Menu Utama

Jepun Dan Lynas : Pembangkang Tetap Cari Pasal Rosakkan Imej Negara?

Anwar dilihat seolah-olah cuba meraih publisiti murahan dengan melakukan kesalahan yang nyata tetapi menyalahkan pihak lain. Sungguh klise sikap Anwar ini. Baling batu sembunyi tangan. Tujuan hanya satu cuba mencetus provokasi antara benua. Begitu juga dengan tindakan pembangkang yang menggunakan isu anti Lynas untuk mencetuskan ketegangan antara keselamatan KLCC dan aktivis Himpunan Hijau di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, yang mana berlangsungnya sambutan Hari Australia.

Agenda jahat pembangkang seolah-olah beralih arah dengan mensasarkan negara-negara luar yang mempunyai kepentingan pelaburan di Malaysia. Oleh itu pihak kedutaan kita disetiap negara perlu mengambil tindakan yang lebih proaktif dengan menerangkan situasi sebenar. Segala provokasi yang dicetuskan oleh pembangkang sebenarnya bermotifkan politik yang keji.

Berbalik kita kepada isu kunjungan Anwar ke Jepun. Pemergian beliau ke Jepun sebelum ini telah diuruskan khas oleh Kedutaan Jepun di Malaysia. Namun begitu situasi nya amat mencurigakan apabila Anwar tidak membuat permohonan terlebih dahulu sebelum berkunjung ke Jepun. Oleh itu beliau tidak dibenarkan masuk.Anwar diminta mengambil penerbangan pertama pulang ke Malaysia sebaik mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, Ahad lalu atau dihantar pulang.

Pihak berkuasa Jepun telah menerangkan bahawa larangan itu kerana Ahli Parlimen Permatang Pauh itu pernah disabitkan atas kesalahan jenayah pada 1999. Tambahan pula beliau tidak membuat permohonan mendapatkan visa. Sebelum ini Anwar tahu ikut prosedur untuk melawat Jepun dua kali pada April dan Jun 2012. Anwar telah membuat permohonan mendapatkan visa dan ia membolehkan Kedutaan Jepun mengeluarkan ‘kebenaran khas’ untuk beliau memasuki Jepun. Berlainan kali ini kerana amat jelas lawatan Anwar kali ini ke Jepun merupakan lawatan cari pasal.

Manakala ketegangan yang berlaku antara keselamatan KLCC dan aktivis Himpunan Hijau di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, yang mana berlangsungnya sambutan Hari Australia pula merupakan satu lagi platform yang digunakan pembangkang untuk mencetuskan huru-hara yang berterusan.

Rakyat perlu faham mengenai fakta projek LAMP (Lynas).
Teks Penuh Pembentangan Usul Laporan Lynas oleh Pengerusi PSC di Dewan Rakyat
Jika dikatakan aras dos sinaran yang maut untuk manusia (50% akan mati dalam tempoh 30 hari ) adalah 4 Gy. Sekiranya 4 gy disetarakan dengan 4,000 Meter maka ia menyamai ketinggian Gunung Kinabalu.
Aras dos sinaran di Lynas pula adalah 114 nGy sejam = 0.000000114 Gy sejam. Maka, 4 mGy = 4 meter. 4 uGy = 4 mm , 114 nGy = 0.1 mm ( Iaitu bersamaan dengan saiz atau ketinggian debu). Oleh itu, dos sinaran yang ada di kilang Lynas adalah umpama perbandingan ketinggian debu dengan Gunung Kinabalu.

Dengan itu amat jelas segala provokasi pembangkang berkenaan bahaya Lynas hanya pembohongan semata-mata. Bahaya sinaran di Lynas yang seumpama ketinggian debu jika dibandingkan dengan ketinggian Gunung Kinabalu (Dos yang membawa maut).

Profesor Ahmad Termizi Ramli Ph.D, PCM daripada UTM yang merupakan pakar dalam bidang ini menyatakan dalam sesi public hearing di Parlimen pada 21 Mei 2012, bahawa beliau merasa malu dengan pakar daripada luar negara kerana rakyat Malaysia sedang membicarakan tentang thorium dalam rare earth yang jelas sama sekali tidak merbahaya.

Tambahan pula beliau malu kerana seolah-olah pakar-pakar tempatan tidak memberi kefahaman kepada rakyat Malaysia betapa apa yang mereka bimbangkan adalah langsung tidak berasas dan jauh sekali untuk dibantah umpama paras bahaya setinggi debu dibandingkan paras bahaya setinggi gunung kinabalu.

Sebenarnya kita tahu bahawa provokasi melampau pembangkang berkenaan isu Lynas amat tidak berasas. Namun begitu kita perlu terus berusaha memberi penerangan semudah dan seringkas yang mungkin untuk memastikan semua lapisan masyarakat faham akan pembohongan melampau pembangkang.

