Menu Utama

Munafiknya Anwar : Mahukan Perpaduan Setelah Memecahbelahkan Rakyat?

Kemunafikkan melampau Anwar terserlah apabila beliau bercakap tentang perpaduan. Rakyat tahu bahawa Anwar merupakan “bapa perpecahan”. Perpaduan bangsa Melayu telah dimusnahkan oleh beliau dengan segala lakonan bersiri yang cukup tragis. Kini beliau “insaf” kononnya menyeru rakyat supaya bersama-sama dalam menyatupadukan kembali perpaduan kaum sepertimana yang termaktub dalam perlembagaan.

Kepakaran Anwar membuat “U-Turn” tanpa merasa bersalah dan “muka tebal” telah kita ketahui. Sebelum ini beliau telah menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memperdaya Parlimen apabila mendakwa Pakatan Rakyat (PR) mengatakan 40,000 warga Bangladesh dibawa masuk untuk didaftarkan sebagai pengundi.

Namun hakikatnya muka depan akhbar Suara Keadilan sendiri melaporkan tentang 40,000 Bangladesh sebagai pengundi hantu dalam PRU13 yang lepas. Beliau juga menyindir Barisan Nasional kononnya rakyat tidak menyokong BN. Kononnya hanya rakyat Bangladesh dan Filipina yang menyokong Barisan Nasional. Rakyat perlu tahu bahawa fitnah 40000 bangla ini bertujuan untuk mengganggu gugat perpaduan rakyat dengan mencetuskan kesangsian dihati rakyat.

Begitu juga dengan pembohongan Anwar tentang 16 September. Dalam rakaman video yang dimuat turun pada 23 Oktober 2008 iaitu 38 hari selepas kegagalan beliau mengotakan janjinya untuk membentuk kerajaan baru dan menjadi Perdana Menteri yang baharu pada 16 September 2008 Anwar telah berkata “Saya bercakap dengan yakin kerana ada kawan-kawan Sabah, Sarawak dan UMNO yang menghubungi saya. Mereka mengatakan, ‘Anwar, please count me in!’, sebab itu saya yakin, sekarang kita ada 82 kerusi parlimen, itu rasminya..
(Lalu disahut para penyokongnya, dengan berkata, “yang tak rasmi ?”)
“Rasmi, 82 (kerusi),” kata Anwar. Disahut penyokongnya, “Yang tak rasmi ?”
“Tidak rasmi….”kata Anwar sambil tersenyum dan menambah, “Cukup !” sambil mengangkat tangan dan berkata, “bagi tempoh kita sedikit, kalau tidak Mei (2008), Jun (2008), kalau tidak Jun, Julai (2008), kalau tidak Julai, Ogos (2008), dan tunggu waktunya, kita masuk..”katanya dalam ceramah di Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru, Kuala Lumpur pada 14 April 2008. Oleh itu rakyat perlu lihat rakaman kompilasi janji-janji Anwar dari 14 April 2008 hingga 13 Oktober 2008 demi melihat kehebatan penipuan beliau

Manakala selepas sahaja PRU13, Anwar terus juga berusaha memecahbelahkan perpaduan lagi dengan menyeru rakyat bangkit melawan kononnya penipuan yang berlaku. Kononnya PRU13 adalah proses pilihanraya paling kotor dalam sejarah Negara ini. Kononnya kekalahan bukanlah perkara baru bagi Pakatan Rakyat khususnya PAS dan DAP yang telah lama berjuang sejak merdeka lagi namun kali ini penipuan berlaku dengan amat dahsyat.

Sedangkan penipuan yang kononnya “amat dahsyat” itu merupakan ciptaan dan lakonan pembangkang. Mereka mendakwa kononnya SPR menipu dengan memutuskan bekalan elektrik maka timbul lah himpunan “Blackout” untuk mencetuskan fenomena huru hara. Namun penipuan mereka terbongkar melalui siasatan awal SPR yang menunjukkan sekeping gambar dimuatkan di Internet menunjukkan kononnya berlaku insiden lampu padam semasa pengiraan undi pada PRU13 adalah fitnah dan lakonan itu dirakam sebelum PRU13 lagi.

