Menu Utama

Khalid Ibrahim Gagal, Harus Diganti, Dakwa Malaysiakini.com

Portal berita pro-Pakatan, Malaysiakini.com, mula mengadakan serangan secara halus ke atas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bagai membentuk persepsi politik bahawa usaha membawa Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor yang baru sudah tidak dapat dielakkan dan merupakan perkara yang mendesak.

Malaysiakini melalui seorang penulis antara lain mendakwa Khalid gagal menjalankan tugas beliau sebagai Menteri Besar Selangor dengan baik. Khalid hanya tertonjol sebagai hero yang gagah kerana jentera propaganda Pakatan bukannya batang tubuh Khalid sendiri.

Penulis Malaysiakini mendakwa hanya Anwar yang mampu menyelamatkan Selangor agar tidak tumbang seperti Kedah dalam pilhan raya yang lalu.

Namun hakikat yang harus kita terima dengan berat hati ialah Khalid sebenarnya bukanlah seorang hero.

Dan ini jelas menjadi asas besar kepada pertimbangan Pakatan untuk menggantikannya dengan yang lain.

Dalam PRU tahun 2008, Khalid bertanding di Ijok dan menang dengan majoriti 1920 undi. Mei 2013 Khalid berpindah ke kerusi Pelabuhan Kelang, dan menang dengan majoriti yang lebih sedikit berbanding penyandang sebelumnya.

Kerusi DUN Ijok dikekalkan kemenangannya oleh Dr Idris Ahmad dengan majoriti merosot hanya sebanyak 739 sahaja. Jadi siapa sebenarnya yang mengundi Pakatan di Selangor dengan dalil heroisme Khalid Ibrahim?

Isu sebenar bukanlah soal Azmin mahu jadi menteri besar, atau Anwar mahu masuk pejabat itu. Isu sebenar ialah Khalid tidak berjaya sepenuhnya memikul tugas sebagai menteri besar yang mampu berpolitik dengan baik, serta menjalankan kerja dengan berkesan.

Hal ini barangkali berat sekali mahu diakui ramai pemimpin Pakatan, setelah Khalid selama ini dipuji-puji dan dipertahankan.

Maka mahu tidak mahu, Khalid harus dikeluarkan dari pejabat menteri besar, dan diganti dengan yang lain; supaya episod kegagalan kerajaan negeri Kedah tidak berulang.

Cuma persoalannya, siapa calon yang sesuai.

http://www.malaysiakini.com/news/253175

Sungguhpun Anwar menafikan beliau akan menjadi Menteri Besar Selangor selepas Pilihan Raya Kecil DUN Selangor Kawasan Kajang (PRK Kajang); tapi hakikatnya itulah yang bakal terjadi dalam tempoh tiga bulan mendatang kecuali Khalid Ibrahim mengumumkan pembubaran DUN Selangor terlebih dahulu.

Perubahan kandungan Malaysiakini terhadap Khalid Ibrahim adalah bukti jelas Anwar akan menjadi Mneteri Besar Selangor sebaik menang PRK Kajang. Jika tidak masakan portal berita yang didakwa menerima sebahagian besar daripada Bajet Tahunan Komunikasi Selangor yang bernilai RM 15 juta, mula membelasah Khalid Ibrahim sendiri.






47 Komen to Khalid Ibrahim Gagal, Harus Diganti, Dakwa Malaysiakini.com

  1. Pak Tho says:

    Tak perlu kita hendak hairankan. Semuanya sudah dijangka bagaikan mengikut skrip aja. X perlu la pencacai pr nak menafikan tujuan sebenarnya prk dun kajang ini adalah hendak mengangkat anwar untuk menjadi Mb selangor. Kononnya ini adalah platform bgi pr untuk menawan putra jaya. Cuma hakikatnya anwar sudah tiada peluang lgi untuk menjadi Pm pada masa hadapan. Dari tiada jawatan yg boleh dia banggakn maka jawatan sebagai Mb ini pun jadilah, atau dripada tak dapat menawan putrajaya, dapat jadi wakil kawasan yg berhampiran putrajaya pun jadi lah. Daripada tak ada. Kira boleh la. Kesian bang non kite tu. Tak dapat nangka, cempedak pun jadi la. Dripada jadi ulat taik, dpt jadi ulat buah pun ok gak.

