Menu Utama

The Herald dan Paderi Andrew Biadap – Dr Mahathir

PETALING JAYA 8 Jan. – Tun Dr. Mahathir Mohamad mempersoalkan niat sebenar Pengarang The Herald, Paderi Lawrence Andrew yang terus menyakitkan hati umat Islam apabila berdegil mahu gereja-gereja Katolik di Selangor menggunakan kalimah Allah.

Sambil membidas sebarang perbuatan tidak menghormati keputusan mahkamah, Dr. Mahathir menegaskan, paderi tersebut perlu mengutamakan sensitiviti masyarakat berbilang kaum dan agama bagi mengelakkan berlaku huru-hara termasuk pembunuhan seperti di negara luar.

“Penggunaan kalimah Allah di Sabah dan Sarawak, telah lama (digunakan) tak apalah, tapi di sini (Semenanjung) apa sebab tiba-tiba nak digunakan?

“Kita suruh belajar Bahasa Kebangsaan pun tak belajar, nak bercakap Bahasa Kebangsaan pun tak, tiba-tiba dalam perkara ini nak guna sangat Bahasa Kebangsaan, pasal apa, ada niat apa?” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama dalam Seminar Pengarah Korporat Keenam sempena Ulang Tahun Ke-50 Tabung Haji di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji, Datuk Ismee Ismail.

Dr. Mahathir mengulas kenyataan Andrew yang tetap tidak berganjak daripada pendirian supaya gereja Katolik di Selangor menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mingguan yang menggunakan bahasa Melayu.

Dr. Mahathir berkata, isu pengunaan Kalimah Allah dirujuk ke mahkamah oleh pihak gereja namun apabila keputusan dibuat, mereka tidak mempedulikan.

“Kita jangan menyakitkan hati orang. Tapi dia (Andrew) sengaja, dah mahkamah kata jangan pun, (dia) tak peduli. Ini tak menghormati mahkamah,” katanya.

Tegasnya, paderi tersebut perlu sedar selama ini terdapat banyak kesalahan yang dilakukan orang bukan Islam tidak ditegur oleh umat Islam kerana menghormati sensitiviti serta atas dasar kebebasan beragama.

Malah, Dr, Mahathir turut mengakui, sewaktu bergelar Perdana Menteri, beliau tidak menegur kesalahan orang bukan Islam yang membina empat rumah ibadat dalam satu kawasan kecil disebabkan mahu menjaga sensitiviti.

“Di Malaysia kita tengok, orang bukan Islam bebas mengamalkan agama mereka sebaliknya di sesetengah negara bukan Islam, masjid tidak boleh didirikan,” katanya.

Justeru katanya, Andrew digesa menghormati keputusan mahkamah terhadap penggunaan kalimah Allah di dalam Bible versi bahasa Melayu.

“Sama ada boleh digunakan atau tidak perkataan Allah dalam agama adalah perkara lain, yang harus kita utamakan adalah sensitiviti masyarakat,” jelasnya.

– Utusan






11 Komen to The Herald dan Paderi Andrew Biadap – Dr Mahathir

  1. […] View the original here: The Herald dan Paderi Andrew Biadap – Dr Mahathir […]

  2. korokstabang says:

    seperti yang aku duk tulis sebelum ni lah cuba perhatikan orang cina dan india apabila berada di kalangan mereka bahasa yang digunakan samada bahasa kaum mereka ataupun bahasa inggeris mereka tak gunakan bahasa melayu semua rakyat maklum hal ini

    tapi kenapa apabila mau menyampaikan agama kristian mereka bersungguh sungguh mau mencetak serta berkeras mau gunakan bible dalam bahasa melayu tidak kah ini satu perbuatan bermotif jahat kepada penganut islam berbangsa melayu

    mahkamah sudah putuskan khalimah Allah tidak boleh digunakan dalam gereja di semenanjung termasuk di selangor malah Sultan Selangor juga sebagai ketua agama telah melarang perbuatan tersebut tindakan lawrenceb andrew bukan saja membelakangkan titah Al Sultan malah menentang perintah mahkamah ini adalah tindakan puak ‘Pelampau’ yang bertentangan dengan undang2 negara

    pihak berkuasa di gesa bertindak segera menangkap puak ‘Pelampau’ ini sebelum kejadia tak di ingini berlaku atau akan ada lagi orang lain yang akan melakukan hal yang sama yang bertentangan dengan arahan dan perintah mahkamah

  3. meMangTERok says:

    Cita2 mereka bukan baru timbul malah sudah dirangka sekian lama. Untuk melemahkan melayu serang akidah mereka, pesong amalan mereka. Ini kerana mereka tahu melayu kuat kepercayaan mereka terhadap agama yang satu, yang dianuti orang melayu .

    Tidak saperti mereka sekerat budha, sekerat kristian dan ada antara mereka yang langsong tak beragama. Mereka tidak boleh menggugat melayu dewasa kerana melayu dewasa sudah tegap berdiri dgn akidah mereka. Maka mereka didik budak2 dan anak muda.

    Hal ini berbunyi mustahil sebelum ini tetapi nampak menasabah kerana ada kumpulan yg berdiam tidak bersedia utk berperang.

