Menu Utama

Kalimah Allah: Pakatan ‘Berpesta’ Bila Harun Taib Meninggal

PENULIS melihat beberapa blog dan portal berita pro pembangkang ‘menyambut baik’ kematian Ketua Ulama PAS, Allahyarham Datuk Harun Taib malam tadi akibat penyakit kencing manis pada usia 71 tahun.

Ada yang kata kematian itu satu rahmat, tidak kurang juga yang menyelitkan label ‘penentang kalimah Allah oleh non-muslim’ pada tajuk berita mengenai kematiannya.

Seoalah-olah puak ini ‘berpesta’ dengan kematian Allahyarham sebab sebelum ini banyak pihak dalam Pakatan ini menganggap Harun Taib sebagai penghalang kepada kesepakatan pembangkang dalam isu kalimah Allah – kesepakatan dalam erti menyebelahi puak Kristian, bukan orang Islam.

Arwah juga menentang pemimpin DAP dilantik jadi Timbalan Perdana Menteri kalau Pakatan menang dalam PRU13 yang lepas.  Semua inilah yang buat ramai berbulu dengan beliau.

Trend macam ini penulis lihat semakin menjadi-jadi sejak bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abd Razak meninggal dunia September tahun lepas.

Dari satu segi, orang ini ‘dimuliakan’ sebagai pemimpin PAS, tapi dari segi politik Pakatan, orang ini dilanyak dan di hina semahu-mahunya bila dia meninggal dunia.  Dalam kes arwah Azizan, liang lahad belum siap gali pun, Pakatan dah sibuk nak meletakkan calon.

Buruk tak buruk punya perangai pembangkang ni, lihat saja bila ada kematian pemimpin yang kita tahu semasa hidupnya tidak menyokong agenda pembangkang untuk cetus huru hara agama di negara kita ini.

Dalam isu kalimah Allah ini, penulis tidak lihat Allahyarham satu-satunya yang menentang penggunaannya oleh puak radikal Kristian.  Arwah memang antara yang vokal sekali, tapi suara itu sebenarnya mewakili majoriti besar pemimpin dan ahli PAS yang masih berpaksi kepada asal usul perjuangan sebenar PAS.

Yang lain tu terpaksa main peranan supaya penyertaan PAS dalam Pakatan nampak jelas memang ada peranan, bukan sekadar sebagai penumpang, sementara satu dua individu pula seperti Khalid Samad, memang bersekongkol dengan puak Kristian sebab undinya di Shah Alam bergantung kepada puak-puak ini.

Perginya arwah juga tak bermaksud suara anti penggunaan kalimah Allah oleh radikal Kristian dalam PAS akan lenyap, silap-silap bertambah nyaring pulak.  Nik Aziz pun nampaknya dah mula tukar tune dalam isu ini apabila dipetik menentang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

Dan mengenali PAS, kita tahu parti itu ibarat ‘apa tuk guru kata sajalah’.  Ya, mereka ada perlembagaan, ada pemilihan dan sebagainya, tapi itu semua formaliti sahaja, hakikat sebenarnya, Nik Aziz satu orang yang main peranan menentukan hala tuju parti tersebut.

Rakyat Malaysia perlu tolak politik tak beradab seperti ini.  Politik politik jugalah, tapi takkan sampai hilang nilai kemanusiaan?

Alfatihah untuk arwah.






21 Komen to Kalimah Allah: Pakatan ‘Berpesta’ Bila Harun Taib Meninggal

  1. alimedanbaru says:

    apabila pemimpin yg iklas dan komited untuk pertahankan Islam dijemput oleh Allah
    bermakna Allah mahu mengasingkan arwah dengan makluk disekelilingnya yg berpura-pura mahu menegakkan Islam dan
    hakikatnya kebanyakan pemimpin Pas yg berada dikeliling arwah harun taib
    adalah manusia yg menghalalkan cara
    demi mencapai tujuan politik
    bariskan nama-nama
    baik nik aziz, hj hadi
    mat sabu, mahfus
    khalid samad dll
    mereka semua adalah
    musang berbulu ayam dlm perjuangan Islam
    hanya kerana mahu mengikut kehendak kafir dan dap
    agama dilacurkan dan fatwa diubahsuai untuk membenarkan kehendak kafir laknat!
    dan terlepaslah arwah harun taib
    dari ‘fitnah’ agama mereka yg dikelilingnya..

    • system baru says:

      aku ucap al fatiha pada harun taib dan semoga harun din baik penyakitnya supaya dapat manghalang puak kafir cuba merosak islam dan supaya menasihat puak munafik dalam pas cuba merosak islam

    • Jambol says:

      Amin, amin ya rabbul ‘alamin.

      Sedarlah bagaimana liciknya musuh-musuh Islam, sama ada yang bergelar ustaz, berserban dan memakan babi, menpergunakan kamu untuk menyesatkan umat Islam.

  2. BNbagoos says:

    Yang pasti mereka akan berpesta. Yang sedih rakan2 arwah tak akan ada kuku untuk menerus perjuangan beliau.

