Menu Utama

PAS Lari Dari Isu DAP Cuba Hapuskan Islam di Selangor

PAS yang seringkali mendabik dada, kononnya merekalah yang lebih faham tentang Islam dan berbangga-bangga kerana PAS sahaja yang ada Majlis Ulama yang konon-kononnya semua fatwa PAS adalah berdasarkan daripada kesepakatan ijma’ ulama-ulama PAS, ternyata kelam-kabut untuk melarikan diri daripada isu yang lebih besar di Selangor.

DAP menerusi tiga orang ADUNnya telah membuat usul untuk meminda enakmen yang membolehkan Selangor menjadi negeri pertama di Semenanjung yang ‘dibebaskan’ daripada penjajahan umat dan pemimpin Islam. Dan pada masa yang sama, ketiga-tiga ADUN tersebut turut mempersoalkan Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan yang mempunyai klausa melarang penyebaran agama lain selain Islam kepada umat Islam.

DAP sedar tentang kesan daripada cubaan dan kelakuan mereka sendiri di Selangor. Justeru, sebelum umat Islam naik berang dan mula meninggalkan DAP bahkan melihat DAP sebagai musuh umat yang perlu diperangi dengan sebarang cara, DAP terlebih dahulu mempergunakan PAS untuk menambahkan lagi pecah belah di kalangan umat.

1558476_10152899308611686_2108328035_n

Beberapa hari lepas, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria telah mengeluarkan kenyataan bahawa para penunjuk perasaan yang berdemonstrasi pada tengah malam 31 Disember 2013 untuk menggulingkan kerajaan adalah ‘pemberontak’. Dalam bahasa Arabnya adalah ‘bughah’.

Bughah merupakan salah satu daripada kesalahan jenayah yang dikenakan hukuman bunuh di bawah undang-undang hudud.

DAP melihat ini merupakan peluang terbaik untuk mereka melekakan umat Islam, khususnya di Selangor. Perpecahan di kalangan umat Islam perlu diperbesarkan dan umat Islam perlu disibukkan dengan urusan agama sendiri. Lebih daripada itu, DAP menggunakan kesempatan mempromosikan golongan jahil untuk bercakap dan mengulas perkara membabitkan agama mengikut buah fikiran DAP.

Walaupun mungkin menyedari mereka melakukan kesilapan dan melampau, asalkan ianya boleh meleretkan isu dan memanjangkan pertelingkahan antara umat Islam, PAS perlu mengikut perintah DAP dengan apa cara sekalipun.

Isu BUGHAH nampaknya sudah mula menarik perhatian. Jentera penerangan PAS termasuklah juak-juak yang sebelum ini cukup kuat menyokong LGBT, seksualiti bebas dan liwat menerusi pelbagai dalih dan alasan, mengalihkan perhatian kepada Tan Sri Harussani Zakaria dan BUGHAH berbanding penghapusan Selangor sebagai salah sebuah negeri yang melindungi umat Islam.

PAS mengeluarkan pelbagai ‘pendapat’ dalam isu BUGHAH. Tidak cukup dengan ulama-ulama ciptaan mereka sendiri, PAS bergantung dan memberikan pula publisiti kepada individu yang dilihat sebagai seorang ulama atau bekas Mufti kerana individu tersebut menyokong pendapat mereka bahawa BUGHAH tidak dikira sekiranya perhimpunan menentang kerajaan itu tidak dilengkapi senjata.

JAIS-ALKitab-300x202

Serbuan yang dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Selangor ke atas premis Pertubuhan Bible Malaysia di Damansara Kim pada 9 Januari lalu dengan rampasan 310 naskhah Bible berbahasa Melayu, berjaya melarikan isu lebih besar yang dicetuskan oleh tiga orang ADUN DAP. Sebelum ketiga-tiga ADUN DAP itu diserang dan DAP terheret sama sampai tidak boleh menjawab, PAS perlu melarikan isu tersebut daripada diperkatakan.

Seperti yang diketahui JAIS atau mana-mana agensi kerajaan yang menjalankan kerja-kerja agama, dipenuhi oleh para penyokong PAS. Dari kalangan pegawai sehinggalah kakitangan biasa, termasuklah petugas-petugas penguatkuasaan, kebanyakan daripada mereka cukup yakin, PAS adalah penyelamat ummah.

Justeru, ada teori yang menyatakan bahawa tindakan JAIS menyerbu ibu pejabat Pertubuhan Bible Malaysia itu sebenarnya adalah satu konspirasi bagi mengelakkan DAP daripada terus ditekan dan mengurangkan sokongan berterusan terutama daripada masyarakat Islam kepada Pakatan Rakyat yang diketuai oleh DAP selain bertujuan untuk mempengaruhi masyarakat Kristian di Sarawak yang bakal membuang undi pada Pilihanraya Negeri Sarawak tidak lama lagi.

