Menu Utama

Para Bekas Mufti Perlu Jaga Akhlak – Noh Gadut

Oleh Zul Rawi

Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut menasihat para bekas mufti yang kerap menggunakan medium media sosial untuk menyindir, membuat kenyataan separuh benar dan menghentam kerajaan secara keterlaluan agar menjaga tingkah laku dan akhlak sesuai dengan kedudukan sebagai ilmuwan Islam.

Beliau yang juga merupakan bekas Mufti Johor itu berkata demikian ketika menyampaikan ceramah yang bertajuk “Husnul Khotimah, Allah Dan Rasul Disisiku” di perkarangan Masjid Kg Baru, semalam.

Beliau yang tidak menyebut nama mana-mana individu itu menjelaskan Islam ada menggariskan beberapa panduan berhubung adab dan kaedah untuk menasihati pemimpin.

“Sebagai seorang mufti, kita sepatutnya menggunakan adab sopan yang digariskan untuk menegur pemimpin. Jangan disebabkan kita tidak lagi menjadi mufti, kita meroyan di dalam media sosial dengan menghentam kerajaan.

“Saya juga pernah menjadi mufti, namun saya tidak meroyan. Tak perlulah saya, menyebut nama mana-mana individu, semua faham-faham sendirilah” katanya.

Islam ada menggariskan beberapa cara untuk menegur pemerintah, contohnya hadis daripada Ibnu Abbas r.a yang mana Nabi Muhammad s.a.w mengajar cara kita menegur pemerintah.

“Menegur pemerintah bukanlah dengan cara memaki hamun, menghina dan bukannya menyampaikannya di mimbar-mimbar khutbah dengan terbuka, itu bukan adab Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam menegur dan menasihati pemerintah.

“Kata Ibnu Abbas lagi, Nabi mengajar kamu, pegang tangan pemerintah, bersendirianlah dengannya dan sampaikan apa yang ingin kamu sampaikan. Sekiranya dia terima, itu perkara baik dan jika dia tidak terima, kamu telah menunaikan tanggungjawab,” katanya.

Ramai yang berpendapat, kenyataan Nooh Gadut itu merujuk kepada beberapa tindakan dan kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas Mufti Perlis, Profesor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang sering mengkritik kerajaan melalui laman media sosial seperti Twitter dan Facebook.

Malah minggu lalu, Asri melalui laman facebook rasminya dilihat telah mengeluarkan sekeping gambar hiasan dalaman sebuah pesawat yang dikatakan sebagai jet baru milik kerajaan. Namun apabila diselidik ternyata gambar tersebut palsu, yang boleh diperoleh melalui enjin carian Google.

Disebabkan itu, Asri telah diserang kerana dilihat cuba menimbulkan persepsi buruk masyarakat terhadap kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Rentetan daripada itu juga, pihak admin beliau terpaksa mengaku telah melakukan kesilapan dan menarik kembali gambar tersebut yang disusuli dengan kenyataan maaf secara terbuka.

Ceramah yang diadakan itu adalah merupakan program anjuran Pergerakan Pemuda Umno Wilayah Persekutuan bersempena dengan Sambutan Majlis Maulidur Rasul dengan tema “Malam Cinta Rasul”.

Selain tazkirah dan ceramah, program yang dihadiri oleh hampir 3000 orang itu, turut diserikan dengan persembahan Qasidah oleh kumpulan Al Yamani.






17 Komen to Para Bekas Mufti Perlu Jaga Akhlak – Noh Gadut

  1. korokstabang says:

    pelepuk kena sbijik atas kepala maza semasa menjadi mufti kajaan semuanya ok tadak cacat cela bila sudah tak bergelar mufti mula buat hal sudah gila glamer nampak sangat duk kejar nama dan dan fulus apa punya orang daaa dengan soltan palsu pun boleh berbalas pantun di twitter

  2. mooooo says:

    Mamat ni idola ameno….

    Pembetulan, bukan bekas mufti, semua org yer….

  3. dkds says:

    Mohon dr maza ambil kenyataan itu sebagai teguran…kalau tak bleh terima nampak macam hipokrit

    • mRsTURDY says:

      Para wartawan yg suka sangat pi amik dan siar kenyataan Dr MAZA tue apa pasai? Dah tak jadi mufti biarkanlah dia bercakap sorang2. Lama-lama bergaduh habis mufti/bekas mufti. Biasalah pandangan org bukannya sama!

  4. BNbagoos says:

    Maza harapkan selepas jadi mufti dia terus dilantik jadi sultan perlis. Malangnya maza tak cukup tinggi. Mana ada sultan pendek, jadi permohonan maza ditolak oleh kerjaan perlis.

    Maza kecewa tak cukup makan utk harapkan pencen mufti.

    Dinegara kita semua yang meroyan diluar sana adalah mereka yang kecewa terhadap kerajaan. Lalu mereka pun buat onar. Maza adalah salah seorang manusia yang pasti akan terus buat onar kerana tak akan ada ubat utk sakit kecewa jenis maza.

  5. WTF says:

    Hm….”Sultan Melaka” dah kena tahan untuk sisatan atas Akta Hasutan !!!

    http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/ge/newsgeneral.php?id=1007350

    Atas dasar nak melepaskan diri, “Sultan Melaka” mahu tak mahu akan memberi nama “Mufti Melaka” yg dilantik oleh “Sultan Melaka” dalam Twitter kepada pihak polis yg juga patut disiasat atas Akta Hasutan!!!

    Mueh4444

  6. alimedanbaru says:

    dalam dunia ni apa guna hipokrit
    kita dak dapat apa pun dari orang politik
    selama ni makan minum kita kita yg usahakan
    amal ibadat pun atas usaha sendiri
    kita berjuang atas kebenaran
    yg benar dibenarkan yg salah dibelasah dgn sepatutnya
    kita ada akal kita boleh menilai
    bukan sebab anuar, najib, hadi, guan eng, nik ajis atau sesiapa
    yg penting apa kesan cakap dan tindakan mereka
    yg penting agama ditinggikan
    bangsa di perkukuhkan
    tanah tidak tergadai
    maruah tidak terjualkehidupan orang politik itu hak mereka
    mereka kaya dan belanja kekayaan, itu hak mereka
    mereka naik bas atau jet itu hak kelayakan mereka
    kita disini tak peduli
    kita tidak hipokrit
    sebab tak dapaet satu sen pun dr sesiapa
    sebaliknya cakap dan tulisan kita
    dapat ganjaran baik atau sebaliknya dari Allah Tuhan Sekelian Alam, YANG MAHA ESA!

  7. saiful says:

    Ah jib bacul

    Ah jib pondan

    Ah jib dayus

    Ah jib bapok

    Ah jib gagal membenteras pelampau cina dap communist dong zong king kong

    Ah jib gagal memerangi pemberontak nasrani kafirun

    Ah jib gagal menghapuskan puak kopiah pas khawarij bebal bidaah sesat

    Ah jib gagal menangani marina mujahid kj liberal murtad

    Ah jib harus meletak jawatan tidak layak memimpin agama bangsa negara

    Ah jib adalah pemimpin lemah 7x lebih bodoh drpd paklah

    NYAH KAU AH JIB GOR

  8. DataCode says:

    Apa hal dengan bekas mufti,,mufti sendiripun manusia sepertimana penulis portal,jadi isunya semua orang kena jaga Akhlak..hentam sikit sikit ok kot..

  9. jombo says:

    Orang yang sengaja mengajak menimbulkan kekacauan wajib disebat dan disula.. sokong hukum hudud dikenakan kepada pendemo pakatan..

Leave a Reply