  2. tony gunawan says:

    rakyat hakim negara!

    • raplahjingaa says:

      ya..ya…ada rakyaat sokong pembangkang, dan ada rakyaat sokong kerajaan..hang nak sebut rakyaat yang mana satu ni toni ?? opps !…lupa pulak aku, ada rakyaat berorientasikan gay macam hang…rakyaat jenis ni haram seduit pun tak guna !!

    • bangKano says:

      Memang betoi toni rakyat ada la hakim negara secagha politis….tapi mahkamah sebagai badan judikatif ada la hakim tertinggi secagha mutlak & sah dalam menegak kan keadilan ikut peruntukan perlembagaan & perundangan.

      Lu ada berani ka mau nafi semua fakta ni…?

    • WTF says:

      Rakyat hakim Negara bila masa PRU, PRN ataupun PRK sahaja!!!

      Bukan setiap masa!!!

      Tony4444 mana tahu, hang lulusan setakat sekolah SRJKC jer!!!

  3. Pak Tho says:

    Gerak oerang saraf harus ditingkatkan agar penyokong pr antara pas Dan pkr terus saling bertelagah antara mereka. Diminta penyokong BN tingkatkn usaha agar semoga oakatan rakyat menjadi pakatan rapuh yang menunggu untuk hancur. Perang semakin sengit diantara penyokong mereka. Inilah jadinya sekiranya perjuangan mereka hanya semata mata untuk agenda pribadi daripada perjuangan untuk mengangkat rakyat.. Teruskan perjuangan untuk agama, bangsa dan negara.

    • bujuk says:

      Hahaha… PR dah ada calon d Kajang, siapa calon BN d Kajang?
      Tolong jawap…

      • Pak Tho says:

        Antara calon²nya adalah,
        1). Ultraman zero
        2). Detektif conan
        3). Doremon.
        Agak siapa yang power antara bertiga ni?. Hah! Sape boleh tolong jawab?

      • system baru says:

        mca letakan permain badminton untuk lawan dengan anwar’ anwar boleh main badminton dengan nya itu baru cadangan..
        aku juga calon lembu,kuda,babi untuk lawan dng anwar, dekat kanada kambing ada dun negeri apa salah nya kita letak lembu,kuda dan babi calon dun

      • alimedanbaru says:

        bujuk, manusia yg dah terbiasa berbogel
        memang dialah paling dahulu
        membogelkan hasrat dan nafsu nya yg meluap-luap…
        apapun aku suka kalau EZAM jadi calon
        kerana dia boleh terus membogelkan anuar dihadapan pengundi kajang..
        kalah tak apa
        yg penting
        kamaluan anuar kena diterperincikan…

        • bujuk says:

          Macamana nak menang, niat pun dah busuk/buruk. Bagi lah calon yg. berupaya membawa kemajuan/kebaikan.. bukan calon yg. nak memalukan.

          • alimedanbaru says:

            ‘jadi kamu setujulah anuar jangan dimalukan’
            dan kamu setujulah pemimpin lahanat dgn perbuatan keji dan mungkar diangkat jadi pemimpin umat
            bila kamu pangkah pemimpin spt ni apa kamu nak jawab dihadapan Allah nanti.
            kau jangan tanya nik aziz… dia dah tertutup pintu hatinya dan melantik anwar sebagai perisai kegagalannya sebagai manusia yg mahu dipuja puji sebagai pemimpin umat bertaraf nabi palsu dgn fatwa yg menghancurkan umat!!