Disebabkan itulah, sebaik-baik sahaja JAIS mengambil tindakan, terdapat banyak reaksi negatif termasuklah daripada Kristian yang menjadi komponen Barisan Nasional. Motif sebenar rampasan dan kaitannya dengan objektif DAP untuk mewujudkan huru-hara dan perpecahan di kalangan umat Islam serta masyarakat Bumiputera yang membentuk 64% pengundi di Malaysia, tidak pernah diperkatakan. Semuanya bersatu hati untuk menyatakan bahawa tindakan JAIS yang sebahagian besar pula dibarisi oleh para penyokong PAS, adalah salah.

n02-sabak-sallehen-mukhyi

Malah walaupun PAS diberikan jawatan sebagai Exco Agama Islam di Selangor, pemimpin PAS itu langsung tidak mampu bersuara dan membenarkan tindakan JAIS menguatkuasakan undang-undang yang telah tertulis di Selangor. Sebaliknya Solihin Mukhyi kelihatan tergagap-gagap bagaikan menunggu arahan selanjutnya daripada pihak yang lebih berkuasa berbandingnya.

Solihin Mukhyi gagal menyatakan bahawa undang-undang di Selangor, tidak sama seperti undang-undang agama di Sarawak. Solihin Mukhyi juga gagal menyatakan bahawa penduduk walau dari negeri mana pun yang tinggal di Selangor, terpaksa akur kepada undang-undang negeri Selangor.

Dari sehari ke sehari, Allah Taala telah menelanjangkan sikap munafik PAS. Namun pada masa yang sama, para pengikut dan pemercaya PAS pula tidak ubah seperti kaum Quraisy yang masih enggan mengakui bahawa agama menyembah berhala, adalah kesalahan dan bertentangan dengan fitrah hakikat sebenar tauhid. Para pengikut dan pemercaya PAS masih mahu terus berpegang kepada sehelai daun hanya semata-mata kerana ego dan besar kepala walaupun mereka semakin sedar, PAS hanyalah munafiq yang sedang bekerjasama dengan musuh Islam untuk memusnahkan Islam dari dalam.






21 Komen to PAS Lari Dari Isu DAP Cuba Hapuskan Islam di Selangor

  1. sireh ke gagang says:

    makin banyak kebatilan PAS terbogel akhir2 ini .itu semua petunjuk dari Allah untuk org melayu dalam pas .

    bagi DAP pulak , parti haram tak diakui pendaftarannya ini terus menerus menekan islam tanpa ada bantahan rasmi dari pas dan presiden pas . matlamat menghalalkan cara . itu lah konsep politik pegangan pas skrg .

  2. alimedanbaru says:

    atas nama agama, telah banyak ajaran sesat telah menyesatkan umat Islam
    tetapi atas nama politik
    Pas masih terus berjaya menipu umat Islam dinegara ini
    KEPADA UMAT iSLAM CUBALAH BERLAPANG DADA
    LIHAT KEBELAKANG
    APAKAH SUMBANGAN PAS TERHADAP ISLAM SELAMA INI
    MALAH PADA HARI INI SEJAUH MANA PAS MEMPERTAHANKAN AGAMA ALLAH INI
    Semuanya kerana politik
    Pas mendoktrin pemikiran umat Melayu sejak 60 tahun yg lampau bahawa merekalah Islam sejati
    operasi tindakan Pas samalah dengan doktrin Yahudi yg membenarkan kebathilan yg mereka lakukan
    Fikirlanlah kerana politik siapa yg menjual agama.
    HUDUD!
    Bukalah minda 90% UNDANG2 SYARIAH TELAH DILAKSANAKAN hanya hudud yg belum
    ianya lebih baik dari Pas yg langsung tidak buat apa-apa untuk Islam
    Pembangunan agama dari Pas
    PAS HANYA MEMBANGUNKAN UMAT DENGAN AIR LIUR, CERAMAH MAKI HAMUN,CERAMAH MAKI HAMUN
    CENDIAKAWAN PAS ADALAH ARTIS DAN RAJA LAWAK!
    Bukalah mata hati wahai umat Melayu
    janganlah kamu disesatkan
    KELAK TERKEDU DIPADANG PEMBALASAN, PADANG MAHSYAR
    Jarum syaitan itu amat halus disebalik topeng agama yg dipakainya…

  3. Mawar says:

    Bersatu hati lah wahai umat islam.
    Musuh islam sentiasa di mana2. Berlapang dada dan tenangjan pemikiran. Fikir betul2 apakah berbaloi nikmat dunia berbanding nikmat akhirat.
    Tanggungjawab kita sebagai umat islam adalah melaksanakan suruhanNya jua mempertahankannya.

