Menu Utama

Kesan Barang Naik Bakal “Membunuh” Kerajaan?

Kerajaan sedar bahawa isu kenaikan harga barang secara tidak munasabah bakal menyakitkan hati rakyat sehingga menyebabkan mereka berpaling tadah dengan menolak kerajaan pada PRU14 nanti. Isunya di sini adakah kerajaan telah dan akan mengambil langkah yang tepat dan bijak dalam menangani isu ini.

Pembangkang tahu bahawa isu kenaikan harga barang boleh “membunuh” kerajaan. Ini merupakan peluru yang cukup kuat kuasanya. Dengan ini mereka telah membuat perancangan yang cukup teliti bagi memastikan harga barang-barang terus meningkat dengan berterusan sehingga menyebabkan rakyat memberontak.

Persoalannya adakah kerajaan benar-benar serius mengkaji punca-punca utama kenaikan harga barangan dan menghukum dengan berat mereka yang bertanggungjawab menyebabkan kenaikan harga barangan ini. Kerajaan perlu sedar bahawa isu ini benar-benar kritikal, oleh itu penjenayah yang menjadi punca kenaikan harga barangan ini wajib dikenakan tindakan paling berat.

Sudah berkali-kali penulis “highlight” bahawa perancang, pencetus, pelaksana dan rakan komplot dalam menaikkan harga barang ini perlu dilayan “ala” “komunis” memandangkan itulah cara yang mereka layak terima. Mereka ini sanggup menyusahkan rakyat yang tidak berdosa demi mencapai kepentingan politik peribadi yang benar-benar tidak berperikemanusiaan.

Perkara ini juga dapat “dibaca” oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed. Beliau sedar akan kemungkinan BN kalah teruk pada pilihan raya akan datang sekiranya isu kenaikan harga barangan dan perkhidmatan tidak diatasi dengan segera. Oleh itu kerajaan perlu menganalisa isu kenaikan harga barangan ini secara terperinci. Segala kemungkinan punca kenaikan perlu dipantau dan dikekang.

Kerajaan tidak cukup sekadar giat menjalankan operasi pemantauan dan kawalan harga di seluruh negara. Segala isu seperti tindakan sengaja pihak”sorokkan” barangan, lewatkan proses penghantaran, pakatan sesama peniaga untuk sama-sama menaikkan harga dan lain-lain lagi perlu sentiasa dipantau dengan meletakkan “perisik” di setiap tempat dan lokasi yang perlu. Ini amat penting kerana kemarahan rakyat terhadap kenaikan harga barang akan menjadi “pembunuh” kerajaan dan juga merosakkan masa depan anak cucu sekiranya negara jatuh ke tangan pembangkang.

Sebelum ini bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin telah mengeluarkan kenyataan pada Selasa lalu meramalkan BN akan tumbang sekiranya pilihan raya diadakan ketika kemarahan sedang memuncak berikutan isu kos sara hidup. Tun Daim benar-benar ikhlas dalam mengkritik. Beliau cuba menyedarkan kerajaan akan hakikat pahit yang terpaksa ditelan akibat kenaikan harga barangan.

Walaubagaimanapun tindakan kerajaan mengurangkan perbelanjaan perlu diteruskan secara menyeluruh. Dengan itu rakyat tahu bahawa mereka tidak dizalimi apabila kerajaan mengurangkan subsidi yang selama ini dinikmati oleh mereka.

Pemantauan dan kekangan harga barangan ini memerlukan kerjasama dari semua pihak. Oleh itu kita sebagai warganegara yang bertanggungjawab perlu sentiasa memberi input yang positif dalam membantu kerajaan mengawal kenaikan harga barangan. Jangan sesekali kita menjadi penderhaka negara dengan menyumbang sama kepada kenaikan harga barangan seperti yang pembangkang mahukan. Hidup perlu ikhlas dengan itu keberkatan akan sentiasa bersama kita.