          • bangKano says:

            Ha… tau pun hang ni bujuk….wakil rakyat mesti berusaha sedaya upaya membawa kemajuan pada para pengundi nya.Ironis nya wakil rakyat DUN Kajang ni belum lagi sempat beri khidmat bakti dia dah letak jawatan….pasai apa bujuk…?

            Tolong beri pencerhahan sikit bujuk tang fenomena ni…..!!!

          • WTF says:

            Apa, niat Nuar Berahi baik sangat dan suci murni ker Bujuk????

            Cuba ulas sikit!!!

      • WTF says:

        Relakslah Bujuk!!!

        Takkan hang percaya propa Nicky Ajis yang Nuar Berahi nak KALAH!!!

        Mueh4444

  4. raplahjingaa says:

    Malaysiakini ??? bukan rahsia lagi abang non ialah penyumbang utama operational fund untuk Malaysiakini, dalam erti kata lain…malaysiakini adalah barua anwar. so whats new ?????

  5. reds says:

    apa punya serabut laa parti politik camnih…bang non wat gilaa sesuka hati jek…

  6. landahari says:

    Ganti sama kepala parti,sebab tu semua jadi keras kepala spt kepala parti

  7. landahari says:

    Tak ada lagi ke orang selangor layak jadi menteri besar sampai orang penang pula jadi menteri besar.

    • bujuk says:

      Lagi baik dari ambil orang Pahang jadi Sultan melaka..

      • system baru says:

        bujur aku cadangkan lah penang ada raja baru anwar boleh jadi mb

      • alimedanbaru says:

        apabila peliwat
        dan pelanggan pelacur
        menjadi pemimpin
        dan yg mengangkatnya adalah rakyat
        maka tunggulah saat kehancuran
        sebagaimana Allah melingkupkan kaum luth dan pemimpin homosexnya!
        bujuk aku tak pernah lihat kamu mencurigai anuar
        baguslah
        memang dah takdir
        kamu bersamanya didunia
        dan sumuga diakhirat juga…

        • bujuk says:

          Allah tak benarkan kita buruk sangka pada saudara muslim. Apatah lagi kita dengar berita dari seorang munafik/fasik tampa 4 saksi yg. adil. Salahkah aku mematuhi ajaran agama aku.

          • reds says:

            ada video…tengok video ceramah ngan interview bang non kat oversea jek dah tau mamat nih dah jauh agama dia…x yah tengok video blue dier pon….memang bapak penipu…x nak aku angkat puaka camni jadi pm mesia nih…

          • alimedanbaru says:

            dalam zaman sains dan teknologi
            apa tah lagi pencipta teknologinya sendiri
            yg mengesahkan ketulinan 99.9% ketulinan bukti berkenaan,
            maka apa alasan kamu bujuk
            ini bukan zaman 1000 tahun lampau
            dimana maksiat dibuat dalam khemah diatas padang
            ini bukan 1000 tahun lampau perbuatan keji di buat dalam semak dan ditepi pantai
            bujuk ini abad 21
            abad dimanaada bangunan 100 tingkat
            bangunan batu dan kawalan ketat..
            dan manusia telah mencipta kemajuan sains teknologi yg tak terjangkau pemikiran lampau
            wahai bujuk dalam zaman sains dan zaman mungkar ni
            kekadang ijdihad dan pemikiran sendiri
            lebih afdal untuk kamu memilah antara yg baik atau buruk.
            contoh : tak ada hadith larang kamu tengok TV.. tapi kamu gunakanlah akal kamu untuk membuat kelaliaan terhadap Allah atau sebaliknya…
            kalau kau tak percaya dgn tekologi terkini.. maka kamu adalah MUNAFIK yg berpura-pura..bila ada keuntungan kata YA dan jika tak menguntungkan maka kamu nafikan!

          • Darth Anwar says:

            Bujuk, baca dalil hadis betul-betul. Mempercayai TIDAK SALAH walaupun tanpa 4 saksi.

