Menu Utama

Melayu Tiada Pemimpin Yang Kuat dan Garang – Ungku Aziz

Berikut ialah wawancara Utusan dengan Pemikir Melayu Moden, Prof Ungku Aziz

MINGGUAN: Apakah pandangan Pak Ungku tentang perpaduan negara sekarang?

UNGKU AZIZ: Bahasa ialah penyatuan bangsa. Kita ada bahasa Melayu yang boleh menyatukan semua bangsa di negara kita. Dalam hal ini, pemimpin memainkan peranan penting. Mereka harus jelas tentang peranan dan apa yang dipimpin. Jangan terlalu mengutamakan pangkat dan duit. Kita harus hidup bersederhana, barulah kita boleh melaksanakan segala yang dirancang demi perpaduan.

Apakah yang perlu kita lakukan untuk mempertahankan apa yang kita ada sekarang termasuk Perlembagaan negara?

UNGKU AZIZ: Apa yang kita ada sekarang menunjukkan bahawa sistem yang kita ada itu betul. Tetapi apa yang kita mahu ialah keadaan sekarang ini jadi semakin baik. Bagi saya, Perlembagaan tidak perlu dicuit. Apa yang sedia ada cukup baik untuk perpaduan dan masa depan negara.

Bagaimana Pak Ungku melihat perpaduan dan perpecahan dalam kalangan orang Melayu sekarang?

UNGKU AZIZ: Pada pandangan saya, perpecahan bukan sahaja berlaku antara Melayu dengan Melayu, ini termasuklah Melayu kota dengan Melayu luar kota. Melayu dalam UMNO dengan Melayu dalam Pas dan PKR. Antara orang Melayu yang muda dengan tua.

Hal ini sama kalau dibuat perbandingan dengan Arab Spring yang tak akan terjadi sebab orang Melayu sendiri banyak masalah yang tidak diatasi.

Bukan saya nak komen tapi dalam kalangan pemimpin Melayu, siapa tokoh yang boleh kita ikut. Tokoh itu mesti garang dan bersemangat.

Pada hari ini tak ramai pemimpin Melayu yang garang. Banyak pemimpin yang kompromi sana, kompromi sini – tiada pendirian yang teguh.

Pemimpin macam Winston Churchill, dia tak suka kompromi. Pemimpin macam dia berpendirian tetap dan berani. Soalnya siapa berani korbankan diri?

Kalau pemimpin itu tegas, kalau dia kata jangan buang sampah di tepi jalan, orang suka atau tidak dia tidak peduli. Itu pendiriannya.

Orang Melayu kita sejak beratus tahun lalu ada yang suka tikam dari belakang. Ini diajarkan oleh penjajah kepada orang Melayu dan diamalkan sampai sekarang.

Bagaimana Pak Ungku melihat isu kenaikan harga barang ketika ini?

UNGKU AZIZ: Harga barang naik kerana kuasa pasaran. Kita tidak boleh menghalang keadaan ini. Tetapi apa yang lebih penting ialah sikap orang Melayu berhadapan dengan situasi ini.

Orang Melayu merupakan golongan yang paling banyak berhutang. Mengikut statistik Bank Negara, ada yang memiliki 15 kad kredit dan mereka dibelenggu hutang.

Saya dilatih oleh arwah bapa saya supaya tidak berhutang sejak usia saya tujuh tahun lagi.

Saya masih ingat ketika saya berusia 17 tahun, saya mahu membeli kamera tetapi duit saya tidak cukup. Apa yang saya lakukan ialah menyimpan duit dan akhirnya saya berjaya membeli kamera tersebut. Malah kereta pertama yang saya beli tunai ialah kereta terpakai jenis Ford lama.

Saya juga telah melakukan penyelidikan sendiri untuk melihat dan memahami gaya hidup masyarakat Melayu yang tinggal di desa yang dibelenggu kemiskinan.

Saya lihat orang kampung akan menjual kambing, kerbau atau tanah mereka untuk menunaikan haji. Sekembalinya mereka dari sana, mereka tiada ternakan dan sumber rezeki lagi. Sebab itu, saya cetuskan idea penubuhan Lembaga Urusan dan Tabung Haji (LUTH).

LUTH sebenarnya membantu ekonomi orang Melayu untuk jangka masa yang panjang

Bagaimana Pak Ungku melihat penggunaan bahasa Melayu sekarang?

