Menu Utama

Hard Rock Putrajaya Hanya 500 Meter Dari Masjid Tuanku Mizan

Semalam media massa termasuk Mykmu melaporkan Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Tan Sri Dr. Aseh Che Mat berkata, “secara spesifiknya lokasi keempat Hard Rock Cafe itu ialah di Menara Ikhlas, Presint 3 di sini dan ia akan dibuka secepat mungkin iaitu antara tempoh tiga hingga empat bulan tahun ini.”

Pagi tadi seorang pemimpin UMNO Bahagian Putrajaya menghubungi penulis melahirkan kekecewaan kerana cadangan di lokasi Presint 3 sangat berhampiran dengan Masjid Tuanku Sultan Mizan atau lebih popular dengan panggilan Masjid Besi.

Sungguhpun tidak berjumpa dengan Menara Ikhlas, kami terjumpa Menara Tulus yang sebaris dengan Maybank dan Bangunan Perbadanan Putrajaya yang baharu sahaja siap dan dijangka akan beroperasi sekitar sebulan dua ini.

Andaian kami ialah, di Menara Tulus inilah akan dibuka Hard Rock Cafe Putrajaya seperti yang diumumkan oleh Tan Sri Aseh.

menaratulus20140105_183704

Jarak antara bangunan ini ke Masjid Tuanku Sultan Mizan Putrajaya hanyalah sekitar 500 meter dan ini menimbulkan perasaan kurang senang individu yang menghubungi penulis.

Katanya, “Mungkin selepas ini Presint 3 yang terkenal dengan ikon Masjid Besi yang dibina secara konsep terbuka, mesra alam dan menjadi tumpuan peminat senibina Islam akan lebih dikenali sebagai tempat letaknya cafe hiburan dan arak terkenal Hard Rock Cafe.”



« (Previous News)



9 Komen to Hard Rock Putrajaya Hanya 500 Meter Dari Masjid Tuanku Mizan

  1. mooooo says:

    La….majlis umno kan selalu mula dgn doa2, kemudian baru mula pulak konsert2…
    Putrajaya tu Pas jaga ka?

    • system baru says:

      ahli pr mana berani tegur pemimpin pr buat salah sila jawab mooo? ramai ahil pr tegur pemimpin di buang dari pr, sepatut pr patut contoh bn’ jangan malu mooo.. ahli unmo berani tegur pemimpim mereka buat salah aku ucap sabas pada blok mkymu berani tegur pemimpin bn

  2. muhammad kamel abdullah says:

    Assalamulaikum, Kenapa la tak pakai akal. bende yang berkonsep hiburan apa lagi yang berstatus makanan dan perhidangan arak tetap un Islamic dan haram dan mengikut pada berita dalam blog ini,,berdekatan pulak dengan masjid. Putrajaya yang diketuai oleh orang islam dan Putrajaya yang berkonsepkan Islamic. Jangan lah kerana nak popularkan liberisasi perdagangan, kita perlu melakukan nya.Ini perkara sensitive dan akan menjadi issue. Bodoh lah kita orang islam kalu tidak sensitive dalam hal ini. Tan Seri Aseh jangan lah menjadi bodoh dlam hal ini. Saya tidak setuju sama sekali. Malu lah kita sebagai seroang islam bergadouh dan bertengkar dlam bende yang tidak patut di buat.

    Lahir tahun 57

  3. TUBIR says:

    Apa lagi Orang Islam diMalaysia ada?Untuk mempertahankan ISU Allah pun kita nampaknya Gagal kerana kita tidak bersatu….Inilah petaka awal perpecahan yang sekian lama telah retak ….Amat memalukan didalam sebuah negara yang menistiharkan Ugama Islam sebagai ugama persekutuan …tetapi kita semacam gagal menunjukan kekuasaan kita ..Yang lebih malang nya ada diantara orang Islam sendiri menyokong puak Kafirin dalam Isu ini ……Ini memberi tamparan hebat kepada Islam itu sendiri (diMalaysia)Aku tidak hairan jika perkara ini berlaku di barat atau Australia .Betulah kata seorang Padri dulu perancangan halus telah bermula sejak tahun 80 dulu .Merika melakukanya secara sistemitik dan halus sekali ….Merika melakukan melalui berbagai cara termasuklah bidang pelajaran dan sokongan kewangan …
    Ingatlah kawan kawan Islam semua …..Dalam asia tengara ini hanya Malaysia dan brunai saja yang berani istiharkan Islam Ugama resmi.Walaupun Indon negara yang ramai orang islam akan tetapi ia bukan negara islam .Kita akan diganyang oleh Musuh musuh Islam jika kita tidak bersatu ….merika mempergunakan sistem Undang undang untuk mencabar Islam ….Adakah merika takut kuasa raja raja Melayu /…..jawapnya tidak sekali menghormati raja raja melayu….ini jelas kelihatan sekarang ini .INgatlah jika kita orang orangMelayu tidak sedar dan bersatu kita akan menerima nasib yang lebih buruk dari palestin….Contiohnya sudah ada
    pun …
    Kerajaan juga kena bertindak betul dan jangan susahkan rayaat….sebab yang menerima kesan buruk yang paling ramai adalah orang orang Islam sendiri .Ingat Kemiskinan boleh menjadikan kufur…..dan murtad …Kerajaan kena betulkan niat dan cara bertindak……(Najib)

