Menu Utama

Membaca Anwar Ibrahim Yang Licik

Oleh Nur Azlina Shaari

Hari ini disahkan bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) kerusi DUN Kajang selepas penyandangnya, Lee Chin Cheh meletak jawatan secara tiba-tiba semalam.

Dalam sidang media yang dibuat hari ini di ibu pejabat PKR, turut hadir adalah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang kononnya memperlihatkan sokongan padunya akan tindakan Anwar untuk bertanding di DUN tersebut.

Ketika sidang media diadakan, Anwar memberitahu tindakan beliau bertanding sebagai calon adalah kerana bagi memastikan pucuk pimpinan PKR bertambah kukuh demi mencapai hasrat parti PR untuk menawan Putrajaya.

“Kita bermesyuarat dan keputusan kita ialah menumpukan DUN Kajang dan keputusan kita bersama untuk memastikan pimpinan PKR bergerak menjadikan tapak yang kuat, untuk mengambil alih Putrajaya,” kata Anwar.

Umum mengetahui, ramai pemimpin parti PR bersetuju apabila Anwar diangkat menjadi calon untuk bertanding selain sebagai landasan untuk dicalonkan sebagai MB Selangor selepas ura-ura mengatakan Khalid bakal dipecat.

Isunya adalah kerana pergaduhan peribadi yang tercetus antara Khalid dan Azmin yang berlarutan sekian lama hinggakan Anwar terpaksa mengambil keputusan seperti ini.

Namun, biarpun Anwar begitu lantang mengkritik Khalid sebelum ini dan juga selepas diumumkan Azmin digugurkan dari ahli lembaga PKNS, Anwar nampaknya masih memerlukan khidmat Khalid sebagai MB Selangor.

Perkara itu dinyatakan sendiri oleh Anwar dalam sidang media pengesahan beliau bertanding dalam PRK Kajang.

“Jadi setakat ini kita minta MB (Khalid) teruskan tugasnya sehingga kita lihat seterusnya,” katanya.

Ini menampakkan semakin jelas permainan yang cuba dilakukan oleh Anwar apabila menampakkan sisi dirinya yang begitu telus kononnya mahu memperjuangkan matlamat parti PR tetapi berteka-teki dengan membiarkan kedudukan Khalid sebagai menteri besar tanpa kata putus yang tepat.

Secara tidak langsung, Anwar masih lagi bertekai-teki sama ada beliau akan menjadi calon untuk jawatan MB Selangor selepas Khalid dilucutkan jawatannya.

Malah, Khalid juga seolah-olah menutup mata tentang isu dirinya akan disingkirkan dari mentadbir Selangor selepas hampir sepenggal lebih menyandang jawatan besar itu dengan mengumumkan sendiri pencalonan Anwar.

“Itu bukan isunya sekarang, sekarang kerja kita ialah membantu untuk DUN Kajang menang, laporan akhbar boleh membantu juga supaya tidak perlu ada pertandingan di situ,” kata Khalid.

Dalam perkembangan sama, Azmin juga memainkan peranan beliau dengan memuji dan ‘membodek’ langkah yang dibuat oleh ketuanya dengan hasrat dirinya tidak akan tersingkir dari pergaduhan antara dirinya dan Khalid.

Kata Azmin, tindakan Anwar itu satu tindakan yang wajar dan patut dipuji kerana dilihat sebagai perjuangan untuk memartabatkan parti.

“Saya rasa ini melibatkan soal perjuangan parti, bukan soal kepentingan peribadi,” kata Azmin.

Justeru, dalam soal perebutan kuasa yang berlaku di Selangor, inilah permainan dan teka-teki yang cuba dimainkan oleh Khalid, Anwar dan Azmin dan alasan mahu memperjuangkan dan memartabatkan parti PR adalah satu alasan yang tidak ikhlas.






24 Komen to Membaca Anwar Ibrahim Yang Licik

  1. Pak Tho says:

    Ini lah dikatakan sandiwara politik. X ubah seperti ayam jantan berkokok nyaring tapi ekor menyapu taik. Yg jadi mangsa pencacai Pr kena klentong idup². Biasa lh kan otak pencacai Pr ni lebih kecil dari mata mereka.

  2. TUBIR says:

    Yang sebenarnya Anwar Ibrahim ni tak sebijak manapun ….akan tetapi dek kerana kelemahan dan kebodohan pemimpin kerajaan yang memerintah maka kelihatan si lahabau Anwar ni bijak sanpai kelihatan super dan bebas melakukan sesuka hati mak bapak dia kat Malaysia .Tangkap Anwar dan sumbat dalam lokap atau penjara dengan apa cara sekali pun .