UNGKU AZIZ: Bahasa rasmi negara ialah bahasa Melayu. Sayang sekali bahasa Melayu ketika ini dikira bahasa rojak. Seolah-olah tidak mempunyai keperibadian sendiri sama seperti budaya kita.

Ada perkataan bahasa Melayu yang ditokok tambah dan lebih menyedihkan apabila bahasa Inggeris dijadikan bahasa Melayu.

Saya tahu bahawa bahasa Inggeris sebagai bahasa kemajuan tidak dapat disangkal. Itu tidak bermakna masyarakat perlu mengabaikan penggunaan bahasa Melayu yang betul.

Saya tidak nafikan bahasa Cina (Mandarin) bakal menguasai global dalam masa 10 hingga 15 tahun akan datang.

Apakah yang perlu dilakukan bagi memastikan bahasa Melayu terus kekal sebagai bahasa kebangsaan? Ini kerana ada kaum yang langsung tidak mahu mempelajari bahasa Melayu.

UNGKU AZIZ: DI Amerika Syarikat kaum imigran berlumba-lumba belajar bahasa Inggeris untuk berkomunikasi atau mencari pekerjaan. Yang dimaksudkan dengan bahasa Inggeris ialah bahasa Inggeris Amerika.

Bukan bahasa Inggeris England. Para pelajar baik muda atau tua termasuk kanak-kanak meskipun yang sememangnya boleh berbahasa Inggeris (England) diadun dan dilentur supaya bertutur dan menulis dalam loghat bahasa Inggeris Amerika.

Berbagai kemudahan disediakan kerajaan dan pihak berkuasa tempatan, termasuk institusi-institusi pelajaran untuk orang dewasa.

Namun tidak ada kaum imigran yang protes. Tidak ada yang mendesak supaya bahasa etnik mereka diterima sebagai bahasa rasmi.

Sebaliknya rakyat Amerika amat bangga dengan bahasa Inggeris Amerika.

Keadaan berbeza dengan Malaysia, kita tidak ada kelas khas untuk mereka yang tidak tahu menggunakan bahasa Melayu.

Apa salahnya kita wujudkan kelas atau kursus bagi orang dewasa yang berumur 20-an ke atas khususnya orang luar yang mendapat status kewarganegaraan tetapi tidak tahu berbahasa Melayu. Kita juga boleh mengadakan kelas melalui internet dan lama-kelamaan bahasa Melayu akan terus kekal sebagai Bahasa Kebangsaan.

Kita mesti ada satu bahasa untuk semua orang sebagai simbol perpaduan.

Bagaimana Pak Ungku melihat peranan Dewan Bahasa Pustaka (DBP) dalam usaha mendaulatkan bahasa Melayu?

UNGKU AZIZ: Masalah paling utama ialah kita tiada penguasaan. Lama-kelamaan semangat cintakan bahasa Melayu akan hilang. Kita ada banyak rancangan tetapi pelaksanaan kurang. Itulah yang patut dilakukan oleh pihak berkuasa. Mereka harus melaksanakan kuasa, kalau tidak, semuanya akan terlepas.






40 Komen to Melayu Tiada Pemimpin Yang Kuat dan Garang – Ungku Aziz

  1. meMangTERok says:

    Pak Ungku pernah berkata ” Untuk apa kekayaan yang beratus juta ringgit. Kita cuma perlu makan sepinggan nasi sahaja untuk kenyang, tidak lebih”

    Maksud dari kata pak ungku itu ialah kita boleh jadi kaya bagi memenohi keperluan kita saperti rumah harga 5M, kereta mungkin 3 biji, tanah kebun 10 ekar. Taraf mewah begini pun sudah dikira terlalu tinggi untuk tahap kita di Msia.

    Kita tak perlu pun rumah 10M, kereta mewah 10 buah, rumah sewa 15 buah dan ladang beratus hektar… untuk hidup.

    Malangnya orang kita terutama orang politik akan letak sasaran jauh lebih tinggi dari itu. Kita tidak kaitkan dengan rasuah tapi sebagai pemimpin mereka miliki peluang dalam pelaburan dan sebagainya. Mereka juga first hand dalam peluang baru yang lucrative yang boleh dicebur dan di-agihkan.

    REnung2kan kata emas dari pak ungku orang lama yang tinggi ilmunya tapi kekal besederhana.