            Yang salah adalah menjatuhkan hukum hudud tanpa 4 saksi. Jatuhkan hukum selain hudud tidak mengapa walaupun tanpa 4 saksi, termasuklah hukum takzir.

          • armok says:

            Akhirnya nanti akan tersungkur gak dia nanti… Dan bila tersungkurnya dia akan tersungkur dan tersembam lah dia bersama dengan pengikut2nya sekali…

          • Pejuang IMR says:

            Bujuk cuba tengok video2 ucapan Bang Non hang tu berkenanaan pengambilalihan Putrajaya pada 16 Sept. 2008. Nampak rela ke Penipu. Hang tak nampak ke macam mana punya penipunya dia. Kalau masih tak nampak juga cuba tengok sekali lagi dan amatinya betul2. Cth.
            “Resmi 82, TAK Resmiiiiii… CUKUP.”
            “Kalau tak Besok, Lusa. Kalau tak Lusa, Minggu Depan, Kalau tidak Minggu Depan, Bulan Depan. Tapi tidak berlanjutan sampai bertahun2”.
            Tapi sekarang ni dah tahun berapa Bujuk? Orang macam ni kau nak percaya ke Bujuk.

          • acid says:

            Hebat…hebat..bila si munafik kata dan anggap orang lain munafik !

          • bujuk says:

            Dalam kitab sebut..
            lebih/kurang maksudnya sebab aku bukan Ustaz.
            Jika datang berita zina tampa 4 saksi maka tolaklah berita tersebut, janganlah kamu terima persaksian mereka sehingga mereka bertaubat dan hukumlah mereka dengan 80 kali sebat.
            Dalam Quran sebut camtu jugak.. jadi korang nak aku ikut korang atau ikut Quran?

          • acid says:

            Bujuk, buruk sangka pada saudara muslim ? berita dari seorang munafik/fasik ? ‘Salahkah aku mematuhi ajaran agama aku’…he he. Ko tak payah spin cite dan nak berlagak alim laa.

          • WTF says:

            La Bujuk!!!

            Apa hang cerita adalah berkenaan perlaksanaan hudud perlu kepada kriteria2 yg hang sebut tu!!!

            Tapi la ni, bukti ada menyatakan yang memang Nuar Berahi seorang PELIWAT, dan juga org dalam video sensasi China Doll!!!

            Kalau hang tak nak percaya, tu hak hang nak jadi BODOH DAN TONGGONG!!!

            Takkan hang nak kami ikut hang Bujuk!!!

    • bangKano says:

      Anuaq tak kan layak jadi MB Selangor sebab dia bukan anak Selangor….ni fakta perundangan. Kalo ikut fakta perundangan Anauq mesti tukaq alamat menduduki secagha tetap di Selangor melalui permohonan bertulih pada SPR. Takat mohon tukaq alamat bertulih kat JPN tak membole kan dia jadi MB Selangor…..mimpi jerr la dia macam igaun siang hari nak jadi PM tu hah….!!!!

  8. shawn says:

    Bujuk dan saudara seIslam semua atas nas apa kamu berhak menggelar org Islam itu munafiq? Rasulullah melarang kita memunafikkan seseorg kerana Allah shj yg tahu apa dlm hati. Allah dan Nabi hanya sifatkan shj ciri2 munafiq tetapi melarang sesama islam menjatuhkan hukum munafiq keatas saudaranya. Kemungkinan di pandangan Allah org yg melakukan dosa itu hanya fasiq.
    Org Islam yg masih mengaku islam tetapi melakukan dosa seperti membunuh, merompak, berzina, menolak hukum Allah tidak boleh dituduh munafiq tetapi mereka ini adalah Fasiq selagi mrk dlm hati mengaku Islam.
    Tetapi jika mereka mengaku tidak lg seorg Islam kalau dia melakukan dosa maka dia dlm kalangan Org Zalim dan Kafir.
    Bujuk jauhi sifat sifat yg Allah benci dek kerana marahkan dosa saudara seIslam.