  3. tony gunawan says:

    sanggupkah BN mencabar anwar di dun kajang?

    dulu dun kajang adalah kubu kuat BN !

    • WTF says:

      Keputusan untuk bertanding atau tidak adalah soal yang serius dan bukan bergantung pada semata2 kepada sama ada kawasan yang ditandingi adalah kubu kuat BN atau tidak.

  4. Mawar says:

    Aku memang bengang dgn apa yg dah terjadi dgn selangor. Wasted of time and money with politics politics and more politics.

    Tapi mungkin juga, cerita huru hara kegilaan ini hanyalah sebagai petunjuk bahawasanya, pakatan penipu rakyat mungkin akan menuju akhir riwayat atau semakin lama semakin hilang pengaruhnya dgn terserlahnya kesilapan dan lagi kesilapan. Mungkin juga ia sebagai petunjuk kepada pembangang akan kerakusan dan kebodohan pemimpin mereka.

    Mungkin juga semakin banyak keputusan gila kuasa si anwar ib yg berlaku maka banyak silap akan terbongkar dgn sendirinya.

    Semoga rakyat Selangor yang tak berdosa dijauhkan dari musibah dan bala.

    • Pejuang IMR says:

      Selagi rakyat khasnya orang melayu yang sanggup diperbodoh dan diperkotak katikkan maka selagi itulah kegilaan Bang Non semakin menjadi2. Tambahan pulak mentaliti “PAK TURUT” pemimpin PAS yang walau pun bernafsu tinggi tetapi kurang tenaga. PAS tidak harus hanya berkokok berdegar2 tapi tidak berani mengambil tindakan drastik seperti bertegas bahawasanya jawatan MB adalah haknya berdasarkan jumlah kerusi yang diperolehinya. Kalau masih dikatakan sama dengan DAP (15) PAS sepatutnya berani pergi lebih jauh dengan meletakkan calornya di Kajang. Sekiranya keberanian PAS ini dapat ditunjukkan, tidak mustahil kemenangan akan meneyebelahinya kerana semestinya orang melayu akan ada pilihan demi menyelamatkan Islam (akidah, bebas murtad, Kalimah Allah, pusat maksiat, arak dan sbgnya) dan bangsa Melayu. Jadi apa kata PAS meletakkan calonnya. Jangan dihiraukan sangat sama ada MCA akan bertanding atau tidak.

  5. -smh- says:

    mmg sgt licik..tp kita berbalik kepada pola populariti undi, kalau ikutkan, di Parlimen Permatang Pauh, Anwar dpt 58.56% sokongan, manakala Lim Guang Eng dpt 77.79% sokongan di Parlimen Bagan, sepatutnya Lim Guang Eng boleh jd Ketua Pembangkang if ikut pola populariti individu di parlimen memasing,

    dan kalau ikut keseluruhan PRU13, DAP dpt 17.12% sokongan, manakala PKR dpt 13.51% sokongan, persoalan kenapa bukan Lim Guang Eng jd Ketua Pembangkang…jika letak dlm konteks sesama mereka?? hahahahahahahaha apsal tak guna undi popular ni tentukan Ketua Pembangkang? sibuk aje dulu nak gunakan undi popular utk jd Perdana Menteri..cheh

    -smh-

    • WTF says:

      Depa sesama sendiri menipu jugak!!!

      Org2 takder prinsip memang macam tu, walaupun tidor sekatil, tapi mimpi lain4 bro!!!

    • bujuk says:

      Kebolehan dan pengalaman d utamakan, tiada racist macam BN. Dulu d Perak Nizar(PAS) jadi MB walaupun kerusi PAS kurang, begitu juga d S’gor.. KI jadi MB walaupun PKR bukan majoriti.

      • -smh- says:

        tp kalau ikut pengalaman…tolak ketepi hal rasis…

        Lim Guang Eng lg berpengalaman…lg lama dlm arena politik…

      • WTF says:

        Kebolehan dan pengalaman diutamakan, lepas tu hang bagi contoh Nizar jadi MB Perak???

        Kau ni buat lawak lar Bujuk, tang mana kebolehan dan pengalaman Nizar jadi MB Perak???

        Tang cerita pasal duit pampasan Jepun tu ker Bujuk???

        Mueh44444

        BTW, DAPigs paling RACIST dalam politik Malaysia ni!!!

        Berani tak hang DENY statement aku ni!!!

        Dan persoalan yang begitu jelas, kalau betul pun ada unsur2 toleransi sesame FUCKUTAN, jadi bagaimana pulak cerita di mana PGAyR tidak diberi tempat dalam kerajaan negeri Kelantan, sepertimana PAS tidak diberi tempat dalam kerajaan negeri Pulau Pinang!!!