  3. songkok says:

    Perjuangan PAS kini adalah perjuangan untuk menjadikan orang kafir sebagai pemimpin, orang PAS kini umpama alas kaki dan anak tangga yang sentiasa dipijak-pijak oleh orang kafir untuk naik ke atas. Islam adalah satu-satunya agama yang suci, mulia dan benar. Penghinaan demi penghinaan yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat telah mencemar Islam.
    Hanya dua jalan sahaja yang layak diambil oleh PAS iaitu; tinggalkan Pakatan Rakyat atau berhenti daripada politik.
    Semoga Allahyarham Datuk Harun Taib tergolong dalam kalangan kekasih Allah.

  4. mooooo says:

    Ada pesta ka?? Ada panggil artis2 macam umno? Ada panggil K Pop bayar RM1.6 jutaka?ada pggil Psy.

    • MelayuAsli says:

      Ko nie faham bhs melayu ke x..pesta xsemestinya panggil org menyanyi melalak2..

      • bangKano says:

        Mooo ada la salah soghang PARIA haprak dongga menganut dogma UTOPIA sentiasa FOBIA kat kelompok berpikiran kritis….aysik plak EUFORIA sakan bila ada isu memihak pada depa. Depa sakan berpesta ria macam slot tv Boria penuh hilai ketawa sampai naik sendawa…..

        Tu la sifat paria yang dok sakan berpestaria pasai dah ceria macam barua….!!!!

  5. tengkudin says:

    alfatihah untuk arwah.. dan tengok la puok puok lahanat PR suka kutuk arwah pasal kalimah ALLAH ni…apa la nak jadi dengan puak lgbt ni..

  6. syaa says:

    kerjasama PAS dan DAP menguntungkan kristian jer.

  7. shwan says:

    Moo sebagai agen perosak melayu jangan kita perdulikan, orang melayu mesti terus berjuang mempertahankan kalimah Allah dan menolak pemimpin PAKATAN

  8. meMangTERok says:

    Sekurang2nya seminggu sekali kita beramai2 aminkan doa meminta kemakmoran & kesejahteraan negara kita. Dijauhkan negara dan rakyat jelata dari sebarang musibah dan mala petaka dan sebagainya. Kita aminkan doa imam selepas solat jumaat, kerana solat fardhu lain jarang doa untuk tujunan itu diselitkan.

    Kita selepas itu dapat rasakan nikmat dari doa kita, dengan membandingkan keadaan negara lain yang kucar kacir & huruhara dengan berbagai jenis pergolakkan, juga dilanda bencana alam yang berbagai dan menyebabkan kemusnahan.

    Kita sering terfikir bahawa kita umat islam telah membuat sesuatu yang besar yeini dengan meminta kehadrat Illahi satu kemakmoran, keamanan dan kesejahteraan, lalu Allah makbulkan doa kita. Dengan tanggapan ini kita merasakan bahawa puak non-muslim patut berterima kzasih pada kita orang Melayu yang bertanggong jawab memperolihi keadaan itu dengan doa kita saban minggu. Kita rasa besar hati dan dalam hati kita berharap mereka rasakan apa yang sama.

    TEtapi, sebenarnya, alangkah melesetnya tanggapan serupa itu. Kerana tanpa kita sedar sekian lama bahawa kaum cina terutamanya rasakan mereka yang bertanggongjawab diatas kemakmuran yang kita bersama kecapi. Maka kitalah yang patut bertima kasih pada mereka. Kita parut berterima kasih kerana mereka bersikap tolensari terhadap kita.

    Dakwaan serupa ini mengguris hati kita, kerana selama ini kita anggap diri kita tuan dan mereka tetamu disini. Pada kita mereka setaraf dengan kita, bukan tamu dengan tuan.

  9. bujuk says:

    Buatlah cerita yg. lebih baik. Korang tau tak berapa ramai ahli, penyokong dan masyarakat yg. hadir dan solat jenazah TG.Harun taib? itu semua tanda kasih dan eratnya hubungan silaturrahim beliau dengan masyarakat. Adalah pelik ribuan yg. menyokong d senyapkan, tapi 2-3 kerat yg. entah dari mana yg. menentang mendapat tempat d mykmu untuk d hebahkan.

    • WTF says:

      HARAKAH pun kondem Malaysian Insider, hang tak nak ulas ker!!!

      http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/25251-kenapa-fitnah-tmi-terhadap-almarhum-ustaz-harun-tidak-boleh-dimaafkan

      Kira tak salahlah bagi MYKMU untuk keluarkan article ini, sebab HARAKAH pun buat benda yg sama!!!

      P/S: Hang dah tak baca HARAKAH lagi ka BUJUK???

  10. raplahjingaa says:

    Tu la pasal bujuk…2-3 kerat tu yang macam pepatah melayu kata ” nila setitik rosak susu sebelanga ”

    Susu sebelanga tu banyak kita dah tau dah…ni nila yang setitik ni, walaupun sikit amat memudaratkan, itu kita kena war-war kan.

Leave a Reply

Threesome