26 Komen to Kesan Barang Naik Bakal “Membunuh” Kerajaan?

  1. system baru says:

    pantun ini kangkung

  2. Pak Su says:

    Harap-harap ini perancangan yang diatur teliti. Jika ianya benar, ia akan “membunuh” pembangkang dan merubah ekonomi negara.
    Mulanya, pelaksanaan gaji minima. Perlu diingat isu ini mulanya dimainkan oleh pembangkang, kerajaan ikut sama, malah pembangkang letakan RM1100 tetapi kerajaan turunkan ke RM900.
    Ini antara punca harga barang naik. Peniaga-peniaga menaikkan harga kerana mereka juga mau kenaikan untung perniagaan.
    Rakyat marah harga barang naik. Apabila rakyat menumpukan pada harga barang, inilah masanya kerajaan perlu dedahkan siapa yang mengaut keuntungan dalam perniagaan selama ini.
    Selain pendedahan-pendedahan ini, kerajaan akan mengambil tindakan memecahkan monopoli yang telah sekian lama berlaku
    Jika semua yang terlibat menumpukan perkara ini dengan bersungguh-sungguh semuanya akan terserlah.Semua pegawai kerajaan dari setiap kementerian dan agensi perlu faham dan bertindak. Isyarat untuk semua menteri turun padang telah diberi.Bukan semua perkara perlu diberitahu. Kita kena faham. Setelah pegawai kerajaan dihina, tak kan nak berdiam lagi. Bongkar semua pembolotan, monopoli dan penipuan.
    Masanya untuk kita pecahkan rangkaian perdagangan dan perniagaan yang selama ini menjerut kita.
    Kita yang dahulunya pengguna yang tak mampu berbuat apa-apa perlu bersama-sama kembalikan keadilan ekonomi negara ini.
    Diharap NGO-NGO dan bloggers juga turut sama.
    Kita mesti menjadi pendesak yang mendorong kearah ini. Desak FAMA bertindak, desak agensi-agensi lain juga. Padi kita dah buat, yang lain pun boleh ikut juga lepas ini. Desak supaya pengeluar-pengeluar dibantu untuk hapuskan orang tengah, sayur ikan dan lain lain. Banyakkan pemborong dan pengimport. Pastikan peruncit-peruncit mendapat bekalan terus dari pembekal.
    Agensi-agensi sokongan telah lama ada tetapi tidak digerakkan, inilah masanya untuk gerakan yang sepadu.
    Kita akan lihat golongan mana pula akan marah dan golongan mana yang terperangkap.
    Yang penting, kerajaan perlu berani telus dan tidak lagi pentingkan diri dan kroni, akan tiba masanya rakyat kembali menyokong kerajaan.
    Peluang depan mata, kerana jika kesempatan ini tidak diperguna sebaik mungkin kerajaan berkemungkinan besar “terbunuh”, pilih lah…

    • Jambol says:

      Kami bersetuju dengan pendapat Pak Su. Sebenarnya masalah ini boleh diselesaikan dengan mudah dan kerajaan boleh membuka “pekong” agenda kotor puak yang memegang kuasa orang tengah yang mempunyai agenda terang-terangan untuk membantu pembangkang, khususnya DAP.

      Najib perlu tegas dan berani. Setakat ini, kerajaan di bawah pimpinannya dianggap oleh pihak pembangkang dan penyokong-penyokong BN sebagai “lemah dan penakut”. Dah letih kita menyeru kerajaan supaya bertindak tegas dan berani tetapi mereka bersikap “bodoh sombong”. Nak naikkan cukai di KL pun menimbulkan masalah kerana mereka tahu bila buat bising sedikit kerajaan akan kecut dan “hilang telor”. Tetapi tiada masalah dan senyap saja bila cukai di Pulau Pinang dan Selangor dinaikkan.

      Tidakkah kerajaan tahu bahawa, dengar cerita, kerajaan Selangor menaikkan cukai berkali ganda ke atas “toll booths” di Selangor ? Ini memaksa pemegang konsesi lebuhraya bertol menaikkan tol, bukanlah kenaikan tol ini kehendak kerajaan persekutuan. Kenapa perkara ini tidak didedahkan kepada rakyat ? Menteri tidur ? PM masih lagi bermimpi ? Di mana letaknya otak kamu ? Di lutut ?

