Menu Utama

Langat 2: Xavier Marah Khalid Tolong Kerajaan Pusat Bantu Rakyat?

Marah benar nampaknya ADUN Seri Andalas, Dr. Xavier Jayakumar, bila MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim meluluskan pembinaan loji rawatan air, Langat 2, yang tertangguh pembinaannya sejak tahun 2008. Geramnya hingga sanggup menulis ketidakpuasan hatinya di portal Malaysiakini!

Pada Rabu lalu, Khalid memberitahu media bahawa Langat 2 diluluskan Kerajaan Negeri Selangor ekoran kegagalan Kerajaan pimpinannya mengambil alih keempat-empat syarikat konsesi air di negeri itu mengikut kaedah penguatkuasaan Seksyen 114, Akta Wasia, demi kepentingan rakyat.

Peliknya, walaupun Xavier yang sebenarnya marah pada Khalid, dia babitkan nama “rakyat Selangor”. Tajuk tulisannya, “Langat 2: Rakyat Selangor Terkejut MB Buat U-Turn”, membuktikan Xavier cuba mempergunakan nama “rakyat Selangor” untuk melampiaskan kemarahannya.

Betulkah rakyat Selangor marah dengan tindakan Khalid Ibrahim itu?

Dalam perkembangan yang sama, budak setahun jagung yang di”gah”kan dengan jawatan Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli, cepat-cepat memberi “amaran” pada Kerajaan Pusat supaya tidak menaikkan tariff air di Selangor selepas industri air di Selangor dikendalikan oleh KeTTHA. Boleh “warning” pula?

Syabas saya ucapkan pada Khalid atas tindakan meluluskan pembinaan Langat 2. Cuma saya agak terkilan, kenapa dia lewat sangat buat keputusan begitu? Apa yang membuat dia melengah-lengahkan pembinaan Langat 2? Kenapa dia tidak teruskan saja Langat 2 pada tahun 2008? Sebab partinya tak beri izin?

Sebelum ini jenuh Khalid beri alasan. Nak tadah air hujan, nak gunakan air lombong, nak proses air kumbahan pun ada! Ada sekali dia jemput pakar perkhidmatan air dari Kanada untuk selesaikan kemelut air di Selangor. Tapi kaedah “imported from Canada” (padahal teknologi membran ada di Malaysia sudah 7 tahun!) juga tak nampak bayang…!

Selepas rakyat Selangor tak mandi, membasuh di sungai, guna air kolam di masjid dan terpaksa guna air hujan, baru dia nak luluskan? Selepas rakyat Lembah Klang selalu terputus bekalan air berminggu-minggu dan selepas puas menghentam SYABAS dan UMNO/BN, baru dia nak luluskan? Terima kasih MB Selangor. Lain kali, “dengarlah lagi cakap parti”…

Kini Khalid angkat “bendera putih”. Kononnya tak mampu beli semua syarikat konsesi air Selangor yang dianggarkan bernilai lebih RM9 billion itu. Betullah Kerajaan Selangor tidak berduit dan miskin. Sebab itu gaji Khalid, Speaker, Timbalan Speaker dan kawan-kawannya naik lebih 350%, kan? Maklumlah, Selangor “tak ada duit” untuk rakyat, untuk kocek sendiri?

Berbalik pada Xavier, dia menegaskan bahawa prinsip PKR tidak mahu melihat Langat 2 dibina. Kononnya tender membina Langat 2 diberikan pada kroni UMNO/BN. Padahal, tender Langat 2 itu adalah tender terbuka dan semua pihak termasuk kontraktor PKR, DAP mahupun PAS layak untuk memohon.

Masuklah memohon dan jika Allah sudah tetapkan rezekinya pada kontraktor PAS, mungkin kontraktor itu akan dapat tender itu. Tak kisahlah siapa yang dapat tender, asalkan Langat 2 terbina dan rakyat Selangor serta Lembah Klang dapat manfaatnya, bukan?

Yang menghairankan, kontraktor pula yang dirisaukan Xavier. Tapi derita rakyat yang terputus bekalan air itu tidak pula disebut dalam artikelnya yang panjang lebar itu. Macam itu “pembela nasib rakyat”?

Rafizi pula sampai beri amaran pada Kerajaan Pusat untuk tidak naikkan tariff air di Selangor? Siapa Rafizi? Sila rujuk perjanjianlah. Kalau tiba masanya mengikut perjanjian, maka naiklah tariff air nanti, bukan? Atau Rafizi takut nak bayar caj import air dari Pahang?

