Menu Utama

Herman Shastri Mahu Sekat Dakwah Islam Di Malaysia?

Memang saya marah. Saya marah bukan tidak bertempat. Tapi bila ada pihak yang mempersoal tentang hak dan keistimewaan Islam di Malaysia, maka saya tidak berkompromi dalam soal tersebut. Apatah lagi pihak berkenaan berani mencabar keistimewaan yang telah ditetapkan dalam perlembagaan.

Baru-baru ini saya terbaca mengenai kenyataan Setiusaha Agung Majlis Gereja-Gereja Malaysia, Herman Shastri, yang seolah-olah mahu hak yang sama diberikan kepada agama Kristian sebagaimana yang diberikan kepada agama Islam di dalam perlembagaan Malaysia.

Katanya…

“Jadi adalah lebih baik untuk orang Kristian dan orang Islam mengisytiharkan ‘sesiapa pun tidak akan mengambil mualaf baru’, dan kita akan hidup dengan aman” –Herman Shastri, Forum Kebebasan Beragama, Petaling Jaya, 13 Januari 2014.

Apa yang saya faham dari kata-katanya itu, sekiranya Kristian tidak dibenarkan berdakwah dan “convert” orang Islam memeluk agama Kristian, maka semua agama termasuk Islam pun sepatutnya tidak dibenarkan berbuat begitu. Dalam ertikata lain, dia mahu Islam juga tidak dibenarkan berdakwah sebagaimana Kristian di negara kita.

Malah dalam kenyataannya di dalam forum itu, sekiranya Kerajaan Malaysia melaksanakan kehendaknya, maka barulah rakyat di negara kita akan aman tenteram tanpa sebarang masalah ketegangan agama. Kurang ajar, kan?

Fasal 11 Perlembagaan Negara menetapkan bahawa setiap orang mempunyai hak untuk menyatakan dan menjalankan urusan agamanya. Dan mereka mestilah tunduk pada undang-undang yang kuatkuasakan bagi menyekat penyebaran agama-agama lain untuk umat Islam, termasuk bertujuan untuk penyebaran.

Dalam bahasa mudah untuk difahami, Fasal 11 yang menyentuh tentang kebebasan agama itu memberi kebebasan dan hak pada setiap rakyat untuk mengamalkan agama anutan masing-masing. Namun, mereka mestilah hormat dan patuh pada ketetapan undang-undang yang melarang penyebaran dakwahnya kepada umat Islam.

Agama lain tidak boleh berdakwah kepada umat Islam. Itu hak dan keistimewaan yang telah ditetapkan perlembagaan untuk kepentingan agama Islam. Faham?

Jadi, siapa Herman Shastri untuk mengada-ngada mahu samakan taraf kedudukan Islam dengan Kristian? Herman Shastri perlu tahu bahawa kehendaknya itu hanya boleh dilaksanakan di Sabah dan Sarawak, tapi kenapa dia terhegeh-hegeh mencetus “api” di Semenanjung Malaysia pula?

Tak tahukah Herman bahawa majoriti rakyat di Semenanjung Malaysia ini beragama Islam? Dia mahu ditampar secara percuma?

Kalau Herman benar-benar kemaruk nak berdakwah Kristian, dia boleh ke Sabah dan Sarawak. Di sana perlembagaan Malaysia membenarkan. Kita sama-sama “berlumba secara sihat” berdakwah sebanyak mungkin di sana dan cuba pikat rakyat Malaysia di sana. Di Sabah dan Sarawak bukan hanya Islam dibenarkan berdakwah, Kristian pun dibolehkan!

Hermen_Shastri_14012014_600_400_100

Tapi, jangan cuba-cuba menjual dakwah Kristian di Semenanjung Malaysia. Ia bukan saja salah dari sudut perlembagaan dan boleh didakwa di mahkamah, malah ia juga mampu mencetus api kemarahan umat Islam serta mencetus ketegangan di sini.

Apa asas hujah Herman yangg mengatakan “semua agama tidak dibenarkan berdakwah maka baru rakyat Malaysia boleh aman”? Maksudnya negara kita tidak akan aman jika Kristian tidak dibenarkan berdakwah sebagaimana Islam di Semenanjung Malaysia? Begitu maksud Herman?

Selama zaman merdeka, apakah rakyat di Semenanjung Malaysia dan Sabah-Sarawak yang berbilang agama ini hidup tidak aman damai? Pernahkah kita berperang sabil dengan penganut agama lain sejak merdeka? Hidup rakyat di Malaysia ini aman saja tanpa sebarang perang antara agama sejak merdeka. Itu fakta.

Kenapa kita aman? Sebab kita saling hormat menghormati tentang hak beragama masing-masing dan faham tentang kebebasan beragama mengikut ketetapan perlembagaan. Tiada siapa pun yang persoal keistimewaan Islam selama ini. Kalau ada pun, mereka tidak berani pertikai secara terbuka seperti Herman kerana sedar tentang kesan buruk yang mungkin tercetus.

Sebab itulah saya kata Setiausaha Agung Gereja-Gereja Malaysia itu sengaja mencetus kemarahan saya. Saya yakin, bukan saya seorang saja yang marah, malah mungkin ramai lagi umat Islam yang marah dengan kenyataan tidak bertanggungjawab Herman itu.

Tapi tak tahulah apa pendirian PAS. Bukan apa. Kadangkala PAS akan mengutamakan Islam kalau ada kepentingan politik disebalik sesebuah kenyataan yang dikeluarkan. Tapi selalunya, PAS lebih mengutamakan politik mereka berbanding kepentingan dan kesucian Islam walaupun mereka mengaku “lebih Islam” dari UMNO.