  3. Alyabu says:

    Rakyat tidak lagi memandang Najib sebagai PM yg tegas dan berani…PM tanpa sifat negarawan..mungkin tidak lagi boleh diharapkan…Rata2 rakyat mengganggap Najib dikongkong oleh isterinya Rosmah..Tun Mahathir telah melahirkan kekesalan beliau terhadap corak kepimpinan Najib..UMNO/BN akan hancur jika Najib meneruskan kepimpinannya semacam ini..rakyat mengeluh dia beli kapal terbang.. rakyat runsing anak tiri dia beli condo di New York 100 juta..rakyat pening anak tiri dia jadi produser filem Hollywood..menteri dia pula suruh rakyat berjimat tapi mengadakan kenduri kahwin anaknya dengan serba kemewahan..dalam UMNO tiada orang bijak hanya dipenuhi penyamun dan perompak..Tun dan org2nya dah mula bertindak untuk menukar kepimpinan UMNO dan PM..

    • raplahjingaa says:

      Rakyaat tak pening abu, hang jer yang pening, rakyaat faham ini adalah permainan politik DAP dan di bantu oleh pecacai-pecacai melayu yang tak cerdik macam hang.

      Sekarang rakyaat mula menentang peniaga DAP dengan beralih kepada produk buatan bumiputera, hatta buatan lebai kulup PAS sekali pun.

      Pecacai PAS hanyalah diibaratkan sebagai tikus perosak…yang hanya merosakkan, kalau di minta di tunjukan hatta satu pun jasa PAS pada negara..tidak mungkin dapat di tunjukkan.

      • mRsTURDY says:

        Menaikkan harga barangan oleh Persatuan Pemborong dgn harapan rakyat akan beralih membenci kerajaan adalah ancaman yg amat bahaya, setaraf dengan ancaman pengganas komunis!!Jadi ia sepatutnya dibanteras dengan segera!!Pihak PDRM harus terlibat dalam memantau situasi ini. Kementerian terlibat sila pastikan lesen pemborong dimansuhkan segera jika terbukti mereka berpakat utk menaikkan harga!!

    • acid says:

      Abu ! hang salah ,akan ubat kaa ? Komen hang penuh dengan ilusi yg mencerminkan kebusukkan hati dan kebebalan serta kebodohan hang ! Memang cara pemikiran org Pr macamni kaa ? patutlah Klate la ni di beri jolokkan nama negeri tadahan wahyu.. Kah kah kah. pemikiran penuh ilusi dan najis. Pandai nak nasihat orang, pi duduk depan cermin, tengok diri hang dulu baru bukak mulut kat mykmu !

    • system baru says:

      pesawat itu bukan digunakan untuk pm je jangan malu ya’ yang pertuan agong dan pegawai tertinggi dan menteri2 guna pesawat itu’ orang bercakap tak tahu fakta ini orang pr, satu lagi kalau orang usaha jadi dah kaya tak akan nak duduk rumah fait kot,suruh anak anwar ada saham berjuta-juta, kau suruh nurul itu duduk flat ya tak jaminan keselamatan tak anak perdana menteri duduk rumah flat, kau tahu keutungan buat filam di us bukan 1juta atau 2tiga juta tau macam filem malaysia’ keuntungan mereka hollywood memcapai 400milion us dollan tau tak masalah kalau dia beli penhouse kalau tahu penhause di malaysia baru harga 1juta di kl itu ada artis berlagak duduk rumah penhouse itu, di new york harga 30juta us dollah tak masalah bagi dia duduk dekat penhouse ,kebanyakan ahli pr duduk bawah tempurung tak tahu soalan dunia ini nak sama malaysia dengan amerika nampak sangat bodoh nya

  4. mooooo says:

    ‘Input positif’ ameende lgi???? Rakyat dah meluahkan keresahan mereka. Takkan tak nampak signal lagi. Mykemut.net ni kejenye penjilat bontot kjaan. Hari keluar artikel yg memperlekehkan isu ini. Mykemut.net hari tu kata naik harha petrol sedikit je, naik elektrik sedikit jer..naik tol sedikit je, mamat naik motor bukan kena bayar toll pun, kata Mykemut.net.
    Kesimpulann, umno dah tak mewakili rakyat lagi, tapi mewakili golongan2 elit dan raja2….