Boleh. Rafizi boleh “halang” kenaikan tariff air di Selangor nanti. Kalau caj import air dari Pahang dinaikkan mengikut perjanjian, sudah tentulah ada sedikit kos yang perlu ditambah. Tapi kalau Rafizi tak mahu kos tersebut dibayar oleh rakyat, dia boleh minta Kerajaan Negeri Selangor bayarkan untuk rakyat sebagai “subsidi air”, kan? Rafizi kan “prihatin”…

Tapi, kalau Kerajaan Negeri Selangor yang bayar harga “subsidi air” itu, maka samalah juga ia dibayar menggunakan duit rakyat. Kalau Rafizi benar-benar “prihatin”, gunakan duit koceknya sendirilah!

Sepanjang hidup saya, saya belum pernah jumpa harga sesuatu benda atau perkhidmatan yang tidak meningkat. Beras, garam, gula, kopi dan teh, semuanya naik harga sejak kita menggunakan “mata wang”. Misalnya, ibu saya memberitahun bahawa gula dan garam dulu hanya berharga sekati 5 sen. Tapi sekarang? Samalah juga dengan harga “bekalan air bersih”. Itu proses normal!

Takut sangat dengan harga barang naik. Kononnya BN ertinya “barang naik”. Kalau Pakatan Haram memerintah maka tiada barang yang naik harga, kah? PAS memerintah Kedah selama 5 tahun pun sempat naikkan harga air! Di Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor ada harga barang yang turun, kah? Budu pun naik harga..! Air pun naik harga juga, kan?

Ingatlah. Keperluan rakyat Selangor lebih penting dari politik. Prinsip PKR itu tidak betul. Kontraktor projek dilihat lebih penting dari keperluan hidup rakyat? Sepatutnya ia terbalik, keperluan rakyat lebih penting dari kontraktor. Tender Langat 2 itu telus dan boleh diperiksa pada bila-bila masa.

Atau Xavier dan Rafizi mahu berpolitik sebenarnya dalam isu Langat 2 ini? Seorang mahu tegakkan “prinsip politik gila” dan seorang lagi mahu jatuhkan Khalid sebagai MB di Selangor? Rafizi mahu putar belit akal rakyat yang lebih memilih air dari wang sekitar 2-3 ringgit? Atau Xavier sendiri yang nak jadi MB?






49 Komen to Langat 2: Xavier Marah Khalid Tolong Kerajaan Pusat Bantu Rakyat?

  1. Anak_Nogori says:

    Dlm pada itu sempat lagi Rafizi memberitahu bahawa kerajaan Selangor selepas ini tidak boleh memberikan jaminan akan memberikan air percuma lagi kpd rakyatnya..strategi beliau itu sekiranya takrif air sekiranya dinaikkan maka tak perlulah Pakatan Haram tu mengeluarkan subsidi airnya utk mengekalkan janji2 PRU mereka dulu…so..senanglah mereka memberitahu macai2 mereka bahawa itu bukan salah mereka, tapi salah UMNO.

    Cuma macai2nya takkan terfikir kalau Talam boleh diselamatkan dgn wang rakyat Selangor..takkan rakyat sendiri tidak dapat diselamatkan dgn subsidi air.

    Nama pun macam..kan moo, bujuk kann.

    • saiful says:

      Najib bacul

      Najib dayus

      Najib pondan

      Najib lembik bapok tak tegas

      Gagal memerangi pemberontak nasrani

      Gagal membenteras pelampau cina dap komunis samarata

      Gagal menangkap subversif pas kopiah khawarij barua dap

      Gagal mendakwa pengkhianat anwar homosex kj marina mujahid murtad liberal

      Gagal menaikkan sosio ekonomi melayu cina gak yg kaya

      Gagal menutup sekolah cina the source of evil rasist

      SILA LETAK JAWATAN

      SILA LETAK JAWATAN WAHAI NAJIB PONDAN

    • Moohyideeeeen says:

      Tapi masih bagi percuma.

      Jamin jamin minyak tak naik…tapi hampeh…

  2. WTF says:

    Mengapa kerajaan negeri Selangor sejak tahun 2008 mempolitikkan isu Langat 2.

    Ini bermula dgn hasrat kerajaan negeri Selangor atas isu pembelian semula syarikat2 konsesi pembekalan air yg akhirnya tak menjadi kenyataan.

    Di samping itu, kerajaan negeri Selangor tidak mahu meluluskan Langat 2 dgn alasan mengkaji alternative selain projek Langat 2 seperti teknologi membrane dan tak tahu apa lagi kajian (tak tahu berapa kerajaan negeri Selangor bayar consultant, macam Najib pulak Khalid Ibrahim ni)

    In the end, kerajaan negeri Selangor lambat membuat keputusan (ya, dari 2008 hingga 2013) meluluskan project Langat 2 untuk mengatasi masalah pembekalan air di negeri Selangor dan juga di Wilayah Persekutuan seperti Kuala Lumpur dan Putrajaya di tahun akan datang.

