Menu Utama

Mentafsir Kenyataan Ku Nan, Jangan Risau, Tidak Akan Ada Hard Rock di Putrajaya

Ingatkan “taufan Hard Rock Cafe” yang melanda Putrajaya sejak dua hari lalu telah berakhir sebaik Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Aseh Che Mat mengeluarkan kenyataan Ahad lewat malam yang lalu.

Dalam kenyataan pada jam 11.45 malam itu (sesuatu yang sangat luar biasa untuk seorang penjawat awam membuat kenyataan lewat malam pada hai cuti), Aseh Che Mat, beliau menegaskan tiada permohonan dibuat jadi tidak timbul soal lulus atau tidak. Malah beliau menyatakan tidak akan ada sebarang kelulusan untuk Hard Rock Cafe jika ada permohonan pada masa akan datang.

Ini berbeza dengan kenyataan dalam akhbar sebelum ini bahawa ia akan dibuka dalam masa empat bulan. Kenyataan ini juga agak berbeza dengan kenyataan rasmi pada pagi sebelumnya.

Ketika penganalisa cuaca meramalkan banjir gelombang kedua, taufan Hard Rock Cafe yang pertama membuat kemunculan kali kedua. Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, yang baru pulang dari luar negara telah diberi taklimat oleh Aseh Che Mat.

Selepas taklimat tersebut, Tengku Adnan telah mengadakan sidang akhbar antara lain:

Pusat hiburan terkenal, Hard Rock Cafe hanya boleh menjual barangan di bawah jenama tersebut selain beroperasi sebagai hotel di sini.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, pihak yang berminat perlu mematuhi garis panduan yang ditetapkan iaitu tidak menjual alkohol dan hiburan mengghairahkan.

Katanya, pihaknya tidak mempunyai masalah jika garis panduan itu dipatuhi oleh pelabur yang berminat. – UTUSAN ONLINE

Dilaporkan oleh rakan wartawan, dalam sidang akhbar tersebut Tengku Adnan jelas sekali meletakkan beberapa syarat seperti tiada jualan arak dan hanya lagu-lagu nasyid yang dibenarkan.  Syarat-syarat yang diletak oleh Ku Nan ini tidak masuk akal dan agak mustahil akan diterima oleh Hard Rock Cafe International yang keuntungan perniagaannya bergantung kepada jualan arak dan hiburan ala barat.

Ini adalah jalan terbaik Menteri Wilayah tersebut untuk menjaga air muka Presiden Perbadanan Putrajaya yang telah tersilap langkah mengumumkan pembukaan Hard Rock Cafe dalam masa empat bulan.

Ini juga sebagai menjaga imej dan maruah kerajaan di mata pelabur tempatan dan luar negara agak tida kelihatan flip flop dengan desakan media sosial.

Dengan kata lain, syarat-syarat yang diletak oleh Ku Nan ini seumpama syarat-syarat hantaran yang diminta Puteri Gunung Ledang kepada Sultan Mahmud. Puteri Gunung Ledang meminta pelbagai hantaran tidak masuk akal sebagai jalan menolak peminangan Raja Melaka secara hormat.

Justeru secara adilnya, saya melihat tindakan Ku Nan meletak pelbagai syarat ini merupakan cara menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak selerak.

Namun seperti mana dalam editorial sebelum ini tidak mustahil, Hard Rock Cafe akan meneruskan pembukaan ini biar apa pun syaratnya kerana mahu menggunakan nama Putrajaya sebagai sebahagian program “global branding” syarikat tersebut.

Jika ini berlaku, saya percaya Ku Nan akan melakukan sesuatu untuk menghalangnya. Kita tunggu dan lihat.






16 Komen to Mentafsir Kenyataan Ku Nan, Jangan Risau, Tidak Akan Ada Hard Rock di Putrajaya

  1. raplahjinggaa says:

    siapa lancau bertayam?

  2. SamKL says:

    Saya rasa perkara sebaliknya akan berlaku memandangkan HRC amat dekat dgn istana. Cakap org politik boleh dikatakan tiada merit.

    • bujuk says:

      Istana mana?