  9. shawn says:

    Jauhi budaya khawarij dan syiah yg dgn mudah mengkafirkan saudara seIslam. Inhkah punca persengketaan dan kemusmahan umat islam. Jgn amalkan politik taksub ikut dan membenci membuta tuli. Ikut apa ketua putuskan wlwpun tahu kerugian bakal menimpa.

  10. alimedanbaru says:

    apa pun bujuk
    kau dalamilah
    isi hati
    arwah harun taib
    apa sebab dia mintak
    jauhi pr/jauhi pkr/jauhi dap
    dan asingkan diri dari pemimpin2 mereka
    walaupun aku UMNO bukan ahli Pas
    tetapi kebenaran ulama iklas spt arwah harun kena diambil kira…
    kita masih boleh berkelahi politik tanpa anwar
    campakkan anuar dan kita berbalah
    tanpa membuang masa mempertahankan si aljuburi tersebut
    ya memang banyak lagi isu yg kita tidak sehaluan
    asalkan bukan si nuar ibrahim…

  11. meMangTERok says:

    Anwar tidak perlu teruskan kebiasaan lidah bercabangnya itu. Ini kerana pada hakikatnya ialah kerusi MB lah yg ditargetnya sekarang (samaada memang sudah lama dirancang atau secara kebetulan) jika tidak apa perlu disingkirnya seorang amoy nyonya utk dipertandingkan. Istilah amoy nyonya mungkin sesuai dengan cina PKR yang disuruh berhenti itu.

    Tabiat seorang yang suka menipu akan sentiasa bercakap benda yang berlawanan, kerana sudah kebiasaan nya berbohong dan menafikan sesuatu.

    Cina MCA perlu berkeyakinan dan pergi all out utk memenagi kerusi di Kajang. Anwar lah yang sebenarnya seekor underdog kerana dia memang tak pernah kekajang sebelum ini kecuali sekali dulu itu pun hanya utk makan satay.

    Pasti MCA ada ahli tempatan yang layak untuk dipertandingklan lantas dipilih sebagai wakil DUN.

  12. jombo says:

    Malaysia kini adalah baruah anu war.. portal penuh dengan taik politik pakatan.

  13. terangsang says says:

    kalau juara sukan no 1 + dadah no 2 diangkat jadi juara. tiadapun perlawanan semula. senang tiada pembaziran. ini juara pening mau tawan negeri olang ka.. bn tak perlu bertanding. kalau menang bukan boleh bentuk kerajaan pun. banyak kerja lain yang belum selesai. masih hairan lagi 99.9% tulen vedio tulin orang masih tidak percaya juga. elok majlis fatwa buat kajian bolehkah vedio tulin dijadikan bukti.jika bleh bukan hanya 4 orang, beribu pun boleh jadi saksi. hairan lagi had laju ada had perlahan tiada. hairan lagi berapa kali mau tanguh da..

  14. Anak Lenggong says:

    SELEPAS sah Anwar Ibrahim dipilih menjadi calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang (walaupun pengumuman kekosongan kerusi belum pun dibuat Suruhanjaya Pilihan Raya); barulah saya faham mengapa isu PKNS tercetus, mengapa Khalid Ibrahim diserang bertubi-tubi oleh partinya sendiri; kenapa kes cerai fasakh Nurul Izzah didedahkan; mengapa kerusi DUN Kajang dikosongkan tanpa sebab dan kenapa UMNO/Barisan Nasional (BN) didendangkan dengan Pelan Damai Nasional!

    Teringat saya selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) pada 2008, setelah menang kerusi Kulim Bandar-Baharu, berlaku satu insiden yang sangat menakutkan Anwar. Pada 28 Jun 2008, Saiful Bukhari Azlan, pembantu peribadi Anwar membuat laporan polis dia diliwat pada 26 Jun 2008.

