Menu Utama

Khalid “tendang” Azmin Ali Dari PKNS

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, mengambil keputusan mengejut menggugurkan Timbalan Presiden PKR dan juga Pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali, daripada kedudukan sebagai ahli lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Ini mengesahkan gosip-gosip politik sejak awal tahun lalu bahawa Khalid Ibrahim sedang mencari jalan menyingkirkan Azmin Ali. Malah Mykmu.net dalam laporan Mei tahun lalu telah mendedahkan tindakan terancang Khalid menyingkirkan Azmin melalui pennyingkiran sekutu-sekutu kuat Azmin dalam PKR Selangor. [Lihat: Selamat Tinggal Azmin Ali]

Menurut portal Pro-Pakatan Rakyat, Malaysiakini.com, surat yang memaklumkan kepada Azmin mengenai penggugurannya itu dihantar pada jam 11 pagi semalam.

PKNS, sebuah konglomerat milik kerajaan negeri, adalah pemaju hartanah utama dan pelabur dalam perniagaan utama di Selangor.

Sumber itu berkata penyingkiran itu dibuat walaupun penasihat undang-undang negeri dan PKNS menasihatkan supaya Azmin yang juga ADUN Bukit Antarabangsa, dikekalkan.

Alasan yang diberikan oleh menteri besar ialah Azmin telah memulangkan kenderaan rasmi dan keistimewaan lain kepada PKNS sebelum pilihan raya umum lepas, kata sumber itu yang mengetahui mengenai kertas exco mengenai perkara itu.

Sambil menyifatkan alasan yang diberikan itu sebagai “tidak masuk akal”, sumber itu berkata, Azmin memulangkan keistimewaan itu selaras dengan garispanduan kerajaan sementara selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan.

Menurut sumber itu, Abdul Khalid yang juga pengerusi PKNS, telah mempengerusikan dua mesyuarat lembaga pengarah perbadanan itu selepas pilihan raya umum tetapi enggan menjelaskan kedudukan Azmin dan dua orang lagi penyandang yang dilantik oleh kerajaan.

Bagaimanapun, Abdul Khalid kemudian tiba-tiba meminta surat exco mengenai kedudukan mereka dalam lembaga pengarah PKNS – ADUN Cempaka Iskandar Abdul Samad, bekas ADUN Kinrara Teresa Kok dan Azmin – kata sumber itu.

‘Seorang penyandang dikekalkan ‘

Kertas exco diminta adalah kerana wujud kekaburan berhubung peraturan mengenai tempoh tepat ahli lembaga PKNS yang dilantik dalam agensi kerajaan negeri itu dan juga pelantikan semula mereka.

Kertas exco itu disampaikan kepada Abdul Khalid pada 13 November tahun lalu dan beliau membuat keputusan untuk menggugurkan Azmin pada 4 Disember, kata sumber itu.

Menurut sumber itu lagi, Iskandar, yang juga ADUN PAS di Selangor, dikekalkan dalam lembaga pengarah PKNS.

Pengguguran Kok, bekas exco kanan kerajaan negeri yang menyerah kerusi DUN beliau di Selangor untuk memberi tumpuan kepada kerusi Parlimen di Kuala Lumpur, memang telah dijangka.

Azmin merupakan pengkritik kuat Abdul Khalid, yang menggesa menteri besar itu supaya berbelanja untuk pembangunan dan bukannya terkumpul rizab negeri ini yang berjumlah hampir RM3 bilion tahun lepas.

Azmin pernah meletak jawatan dalam lembaga pengarah PKNS pada tahun 2010, tetapi menafikan ia disebabkan oleh perselisihan dengan Abdul Khalid.

Sebaliknya, beliau menegaskan ia untuk memberi laluan kepada calon-calon yang lebih muda yang “lebih disukai” oleh menteri besar.

Pengguguran terbaru Azmin itu berlaku hanya dua bulan sebelum pemilihan parti PKR, yang bakal menyaksikan perebutan jawatan tertinggi di kalangan pemimpin utamanya.






19 Komen to Khalid “tendang” Azmin Ali Dari PKNS

  1. alimedanbaru says:

    biarlah mereka bertelagah .. semuga salah seorang atau kedua2nya dapat kembali kepangkal jalan untuk memperjuangkan nasib agama dan bangsa dan menceraikan diri dari Anwar Ibrahim…
    kepada Azmin kamu tak perlu jadi Anwar atau spt Anwar untuk perjuangkan keyakinan kamu..berjuanglah dengan iklas..dan Allah MAHA PENYANYANG DAN MAHA PENGAMPUN!

  2. raplahjingaa says:

    Yup….lantak pi la kat depa, assmin ke, khalid ke, semua pelingkup agama, hamba cina.

  3. korokstabang says:

    nama pun parti kaldai perangai dan tindakan pun serupa kaldai lah jugak

  4. DataCode says:

    Ura yang dah lama terdengar akhirnya menjadi kenyataan….

    • mooooo says:

      Byk org senior umno tak terpilih dalm Pru baru ni tak pulah mykemut kecoh??? Ie Rais yatim, ketua wNita Perak..

      • gambus says:

        tak terpilih dan yang kena tendang tu jauh beza moo lembu oiii !!!!

      • system baru says:

        orang tamak kuasa macam azmin sanggup jual bontot pada orang nak jawatan mb dulu tak kau tak faham mooo

      • raplahjingaa says:

        hehehe….makin terserlah kebenakan hang moooo…kecik-kecik dulu mak hang bagi hang makan sampah ke apa ??

      • alimedanbaru says:

        hoi moo kau nak samakan UMN0 dengan Pas dan Pkr ke, MANA BOLEH.
        kau orang balik-balik muka
        aji adi, nik ajis, kit siang, karpal sing, nuar ibrahim, mat sabu
        asyik-asyik kelibat
        aji adi, nik ajis, kit siang, nuar brahim, mat sabu
        apa tak de muka lain ke yg nak jadi pemimpin?
        yg dah tua renta, nyanyok ,tak relevan dan ketinggalan zaman tu jugak yg ditonyoh sebagai calun
        akhirnya semua jadi badut politik dan tak sesuai dan dah jadi raja lawak politik…

  5. mooooo says:

    Umno sedang jeles……
    Hari tu ada artikel yg kata akan ada perang besar Dap kat Johor..aku dok tunggu la…

    • gambus says:

      nak jeles apanya moo lembu , kiranya hari-hari kau cite dan fitnah pasal pemimpin UMNO tu semua kiranya sebab kau jeles laa moo lembu kan???hahahahaha

  6. system baru says:

    setelah anwar dapat madu baru rafizi’ azmin di tendang, kasihan aku pada azmin sayang2 seribu kali sayang, azmin tak dapat mengangdu dekat ambiga selaku ketua lgbt, kalau tak tentu ia boleh tolong pergi ke mahkamah lgbt ciptaan anwar

  7. Nusantara Jones says:

    Laaa….ingatkan mahu membela nasib rakyat, tapi rupa-rupanya bertikam sesama sendiri utk merompak kekayaan negeri yg merupakan hak rakyat.

    Mana ada ahli politik pembangkang ikhlas membela nasib rakyat, Depa ni semua masuk politik sebab nak jadi kaya-raya. Teringin juga nak tahu apa reaksi pencacai pembangkang…..?

  8. dkds says:

    mampukah nanti azmin nak mengekalkan kereta ferrarinya?

Leave a Reply

Threesome