    Malu lah saudara saudari…..
    Sahabat2 dana umat2 beriman Rasullullah SAW telah bermati-matian mempertahankan dan menegakkan agama islam. Tanya sendiri, cukupkah perjuangan ku? Selesaikah amanah dan tanggungjawab ku?

    Wahai khalifah bumi…..sedangkan gunung, bukit dll tidak sanggup memikul amanah sebagai khalifah bumi….sedarlah wahai umat islam.

  4. Mawar says:

    Bersatu hati lah wahai umat islam.
    Musuh islam sentiasa di mana2. Berlapang dada dan tenangjan pemikiran. Fikir betul2 apakah berbaloi nikmat dunia berbanding nikmat akhirat.
    Tanggungjawab kita sebagai umat islam adalah melaksanakan suruhanNya jua mempertahankannya.

    Malu lah saudara saudari…..
    Sahabat2 dan umat2 beriman Rasullullah SAW telah bermati-matian mempertahankan dan menegakkan agama islam. Tanya sendiri, cukupkah perjuangan ku? Selesaikah amanah dan tanggungjawab ku?

    Wahai khalifah bumi…..sedangkan gunung, bukit dll tidak sanggup memikul amanah sebagai khalifah bumi….sedarlah wahai umat islam.

  5. rosaknya PAS bertahaluf siasi dgn DAP…

    dulu pernah majlis syura PAS buat keputusan yg kalimah Allah tak boleh diguna dalam bible…

    tapi hadi ketepikan keputusan tu lepas kne tekan dgn Anwar dan DAP… Anwar tak hormat pun keputusan majlis syura PAS…

    siapa PAS? PAS ni jadi pak turut je…

  6. ais says:

    Dapigs keruhkan keadaan kerana nak tutup kes salah laku pemilihan CEC yang lalu. Hai ROS senyap jer?, bila nak bertindak? Undang-undang dah termaktub, maka dakwalah DAP ke mahkamah.

  7. mooooo says:

    Mana KDN..?? Kdn ni hanya berani nak ambik tdkn dgn peendemo aman yg tk bwk senjata je ka???? Tak pyh buat wayang kulit di zaman IT ni…?

    • ape kena mengena KDN dgn isu kalimah Allah ni… kan jais dah ambik tindakan… tapi tindakan jais buat tu dipersoal org islam sendiri yg datangnya dari PR…

      pasal demo… nnti kalau KDN lawan… syok la bebudak PR ambik gmbr lepastu buat pos polis dan KDN kejam…

    • alimedanbaru says:

      hoi moo dari kamu tanya mana KDN.. lebih baik kamu tanya
      MANA HJ ADI?
      MANA NIK AJIS?

      adakah nik ajis bawa kek pulak ke gereja paderi lawrence nak raikan sokongan..

  8. Moooo. adalah bunyi suara lembu…

  9. korokstabang says:

    pas parti karut

  10. shawn says:

    Sebenarnya PAS ada orang yang ikhlas berjuang untuk Islam tetapi lama-kelamaan telah korup oleh kesilapan memilih pemimpin dan dasar yang tidak jelas. Sebut dasar Islam tetapi boleh ubah juga bila bertembung nak pilih undi atau hilang undi? Itu yang merbahaya sebab mereka akan cari alasan untuk halalkan cara dan keputusan.
    Timbullah tahaluf siyasi tetapi hujah dan nas tak kuat bila ada ulamak yang lawan dengan beri hujah yang lebih konkrit daripada Al Quran, tetapi sebab dah berpuluh tahun terbiasa dengan cara “mencari alasan untuk halalkan cara” maka semakin lama semakin jauh PAS dari dasar perjuangan mereka. Yang halal diharamkan dan yang haram dihalalkan seperti Asabiyah dan kaumiyah, tahaluf siyasi dengan kafir, mengkafirkan, berhujah mencari kebenaran, menjatuhkan hukuman tanpa usul periksa dan berbagai lagi. Maka lahirlah taasub dan khawarij dari kalangan mereka.

