Menu Utama

Hard Rock : Tajuk Laporan Malaysiakini Berniat Jahat Untuk Wujudkan Sentimen Kebencian

OLEH ZUL RAWI

Seperti yang telah di duga, portal pembangkang Malaysiakini begitu berminat untuk melaporkan isu yang boleh menimbulkan sentimen, kebencian dan kemarahan masyarakat berbanding laporan yang bersifat telus dan adil. 

Terbaru mereka cuba mewujudkan sentimen kebencian masyarakat khususnya mereka yang bukan beragama Islam dengan laporan jahat yang bertajuk, ‘Menteri OK Dengan Hard Rock, Tetapi Versi Nasyid’. 

Mereka cuba menggambarkan, kononnya Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengatakan sekiranya pusat hiburan terkenal itu berminat untuk membuka cawangan di Putrajaya ia WAJIB Bercirikan Islam dengan membawa elemen Nasyid. 

Sedangkan pada hakikatnya, ketika Tengku Adnan memberikan penjelasan berhubung isu tersebut, beliau menegaskan tiada sebarang penjualan minuman keras dan tiada sebarang persembahan hiburan yang menghairankan akan dibenarkan sekiranya penguasa pusat hiburan itu ingin membuka cawangan di Putrajaya. 

“Pendirian kita mudah, Hard Rock Cafe boleh dibuka tetapi kena ikut syarat iaitu penjualan arak tidak dibenarkan. Tetapi kalau mereka masih hendak jual dan buat perkara yang tidak mengikut syarat, kita tidak akan luluskan seperti telah disebut oleh Presiden PPj, Tan Sri Dr. Aseh Che Mat semalam,” katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya semalam. 

Mengulas lanjut, Tengku Adnan berkata, pihaknya mengalu-alukan sekiranya pelabur pusat hiburan terkemuka dunia itu hanya mahu membuka hotel dan menjual barangan cenderahati jenama tersebut di sini. 

Menurut beliau, pihaknya juga tidak menghalang persembahan hiburan dibuat tetapi perlu mematuhi garis panduan selain tidak menghidangkan persembahan keterlaluan. “Persembahan yang dibenarkan ialah jenis bersih, kita tidak benarkan persembahan menjolok mata atau memberahikan orang ramai dan kalau boleh hiburkan pengunjung dengan persembahan nasyid atau berlandaskan Islam, ini akan menjadi yang pertama di dunia,” katanya. 

Seperti yang kita tahu, masyarakat Melayu kaya dengan adat sopan yang tinggi terutama dalam penggunaan bahasa kiasan bagi menjaga hati semua pihak.

Contohnya, cuba kita lihat dalam adat merisik / bertunang yang sering dijalankan oleh masyarakat Melayu. Apabila pihak perempuan ingin menolak permintaan keluarga pihak lelaki, pelbagai ayat-ayat kiasan akan digunakan bagi menjaga hati dan maruah pihak yang datang menyampaikan hajat. 

Kenyataan yang disampaikan itu lebih bersifat penolakan secara halus bagi menjaga ‘kesucian’ bandar Putrajaya sebagai kota pentadbiran kerajaan Malaysia.

Dalam bahasa mudah, Tengku Adnan ingin menekankan bahawa Perbadanan Putrajaya lebih mengalu-alukan pembangunan lain seperti hotel dan barangan cenderahati dan membina pusat hiburan seperti yang sedia ada. 

Ini kerana umum mengetahui Hard Rock Café adalah merupakan premis hiburan jenama antarabangsa yang menawarkan minuman keras khusus untuk pengunjung yang bukan beragama Islam.

Oleh yang demikian kenyataan untuk tidak membenarkan Hard Rock menjual minuman keras adalah merupakan kenyataan tersurat / kiasan bagi menolak permohonan tersebut (sekiranya ada). 

