawai penguatkuasa Jais mematuhi (prosedur) operasi standard yang telah ditetapkan dan tindakan sewajarnya akan diambil jika terdapat pelanggaran peraturan atau kecuaian semasa melakukan rampasan dan serbuan tersebut,” katanya.
Kesimpulannya mudah, kedua-dua keputusan yang dibuat itu, apabila diteliti semula adalah merupakan tindakan bagi menjaga hati pimpinan DAP yang hampir 80 peratus adalah merupakan penganut agama Kristian





6 Komen to Pegawai JAIS, Inilah Tingkah Laku Parti Yang Anda Sokong

  1. korokstabang says:

    jika di united kingdom dan di italy pengaruh gereja amat kuat keatas pemerintahan kerajaan disana. berbeza pula di selangor pengaruh gereja bukan saja sudah menguasai kerajaan selangor malah dibenarkan mencampuri urusan jabatan agama islam negeri selangor

    sungguh memalukan pemimpin pas dan pkr yang beragama islam kerana merelakan agama islam di perkotak katikkan oleh pelampau kristian tidak takut kah kamu wahai pemimpin pas dan pkr yang beragama islam dengan bala yang di janjikan oleh Allah? Nauzubillah min zalik

  2. alimedanbaru says:

    Langkah pertama yang mesti diambil semua umat Islam dinegara ini untuk selamat diakhirat ialah MESTI MENJARAKKAN PERHUBUNGAN DENGAN PAS ATAU LEBIH SELAMAT BERLEPAS DIRI DARI IKATAN DENGAN PAS!
    Adakah
    ANDA SEMUA MAHU MENANGGONG RISIKO DISOAL OLEH ALLAH PERSEKONGKOLAN ANDA DENGAN PARTI YG MENJUAL AGAMA INI!

    APAPUN TINDAKAN PAS DISAAT INI..ADALAH SUDAH TERLAMBAT
    ISLAM TELAH DIPERLEKEHKAN
    SULTAN UMAT ISLAM TIDAK DIHORMATI OLEH ORANG KAFIR
    MB ISLAM TELAH TIUNDUK KEPADA KAFIR
    EXCO AGAMA ISLAM TIDAK MENENTANG HABIS2SAN DEMI MARUAH AGAMA
    Dan
    Ternyata sesiapa yg berdiri dibelakang panji-panji Pas dan Pkr dimahsyar kelak
    dari jauh boleh dikenal kumpulan mereka..
    MEREKALAH GULONGAN PENTINGKAN DUNIA TINGGALKAN AKHIRAT
    MENJADI PEMBELA ORANG KAFIR
    DAN MEMBELAKANGKAN AMANAH RASULLULLAH S.A.W UNTUK MENJAGA ISLAM
    TAKUTLAH KAMU WAHAI MELAYU
    TINGGALKAN PAS, CAMPAKKAN PKR
    DAN
    TAKUTLAH BALASAN ALLAH YG AMAT PEDIH
    PERIKSALAH AKIDAH DAN PERJUANGAN ISLAM ANDA…
    lu fikirlah sendiri
    berpesan-pesan kpd kebaikan
    beringat-ingat kepada keburukan
    dan aku sudah berlepas tangan…

  3. Mawar says:

    Mb selangor, as a moeslim, the orders given are just to show how weak your iman is.

    I totally lost respect towards you as a person until you rectify the bible issue and be a true moeslim.

  4. ais says:

    Tektik ini tidak lebih kepada mahu menimbulkan kemarahan melayu dengan melayu, yang kristian dapigs cina tepuk tangan. Bagus pemimpin dan pengikut pas/pkr punya strateji, pergi mampus pemimpin khianat pas/pkr. aku hanya berdoa mika-mika ditimpa bala dinegeri kalian tadbir.

  5. chow says:

    Ello mr mb kawan tara boleh baca sendiri ka apa you punya state law apa cakap apa ini jais action within or outside seeeelangor law

    Apa u mau kdn you mau kasi sibuk

  6. omega says:

    Undilah lah lagi..

Leave a Reply

Threesome