    • alimedanbaru says:

      masaalah kita di Malaysia ni disebabkan politik, kepala hotak kita semua banyak yg dah tak betul terutama orang Melayu yg beragama Islam… bila sorang kata ya, demi politik yg lain kata tidak dan bila dia pulak kata tidak yg sebelah sana pulak kata ya!
      betullah kata kau tu Tubir tetapi aku tak setuju kau menamakan Najib sahaja sebaliknya semua pemimpin Melayu samaada dari UMNO, PAS dan PKR kenalah buat tranformasi minda bahawa DEMI KEPENTINGAN AGAMA DAN BANGSA KITA KENA BERSATU sama-sama memertabatkan hak agama dan bangsa…kita masing2 tak rugi malah akan tambah hebat dan digeruni oleh pihak lain yg tak sampaipun 2/3 dr bangsa Malaysia!
      KITA MASIH TIDAK BERUPAYA MENJADI SEPERTI ANSAR DAN MUHAJIRAN SEMASA NABI YG AKHIRNYA BERJAYA MEMBENTUK DAULAH ISLAM YG HEBAT DAN GAGAH!

      • TUBIR says:

        Najib adalah ketua dinegara ini…..segalanya datang dari najib …..yang lain tu cuma melaksanakanya …..Kalau tiada dari najib maka tiadalah jawabnya .Sebab itu saya pernah katakan najib tidak sesuai menjadi PM beliau tidak memperlajari sesatu walaupun sudah sekian lama berada didalam kancah politik negara dan kerajaan yang memerintah .Kalau dilihat sekarang ini segalanya tidak kena ….capai yang ini yang itu terlepas entahlah saya sudah hilang keyakinan terhadap kepimpinan Najib .Najib ni berfikiran lambat tiga minit sebab itu tiada satu keputusanya yang menusuk kalbu dan melekat dihati …..Rayaat sekarang ni tak sama dengan rayaat dulu dulu ….hormat pada pemimpin dan sentiasa mengkaguminya.Sekarang ni berbeza dimana rayaat lebih terbuka bila tidak berkenan denganpemimpin tersebut …itu yang dibaling kasut dan diseliparkan ……dan akhirnya pemimpin tu syook sendiri…..
        Bolehkah kita berharap pada perundangan untuk mempertahankan ISLAM?Kita perlu gunakan kuasa lebih dari undang undang didalam kedaan tertentu…Tahukah dan sedarkah kita bahawa church dah berlambak tumbuh dirumah rumah kedai diselangor…..Mari kita kira dan umumkan ……IA BEGITU KETARA SEJAK BN KALAH .Di Puncak jalil tidak kurang dari 8 buah.

        • alimedanbaru says:

          semua pandangan adalah betul..dan lebih betul kalau semua pemimpin Melayu duduk semeja, bersatu dan memikirkan umat ini tanpa bergantung kepada bangsa dan agama lain. lebih 65% kapisiti bangsa kita adalah kekuatan bangsa melayu islam tanpa kebergantungan kpd pihak lain… tapi nak buat comno..semua nak kuasa mutlak dan tidak mahu berkongsi kuasa…akhirnya apabila semuanya jadi serpihan maka masing2 terpaksa berkompromi dgn bangsa dan agama lain untuk menambah kekuatan..kita rakyat bawahan ni setakad merungut je la

        • WTF says:

          Puncak Jalil dah ada 8 buah church???

          Pergh…biar betul kerajaan Selangor ni!!!

          • TUBIR says:

            Dan yang lebih peliknya puncak jalil tak ada misjid untuk solat jumaat ……tak ada sekolah Ugama kerajaan …tapi sekolah ugamaswasta berlambak….dan bayaran pendaftaranya RM400 …..Begitu cuai sekali kerajaan negeri …….Tapi yang peliknya ada sebuah sekolah cina sedang dibina dilistari perdana …..sedangak penduduk cina tak ramai pun ……Saya membuat tinjauan disekolah kebangsaan desa minium satu klas ada 42 orang murid…bukankah itu terlalu ramai…..Binalah sekolah rendah kebangsaan untuk penduduk puncak jalil …kesian anak anak melayu terpaksa kesekolah bandar kinrara jauh juga lah .Sekarang ni ramai broker cina datang tawar nak beli rumah orang Melayu dipuncak jalil dengan harga yang amat tinggi ….sampaikan 2x ganda pun ada yang sangup bayar ….Lihatlah bagai mana dia orang nak halau orang Melayu…..
            Merika membeli rumah kedai kemudian menjadikanya church dan sekolah

Leave a Reply

Threesome