Pada gambar itu, ditunjukkan kononnya petugas SPR sedang kira kertas undi dan terpaksa menggunakan lampu bantuan kerana lampu padam sedangkan petugas itu langsung tidak memakai baju SPR. Dan pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) juga menafikan tiada sebarang gangguan bekalan elektrik ketika kertas undi sedang dikira.

Lucunya sekarang pula Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim menyeru usaha ke arah perpaduan perlu memandangkan perpaduan yang dikecapi kini semakin renggang. Setelah beliau merosakkan perpaduan beliau dengan “tidak malu” menyeru pada perpaduan. Manusia hipokrit tahap melampau ini sedang “bermain wayang”. Rakyat perlu berhati-hati dengan muslihat beliau.






15 Komen to Munafiknya Anwar : Mahukan Perpaduan Setelah Memecahbelahkan Rakyat?

  1. raplahjinggaa says:

    alimedanbaru, tiada undang-undang di Malaysia melarang wanita memaki skirt pendek sejengkal!

    baik lu kawallah nafsu awak!
    mana akidah awak yang orang umno selalu banggakan!

  2. alimedanbaru says:

    kepada Anwar tidak mahu ke ambil iktibar atas pemergian selamanya arwah harun taib
    yang pasti
    pada mata dan hati kita manusia
    kita melihat arwah pergi dengan kemenangan
    menang dalam memperjuangkan Islam dengan iklas dan konsistan
    arwah berprinsip
    walaupun sekutu disekitarnya berbeza
    kepada Anwar
    selagi bernyawa, maka segalanya mungkin
    kembalilah kepangkal jalan
    hidup sementara
    sedang KEMATIAN DAN AKHIRAT ADALAH SELAMANYA
    beruntung yg berbuat baik
    dan rugi teramat sangat yg buat durjana dan kemungkaran
    kepada Anwar dan kita semua
    entah esok, entah lusa dan yg pasti
    kita akan pergi jua
    dan pasti kita mahu pergi dengan kemenangan
    memperolehi doa baik dari manusia
    dan redha Allah yg mensejahterakan
    haii anwar ..entahlah
    bilakah kamu mahu berubah….

  3. system baru says:

    anwar mamang tak pernah mengangku kalah anwar masih tak faham jawatan pm itu hanya untuk orang ditakdirkan

  4. raplahjinggaa says:

    alimedanbaru,lu seorang hipokrit!

  5. mRsTURDY says:

    Perjuangan orang ini adalah kalau dia tak dapat jadi PM, orang lain pun akan tak dapat jugak…Dia akan sabotaj habis-habisan. Perangai spt ini adalah merupakan perangai malaikat Azazil.

  6. baba says:

    jangan percaya apa anwar cakap ni dan jgn sekali2 bekerjasama dgn setn ni, kelak akan memudaratkan kita balik.

  7. Jambol says:

    Dengan berbagai masalah peribadi, masalah anak, dan masalah-masalah politik dalam parti sendiri, dia kononnya mahu dilihat sebagai “hero”.

    Bolehkah kita percaya seorang pembohong. Kami masih menunggu untuk melihat berpeti-peti dokumen yang mendedahkan korupsi pemimpin-pemimpin UMNO yang kononnya ada ditangannya; kami masih menunggu untuk melihat orang yang serupa dan seiras dengannya dalam video “Chinese Doll”. Habuk pun tarak !

    “Tanya sama angin kenapa pokok goyang, nanti jawab angin ……..”

  8. Anak Lenggong says:

    Bukan susah sangat Nuar dan geng dia nak buat fitnah..kalau kena saman dan dibawa ke Mahkamah pun..mereka dengan senang hati memohon maaf..terus UMNO terima dengan senang hati..contoh tengok je kes Tian Chua dan Mustafa ali

  9. WTF says:

    Suadah terbukti la selama ini, Nuar Berahi dok cerita Najib TERHENGEH2 nakkan kerajaan perpadauan adalah satu lagi PENIPUAN!!!

    http://www.mykmu.net/?p=31594

    Nuar Berahi, it is time for you to RETIRE, bukan kejar jawatan MB Selangor!!!

    Mueh4444

  10. songkok says:

    Tengol muka mat saleh tu tenang je, tengok muke peliwat tua berkerut macam syaitan. Kepala anwar patut dipenggal dan digantung di gereja.

Leave a Reply