    • korokstabang says:

      aku tertarik dengan saranan ungku berkenaan tiadanya kelas dewasa khas bahasa melayu untuk imigran

      aku lihat kerajaan Malaysia terlalu memberikan kelonggaran dalam syarat2 untuk menjadi seorang wargenegara sepatutnya kerajaan menetapkan syarat2 utama selain tempoh bermastautin

      yang mana setiap individu yang memohon serta layak menerima taraf kerakyatan WAJIB menguasai bahasa melayu dengan baik termasuk dengan menghadiri kelas bahasa serta lulus dalam ujian bahasa melayu malah mengangkat sumpah patuh kepada perlembagaan serta menjunjung taat setia kepada negara

  2. alimedanbaru says:

    tak kira siapa
    bila cinta dunia
    takut mati
    maka hilang maruah
    tidak ada keberanian
    sebab tu ada Melayu demi kejar kuasa politik
    sanggup jual bangsa dan jadi musuh bangsa sendiri
    nak runtuhkan kerajaan yg diterajui bangsa sendiri
    bersekongkol dgn bangsa lain untuk jahanamkan bangsa sendiri
    sebab nak kejar dunia
    agama pun dijual beli
    kalimah Allah sekejab dijual sekejab ditebus balik
    sebab tumpu dunialah kita berkompromi terlebih batas
    sampai takut nak ambil tindakan terhadap bangsa lain
    nak tegur pun takut
    lalu mereka dah masak dgn perangai Melayu
    buatlah apa sahaja Melayu tak akan bertindakbalas apa-apa..
    kepada PM
    jika YAB kata nak jaga Islam dan syiar Islam
    maknanya YAB juga kena jaga Melayu dan maruah Melayu
    jangan bercakap tak serupa bikin
    jangan jadi burung kaka tua
    jadilah helang
    walaupun terbang tinggi berkolimeter diatas
    tetapi mata tajam, kuku pun tajam
    sekali terbang turun dan melayang
    selesai masaalah dan semuanya dalam genggaman
    siapa lagi harapan umat kalau bukan PM dan TPM
    SIAPA YG PATUT GARANG DAN BERANI
    kalau bukan PM dan TPM
    berani dan garang bertempat
    itulah maruah dan harga diri
    pemimpin Melayu sejati

    • meMangTERok says:

      Tun M pernah dipanggil dictator semasa zaman officenya. Tun ternyata lantang, berani dan ada keupayaan utk bersikap’take it or leave it’. Ini yg kita harapkan dengan PM kita. Beliau kena renung apa yg Kadir Jasin luahkan. Ada sesuatu yg perlu beliau buat disitu bagi meneruskan relevance.

  3. raplahjinggaa says:

    alimedanbaru,apa u cakap ni?
    aku suruh u kawal nafsu,u kata lain!

    • alimedanbaru says:

      hoi raplahjinggaa aku ni jantan
      memang aku tak tahan tengok amoi pakai seluar panjang sejengkal
      sebab tu aku nak ajar cina cukup-cukup
      supaya pandai menjaga maruah anak
      jangan berjalan depan khalayak macam pelacur
      cina bodo dalam soal aklak dan berpakaian
      sebab tu banyak jadi gro dan pelacur..

      • syaa says:

        hahaha betul….

      • bujuk says:

        Jangan terkejut.. hari ni dah ramai anak melayu pakaian sama macam amoi. Seluar pendek, mini skirt, baju takda lengan.. pandangan biasa d ibukota. amoi tu kut la takda agama… ni yg. melayu ni mungkin takda mak-bapak. Tengok sorang2 posing dalam fb ngalahkan pelacur.

        • Mawar says:

          Jangan buat2 terkejut bujuk apabila pelacur murahan juga pakai tudung di negeri kelate.

          So, macam mana pelaksanaan dan penguatkuasaan pihak berkuasa di kelate? Melalak di negeri orang tapi negeri pemerintahan pas juga fail mengenai pelacuran.

          • raplahjingaa says:

            hehehehehehehehe….hik ! hik ! hik !, hang mawar…tersedak pegawai MAIK.

          • bujuk says:

            Itu maknanya.. dia bertudung sebab k’jaan dan bukan kerana Allah. Sebab itu juga Allah kata ‘aku tengok hati kamu dan bukan pakaian kamu’. Jadi tak mustahil perkara tersebut berlaku.. tapi k’jaan tak boleh d persalahkan kerana dah buat yg. termampu. Contohnya.. Jika anak kita dah d ajar agama yg. cukup tapi buat maksiat d belakang mata kita. Maka kesalahan tersebut dia tanggung sendiri.. kita dah terlepas.

