Menu Utama

Kenapa Harga Barang Di Selangor Mahal?

PENULIS memantau dengan lebih dekat perkembangan harga barangan ini sebaik tahun 2013 melabuhkan tirainya kelmarin.  Sebab dicanang akan berlaku kenaikan harga secara besar-besaran di seluruh negara sebaik 2014 menjelma.

Dari pemerhatian fizikal dan di media-media sosial, yang memekak pasal harga barang naik (tak tahu barang apa yang naik), adalah mereka yang terdiri dari penyokong pembangkang (termasuk keluarga sendiri) sahaja, terutamanya yang menetap di negeri darul Mahal – Selangor.

Hanya di Selangor saja penulis dapati berlaku banyak rungutan mengenai kenaikan harga barang yang kemudiannya dengan mudah di salahkan kepada kerajaan persekutuan.  Negeri-negeri lain tu ada, tapi tersangatlah kurang.

Timbul persoalan kenapa harga barang di Selangor mahal, terutama dalam bab makan dan minum.  Ada restoran mamak dalam negeri ini yang mengenakan caj antara 20 sen hingga 30 sen untuk air suam, berbanding benda sama di negeri lain – percuma atau 10 sen.

Sedangkan Selangor memberikan subsidi air percuma (kecuali pengguna meter pukal).

Risik-risik, rupanya kos untuk menjalankan perniagaan di Selangor memang mahal.  Subsidi air yang tidak pernah berubah kadarnya sejak 2008 itu (kerana hanya terhad kepada 20m3 pertama sahaja), tidak terpakai kepada premis perniagaan.

Selain itu ada juga kenaikan pelbagai jenis cukai seperti cukai pintu (120%) dan caj lesen perniagaan (400%) yang perlu dibayar kepada kerajaan negeri, turut menambah tekanan kepada peniaga di negeri ini sehinggakan mengenakan caj yang hampir tidak munasabah kepada pelanggan mereka.

Di Shah Alam contohnya, harga barangan sekolah naik sehingga 120%.  Mungkin peniaga di bandar tersebut tersilap menyangkakan yang naik gaji sehingga melebihi 300% itu adalah rakyat atau kakitangan kerajaan negeri tersebut.

Rupa-rupanya, yang naik gaji melampau itu adalah Menteri Besar, Exco, Spekaer, Timbalan Speaker dan ADUN-ADUNNYA saja – tak lebih 56 orang.

Selain itu ada juga maklumat harga barang sekolah naik melambung di Selangor kerana peniaga dapat maklumat salah yang setiap pelajar di negeri tersebut dapat tambahan RM 200 dari kerajaan negeri untuk membantu pelajar memulakan musim persekolahan.

Hakikatnya, hanya 18,000 pelajar dari keseluruhan setengah juga pelajar di Selangor sahaja yang mendapat baucer membeli kasut Bata sebanyak RM 30 untuk membeli kasut.

Inilah sebenarnya antara punca kenapa harga barangan di Selangor meningkat tinggi.

Dalam masa yang sama, penulis juga yakin penduduk di perumahan rakyat (PPR) yang mencari makan dengan meniaga, turut menaikkan harga barang/perkhidmatan masing-masing untuk menampung kenaikan kos sewa rumah oleh kerajaan negeri sebanyak 100%.

Semua keadaan ini menyumbang kepada pelbagai jenis kenaikan barang dan perkhidmatan yang berlaku di Selangor.  Tak satu pun dari semua kenaikan tersebut adalah disebabkan oleh kerajaan persekutuan.

Tapi berapa ramai yang perasan perkara ini?






11 Komen to Kenapa Harga Barang Di Selangor Mahal?

  1. tak peee… kalau PR yg naikkan tak peee boss… semuanya patut… semuanya ok…
    tak peee…

  2. IamMsian says:

    Tahniah pada blogger, teruskan uar uarkan kenaikan yang berlaku di negeri PR ni, agar rakyat tahu siapa yang lebih kejam. kalau boleh edarkan risalah dan poster tentang kenaikan tersebut pada semua rakyat di seluruh negara, paling senang postkan pada semua risalah tersebut dalam FB untuk tatapan dan penilaian rakyat malaysia.

  3. reds says:

    diorang dah seronok dapat rm30…. boleh beli kete mercedes mainan kat tesco… nak wat beli kasut bata x bleh plak… x cukup rm3…pasal kasut bata purata rege rm33….citer duit rizab banyak…tapi naikkan cukai….

  4. alimedanbaru says:

    MB Selangor TERLUPA nak naikkan elaun TUAN PUNAHSIHAT EKONOMI dari RM1.00 kepada RM4.00 (KENAIKAN 300-400%)sebab tu tuan punahsihat tak mahu buat kerja.. hehe..atau pun memang nya tak layak dapat kenaikan sebab tak berguna 1sen pun…

  5. baba says:

    harga barang di selangor mahal atau segala kenaikan harga oleh kerajaan negeri ditelan dgn senyuman manis oleh para macai pakatan……

  6. Boboi says:

    Betul tu … sebenarnya semua kenaikan harga skrg disebabkan oleh pr, cuma rakyat tak sedar je.

  7. Nusantara Jones says:

    Baru perintah negeri dah macam-macam kerosakan puak pembangkang ni buat. Sana naik, sini naik, itu naik, ini naik, segala-mala benda semuanya naik.

    Pemimpin pembangkang rembat berbilion-bilion wang rakyat yang tidak berdosa. Nak cover kejahatan mereka merompak khazanah negeri, rakyat ditipu dengan baucer kasut Bata bernilai RM30 ringgit, itu pun bukan cukup sebab harga selipar Bata pun dah RM30 apatah lagi harga kasut yg lebih mahal.

    Cakap ada bilion-bilion hasil penjimatan tapi duit tu dijimatkan bukan utk rakyat tp utk masuk poket depa dlm bentuk kronisme, rasuah, penindasan, dan naik gaji sampai 300%.

  8. an says:

    memang itu tujuan di naikkan cukai pintu supaya harga naik dan bn dipersalahkan,,,

    tapi yg aku pelik tengok cara kerajaan bn bertindak… tak bijak langsung menangkis strategi pakaran rakyat

  9. gambus says:

    macai Pakatan melalak-lalak kat tgh jalan pun tak guna , sebab gaji pemimpin Pakatan tetap naik beratus persen , lim guan eng sempena tahun baru ni dah ada mercedez baru yang guna duit rakyat .. harga segala cukai pun tetap akan naik hahahahahaha

  10. sireh ke gagang says:

    ini semua salah macai macam moo & mek . buta perut dan mata . pekak badak pulak tu.

  11. Mawar says:

    Mesti pambangang Penipu RAKYAT bersuka ria main timbang2 duit setiap hari, di negeri selangor akibat pemerintahan tidak adil kerajaan negeri selangor.

Leave a Reply

Threesome