    Ketakutan Anwar masa itu memang agak luar biasa! Saya tidak bercadang menceritakan secara terperinci apa yang saya sendiri lihat masa itu. Tetapi cukup sekadar mengimbau bagaimana Anwar pergi menyembunyikan diri di rumah Duta Turki pada 29 Jun 2008. Kenyataan rasmi yang dikeluarkan pada masa itu ialah Anwar meminta perlindungan kerana ada “cubaan mahu menembaknya!”

    Anwar baru sahaja bebas daripada penjara pada 2 September 2004 setelah merengkok enam tahun di Penjara Sungai Buloh kerana disabitkan pada 14 April 1999 dengan kesalahan menyalah guna kuasa sebagai Timbalan Perdana Menteri mengarahkan Cawangan Khas PDRM mendapatkan Akuan Bersumpah palsu daripada Umi Hafilda dan Azizan Abu Bakar (pemandunya) yang mendakwa diliwat oleh Anwar pada Mac 1993 di Tivoli Villa.

    Anwar tahu kalau dia diheret ke mahkamah dan dikenakan pertuduhan dan disabitkan kesalahan meliwat Saiful, hukuman penjara melebihi enam tahun menanti beliau. Segala harapannya menjadi Perdana Menteri (PM) akan hancur berkecai; malah pada umur senja, dia mungkin reput dalam penjara.

    Satu strategi yang dirangka pada masa itu untuk memastikan Anwar menjadi Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang; dan dicanangkan kemungkinan menjadi PM melalui konspirasi 16 September 2008. Dengan 81 Ahli Parlimen di belakang beliau dan jawatan Ketua Pembangkang, kemungkinan untuk Anwar disabitkan kesalahan meliwat Saiful agak tipis.

    Mana mungkin Anwar akan dihukum penjara. Satu dunia akan bising. Amerika akan bising. Turki akan bising. IPU akan bising. UN akan bising. Amnesty International akan bising.

    Jadi perancangan untuk melaksanakan agenda itu dimulakan dengan mengenal pasti kerusi mana Anwar hendak bertanding.

    Penulis yang masa itu penuh semangat dan ketaatan membabi buta menawarkan kerusi Parlimen Kulim Bandar-Baharu. Namun kerja Allah tidak siapa dapat mengatasinya. Petisyen pilihan raya yang difailkan di Mahkamah Tinggi Alor Setar terhadap kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu menyebabkan kerusi itu tidak dapat dikosongkan mengikut perancangan.

    Lalu Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail, isteri tercinta dan Presiden PKR merangkap Ahli Parlimen Permatang Pauh terpaksa mengorbankan kerusinya demi ‘kesejahteraan PKR’. Anwar menang PRK Permatang Pauh pada 26 Ogos 2008. Setelah mengangkat sumpah pada 28 Ogos 2008, Anwar dilantik menjadi Ketua Pembangkang.

    Setelah melalui proses perbicaraan yang meleret-leret dengan jumlah penangguhan yang melayakkan kes dimasukkan dalam Malaysia Book of Records, pada 10 Januari 2012, mahkamah membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Saiful.

    Sekarang Anwar berdepan dengan rayuan kes Saiful. Mahkamah Rayuan telah menetapkan tarikh perbicaraan dalam masa terdekat ini (iaitu 11, 12 dan 13 Februari); dan sekali lagi Anwar berdepan risiko hukuman penjara yang panjang jika rayuan Pendakwaraya diterima.

    Dan kali ini Pendakwaraya diwakili peguam veteran terkemuka Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, seorang peguam no-nonsense yang diperakui kehebatan guamannya! Risiko dipenjarakan menjadi real; risiko impian menjadi PM ketujuh hancur lebur. Pada usia 67 tahun dan kubur sudah kata mari, Anwar tidak mungkin boleh menerima hukuman penjara yang panjang. Ianya mesti dipintas walau apa taruhannya.