    Terus terang, di tahun2 akan datang, masalah pembekalan air di Selangor, Kual Lumpur dan Putrajaya will be at critical stage.

    And…I do not believe anyone (walaupun kerajaan negeri Selangor jatuh semula dibawah pimpinan UMNO/BN) boleh selesaikan masalah ini.

  3. raplahjingaa says:

    Ni apa cerita, FB prof engku Aziz sebenarnya adalah imposter cacai pembangkang. Prof engku Aziz tidak pernah mempunyai account FB. Pihak prof engku Aziz sedang berusaha mengesan cacai yang menyamar.

    hahahahahahah….dey moooo, checkmate !!!

  4. baba says:

    yg tak puas hati ialah org2 pakatan bukan majority rakyat selangor. keling ni saja nak tunjuk kata rakyat tak puas hati

  5. Anak Lenggong says:

    1. Pihak PR boleh buat apa sahaja ..memfitnah, mencaci dan menghina..tetapio pabila kes dibawa ke Mahkamah mereka akan dengan selambe berok je memohon maaf dan kes diselesaikan diluar mahkamah sedang orang yang dihina sebelum ini sudah menerima akibat daripada pembohongan puak PR ni..
    2. Pegi Tanya si Rafizi tu..apa cite dengan tarik kenaikan air di Klentan dan Penang..Alas an kedua-dua negeri ini kenaikan terpaksa dilakukan disebabkan kerajaan negeri sudah tidak sanggup menanggung beban subsidi…yang ni kenapa dok diam je ..sama jugalah dengan kenaikan kadar caj sewa lessen perniagaan di Selangor..kenapa diam..sedangkan disebabkan kenaikan ini lah menyebabkan harga barangan naik..

    MOOH EMBU NI PROPA UMNO JUGAK KE..DAH TAK RETI NAK ULAS MULA COPY PASTE BENDA LAIN..

  6. decepticon jr. says:

    projek dah tertangguh 5 taun,pasti kos projek ni semakin bertambah.tapi bila tiba bab kene batang hidung sendiri,cai cai pr menikus wat poyo je .mcm mereka tak pernah bermatian membantah dgn rasa bijaknya berkenaan isu air ni.siapa yg salah skng?

  7. saiful says:

    Najib bacul

    Najib dayus

    Najib pondan

    Najib lembik bapok tak tegas

    Gagal memerangi pemberontak nasrani

    Gagal membenteras pelampau cina dap komunis samarata

    Gagal menangkap subversif pas kopiah khawarij barua dap

    Gagal mendakwa pengkhianat anwar homosex kj marina mujahid murtad liberal

    Gagal menaikkan sosio ekonomi melayu cina gak yg kaya

    Gagal menutup sekolah cina the source of evil rasist

    SILA LETAK JAWATAN

    SILA LETAK JAWATAN WAHAI NAJIB PONDAN

    • system baru says:

      bila anwar nak jadi pensyarah jika kalah anwar pembohongan, bila anwar tunai janji nya dalam manifestor pru 12,13 anwar kuat kencing..
      najib berjaya tunai janji 90% anwar gagal tunai janji nya 99%
      mana lagi baik gagal atau berjaya

  8. Moohyideeeeen says:

    SHAH ALAM – Kenaikan harga ayam bermula minggu lalu tidak dapat dielak berikutan harga yang ditawar pembekal naik setiap tiga hari sekali.

    Keadaan ini berlaku dikatakan berpunca daripada penternak yang menaikkan harga.

    Peniaga ayam, Shahrul Nizam Ismail, 31, berkata, pihaknya tidak dapat mengelak daripada menaikkan harga ayam kerana harga yang ditawar pembekal turut tinggi.

    “Kalau minggu lepas, kita boleh lagi menjual dengan harga RM7.70 sekilogram, tapi bermula hari ini kita terpaksa naikkan RM8 sekilogram.

    “Ini memang tak dapat dielakkan. Harga ayam tak menentu dan selalunya ia akan naik setiap tiga hari sekali,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

    Tinjauan di Pasar Seksyen 6, turut mendapati peniaga ayam meletakkan harga sama untuk setiap kilogram ayam standard.

    “Jangan salahkan kami jika harga naik. Kita sendiri mahu tampung gaji pekerja, beli plastik dan harga minyak. Dengan harga sekarang ini pun, untung yang kami dapat sama saja RM1 seperti sebelum ini,” katanya.