    • raplahjingaa says:

      Sedikat la tu jika di bandingkan dengan kenaikan yang harus di tanggung rakyaat di negeri yang di perintan pembangkang.
      100% kenaikan tarif air di Pulau Pinang, hampir 40% di Kelantan, kenaikan hampir 100% sewa bangunan di Selangor, hampir 30% cukai pintu di Selangor dan Pulau Pinang.

      Sewa bangunan kepunyaan PDC di Pulau Pinang di naikan antara 60-80%, malah parking fee juga di naikan di PP dan Selangor.

      moooo…berapa kali aku nak pesan kat hang, jangan jadikan harakah sebagai sumber rujukan kehidupan hang.

    • acid says:

      Fuuuyooo. si bodoh mooo dah pandai cakap jilat bontot. Heran puak Pr ni suka sangat dengan bontot.. Pr..No wonder lah. Takat tu je lah capability IQ yg depa ada. Sian..

  5. Mek esah says:

    Pencacai dan penjilat bontot umno akan berterusan sokong apa saja kerajaan najib buat….umno untung dilahirkan di msia yang mana penyokongnya tak tau membezakan yg mana putih yg mana kelabu……kesian

    • WTF says:

      Siapa yg PUTIH tu???

      PAS dah perintah Kelantan selama 20 tahun takder apa2 yg nak dibanggakan!!!

      Rakyat Kelantan kena KELAKANATE, itulah yg dibanggakan !!!

      TAKE BEER ya Mek Esah!!!

      • raplahjingaa says:

        Yang putih tu panadol kat bendera PAS, yang kelabu ialah otak pecacai PAS macam mek.

        • WTF says:

          Sebagai tambahan…yg putih tu Spenda Stopa Ali!!!

          Mari kita lancarkan kempen “JANGAN BELI SPENDA PUTIH”

          Nanti takut kena tuduh kaki ZINA macam Stopa Ali

          MUEH4444

          • mooooo says:

            Ko lancar je kempen ko tu…….

          • WTF says:

            Hehehehe

            Hang backing Mek Esah!!!

            Hm…buat apa hang nak backing Mek Esah, bukan hang nak pinag Mek Esah pun!!!

            Bukankah pilihan hati hang No Role Izzah!!!

            Apa2 hal, jangan lupa jemput kami bila sanding nanti ya!!!

            PS: MEROYAN NAMPAK, nampak sangat dalam video tu memang STOPA ALI!!!

            MUEH4444

          • raplahjingaa says:

            mek sejak semenjak ni…dia suka sangat dengan paerkataan jilat menjilat ni…

            hehehe…

    • acid says:

      He he. Puak Pr pakar jilat Bontot sudah mari…. Ada sesiapa yg nak bontot dia dijilat oleh depa ?

  6. songkok says:

    Permainan menaikkan harga barang ialah taktik yang diguna pakai oleh penyokong-penyokong pembangkang untuk melemahkan minda masyarakat.
    Strategi perang psikologi ini terbukti berkesan kerana yang paling menanggung kesusahan ialah rakyat sebagai pengguna berbanding golongan pentadbir. Pengusaha-pengusaha pula meraih keuntungan berlipat ganda kerana mereka menguasai aktiviti jual-beli.
    Pelbagai penjelasan dan rasionalisasi yang diberi oleh kerajaan dipandang remeh selagi mana musuh-musuh ini berterusan meracuni pemikiran rakyat.

  7. tony gunawan says:

    memadai-madailah umno!

  8. raplahjingaa says:

    Kalau UMNO tak pandai macam mana pulak cina malaysia menjadi satu-satunya bangsa cina yang besar jumlahnya di dunia ni yang di perintah oleh orang Islam ???

  9. massa says:

    Betapa singkat akal semua rakyat tanah melayu kalau harapkan harga harga di pasaran akan tidak berubah sampai bila2. Cuma takdirNya ia dinaikkan zaman kita. Tanganinya.. Bukan peranginya!!

Leave a Reply