    Siapa yang berani memenjara seorang Menteri Besar yang berpengaruh atas tuduhan meliwat? Siapa yang berani berdepan dengan dunia liberal barat gara-gara menghukum MB Selangor dengan tuduhan meliwat? Siapa yang berani nak berdepan dengan kuasa besar Amerika Syarikat? Siapa nak berdepan dengan Amnesty International, Human Rights Commission dan negara Eropah yang mengamalkan seks bebas terbuka termasuk membenarkan homoseksual!

    Jadi Anwar mesti jadi MB Selangor untuk memastikan Penjara Sungai Buloh bukan destinasi terakhirnya di muka bumi ini!

    PENGHALANG

    Tapi Tan Sri Khalid Ibrahim ada di sana sebagai MB. Beliau mendapat sokongan penuh DAP; masyarakat peniaga dan korporat Cina dikatakan menyukai cara pentadbirannya yang mesra perniagaan, cekap dan tidak rasuah.

    Pas pula tidak senang dengan pendirian Anwar yang liberal, yang menyokong penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam yang bercanggah dengan ketetapan Majlis Syura parti itu.

    Dan Khalid bukan jenis yang akan tunduk kepada semua kehendak Anwar. Walaupun diketepikan sebagai Ketua Perhubungan PKR Selangor, beliau masih lagi berpengaruh. Bila Anwar menghantar Saifudin Nasution sebagai Liason Director antara pejabat MB dengan PKR, Khalid memperlekehkan duta Anwar itu dengan ‘menyumbatnya’ di Tingkat 5 dan mengatakan “kami boleh berhubung dengan e-mel”.

    Khalid tahu kekuatannya terletak pada perlindungan dan pengaruh Presiden PKR. Selagi Wan Azizah menyokongnya, Anwar dan konco-konconya tidak akan berani melakukan sesuatu terhadap Khalid. Sebab itu Faekah Hussein, panglima kanan Wan Azizah, wanita yang paling dibenci oleh segelintir kumpulan anti-Khalid di dalam PKR dilantik memegang beberapa portfolio berpengaruh dan berkuasa di pejabat MB. Beliau bukan sahaja Setiausaha Politik dan Pegawai Khas MB, bahkan Pengerusi MBI, badan korporat paling bepengaruh di Selangor dengan kekuatan dana yang besar.

    Lalu bagaimana nak pastikan Wan Azizah dan Faekah, tidak lagi melindungi Khalid?

    CHECK-MATE TERHADAP WAN AZIZAH DAN NURUL IZZAH

    Tiba-tiba terbongkar kisah sensasi permohonan cerai fasakh oleh Nurul Izzah dengan suaminya Raja Ahmad Syahrir. Sebenarnya permohonan sudah difailkan lama dan tiada sesiapa pun mengetahuinya kecuali peguam, mahkamah dan beberapa orang dalam PKR.

    Tiba-tiba 26 Januari lepas, berita permohonan perceraian itu terbongkar. Ada sumber dalaman PKR mendedahkannya kepada para blogger dan media arus perdana. Malah ada yang menerima transkrip terperinci sebab-sebab permohonan perceraian itu dimohon oleh Nurul Izzah, termasuk gambar seorang jejaka yang agak ‘jambu’ turut disebarkan.

    Nurul Izzah ialah Naib Presiden PKR, Ahli Parlimen Lembah Pantai dan rising star di dalam PKR. Malah dia pernah menyatakan hasrat menentang orang kanan papanya untuk jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan lalu. Dia penyokong kuat ibunya Wan Azizah dan Khalid. Sebarang sokongan terbuka daripada Nurul Izzah dan ibunya terhadap kepimpinan Khalid sebagai MB akan menyukarkan sebarang cubaan untuk menjatuhkan Khalid.

    Jadi Wan Azizah dan Nurul Izzah harus dikekang!