      • system baru says:

        bujur mari ke voyage club di shah alam pertama dirasmikan pr di kawasan melayu ,bawa ajak sekali ahli2 pas kita menari ada gadis cantik dekat sana aku taniah pr kerena buka club malam pertama kewasan melayu aku setan korang jangan ikut tau
        http://khairulryezal.blogspot.com/2012/12/kelab-malam-pertama-di-shah-alam-voyage.html

  3. meMangTERok says:

    Manusia boleh menjadi terlalu advance. Walau pun duduk 100Km dari rumah sepupu dia tapi dia boleh tahu apa yang sepupu dia masak untuk makan tengahari.

    Sama halnya dengan dongeng hardrock cafe yang melangau sejak seminggu lepas yg kononnya akan mula bisnis 4 bulan dari sekarang di Putra jaya, sedangkan mohon lesen berniaga pun belum.

    Yang canggih kalau ditanya pada pengurusan HRC international tentunya mereka kata, tak tahu, kami belum ada rancangan utk bukak outlet disitu.

    Dan yang canggihnya orang sudah tahu mereka akan beroperasi si Putra jaya bulan April.

  4. raja kongkiak says:

    Kata senang..TOK SAH BUKA HARD ROCK di Putrajaya habis cerita…

  5. meMangTERok says:

    Kadang2 media pun banyak buat onar. Media suka cerita dongeng, yang pening pihak yang bertanggungjawab kerana tak pasal2 kena layan cerita dongeng yang tak tahu asal usulnya.

    Banyak masa terbuang banyak air liur terpercik utk jawab dakwaan dongeng yang tinggi sungguh kepalsuannya.

  6. gambus says:

    kalau Pakatan memerintah aku percaya laa bukan takat disko malah pusat urut pub akan bercambah , macam terjadi kat Shah alam hehehehe

    • system baru says:

      ada tambahan bro, jika pr memerintah di kampung pun ada china doll malah di bagi lesen pulak itu pasti anwar dapat menbesar telur dengan mudah

  7. badrole amin says:

    Putrajaya takde premis jual arak, takde tempat hiburan joget tiang dsb…di KB bandaraya serambi mekah ada kelab dangdut jual arak, ada kelab karaoke terbuka bebas perempuan nak joget goyang buntut, tempat pelacuran tak sampai 1km dari bangunan pejabat MB

    di Selangor?

    memanglah KB tak boleh chelen…kalau terus biar pakatan haram perintah Selangor selepas PRU14, boleh murtad mereka bergelar Islam liberal di Selangor…imam besar JESUIT pun dah ada di Selangor!

    ——————————————————–

    Kami akan beritahu jika kamu mahu melabur kamu harus ikut syarat kami. Garis panduan ini hanya untuk Putrajaya..tidak libatkan Kuala Lumpur.

    Wartawan : garis panduan tentang hiburan pulak macam mana kalaulah Hard Rock Cafe dibuka nanti?

    Tengku Adnan: Hiburan yang bersih . Kita tak mahu hiburan yang menjelikkan atau menjolok mata atau memberangsangkan orang atau memberahikan orang. Live music maybe. Itu pun belum kita putuskan lagi.

    Wartawan: kalau tak ada live music apa yang tinggal? Apa yang boleh buat?

    Tengku Adnan : ( cara berjenaka) Hard Rock Cafe dengan nasyid…what’s the problem? (semua wartawan gelak sakan)..Islamic way..the first in the world. Can start in Putrajaya first.

    They can do in Saudi Arabia (lagi kuat reporter ketawa)…hey siapa kata tak boleh rock dengan nasyid?

    Ok.Mereka baru meninjau you all tak pasal-pasal bising. Dahlah Ok. Thank you.

    http://agendadaily.com/arkib/arkib-agenda-daily/berita-muka-hadapan/319-muka-hadapan/10267-jangan-bikin-rock-di-putrajaya.html

  8. […] tekak saya”… Dalam soal isu “Hard Rock Cafe di Putrajaya”, saya lebih bersetuju dengan artikel di sini dan suka saya menegaskan bahawa mereka yang rendah IQ, tak tahu fikir, tidak berpandangan jauh dan […]

  9. […] soal isu “Hard Rock Cafe di Putrajaya”, saya lebih bersetuju dengan artikel di sini dan suka saya menegaskan bahawa mereka yang rendah IQ, tak tahu fikir, tidak berpandangan jauh dan […]

Leave a Reply

Threesome