Namun untuk bersangka baik, mungkin kita boleh katakan kerana wartawan yang menulis laporan tersebut adalah berbangsa Cina, maka sudah tentu dia tidak dapat menangkap maksud yang cuba disampaikan itu. 

Apa yang boleh dikatakan ialah, isu ini sengaja dipolitikkan oleh segelintir pihak, kerana pada hakikatnya tiada sebarang permohonan yang telah dikemukakan bagi membuka premis hiburan itu.






13 Komen to Hard Rock : Tajuk Laporan Malaysiakini Berniat Jahat Untuk Wujudkan Sentimen Kebencian

  1. alimedanbaru says:

    Pakatan Rakyat dan kuncu2nya ketandusan isu untuk menyerang BN. ISU YG TELAH SELESAI PUN CUBA DIUNGKIT DAN DITONJOLKAN kerana tida perkara nak dihangatkan..

    kesihan dgn kumpulan bahlol politik ni..mereka langsung tiada sumbangan dalam pembangunan negara selain jadi pembangkang bangang yg kerjanya hanya membangkang untuk menunjukkan perbezaan dan menonjolkan jiwa yg sakit kerana benci dan dengki … kesian 50 tahun berusaha masih belum mereka temui kesalahan besar BN untuk dijaja dgn berkesan dipentas dan didada akbar haramkah, roket atau di suara keadilan.. kepada Pas terutamanya teruskanlah berdoa K.O UMNO agar ada lagi timbul isu lain untuk digembar-gemburkan…

  2. Anak Lenggong says:

    Didalam soal ini KDN harus bertindak tegas terhadap sebaran media yang sengaja dilakukan untuk mengkucar kacirkan negara.

  3. korokstabang says:

    aku pula lebih suka portal malaysiakini menulis dalam nada sebegini kalau boleh setiap hari kerana kita sebagai pengundi termasuk jentera kerja UMNO/BN sendiri tau bukan kaum mereka yang mengundi UMNO/BN walaupun di tabur hujan emas sekalipun bangsa mereka tetap mengundi/menyokong parti pembangkang.

    malangnya ada kalangan melayu termasuk kalangan pemimpin melayu yang buta mata dan hati masih bermimpi akan mendapat sokongan kaum ini dengan penulisan sebegini diharapkan kalangan melayu ini
    akan terbuka mata bahawa kaum cina akan selamanya meletakkan kaum melayu dan agama islam sebagai bangsa dan agama kelas kedua di malaysia dengan penulisan begitu boleh membuatkan pemimpin bangsa melayu islam memberikan tumpuan sepenuhnya kepada nasib agama dan bangsa mereka sendiri

    teruskan malaysiakini bakar lah lagi

  4. Moohyideeeeen says:

    Kalu MKini tak kecoh, maka terpacklah Hard rock cafe…. Kununnya itu perniagaan melayu..

    • gambus says:

      memang kat putrajaya tak boleh buat moo lembu , sama jugak macam shah alam dulu .. tapi dibawah pemerintahan PAS , shah alam dah ada disko dan pusat urut … hebatnya PAS ni !!!

  5. alexo says:

    Ada perkara2 yg perlu disebut dan ada perkara2 yg tidak perlu disebut2. Misalnya berdiam adalah lebih baik. Dalam hal ini, aku tidak nampak ape perlunya Tengku Adnan memanjang2 kan lagi isu yg telah ditutup oleh Tan Sri Aseh yg telah membuat keputusan utk tidak membenarkan Hard Rock Cafe dibuka di Putrajaya. Sekarang ni pembankang dan portal2 pro pemabankang sedang menunggu sahaja isu2 yg boleh di exploitasi utk kepentingan politik mereka. Jika sekira nya Tengku Adnan tidak membuat kenyataan yg bodoh ini, ie. membenarkan Hard Rock Kafe beroperasi bercirikan Islam dengan hanya mendendangkan lagu2 nasyid sahaja, dan tidak membenarkan arak dijual, is simply ridiculous. Hard Rock Cafe, for all intent and purposes is American and an American product. Minum arak sambil mendengar lagu rock is synonymous dengan Hard Rock Cafe. Mana dlm dunia can you find Hard Rock Cafe main lagu nasyid dan tak boleh minum arak. That’s why I say, kenyataan Tengku Adnan is lawak.
    Lebih baik diam dan cakap tak dibenarkan aje. Itu lebih baik dan comes under the category of ‘wisdom’.