Yakinlah apabila kita berjaya menyalurkan maklumat yang betul dan berterusan kepada rakyat maka segala fitnah yang cuba diprovokasi dan dicetuskan pembangkang bakal ditolak bulat-bulat oleh rakyat. Sekarang ini pembangkang telah menggunakan media mereka untuk menyebarkan fitnah. Disamping itu juga tindakan tegas kerajaan dalam menangani fitnah mereka perlu bagi membuktikan kebenaran kita dan mengajar pembangkang untuk tidak terlalu berani memfitnah.

Dalam keadaan sekarang di mana kerajaan terlalu brlembut dengan fitnah mereka telah mendorong pembangkang bertindak lebih berani dan melampau. Pembangkang perlu diajar agar bertanggungjawab atas kesalahan fitnah mereka. Ini amat penting bagi mengelakkan rakyat terus dikelirukan mereka. Sekarang negara-negara besar dunia pula cuba dikelirukan pembangkang. Mereka perlu dikenakan tindakan tegas. Kami tuntut itu demi maruah kita.



« (Previous News)



10 Komen to Jepun Dan Lynas : Pembangkang Tetap Cari Pasal Rosakkan Imej Negara?

  1. korokstabang says:

    nak jadi pm macamna kalau proses nak masuk ke negara jepun pun sangkut bahalol punya manusia gebang saja lebih kerja taraf budak pun fail kalau pasai tibai cinadol pasai pukul blakang dia lah pakar

  2. SYSTEM BARU says:

    anwar ada phd badigol ada ahli pas nama dr che rusli cakap lynas tak bahaya nampak sangat pr berpecah-belah,

  3. meMangTERok says:

    Sipeliwat tua ini sebenarnya sedar bahawa dia tak akan kemana. Bahawa dia tetap akan bersara menjadi seorang bekas banduan dan peliwat yang tiada pegangan serta longgar akidahnya.

    Dia sedar penipuan style 16Sept tidak laku di Msia. Perhimpunan ala Tahrir square tak akan jalan di Msia. Demikian apa yang sedang berjalan di Bangkok tidak akan ditiru di Msia.

    Orang ini adalah orang tua putus harap yang akan hanya mati beragan setelah angan2 tak kesampaian. Yang tinggal nanti hanya beberapa kerat pengikut yang bengap yang bakal terpinga2 mencari pohon baru tempat berteduh.

    Percayalah … ini yang akan berlaku. Kerana perjuangan mereka perjuangan kosong. Perjuangan tanpa asas dan arahtuju.

  4. Mawar says:

    Anak berahim ni, harus sedar, kubur sudah panggil mari mari mari….

    Semakin lama semakin galak dgn cita2. Otak punya pusing ….laaa ni ikut jalan kotor lain pulak…buat drama halau dari jepun, muka tak malu pipi terangkat angkat….jambul rambut punsemakin tinggi…

    Pembangang pun main baghal pulak….ada jugak sami ketot yg over ekspresi kat depan embassy jepun…haaa….pijak bendera jepun, anwar takmau bertanggungjawab dgn tindakan hina bendera jepun tu….dia cuma sokong dorang buat demonstrasi sahaja…..

    cube tengok….manusia anwar takkan back up kalau korang pembangang buat salah…dia mesti lepas diri dia…..sedarlah….siapa jenis manusia anak berahim tu….

  5. alimedanbaru says:

    nuar brahim ni jenis manusia
    yg perbuatannya ‘makan diri’
    sebijik macam ahmad nispu dalam filem P.Ramle , 3 ABDUL
    buatlah apa pun , nuar brahim tetap ‘kena jual’
    sebab apa
    anuar dikelilingi oleh punahsihat macam ‘salleh kamil’ dlm 3 ABDUL yg kononnya lapar komisyen dgn mengiyakan perbuatan nuar yg bodo dan sembrono
    nuar brahim ingat dia selalu jadi hero macam hero tamil
    hakikatnya UMNO, hero P.Ramle
    lebih bijak dan bersahaja
    alahai nuar… apa pun isu yg kau bangkitkan.. tak ada nilai dan kesan
    sebab dihampuk bali kat muka dia
    dan akhirnya kena jual..he he

  6. acid says:

    Umumnya kebanyakkan Melayu Islam dah semakin kenal akan siapa musibat2 dalam Pr ni. Hampir semua isu yg depa bawa, semakin tak laku di hati rakyat.

  7. baba says:

    masalahnya sebelah pihak kerajaan malas hendak menyaman pihak pembangkang, ni yg buat mereka besar kepala

    • acid says:

      Setuju dgn sdr. baba. Tapi kadang2 saman tak betul2 dpt menyelesaikan masalah. Buatlah perkara2 yg mengunguntungkan rakyat, insyaallah kita akan kekal relevan.

  8. terangsang says says:

    atok ni sepatutnya pergi ke PWTC dahulu, bawak surat sokongan UMNO barulah Jepun bagi masuk. BN@UMNO powerkan..tentu Jepun takut punya. jangan putus asa tok.. jangan lupa visa tu kena ada juga.

Leave a Reply

Threesome