Menu Utama

Konflik PKNS, Azmin Dan Khalid Bakal Hancurkan Selangor?

Pembangkang gagal lagi. Ketidakupayaan mereka makin ketara. Rakyat makin nampak dengan jelas. Kegagalan mereka menangani isu kecil di dalam sebuah negeri sahaja telah membuktikan ketidakmampuan mereka untuk mentadbir negara.

 

Konflik pengguguran Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dari Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) seolah-olah sebuah cerita kartun dan permainan “pondok-pondok” oleh pemimpin pembangkang. Mereka telah menyalahgunakan kepercayaan yang telah diberikan oleh rakyat Selangor.

 

Kita boleh lihat bahawa pembangkang mengalami krisis dalaman yang teruk. Ini telah memberikan persepsi yang amat buruk kepada penyokong pakatan di Selangor. Kononnya desas desus sengketa antara Azmin Ali dan Khalid Ibrahim sudah sampai kemuncaknya. Kononnya wujud pihak ketiga yang cuba melagakan Azmin dan Khalid.

 

Pihak pembangkang mengakui wujudnya perbezaan pendapat antara Azmin dan Abdul Khalid kononnya untuk mencari idea terbaik bagi memastikan masa depan rakyat dan negeri ini terjamin pada masa akan datang. Hakikatnya rakyat tahu bahawa kedua-dua mereka mempunyai terlalu banyak kepentingan peribadi untuk diperjuangkan. Rakyat sebenarnya tidak ada dalam agenda perjuangan mereka.

 

Sebelum ini pengumuman Azmin tidak dikekalkan sebagai ahli lembaga pengarah dalam PKNS bagi penggal baharu. Beliau telah dimaklumkan mengenai perkara ini pada Khamis melalui panggilan telefon, menurut sumber dalaman parti. Azmin juga tidak diberi masa untuk berbincang mengenai kemungkinan lanjutan tempoh perkhidmatan beliau.

 

Namun begitu kita terus diberikan kejutan apabila timbul satu lagi konflik baharu melibatkan dua pegawai dalam PKNS. Pengurus Besar dan Setiausaha anak syarikat kerajaan negeri itu pula ditukarkan serta-merta ke Ibu Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK). Pengumuman pertukaran Othman Omar dan Norita Mohd. Sidek itu dibuat oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerusi satu kenyataan rasmi hari ini.

 

Satu surat kuasa telah diberikan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohamed Khusrin Munawi untuk melaksanakan tindakan pentadbiran terhadap Pengurus Besar dan Setiausaha PKNS itu. Ia membolehkan Setiausaha Kerajaan Negeri melakukan siasatan dalaman bagi merungkai persoalan yang melibatkan fakta dan undang-undang. Nampaknya konflik PKNS berada dalam keadaan yang cukup parah.

 

Sebelum ini Khalid Ibrahim menegaskan kononnya kerajaan negeri tidak mempunyai kaitan dalam isu penamatan Azmin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKNS selain menyatakan keputusan itu telah dibuat oleh Othman. Namun Khalid “kantoi” kerana kenyataan beliau bercanggah dengan kenyataan dikeluarkan PKNS menerusi Norita iaitu penamatan Azmin dibuat selaras dengan keputusan Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri pada 13 November lalu yang disahkan pada 4 Disember.

 

Rupa-rupanya kuasa melantik Ahli Lembaga Pengarah PKNS adalah di tangan MMKN dan bukannya Pengurus Besar selaras dengan klausa 4(1) enakmen penubuhan PKNS. Kemelut ini perlu diwar-warkan kepada rakyat. Kebenaran ini bakal membuka mata rakyat akan kerakusan kuasa yang berlaku dalam pembankang. Mereka bakal menghancurkan milik rakyat dalam pertarungan sengit dan kejam dalam merebut kuasa, pangkat dan harta demi kepentingan peribadi.






7 Komen to Konflik PKNS, Azmin Dan Khalid Bakal Hancurkan Selangor?

  1. raplahjinggaa says:

    marilah kita sama-sama bertayam!
    hahahahahahahahahahaha!

  2. korokstabang says:

    macam monyet berebut ntah apa ke benda

  3. jombo says:

    PKR = Pakatan Kera Ranggi

  4. omega says:

    Elok la PKNS ranap dan rosak. selama nie pun ramai staff dia tak pernah nak rasa bersyukur dan berterima kasih bila dapat bekerja disitu. Zaman BN mereka-mereka inilah yg jadi penghasut dan perosak dasar kerajaan. Bior lingkup jer dan lantaklah apa nak jadi dgn pkns. Dah zaman org menipu diberi kuasa..

Leave a Reply

Threesome