    Shahrul tidak menafikan dengan harga yang semakin tinggi, permintaan daripada pelanggan turut menurun.

    Menurutnya, sebelum ini masuk saja tahun baharu, harga ayam akan turut sedikit seiring dengan sesi baharu persekolahan, tetapi berbeza tahun ini apabila harga barangan terus naik dan dijangka ti dak akan turun dalam masa terdekat.

    Beliau berharap kerajaan membuat pemantauan ketat terhadap ladang ternakan ayam yang membekal ayam kepada pembekal kerana selama ini, hanya peniaga disalahkan.

    Mengenai harga ikan, ia turut mengalami kenaikan dari 20 hingga 30 peratus mengikut jenis ikan sejak minggu lalu dan peniaga turut merungut dengan kenaikan ini hingga menjejaskan perniagaan mereka.

    Peniaga ikan, Amirul Omar, 20 berkata, kenaikan harga ikan tidak dapat dielakkan disebabkan faktor cuaca dan musim tengkujuh yang melanda negara.

    “Kebiasaannya, kami hanya akan mengambil stok ikan kepada nelayan tempatan kerana gred ikan yang baik berbanding nelayan asing,” katanya.

  9. Moohyideeeeen says:

    HARI cuti Maulidur Rasul semalam membolehkan saya keluar ke pasaraya untuk dapatkan barang keperluan. Sambil melangkah, saya membaca pelbagai mesej di telefon. Saya menerima banyak sekali pesanan serta video melalui SMS dan Whatsapp daripada kawan-kawan mengenai selawat, peribadi dan hadis-hadis mengenai keunggulan Rasulullah s.a.w.

    Tiba-tiba isteri saya mengunjuk susunan pinggan porselin yang cantik. Bila saya nampak dia begitu teruja, saya mencapai sebuah pinggan dan membeleknya. Memang cantik. Tetapi entah mengapa hati saya bertanya, bagaimanakah bekas makanan baginda?

    Saya pernah terbaca dalam sebuah riwayat bahawa gelas minuman Rasulullah s.a.w diperbuat daripada kayu. Apakah pinggannya juga daripada kayu? Samada kayu mahupun porselin, bila mengingatkan kesederhanaan Rasulullah s.a.w dan gambar-gambar artifek sejarah pinggan mangkuk, saya hampir pasti buatannya tidak secantik mangkuk yang saya pegang itu.

    Pada hari ini, berapa bekas makanan yang kita ada? Apakah set 12 keping, 18 keping atau 32 keping? Kita ada piring, pinggan dan mangkuk. Ada cawan, gelas dan kole. Ada sudu, camca dan garfu. Lain hidangan, lain set pinggan mangkuk yang kita akan gunakan. Bandingkan apa yang kita ada dengan apa yang Rasululullah s.a.w gunakan. Kita jauh lebih bermewah daripada nabi kita.

    Fikiran saya melayang dan terbayang rumah baginda yang pernah saya tatap di internet. Hanya ada sebuah ruang tamu dan sebuah kamar. Rumah kita pula bagaimana? Dua bilik? Tiga bilik? Sepuluh bilik? Rasulullah s.a.w duduk di atas lantai. Kita ada set sofa di ruang tamu, set kerusi di meja makan dan kerusi di beranda. Ada pelbagai bentuk, buatan dan material.

    Tempat tidur Rasulullah s.a.w diperbuat daripada kulit binatang dan berkusyenkan sabut kurma. (HR at-Tirmizi). Bagaimana pula tempat tidur kita? Kita ada katil single atau queen size, king size, siap dengan tilam spring, bantal, bantal peluk, comforter dan selimut. Bilik tidur kita ada tirai, langsir, karpet dengan pencahayaan lampu serta muzik yang boleh membuatkan kita tidur mati.

    Dan jangan lupa, hidupnya sebagai pemimpin seperti tiada privasi kerana sentiasa dikelilingi sahabat dan pengikutnya. Hinggakan orang biasa seperti orang kampung badwi boleh sahaja berkunjung ke rumah baginda pada bila-bila masa dengan tiada protokol atau adab hingga ALLAH SWT menurunkan ayat 4 dan 5 surah al-Hujurat yang menerangkan mengenai adab sopan ketika berkunjung ke rumah baginda (merujuk tafsir ibnu Katsir).

    Kita orang biasa pun boleh sahaja tutup pintu bila pulang ke rumah kerana mahukan privasi. Ada juga yang gunakan loceng atau gunakan intercom door speaker bagi tetamu memanggil untuk memperkenalkan diri sebelum kita membuka pintu pagar automatik.