          • WTF says:

            Jadi…seseorang wanita itu bertudung sebab kerajaan dan bukan kerana Allah SWT????

            Hehehe…baru aku tahu, kat negeri Kelantan ada dress code, kalau nak MELACUR, kena pakai TUDUNG!!!

            TROLL!!!!

            Kerajaan tak boleh dipersalahkan kerana dah buat apa yang termampu???

            Jadi kenapa selama ini Bujuk salahkan kerajaan Malaysia dengan segala masalah yg menimpa diri Bujuk, sedangkan kerajaan Malaysia dah buat apa yang termampu????

            Hehehe…HIPOKRIT sangat hang ni Bujuk, nampak sangat hang ni FUCKUTAN!!!

          • anakbochek says:

            Bujuk says:
            Sebab itu juga Allah kata ‘aku tengok hati kamu dan bukan pakaian kamu’.
            ——–
            Jadi yang apahal puak2 fuckutan kecoh sangat bila tengok pakaian Rosmah? Jadi orang Islam dalam Pakatan berkiblatkan apa sebenarnya?

          • gambus says:

            hahaha aduhh bujuk , gelak jee aku tgk kau ni

  4. Anwar Perez Shalom Ibrahim says:

    PAS pelacur AGAMA ISLAM…

  5. TUBIR says:

    Memang betul dan tepat apa yang pak ungku katakan …..kita orang orang melayu tidak mempunyai pemimpin yang berani dan tegas …..pemimpin yang memimpin UMNO sekarang ini terlalu lemah dan amat membahayakan UMNO dan Orang orang Melayu …….Tapi yang peliknya orang orang UMNO sendiri samada tak perasan ataupun memang buta hati perut sampaikan tak perasan yang pemimpin merika itu tak layak memimpin .
    Suka tak suka inilah mutu kepimpinan yang kita ada …….dan jangan terperanjat jika UMNO akan hilang tak lama lagi dek kerana kebebalan orang orang UMNO itu sendiri.
    UMNO memang sedang uzur dan menghidapi berbagai penyakit oleh kerana tidak menjaga permakanan disepanjang perjalanan meniti usia .

    • acid says:

      Tubir says : Tapi yg peliknya orang orang UMNO sendiri samada tak perasan ataupun memang buta hati perut sampaikan tak perasan yg pemimpin merika itu tak layak memimpin.

      Hang bawa persoalan, tapi hang sendiri dah jawab. Tubir says : Suka tak suka inilah kepimpinan yg kita ada….

      Jadi, dengan persoalan dan jawapan yg hang sendiri bagi, adakah patut hang kata orang UMNO buta hati perut ?

    • alimedanbaru says:

      betul Tubir
      bila terlebih berkompromi
      lagi kepala dipijak
      cuba bertegas, berani dan garang
      baru diaorang tahu prinsip kita
      ini tak
      jadi tak berprinsip
      perkara yg tak perlu marah disibukkan
      yang perlu marah didiamkan pulak
      macam tak ada apa-apa
      ingat wahai pemimpin
      kalau tak tahu marah
      maka DAYUSLAH jawabnya!

    • bujuk says:

      Pemimpin yg. berani dan tegas adalah pemimpin Islam yg. amalkan Islam dalam hidup dia. Tau dosa/pahala, cinta syurga dan takut neraka. Tapi kalau dosa/pahala/syurga/neraka d katakan rasuah…. nak kata apa?

      • raplahjingaa says:

        bukan rasuah la bujuk…sedekah !

      • anakbochek says:

        Kalau pegawai terima imbuhan sebab pergi bercuti di oversea dikatakan itu rasuah tapi kalau pergi naik haji yang ke berapa kali itu dikatakan “dah orang nak bagi, kito ambik lah…”

      • gambus says:

        caman nak tahu dosa dan pahala ??? bila pemimpin mereka buat semuanya jadi tak berdosa pulak !!! malah diputar belit demi politik !

        nak cinta syurga dan takut neraka ?? sedangkan ada pemimpin yang seolah menjadikan syurga dan neraka tu didalam tangan mereka , seolah mereka ni memegang tiket syurga dan neraka !!!

        yang lagi hebat bila menjadikan rasuah tu sedekah !!!