        Di Perak, PAS diberi kepercayaan sebab ahli4444 DAPigs tak boleh diberi jawatan MB Perak, bukan atas sebab sikap toleransi yg ditunjukkan oleh DAPigs

        Di Selangor, PAS tidak diberi jawatan MB Selangor kerana kebolehan dan pengalaman PAS mentadbir negeri Kelantan lebih 20 tahun bukanlah sesuatu yg boleh dibanggakan, bukan sebab PAS mempunyai sikap toleransi yang tinggi!!!

        Hang jangan cerita pasal UNDI POPULAR lagi la Bujuk, buat malu jer!!!

  6. baba says:

    nampaknya pkr ingat selangor milik mereka tanpa rundingan dgn pas dan dap…..kita tgk apa kata pemimpin pas dan dap lepas ni

    • alimedanbaru says:

      Pas sentiasa kelihatan
      seperti budak suruhan yg tak diperdulikan
      Anwar tak pandang sebelah mata pun
      memang sampah Pas ni
      hilang maruah
      hendak tak hendak
      angguk saja lah
      itulah dia..
      pendayus politik!

  7. kekuda says:

    ingatkan MB paling berkuasa dalam kerajaan Selangor, tapi boleh pula dipecat oleh penasihatnya..

    adakah mungkin jadi seperti peribahasa ni:
    “Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran”.

  8. macam-macam gay tua nak jadi. Hidup rakyat, kena kencing pakatan rakyat.PAS, takbir sikit…. ekekek

  9. decepticon jr. says:

    manifesto pkr untuk prk kajang.(1)harga sate kajang akan diturunkan kepada 30sen secocok.(2)harga kertas kajang akan diturunkan kepada 30sen sebundle.(3)kajang pak malau,kajang berlipat pun kami akan turunkan 50% dari harga pasaran dunia.ini janji saya sebagai perdana menteri kajang.kita akan jdkan kajang lebih maju dari bandaraya tokyo yg tiap tiap minggu diserang raksasa.saya akan memastikan yb jamban..opss…yb gaban untuk memantau pegerakan raksasa2 ini.

    • -smh- says:

      if harga satey kajang turun 30sen secucuk..aku tetap tak g makan satey hj samuri..tak sedap dah..aku stop makan since 97…aku lg rela beli satey tp jalan or restoren2 tepi jln..lg sedap…hahahaha..walaupun lebih mahal dr 30sen hehehe

      -smh-

      • kekuda says:

        aku yg duduk kat kajang pun rasa heran juga kenapa org luar kajang suka sangat dgn sate kajang ni… rasanya kalau aku masak sendiri lagi sedap.

  10. bujuk says:

    Kita tunggulah pengumuman Najib(PM), apakah calon UMNO menjadi pilihan..

  11. shwan says:

    Ini Soalan-Soalan Yang Boleh Orang Melayu Tanyai Kepada PAS:

    1. Adakah PAS jadi jaguh di awal cerita tetapi bila dah dekat PRK menikus dan jadi Pondan kemudia turun juga beri sokongan?
    2. Adakah PAS tidak kenal lagi gaya berpolitik Anwar Ibrahim, boleh buat apa saja sebab dia tahu macamna nak tukar pendirian sesiapa pun dalam PAKATAN?
    3. Adakah PAS tidak faham bahawa ini semua petanda bahawa PKR dan DAP boleh bila bila masa sahaja mengkhianati persepakatan dan perjanjian?
    4. Adakah PAS tidak sedar lagi bahawa PKR dan DAP akan KHIANAT pula perjanjian mereka selepas MENANG PRU nanti dengan tidak akan menghormati perlembagaan negara, menyamaratakan agama Islam dengan agama yang lain, menghapuskan hak-hak melayu. Menghapuskan institusi agama dan Raja, Memberi dana sama banyak kepada Kristian sepertimana dana diberi kepada masjid?
    5. Adakah PAS tidak tahu bahawa setelah kuasa diperolehi dan impian ke PUTRAJAYA tercapai…..PKR dan DAP akan menghancurkan pula PAS dengan cara licik dan sangat keji?
    Fikir-fikirkanlah soalan soalan ini.

  12. Nak kalih cerita la tu, nak tunggu najib umum calon lah. Weei, isunya di sini ialah PR ialah PARIAH yang memanipulasikan demokrai. Diulangi PARIAH, PARIAH, PARIAH. Hidup Gay tua.

  13. Mek esah says:

    Mungkin ini le masanya untuk pas…..

  14. ….. terus jadi pariah paling hina di dunia ini.

Leave a Reply

Threesome