    Rasulullah s.a.w tidak ada cuti umum, cuti hujung minggu, cuti kecemasan dan apatah lagi cuti tahun. Baginda sentiasa on-call. 24-7. Baginya, tiada istilah penat untuk berdakwah dan berjihad. Baginda pemimpin umat, malah pemimpin dunia. Bandingkan dengan kita yang ada pelbagai cuti. Bila bercuti, kita tutup telefon dan ghaib tak nampak batang hidung.

    Apa yang berlaku pada kakitangan, pekerja bawahan atau rakyat tidak kita pedulikan. Tunggulah hingga kita pulang bercuti, baharulah kita akan menjenguk dan baharu hendak bercakap seolah-olah mereka sentiasa di hati kita.

    Rasulullah s.a.w merantau jauh untuk menyampaikan seruan Islam. Kita pun merantau jauh juga. Tetapi hanya merantau jauh di alam siber. Dan kita tidak semestinya menyebarkan dakwah agama kita yang suci ini. Malah, ada di antara kita yang tanpa sedar menyebarkan kebencian sesama seagama. Kita handal berdakwah hanya kepada saudara seagama tetapi tidak terucap walau sepatah perkataan mengenai Islam pada jiran di sebelah rumah yang belum mengenali Islam.

    Jika kita tidak dapat mengislamkan seorang kafir, mengapa kita tergamak mengkafirkan seorang Islam yang lain? Betulkah perbuatan, perilaku dan pengucapan kita seiring dengan apa yang Rasulullah s.a.w sarankan? Dalam skala 1-10, apakah sudah sampai skala satu?

    Dan jangan kita lupa, Rasulullah s.a.w tidak pernah menyambut hari lahirnya. Jadi, maaf cakap… kita fikirlah sendiri.

    • WTF says:

      “Dan jangan kita lupa, Rasulullah s.a.w tidak pernah menyambut hari lahirnya. Jadi, maaf cakap… kita fikirlah sendiri.”

      Pesanan yg hang patut bagi pada Nicky Ajis!!!

      Mueh4444

      • raplahjingaa says:

        Sambutan maulidul rasul nik ajis kata bidaah, yang dia sebat kek 3 tingkat sambut hari jadi dia tu nak kira apa pulak ??

        Tu tak kira dia ” dijemput ” kerumah karpal sink untuk makan kek hari jadi sambil diperhatikan oleh bulldog karpal.

        • Hamba Ar Rahman says:

          Tu belum masuk kes mengkafirkan saudara se Islam….mendoakan orang lain KO, menyamakan rasulullah dengan mamat2 kampung…dah lah tuu Moo…tak payah nak menyamar alim dan wara dengan membawa cerita2 orang lain…hang cuba belajar satu hari tak menipu dan tak buat fitnah….tak pun hang pi jual aja peugeot hang tu….bawa motor kapcai jer…and jangan pergi minum teh di KLCC yang sekali teguk caj sampai RM300….boleh ker ?…

    • gambus says:

      Nik ajis tu sambut harijadiya bersama puak kafir yang jelas anti Islam dan anti Melayu ..

      PAS ni makin pelik , Maulidur rasul tak boleh minum holy water tu boleh !! hebat sungguh PAS si pelacur agama ni kalau bercakap !

  10. ellyn says:

    Kah kah Kah… terlondeh nampaq teloq la hang nih mooh, tahap budak beringus punts standard. Cut & paste ker?

  11. DataCode says:

    Xaviar perjuangan beliau untuk siapa sebenarnya…padahal langat 2 untuk rakyat bukanya untuk mb selangor dan bukan untuk satu bangsa,mungkin projek itu tidak dapat pada dia,kalau dapat bisu dan akan puji melambung lah….

  12. gambus says:

    apapun pemimpin Pakatan ni memang tak boleh diharapkan pun !

  13. bangKano says:

    Pemimpin PR ni seperti baruah baruah tak bermarwah langsung..tengok foto tu dia sedang lena tidoq masa bertugas dan ada 4 briefcase di sebelah kanan nya. Dah tentu apa isi dalam nya…? Dokumen,wang tunai ato tuala & spenda….?

    Lu pikir pikir la sendiri….Pariah Rakyat la kata kan…!!!

  14. hells angel says:

    Aku dok dlm construction and yg aku perasan even main con tu bn tp subkon pas saje klo da xnk sgt ngn bn tu tolak sume jgn tolak yg xmasuk poket je asal masuk poket xde bn xde pas xde pr mmg klo jnis ni stok lalang

Leave a Reply

Threesome