Menu Utama

Haron Din Dibenar Keluar IJN

KUALA LUMPUR 29 Jan. – Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din, 74, dibenarkan keluar daripada Institut Jantung Negara (IJN) hari ini selepas dimasukkan untuk rawatan Khamis lalu.

Menurut seorang ahli keluarga terdekat beliau yang tidak mahu nama disiarkan, pemimpin Pas itu keluar daripada wad IJN pada pukul 12 tengah hari ini dengan diiringi ahli keluarga terdekatnya.

“Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) yang dijalankan ke atas beliau semalam menunjukkan ada saluran darah jantung yang sudah lama menyempit. Namun, prosedur angioplasty bagi membuka saluran darah itu tidak dapat dibuat kerana saluran itu jauh.

“Jadi, doktor minta beliau berehat dalam seminggu dua dan mengurangkan aktiviti,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Khamis lalu, Haron dimasukkan ke IJN dan menerima rawatan di Unit Rawatan Koronari (CCU).

Menurut sumber, beliau dimasukkan ke IJN selepas penggunaan ubat pengembangan salur darah (GTN) gagal meringankan kesakitan di bahagian dadanya.

Difahamkan, sebelum ini Haron sudah lima kali menerima rawatan berkaitan masalah jantung iaitu pertama kali di Australia dan dua kali di IJN serta Amerika Syarikat.

Dua bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi merupakan antara pemimpin yang melawat Haron di IJN. – UTUSAN ONLINE






2 Komen to Haron Din Dibenar Keluar IJN

  1. matt says:

    Alhamdullillah .

  2. meMangTERok says:

    HAMKA diingati sebagai seorang ulamak, sasterawan yang menghasilkan banyak tulisan dan pengkritik politik.

    Haron Din dikenali sebagai ulamak berilmu dan penentang kerajaan, maka yang pasti keharuman nama HAMKA tidak dapat ditandingi oleh Haron selepas ketiadaan nya nanti.

Leave a Reply