    • gambus says:

      Ku Nan hanya menjawab soalan pemberita sebagai Menteri Wilayah Persekutuan .. takkan nak lari kot ??

      kenyataan dia betul , kalau hard rock nak bina juga kat putrajaya mereka tak boleh jual arak dan hiburan yang mengghairahkan .. kalau hard rcok tak boleh ikut peraturan ni jelasnya dia tak boleh dibuka disana langsung !!!

      beb lu kena tahu !!! hard rock bukanlah macam disko … Hard rock sebenarnya adalah satu restoran yang mempunyai hiburan , mereka juga terkenal dengan makanan yang sedap-sedap dan halal tapi mahallaaa beb…

      kalau lu bayangkan hard rock ni HANYA untuk orang minum arak sambil dengar lagu-lagu rock jee , lu silap beb , lu ni mesti taktahu apa-apa tentang hard rock !!! hahahahaah .. mat rock pun tak hingin nak pergi sana , mahal !!! orang yang poyo konon rock dan banyak duit jee pergi sana

      • alexo says:

        Ku Nan tidak perlu menjawab walaupun ditanya oleh pemberita atau dia menjawab dgn berkata “I have no comment to make” or “We are leaving that(yakni memberi kebenaran utk membuka Hard Rock Cafe) as an option”. Lihat sahaja bagaimana Press Officer atau Pegawai2 yg bertangung jawab di White House bertemu dgn pemberita atau journalist. Jika sekiranya issue2 yg dibangkitkan oleh pemberita2 adalah masih samar tentang keputusan nya, adalah lebih baik memilih menjawab seperti diatas.
        Pokok nya, kita tidak mahu komited dibelakang hari nanti dgn statements2 yg kita buat. Dlm lain perkataan, ‘play safe’.
        Lagi pun dlm keadaan politikal senario sekarang, pembangkang dan penyokong/pencacai mereka serta dibantu oleh blog2 antikerajaan sentiasa menunggu sahaja kesilapan yg dilakukan oleh pemimpin kerajaan. Jawapan yg dibuat oleh Ku Nan sudah mencetuskan satu polemik. Itu lah yg sepatutnya dielakkan. Pada aku tahap professinalisma menteri2, pemimimpin2 dan pegawai2 kerajaan masih lagi rendah dlm hal2 begini. First world facility, third world mentality?
        Berkenaan dgn Hard Rock Cafe, my conviction remains the same. It is for all intent & purposes an American culture and an American product.Harley Davidson and Hell Riders easily come to mind. Surely the big guns like Dato Najib,Ku Nan and the rest of the cabinet ministers, who are frequent travellers abroad are ignorant of the fact. If it is the govt’s policy to keep Putrajaya free from intrusive foreign culture, why even think of ‘Hard Rock’, man…Right. Brother?.

        • gambus says:

          you’re right bro ! tapi untuk mengatakan kerajaan ada polisi untuk Putrajaya agar bebas daripada budaya luar tu agak terlalu melampau kenyataan tu ..

          apa yang kerajaan inginkan ialah tiada budaya negatif macam disko , pub etc itu sahaja , kalau hard rock mampu ikut polisi kerajaan pun tak salah dan kita boleh berbangga kerana mampu buat hard rock untuk tidak menjual arak mereka , dan ramai boleh menikmati makanan western mereka yang terkenal !!!

          Putrajaya tu sendiri dibina berdasarkan foreign culture dan digabungkan dengan seni bina Islam …

Leave a Reply

Threesome