  6. alimedanbaru says:

    pada zaman Rasululah
    ada sahabat yg garang menyinga
    seperti Umar Al Khatab
    ada sahabat yg sederhana
    spt Abu Bakar Al Sidiq
    namun Abu Bakar sebaik memegang tambuk negara
    perang dimulainya terhadap yg enggan berzakat
    begitu juga Rasulullah
    selepas menang perang
    ada tawanan dihukum tetapi hidup
    dan ada juga tawanan yg terus dihukum bunuh dan pancung
    apa pun hukuman tetap berjalan
    sesuai dan kena kpd apa yg dilakukan pesalah tawanan
    kompromi pada yg sepatutnya
    BERTEGAS kepada yg SEWAJARNYA
    itulah MARUAH dan HARGA DIRI…

    • bujuk says:

      Mereka ikut hukum Islam… kita ikut hukum apa? Nasihat suruh laksana hudud taknak, alih2 Mufti kata himpunan aman pun bughah jugak. Tapi pemimpin negara.. senyap, tak tau nak kata apa. Ini susah bila pemimpin negara takda ilmu agama.
      Masalah sekarang pemimpin negara tak ikut Quran, tak ikut hukum Islam..mereka nak ikut kitab melayu@ hukum melayu. Tapi mananya kitab melayu? Jadilah pemimpin kita carca-marba, tak ketahuan, lalang dan tiada pendirian.

      • Mawar says:

        Beginilah bujuk….crita hudud ni sangat lama yg diperkatakan.
        Negeri kelantan skrg ini telah dapat greenlight dari pihak berkuasa negeri kelantan….mereka kata mereka bersedia jika kelate nak buat hudud….
        Mengapa kelantan belum buat hudud lagi bujuk?
        Mengapa munafik dgn negara sedangkan patutnya negeri kelantan boleh jadi contoh yg laksanakan hudud. Buktikan dahulu baru crita pada persekutuan.

        Masa pru13, pas dpt sama krusi dgn dap di selangor…aku rasse cukup kuat kalau pas kerjasama dgn pkr untuk buat hudud. Aku lah antara org yang nak tengok sangat sama ada ianya boleh dibuat atau tidak….tapi suara pas sangat lemah dan sangat dipijak2. Malah, pelacuran, pusat hiburan makin berleluasa, judi haram juga berleluasa…..kilang arak makin membesar di selangor…

        So pas yg munafik…dan penyokong yg munafik….sila buktikan sebelum keluar suara sumbang pada negara.

      • bangKano says:

        Weiii bujuk serba bengap lagi pandir…hukum islam apa yang hang mau kan …? Selama ni kerajaan di bawah BN dah berusaha sedaya upaya mengislam kan setiap sistem setakat kemampuan yang ada…adil,demokrasi ala islami,undang undang melindungi hak setiap warga negara,pendidikan holistik yang dah menjana ekonomi & status sosial. Ada ka semua sistem ni dah meroboh kan sistem islami di Malaysia…?

        Bujuk …sila hurai kan secagha rinci sistem islami yang lagu mana hang mau kan….?

      • gambus says:

        Nik ajis jelas taknak buat hudud , PAS sendiri menolak hudud bersama Pakatan !! malah hadi awang dah sampai jatuhkan hudud ni tak wajib pulak !!! camana ni bujuk ???

        Perhimpunan aman ?? tapi sibuk nak jatuhkan kerajaan dan nak buat buat huru hara , nasib baik Polis ada terus jadi penakut macai hina PAS semua tu wakakakakakaka

        Pemimpin PAS dan PKR sendiri mana pernah nak buat ikut Islam bujuk ?? apa hukum Islam dah wujud kat Selangor ni bujuk oleh PAS dan PKR ???! sedangkan kerusi DUN PAS banyak !!! sampai PAS dan PKR bersama puak kafir menghina dan memfitnah institusi Islam

  7. alimedanbaru says:

    kita tidak mahu
    bila tiba-tiba ujud DATO MAHARAJALELA moden ala Pasir Salak
    akhirnya yg disalahkan dato maharajalela
    yg dihukum dato maharajalela
    pesalah yg sebenar dimenangkan pulak
    nanti kita nak salahkan siapa sebenarnya..
    sebab tu pemerintah kena berani bertegas
    kekadang kena puji Singapura juga
    dalam hal ketegasan menghukum mereka yg rasis dan menyentuh maruah kaum lain..
    apakah susah sangan untuk kerajaan Malysia melaksanakan spr itu?

  8. kodok says:

    pemimpin melayu hayal dengan kedudukan yang diperolihi..dn lagi satu pantang tengok duit lupa maruah bangsa dan agama..