    Pembongkaran kes permohonan cerai fasakh oleh Nurul Izzah dengan segala kisah sensasinya menjadi check-mate terhadap Wan Azizah dan Nurul Izzah. Bagaimana mungkin sekarang Wan Azizah dan Nurul Izzah mahu memberikan sokongan terbuka kepada Khalid – pasti mereka akan dicemuh supaya pergi urus hal rumahtangga sendiri.

    Lalu Khalid terkontang-kanting keseorangan, tanpa sokongan Presiden dan Naib Presiden, tanpa sebarang jawatan dalam parti. Hanya tinggal DAP dan Pas menjadi sandaran akhir.

    STRATEGI MENGGUSARKAN DAP-PAS

    Muncul pula isu tuntutan menggunakan kalimah Allah dalam upacara keagamaan Kristian di gereja-gereja di Selangor. Pelik! Hanya di Selangor, tidak di Pulau Pinang! Dalam keadaan mereka sudah pasti tahu Selangor mempunyai Enakmen Kawalan Pengembangan Agama Bukan Islam 1988 yang melarang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

    Bila isu rampasan bible versi bahasa Melayu yang menyalahterjemahkan kalimah Allah tercetus dan JAIS melaksanakan tugasnya mengikut undang-undang dan merampas bible-bible tersebut, ruang terbuka luas untuk Khalid diserang.

    Kesempatan ini diambil untuk menakutkan DAP. Sikap Khalid tiba-tiba membuat kenyataan menyokong titah Tuanku Sultan Selangor melarang penggunaan kalimah Allah dan akan terus akur dengan titah itu sudah pasti menggusarkan parti cauvinis DAP ini. Sikap ini sudah pasti akan mengendurkan sokongan DAP kepada Khalid.

    Pada waktu sama, tindakan Khalid mengarahkan JAIS mengembalikan bible yang dirampas menyebabkan ada penentangan daripada Pas. Kenyataan Exco Hal Ehwal Islam daripada Pas, Solehin Mukhyi tidak senada dengan kenyataan Khalid.

    Faktor ini sudah pasti akan digunakan sepenuhnya untuk menakutkan elemen-elemen di dalam Pas Selangor. Kononnya kalau dibiarkan Khalid terus menjadi MB, Pas akan hilang lebih banyak kerusi dalam PRU nanti, sebab orang Melayu benci. Ini akan menyebabkan Pas berfikir dua tiga kali untuk terus menyokong Khalid.

    Akhirnya dengan strategi yang cukup licik dan holistik, Khalid keseorangan. Kali ini Khalid benar-benar terjebak. Dia sudah tidak boleh lari.

    Perletakan jawatan Lee Chin Cheh dan pengosongan kerusi DUN Kajang sekadar pelengkap kepada konspirasi menjatuhkan Khalid dan menobatkan Anwar sebagai MB. Malah kemungkinan Chin Cheh sendiri tidak menyedari permainan politik puak-puak ini.

    PELAN `PERANGKAP’ DAMAI NASIONAL

    Dan untuk memastikan semuanya berjalan lancar mengikut perancangan, maka ditawarkan kepada UMNO dan BN ‘Pelan Damai Nasional’.

    Ini lawak senario abad ini.

    Bagaimana mungkin parti yang cacamarba penuh dengan percakaran dalaman ini boleh mengemukakan pelan sebegini.

    Jika UMNO/BN menerima pelan ini, saya cukup yakin akan timbul desakan supaya UMNO/BN membuktikan keikhlasan dengan tidak meletakkan calon bagi PRK DUN Kajang. Ini sekali gus memberikan Anwar laluan percuma untuk menjadi ADUN dan seterusnya MB Selangor yang baru menggantikan Khalid.

    Persoalannya sekarang adalah adakah riwayat Khalid sudah berakhir?

    Oleh Zulkifli Noordin

Leave a Reply

Threesome