    • sireh ke gagang says:

      pas ikhlas ke sedara ? siapa yang mula memecahkan undi melayu islam kepada 2 ? siapa yang membela peliwat dan biseksual sambil mengaku org itu pemimpin mereka ?

      siapa yang menyiapkan pendemo untuk agenda berkumpul secara haram mengacau kententeraman awam ?

      aku geli hati baca ayat pertama sedara yang mengatakan , parti PAS ikhlas berjuang untuk islam . islam itu kesatuan , penyatuan ummah . Nabi saw tak pernah pun mengajar umatnya mengkafirkan saudara sesama agama . parti pas ajar . orgnya jadi presiden pas skrg . di mana nilai perjuangan islam dalam pas ?

  11. raplahjingaa says:

    Dr Maza ostad kacang putih ada hati nak tunjuk pandai…udah-udah la tu ostad, hang pi ngajar bebudak tadika PASTI Muqadam ada jugak faedahnya, ada pahalanya.

  12. bangKano says:

    Dah soheh bahawa hamPAS ni tak layak menadbir sebuah negeghi apa lagi negagha yang punya pelbagai kemajmukan..lum lagi memerentah Persekutuan dah kelam kabut di buat nya. Tu la setakat ada ilmu teologi belum pasti leh memerentah sebuah negagha yang serba kompleksiti. Pemimpin hamPAS mesti tau ilmu ekonomi,sosial,sains politik,pengurusan,perundangan,hal ehwal kemanusiaan dll.

  13. raplahjingaa says:

    PAS akan lari dari apa saja, kecuali pekara-pekara yang merosakkan Islam, yang tu depa akan berkumpul beramai-ramai.

  14. Anak_Nogori says:

    Bila jadi Khadam politik nilah jadinya pada parti PAS..suara tak ada, gigi pun tak ada jauh lagi dihormati.

    Apapun..memang patut pun PAS jadi lagu ni..yg bersuara pun Harun Taib selaku ketua dewan ulamak, mana suara Hadi, suara Nik Aziz, suara Mad Sabum, suara pesuruhjaya PAS Selangor?..sudah jadi setan bisu kah?.

    Kalau isu Kalimah Allah ini PAS tak boleh bersuara…tunggulah kemusnahan mu wahai PAS.

  15. acid says:

    Ini merupakan siri kegagalan Pas dengan pendekatan tahaluf siyasinya. Pas sebagai parti yg konon mendukung falsafah Islam sepatutnya mengajar dan mendakwah pemimpin parti komponennya dalam pr terhadap ajaran Islam… Sepatutnya Pas bersikap tegas dan keras pada Dap bukan lembik dan tak bermaya seperti sekarang, Dap yang dah mula menunjukkan sikap biadap terhadap Islam kebelakangan ini…

  16. bujuk says:

    Kesianlah pada diri sendiri..
    Isu BUGHAH, Harusani kata TURUN nak gulingkan k’jaan. Sejak bila perhimpunan AMAN untuk turunkan sara hidup boleh gulingkan k’jaan. Beberapa demo sebelum ini tak berlaku kekecohan selagi PDRM/FRU tak provokasi peserta demo. Suatu masa Harusani sendiri pernah turun demo dan menyeru umat Islam untuk demo waktu kes perbicaraan LINA JOY. Tujuannya menghalang keputusan yg. memihak LINA JOY yg. mengumumkan MURTAD. Jika semua demo, d katakan BUGHAH, bagaimana dengan demo tersebut?
    Kita tak boleh menghukum sesuatu melalui bacaan dari internet, atau ulasan pihak berkuasa yg. takut pada bayang2. PDRM sebelum himpunan TURUN, kata dapat tangkap mereka yg. buat BOM, parang dan berbagai lagi senjata. Tapi kita tak dengarpun tangkapan dan pendakwaan pada pemilik BOM dan Senjata tersebut. Apakah Mufti berhak menjatuhkan hukum berpandukan pihak berkuasa yg. menipu ini. Malah himpunan TURUN.. tiada berlaku rusuhan, kerosakan dan kehancuran. Mana bukti k’jaan mahu d gulingkan hingga wujudnya BUGHAH.
    Apakah menyatakan pandangan mengikut lunas2 demokrasi yg. tidak melanggar perlembagaan Negara juga 1 bughah?

  17. jombo says:

    Pas sekarang telah menyimpang dari tujuan asalnya untuk mendaulatkan agama Islam. Pas sekarang menggunakan Islam untuk kepentingan politik dan paling penting adalah untuk menjatuhkan umno. Sikap Pas menentang perpaduan antara umno dan pas adalah menyerupai pendirian syiah. Seperti kita tahu syiah amat memusuhi Islam. Jadi renung-renungkan lah adakah kita mahu menjadi Islam sperti di Iraq.

Leave a Reply

Threesome