Menu Utama

Kena Pecat Dari PKNS, Azmin Mula Serang Khalid

Oleh Zul Rawi

Polemik perbalahan antara Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim seperti tiada penghujungnya. Terbaru Khalid memaklumkan isu pemecatan Azmin sebagai ahli lembaga pengarah, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) kekal sehingga siasatan lanjutan mengenai diselesaikan.

Khalid melalui kenyataan medianya petang semalam seperti cuba untuk ‘lepas tangan’ apabila mengatakan pemecatan Azmin pada 8 Januari lalu telah dilakukan tanpa pengetahuannya.

Bagi menguatkan lagi dakwaan tersebut, Khalid turut memaklumkan Pengurus Besar Datuk Othman Omar dan Setiausaha Eksekutif PKNS Norita Mohd Sidek telah dipindahkan ke pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohamed Khusrin Munawi dengan serta-merta.

Tindakan itu diambil kononnya untuk membolehkan siasatan dijalankan sekali gus mengelakkan wujud sebarang campur tangan yang mungkin boleh mengganggu siasatan.

Paling menarik, Azmin sebelum ini ketika menjawab tweet yang dihantar oleh salah seorang pengikutnya menyifatkan Khalid sebagai ‘Mr U-Turn’.

“Hanya Mr. U Turn boleh kata begitu” jelas Azmin ketika menjawab persoalan berhubung pemecatannya sebagai ahli lembaga pengarah.

Malah apabila ada salah seorang pengikutnya mengatakan “hanya di Selangor, Pengurus Besar boleh pecat ahli lembaga pengarah” dia yang juga merupakan Pengerusi PKR Selangor dengan segera menjawab “Mr U-turn”. Ia sekali gus menguatkan lagi andaian bahawa pemecatan dari PKNS adalah merupakan sandiwara Khalid.

Tidak cukup dengan itu, Azmin turut dilihat menyerang Khalid dengan melabelkan nya sebagai ‘orang tua’ dan bekas Setiausaha Politknya, Faekah Husin sebagai ‘anak dara tua’.

“Tapi ada orang tua yang suka andartu” sindirnya pula.

Kesimpulannya, Azmin jelas tidak berpuas hati dengan keputusan ‘suara-suara ghaib’ untuk menyingkirkannya dari PKNS.






19 Komen to Kena Pecat Dari PKNS, Azmin Mula Serang Khalid

  1. jombo says:

    Rupanya takde lah maksum pemimpin pkr ehh.. Macai sembah pemimpin pkr macam sembah berhala.

  2. Mek esah says:

    Turun le azmin oiii….hang bukan hebat mana pun

    • Pemerhati says:

      tahu pun azmin tak hebat, jangan cecai hina bongok sial macam mek esah nak kata atau nak perasan dirinya hebat pula

      manusia hebat di Malaysia sekarang ini ialah menteri luar Anifah Aman, hebatnya dia sampai kerajaan Jepun boleh dengar cakapnya jangan beri kebenaran kepada musibat(anwar) itu masuk Jepun

  3. raplahjingaa says:

    Hebat apaaaaa..tu mek ??

  4. bangKano says:

    Dah nama pun pemimpin baruah Paria Kikis Rakyat PKR…semua pemimpin & ahli ada la mantan ahli UMNO yang serakah merembat kekayaan tanpa mengira kebajikan rakyat. Patut la depa di tendang keluaq dari UMNO pasai peghangai licik salah guna kuasa dan tak pernah punya moral sebagai soghang mukmin….!!!

  5. decepticon jr. says:

    gila duit jugak org pr ni.ingat diorng nak sgt berbakti pada rakyat.x nampak pe pun lg yg positif sejak diorng ambilalih.bru gaji naik 200%.kontrak x sambung pun dah meroyan.apa untung rakyat dengan tindakan kerajaan negeri mewujudkan jawatan2 yg tiada fungsi dan di bayar gaji yg tinggi yg hanya untuk memenuhi koata.mcm mat sabu dgn syarikat air pulau pinang.apa dia tau pasal pengurusan air.tu kan duit rakyat dan pembayar bil dan cukai.tp kje dia langsung x buat.bole org pr terangkan…..

  6. baba says:

    frust la azmin, masih tak dilantik….elaun pengarah beribu2 melepas dr pandangan….

  7. meMangTERok says:

    Kutuk, Cantas, pijak, singkir. Kutuk, cantas , pijak, singkir (ulang sebanyak 33 kali)

    Putar, belit, tipu, maki, bohong, fitnah (ulang sebanyak 33 kali)

    Itu adalah kalimah zikir puak PR tiap hari sebaik bangkit dari tidor. Kalau orang lain berzikir tiap kali lepas solat. Tapi mereka terlalu advance, mereka berzikir sebaik saja bangkit dari tidor sebelum kebilik air.

  8. DataCode says:

    Maksum sungguh para pemimpin pkr..kena pecat dari jwtn dah kecoh.padahal apa yang ada dah cukup.

  9. Pemerhati says:

    teruskan bergasak, bestnya!

    Pada Rabu juga, kumpulan pro Timbalan Presiden PKR Azmin Ali akan menganjurkan demonstrasi untuk menunjukkan soladiriti dengan dua penjawat awam Selangor yang kini digantung tugas dan dipindahkan dari PKNS ke pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

    Ia dilihat macam serangan terbuka pada Khalid nak bermula.

    Agendadaily menerima notis jemputan media, acara tersebut akan diadakan di Laman Seri Shah Alam pukul 10 pagi Rabu.-21/1/2014- OLEH HELME HANAFI

    http://agendadaily.com/arkib/arkib-agenda-daily/berita-muka-hadapan/319-muka-hadapan/10429-khalid-vs-azmin-makin-kalutmari-kita-tengok-siapa-yang-kena.html

    ——————————————————–

    kepada yang nak bawa poster gambar khalid gagap untuk dipijak-pijak dsb, janganlah teragak-agak, nak malu-malu atau nak takut-takut buat begitu sebab ini negara demokrasi kebebasan bersuara lebih terjamin dan dijamin oleh pakatan haram

  10. apa laaa says:

    ahhhh…org politik semua sama.. yg mn ble buat utg, semua nk tibai. keja nk senang…nak ada power dan wang.

    ikut yg btoi2 nak ke Islam saja…yg dok gila kuasa tu nk ikut buat pa.

    secara logik..klu org dh tak suka…nk pecat ka apa ka..ikut je laaa.. Ni bkn syarikat swasta

Leave a Reply