  9. shawn says:

    Apa yg pak ungku cakap ialah pemimpin melayu dari UMNo dan PAS memang lembik. Dgn cina byk takut. Terlampau nak jaga ati takut undi ilang.
    Terlampau nak pikir mau kaya otak dah jadi sampah. Bahasg melayu diabai dan diperendahkan sbgai penyatu rakyat. Walhal Sukarno dah guna bahasa melayu jd penyatu rakyat indonesia.

  10. baba says:

    masalahnya skrg kalau jadi berani di cop rasis……ni semua pasal anwar yg rosakkan pemikiran cina malaysia…dulu ok saja

  11. Jambol says:

    Kami berharap agar PM dan menteri-menterinya membaca, membuka mata mereka dan, yang lebih penting lagi, memandang serius dan mengambil tindakan tegas dan berani tentang apa yang disuarakan oleh Pak Ungku ini. UMNO perlu memandang serious pendapat Pak Ungku bahawa “pada hari ini tak ramai pemimpin Melayu yang garang. Banyak pemimpin yang kompromi sana, kompromi sini – tiada pendirian yang teguh”. Ini sangat-sangat dipersetujui oleh ramai rakyat Malaysia, termasuk penyokong-penyokong UMNO sendiri. Najib terbukti seorang pemimpin yang lembik, walaupun tidak sebodoh Pak Lah.

    Najib belum terlewat untuk bertindaklah dengan tegas dan berani agar disanjung oleh negara dan bangsa. Kembalikan kehormatan kedudukan “Perdana Menteri” yang sekarang ini dipermain-mainkan oleh pembangkang. Mungkin Najib itu tidak penting, tetapi kedudukan “Perdana Menteri” perlu dijaga dan dihormati oleh seluruh rakyat, bukan saja masyarakat Melayu.

    Buat baik berpada-pada.

    • Mawar says:

      Najib semakin hilang pengaruhnya kalau tak buat sesuatu. Tindakan populis belum jamin apa2, contoh:bagi kesronokan pada cina sjkc, peruntukan tak menasabah.
      Tapi bila tindakan bukan populis dilaksanakan(contoh naik harga minyak) , rakyat akan mula bosan dgn kerajaan memerintah, ditambah garam pula dgn puak cina komunis untuk manipulasi harga.

  12. bangKano says:

    Memng betoi pendapat Ungku Aziz ramai rakyat Malaysia terutama elit melayu sendiri berasa malu nak berkomunikasi apa lagi wacana ilmu dalam bahasa melayu…termasuk anak pompuan dia sendiri yang memegang sebagai Governor Bank Negara. Fenomena ni jelaih sejak PPSMI di kuat kuasa pada tahun 2002 ataiah kemahuan Tun M sendiri….hancoq hancoq bahas melayu di punah kan sendiri oleh pemimpin melayu berminda ketawanan/captive mind malay leader.

    Oh melayu…apa la nasib mu di tanah tumpah darah nya sendiri……!!!!

  13. adi says:

    aku sependapat dengan engku aziz…

    Tapi nak cari pemimpin yg sejati bukan senang..pemikiran bangsa melayu yg angguk di depan tapi tak lekat dihati susah nak dibendung…

    Banyak perkara di malaysia yg nampak bertujuan memajukan bangsa melayu tp sebenarnya merosakkan..

    Cth…wujudnya banyak ipta ipts tanpa berfikir tentang kualitinya..penuntut diberikan pinjaman sedangkan belum jelas bidang pekerjaannya..ini sebenarnya idea yg sangat pelik dari pemimpin melayu..

    Graduan melayu bersijil tetapi jadi penganggur berhutang..nasib melayu lebih malang berbanding tahun 70an..

    Ini kah yg difikir pemimpin sekarang?? Memalukan..

    Bila melayu memberontak akibat tekanan hidup..br1m disuap..ajaran2 yang membuat melayu hidup dlam kebergantungan pada orang lain..

    Melayu perlu perubahan…kita perlu pemimpin yang berdiri atas kemahuannya membentuk jati diri melayu..

  14. adi says:

    Mungkin kita sebagai melayu perlu sesuatu yg dapat menyedarkan bangsa kita..kita perlu jatuh untuk bangkit semula..kita perlu ditampar supaya sedar dari lamunan..kita perlu sakit untuk sembuh….

    Belajar lah melayu…belajar lah sedar….

Leave a Reply

Threesome