Saya tidak mahu kaitkan sangat perihal pendirian PAS dalam soal ini kerana isu ini lebih mirip sebagai isu antara agama yang membabitkan kepentingan dan hak agama Islam di Malaysia.

Jadi saya menyarankan agar ada pihak yang tampil mempersoal kenyataan Herman Shastri yang mencabar Islam dan Perlembagaan Malaysia itu. Tindakan perlu diambil terhadapnya supaya ideologi “semua agama sama hak” di Malaysia dapat dihapuskan segera. Ingatlah, ini Malaysia dan hormatilah ketetapan perlembagaan. Kalau tidak, berambus keluar dari negara ini!






14 Komen to Herman Shastri Mahu Sekat Dakwah Islam Di Malaysia?

  1. baba says:

    ni la bangsat yang perlu disekat dari memijak kepala kita. dah tau dlm perlembagaan tertulis dgn jelas masih mahu persoalkan.

  2. korokstabang says:

    keputusan mahkamah di cabar, Titah Sultan Selangor di persenda, Titah YDP Agong di persoal, perlembagaan Negara di tolak kalau bukan dinamakan puak pelampau nak kata puak apa kdn nak tunggu sampai bila

  3. NIK AZIZ says:

    memg sial mereka ni,,jagan sampai masyarakat islam hilang kesabaran,,nnti binasa jadinya

  4. DataCode says:

    Mahu sekat dakwah islam…tunggulah musibah

    • Kayu says:

      Ada yang dahagakan darah dan lapar peluru dan bom nampaknya…!!!..paria ni kalau duduk dekat India tidur tepi jalan saja…masuk Kristian terus sombong dan bongkak..muka pun dah nampak macam dajal..!!!

      • denak dihutan says:

        siapo pulak sobolah dio tu melayu ke layu?

        • WTF says:

          Dia Layu bernama Ahmad Farouk Musa , Pengerusi Islam Renaissance Front (IRF)

          http://irfront.net/

          • denak dihutan says:

            hatok dio lah islam renaissance konon rasulullah dulu bangkit bersama para sahabat yang betul betul menyokong usaha dakwah. patut ea nampak banggang je air muko dio. (jangan harap puak kapir lahnat nak terima islam entah2 esok luso amat parok berpaling dari beriman – nauzubillah)

  5. chempakazaleha says:

    Setahu saya di Malaysia ini, tidak ramai orang islam yang menjalankan aktiviti berdakwah kepada non-muslim. Dakwah atau aktiviti keagamaan banyak berkisar hanya di kalangan orang islam atau dalam komuniti Melayu sahaja bukan seperti aktiviti penyebaran ajaran kristian yang dilakukan di luar komuniti kristian. Ini kerana kefahaman orang islam sendiri terhadap agama yang mereka anuti(islam) itu sendiri tidak mendalam.

    Tetapi si shastri ni nak berlawan dengan kehendak Allah swt. Rasulullah saw sendiri mahu bapa saudaranya mengucap syahadah tetapi Allah lebih berkuasa. Hanya allah yang boleh memberi hidayah kepada sesiapa yang di kehendakkiNya dan bukan sebab dahwah orang islam. Shastri ni tak sedarkah, agama kristian itu sendiri bercelaru sebab itu ramai yang berpaling dari kristian.

    Cuba dia tanya kenapa non-muslim convert kepada islam. Pasti dia akan tahu jawapannya…

  6. denak dihutan says:

    dai koling, dulu british jadikan ko kuli , bilo dah pandai nunjuk tere pulak, jumpo ulau jumpa koling, koling tu elok ea dibelasah sobab cakap belit belit lebih belit dari ulau. ini sumo salah nuar aljuburi dan kem pas khalid somat tu bagi muko sangat kat dio alasan kebebasan palo hatok dio lah.

  7. Mawar says:

    There is no way !!! Konon kata aman. Sama sahaja….sama ada benarkan atau tidak , manusia tidak pernah puas dgn apa yg ada. Dalam setandan pisang tidak semua baik belaka. Mungkin mula2 ikut peraturan(konon) tapi lama2 jadi balik huru hara sebab agenda itu akan berterusan hingga umat Islam mencapai kemenangan sepenuhnya.

    Cuba tengok Gon eng, CAT kluar, tapi akhirnya mcm BABI jugak…dia sondol jugak dan dapat mercedes sejibik…..

    Shastri hanya cakap guna asas logik akal fikiran dia sahaja.

    Doktrin dari zman dahulu lagi ialah menarik seberapa ramai umat Islam masuk ke agama nasrani/kristen/yahudi dan sebagainya. Itu adalah agenda.

    Pooodahhh citttt shastrii

  8. brahim says:

    Mamat Farok tu wahabi giler dari Jantung Negara…dia bukan faham Islam sangat pun..

  9. Mawar Berduri says:

    Toni takguna one, moooooooo, mek esah, bujuk dan kawasan yang sewaktu dengannya sonyap yo, komen la skit.

  10. Wondering ? says:

    Salam 1Malaysia. I am a non-Muslim. Saya hormat semua agama, tetapi kenapa apabila agama lain dituduh berdakwah, kamu semua melenting dan marah. Kenapa apabila kamu berdakwah pada kami, perkara itu seperti perkara biasa sahaja. Kita hidup dalam pelbagai rumpun bangsa dan agama, seharusnya tidak ada sikap begini.

Leave a Reply