  4. alimedanbaru says:

    Sejarah tidak akan pernah menipu manusia.
    Sejarah mencatitkan peristiwa, kata-kata dan perlakuan manusia.
    Siapakah yg sejarah catitkan untuk mempertahankan agama Muhammad bin Abdullah yg diangkat oleh Allah sebagai Rasul
    Siapakah disaat agama Islam dicabar dan dihina maka dia dengan berani kedepan bersura demi kebenaran
    Apalah nilainya hidup yg takaakan sampai 100 tahun kalau dibandingkan dengan kehidupan akhirat yg tidak ada penghujungnya
    Siapakah yg mengejar dunia dan ingatkan hari pembalasan
    MANA SUARA HJ HADI
    MANA SUARA NIK AZIZ
    MEMENAG BENARLAH JANJI DAN AMARAN ALLAH
    MUNGKIN DIMAHSYAR KELAK ADA YG TERKEDU
    ALLAH ENGGAN BERTEMU DENGAN MEREKA
    DAN ALLAH BERFIRMAN
    “PERGILAH KAMU MENCARI PAHALA DAN PEMBALASAN KEPADA PADERI LAWRENCE YG KAMU PERTAHANKAN DAN KAMU KETIPIKAN AKU
    DAN RASALAH AZAB DAN BALASAN KU PADA HARI INI”
    Apakah lebai-lebai Pas tidak tahu dengan peristiwa tersebut?
    Atau Dunia bagi mereka lebih utama dari akhirat
    dan
    Jawatan politik atas dunia lebih utama dari menjadi VVVIP di akhirat
    Dan sejarah membuktikan
    MAHADHIR MUHAMMADLAH PEJUANG ISLAM YG KONSISTEN DAN SEJATI
    lu fikirlah sendiri wahai bujuk, moo dan mek esah!

    • AngeloStryderz says:

      Sudah diterangkan oleh paderi besar Vatican “Pope” bahawa penggunaan kalimah Allah diharamkan di Rome dan Eropah…. mereka membenarkan penggunaan di tanah Arab dan dunia Islam bagi meluaskan penyebaran agama Kristian di kawasan tersebut…. Ini adalah kerja ‘dakwah’ diorang bagi memesongkan penganut agama islam….

  5. Jambol says:

    Hishamuddin Tun Hussin beria-ia benar dan jadi hero bila berjaya menghapuskan ISA semasa menjadi Menteri Dalam Negeri dulu. Apa dah jadi sekarang ? Negara makin huru-hara !

    Kenapa tak nak jadi superman dengan menghapuskan angkatan tentera pulak. Berbilion-bilion ringgit boleh dijimatkan ! Atau pun suruh angkatan tentera pakai keris saja !

    • raplahjingaa says:

      Dia dah jadi hero pun…hero cartoon ! musibat sekor tu tak ada jasa apa-apa pun pada agama bangsa dan negara. Dia sebenarnya adalah beban yang amat berat pada UMNO .

    • Hamba Ar Rahman says:

      Angkatan tentera??? ni lagi satu…kerajaan kalau tak berhati2….lingkuplaa….dalam ATM sungguh ramai penyokong pembangkang….dan sungguh menyedihkan bila ada yang golongan muda2 berkata tidak mahu mempertahankan raja dan negara jika pembangkang berniat menggulingkan negara….tapi kerajaan buat apa? tutup mata dan pekak kan telinga…pendapat aku..bila nak ambil pelajar baru/rekrut baru…berikan juga mereka ujian personaliti untuk melihat kecenderungan mereka dalam politik dan patriotisme…kalau tak…hancurlah negara ni….

      • acid says:

        Fenomena penjawat awam menjadi penyokong tegar pembangkang bukan sesuatu yg asing lagi…Selain ATM seperti dalam komen saudara Hamba Rahman, guru2 samada di sekolah rendah atau menengah, adalah umpama duri dalam daging bagi sesebuah kerajaan yg memerintah. Permasaalahan ini mungkin nampak remeh bagi sesetengah pihak, tapi sebenarnya impak dan kesannya cukup besar dalam menghancurkan sesebuah negara.

  6. alimedanbaru says:

    Yang sebenar yg menyebabkan bangsa dan agama jadi huru hara dan mudah dilintangpukangkan no 1 adalah kerana manusia bangsa sendiri tidak bersatu mempertahankan maruah agama bangsa. Selagi ada kumpulan yg bermuka dua dan mengutamakan sokongan orang kafir demi mahu merebut undi PRU maka selagi itulah agama bangsa mudah digegarkan.
    I.S.A hanya sekadar undang2 seperti hukuman gantong kpd pengedar dadah. Namun selagi manusia mahu cepat kaya t maka mereka tidak hirau dgn tali gantong.Dan gitulah juga demi kuasa dan tahta ujudlah Melayu Islam yg menjual maruah agama bangsa dan sikafir sentiasa mengambil kesempatan…APAKAH KITA PERLU SALAHKAN I.S.A YG HILANG DAN MELUPAKAN KESALAHAN YG LEBIH BESAR YAKNI PENGKIANATAN PAS DAN PKR DALAM ISU INI…

  7. gambus says:

    kenyataan ni paling menarik

    “Kita suruh belajar Bahasa Kebangsaan pun tak belajar, nak bercakap Bahasa Kebangsaan pun tak, tiba-tiba dalam perkara ini nak guna sangat Bahasa Kebangsaan, pasal apa, ada niat apa?” katanya.

    hahaha tgk laa puak kristian DAPigs ni !! cakap Melayu pun tergagap !!!

Leave a Reply