Menu Utama

KHALID TUNDUK KEPADA DAP TEKAN JAIS

Kemelut isu kalimah Allah membuktikan kepada rakyat pembangkang tidak boleh diharapkan untuk menjaga kedaulatan dan martabat Islam di negara ini.
Bukan sahaja parti seperti Pas yang sepatutnya memperjuangkan Islam secara jujur dan ikhlas malah pemimpin mereka bersekongkol dengam parti anti Islam, anti Melayu dan rasis seperti Dap untuk menekan dan menentang Islam.
Ketika majlis angkat sumpah jawatan menteri besar di hadapan Sultan Selangor, Khalid Ibrahim berpakaian lengkap sambil memegang tombak diraja.
Antara lain dalam sumpah terima jawatan, Khalid membuat akujanji di hadapan baginda dengan disaksikan semua pembesar negeri, pegawai tinggi kerajaan dan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri bahawa beliau akan mempertahankan kedudukan Islam dan tidak melakukan apa-apa perbuatan yang boleh mencemarkan agama.
Ini kerana, sultan adalah ketua agama negeri dan jika imej Islam dibiarkan tercalar, maruah sultan dan umat Islam di negeri itu juga terjejas.
Apa yang berlaku di dalam isu perampasan lebih 300 naskah Alkitab milik Bible Society of Malaysia ialah menteri besar sendiri yang menentang dan mempersalahkan Jabatan Agama Islam Selangor atas tindakan itu.
Beliau sepatutnya mempertahankan agensi kerajaan tersebut kerana ia menjalankan tugas selaras dengan fungsi yang termaktub di dalam piagam penubuhannya.
Bukan sahaja tanggungjawab JAIS menjalankann operasi membanteras penyebaran ajaran sesat yang bertentangan Islam mazhab Sunnah wal Jamaah, tetapi juga memastikan juga tidak ada campur tangan agama lain dalam urusan Islam.
Di dalam hal ini, pihak mahkamah sehingga ke peringkat mahkamah rayuan telah memutuskan majalah Herald tidak dibenarkan menggunakan kalimah Allah di dalam mana-mana penerbitannya.
Malangnya pengarang Herald, Father Lawrence Andrew menunjukkan sikap angkuh dan sombong dengan mencabar ketetapan undang-undang dan mahu terus menggunakan kalimah Allah di dalam Alkitab.
Perbuatan biadapnya itu sudah tentu tidak akan diterima pihak Jais mahupun umat Islam dengan berdiam diri.
Atas prinsip itu maka pihak Jais menguatkuasakan kuasa merampas yang dibekalkan kepadanya.
Tiba-tiba Jais pula yang dipersalahkan oleh menteri besar dan mengarahkan agensi itu merujuk kepada Kementerian Dalam Negeri berhubung tatacara penguatkuasaan.
Peliknya pihak gereja yang keras kepala dan tidak menunjukkan hormat kepada sultan selaku ketua agama, Jais pula yang terpaksa menerima bahana.
Pujian patut diberi kepada pihak yang kini menyiasat pengarang bongkak tersebut di bawah Akta Hasutan.
Tindakan tegas hars diambil kepada mana-mana pihak yang berfikir mereka boleh melakukan apa sahaja sehingga menghina Islam dengan menyorok di belakang prinsip kebebasan.
Sebenarnya sikap tidak mempertahankan Islam yang ditunjukkan oleh Khalid adalah beliau ditekan hebat oleh Dap yang memainkan peranan sebagai dalang di dalam isu ini.
Khalid hanyalah boneka bernyawa yang tidak boleh mengambil apa-apa sebagai menteri besar tanpa arahan atau kebenaran Dap.
Dap lah yang sebenarnya berkuasa di Selangor, bukan PKR atau Pas.
Dap lah menteri besar de facto kerana semua dasar dan program mesti mendapat restu parti perkauman itu.
Menteri Besar berbangsa Melayu hanya digunakan sebagai rubber stamp untuk menghalalkan segala perancangan licik Dap yang merugikan orang Islam dan Melayu.
Pas juga berkerjasama dengan Dap untuk menekan Islam kerana tamakkan kuasa dan pangkat.
Pas juga dianggap sebagai tunggul oleh Dap kerana itu ia amnat takut sekali bersuara lebih daripada yang dibenarkan oleh bosnya.
Sekadar melepaskan batuk di tangga Pas dilihat tidak langsung mempertahankan kesucian Islam apabila diserang bertubi-tubi oleh Dap, gereja dan orang kafir.
Ia lebih sibuk menganjurkan demonstrasi anti Israel dan menyertai himpunan gulingkan kerajaan daripada benar-benar mempertahankan isu kalimah.
Melihat keadaan ini tidak sukar untuk difahami jika pembangkang berkuasa, Islam dan Melayu adakan menjadi sasaran pertama dan utama mereka.



« (Previous News)



4 Komen to KHALID TUNDUK KEPADA DAP TEKAN JAIS

  1. Kayu says:

    Memang pakatan haramjadah tidak boleh diharap untuk menjaga kepentingan Melayu dan Islam dinegara ini ,,.kalau dengan kuasa yang sikit dengan menang beberapa negeri pun dah besar kepala dan asyik nak membela kafir laknat dan komunis apatah lagi kalau sudah ada kuasa mutlak keatas negara ini…..lagi jananamlah bangsa Melayu dan Islam dinegara ini dan semakin cepatlah merempat dan mengemis dinegara sendiri…

  2. WTF says:

    La ni, Khalid Gagap Tidoq pun dok main nyorok4444 dgn Jemin Ali dan Nuar Berahi!!!

    Mueh4444….macam budak4444

  3. rakyat007 says:

    Khalid Ibrahim ni perasan agaknya kulit dia tak hitam dan mata dia sepet. Saya dah lama perhatikan tindak tandok dia yang begitu condong ke arah bangsa DAP. Agaknya apalah warning yang diberikan DAP terhadap beliau setiap hari? Jadi pak sanggup betul dia. Dari isu Tanah YBK, gereja di Tanjung Karang, asrama Yayasan Selangor di Kg Pandan dan pusat Giat Mara. Itu yang kita tahu, yang kita tak tahu entah apa lagi. Cukup-cukuplah Khalid, anda menghiris hati orang Melayu Selangor. Samada anda suka atau tidak anda tetap orang Melayu. Jika DAP dah betul-betul jadi majority di Selangor, adakah anda akan kekal di tampuk kuasa? Ketika itu barulah anda sedar telah dipergunakan mereka. Kami di bawah ni boleh Nampak strategi DAP, kenapa anda susah sangat nak menerima hakikat? Cukup Khalid, cukup.

    • bangKano says:

      Khalid gagap ni cuma jadi boneka DAP cina laknat tu…maklum la Paria Kelentong Rakyat PKR & pemimpin hampeh Paria Akal Sampah PAS punya kerusi parlemen amat sedikit jika di banding kan ngan perolehan 38 oleh DAP.Jadi secagha automatis DAP la yang jadi hegemoni Paria Rembat PR. Ndak tak ndak melayu barua Paria Rwembat ni terpaksa akoq semua perentah cina DAP kalo mau kekal dalam jawatan DUN Selangor…kalo tak depa ni tendang meluaq la makan pasiaq la ….tu la hendak kan kuasa ni la padah nya…telan mati emak luah plak mati bapak.. Terpaksa la makan hati berulam kan jantung jerrr la memanjang ketika Paria Rembat PR ni berkuasa kat Selangor selagi pengundi bebal menyokong depa…!!!!!!

Leave a Reply

Threesome