Menu Utama

Hard Rock Cafe Putrajaya: Aseh Buat U-Turn?

Berikutan kritikan bertalu-talu daripada orang ramai mengenai pengumuman pembukaan rangkaian franchise berkonsepkan hiburan, Arak dan motor besar – Hard Rock Cafe, hari ini Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Aseh Che Mat muncul membuat pembetulan.

Sungguhpun hari ini merupakan hari cuti di Putrajaya, Aseh telah mengeluar satu kenyataan akhbar bahawa pembukaan Hard Rock Cafe di Putrajaya masih diperingkat cadangan.

Sungguhpun kenyataan beliau ini bertentangan dengan laporan akhbar semalam, namun ia boleh dianggap sebagai langkah awal sebelum diumumkan pembatalan cadangan tersebut.

Semalam akhbar melaporkan:

PUTRAJAYA 4 Jan. – Pelabur Hard Rock Cafe di Malaysia, Tan Sri Syed Yusof Syed Nasir akan membuka sebuah lagi cawangan restorannya di sini selepas pembukaannya di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Melaka.

Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Tan Sri Dr. Aseh Che Mat berkata, secara spesifiknya lokasi keempat Hard Rock Cafe itu ialah di Menara Ikhlas, Presint 3 di sini dan ia akan dibuka secepat mungkin iaitu antara tempoh tiga hingga empat bulan tahun ini.

“Ini akan melibatkan pelaburan yang agak tinggi kerana kita mahu Hard Rock Cafe berkenaan mampu menjadi tarikan baharu orang ramai untuk ke Putrajaya, terutamanya para peminat motosikal Harley Davidson,” katanya di sini hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Aseh yakin dengan adanya Hard Rock Cafe berkenaan, ia mampu menjadi tarikan baharu bagi Putrajaya. – UTUSAN






21 Komen to Hard Rock Cafe Putrajaya: Aseh Buat U-Turn?

  1. mooooo says:

    Cadangan dari org yg bagama Islam sendiri, ingatkan dari MCA atau MIC…. macam ni harap umno pertahan Islam???

    • zaki says:

      ni hasil dakwah ulamak2 PR ke?…jgn lupa…yg behimpun ramai2 konon kebangkitan rakyat tu dipenuhi manusia2 berpikiran seperti budak ni….mereka2 inilah yg puak2 pr sanjung sebagai kononnya anak muda yang bijak…hehehehehe…

      • system baru says:

        nampak budak ini bodoh sangat, nak sangat komunis tak pecaya pada tuhan, indologi yg bawa seolah2 macam komunis

      • reds says:

        huk alohh….rosak teruk dah budak nih… ini ke dalam kepala otak lu moo??

        • badrole amin says:

          memang rosak teruk lah mamat tu

          mamat tu mesti sokong gila morsi & ikhwanul muslimin gulingkan kerajaan hosni mubarak…tentu dia akan kata rakyat Mesir yang menentang penindasan dilakukan hosni mubarak tidak menganggap agama(Islam) mereka telah mati

          selepas morsi berkuasa tak selesai juga malah bertambah masalah rakyat Mesir seperti dihimpit kemiskinan dsb, apakah agama(Islam) rakyat Mesir yang menentang penindasan bersama morsi & ikhwanul muslimin sudah mati?

          sebenarnya revolusi yang dilakukan rakyat Mesir, morsi & ikhwanul muslimin untuk menggulingkan kerajaan hosni Mubarak telah mematikan fungsi agama…berdegar-degar mamat sewel tu kata agama telah mati jika manusia tidak menentang penindasan

          sekali lagi aku nak kata, memang rosak teruk mamat tu…siapa agaknya mak-bapaknya? kesian! semoga ada ahli keluarganya dapat ketatkan skru di kepalanya

    • srikandi says:

      aku dpt rasakan yg mooooo ni sbnrnya adalah mek esah…sbb cara komen pon mmg sebijik mek esah…
      mek esah takot kene bambu ngn forumers kt cni kaaa???
      macai penakut ghupenye…hehehe

  2. mooooo says:

    Anak TunM berdemo bagi pihak church pulak….. any comment ka juak2 umno, ni anak idoala umno No wahid ni…..

    • zaki says:

      bagi orang umno…bukan kata anak mahathir…kalo mahathir sendiri yang berdemo pon kami lebih utamakan agama…bukan macam pro PR…demi undi kapir semua sanggup digadaikan…

      tgk la page2 pro umno n blogger umno..banyak yg hentam marina…hehehehe…kelakar la sedara ni

    • bangKano says:

      Weiii mMoo serba bongok…Marina tu bukan nya ahli UMNO la walo bapa dia mantan Presiden dan masih lagi aktif dalam UMNO. Tak kan bapak tu beriman & berbudiman anak nya jugak ikut beriman…kan tu sifat alamiah manusia punya bebas untuk memilih kaedah dalam kehidupan masing masing. Ada anak agamawan yang pernah di lantik sebagai mufti pun anak dia tak jugak waraq…lagi pernah jadi model.

    • badrole amin says:

      kalau moo nak tahu komen aku boleh dikata senada dengan komen sdr ‘zaki’

      aku tahu engkau suka marina, engkau tak akan kutuk sedikit pun marina…tak gitu moo? jawablah kalau engkau ada maruah

  3. tengkudin says:

    baguslah…..dibatalkan…

  4. jack says:

    Hard Rock can bring more tourist to putra jaya

    • Mawar says:

      No hard rock cafe also can bring in tourist. Putrajaya have other interesting places to go and visit. Tourists do not need to go clubs/pubs where they can visit in their own land.

  5. mugabe robert says:

    Kena siasat sampai ke akar umbi, sejak Aseh jadi presiden restoran mamak tumbuh macam cendawan khasnya Restoran Ali Maju mungkin ada apa2 menyebakan dia begitu sporting dengan Ali Maju dan dapat buka banyak cawangan termasuk di bangunan pejabat kerajaan…

    • mooooo says:

      Amenoooo… parti cap ayam yg kelam kabut…

    • system baru says:

      biar dia usaha sepatut orang islam usaha.. sepatut orang melayu usaha bangunkan restoran, jangan dengki pada orang, aku tahu walapun dia mamak dia usaha kita sabagai orang melayu patut malu pada diri kita ini

    • badrole amin says:

      pendek akal ‘mugabe’ minta orang buka restoran di bangunan kerajaan disiasat

      kalau akal mugabe panjang tentu mugabe senang nak faham nama ‘Ali Maju’ tu dah kira macam tangkal hikmat tak payah che aseh tolong ‘Ali Maju’ dah boleh buka restoran kat mana-mana bangunan kerajaan

      mula-mula aku ingatkan betul ‘mugabe’ kata che aseh ialah presiden persatuan kedai-kedai mamak rupanya bukan

      kalau ‘mugabe’ biasa nampak che aseh makan kat restoran Ali Maju di bangunan kerajaan tak pernah bayar tunai, tu bukan bermakna rasuah tapi kira masuk buku cukup bulan che aseh bayar

  6. shahas says:

    Jgn sebab nak majukan industri pelancungan, kerajaan khususnya Umno bertoleransi dgn tuntutan ugama Islam. Kami sangat dukacita dgn cadangan ini Yg Sepatutnya tidak mendpt pertimbangan Langsung

  7. bangKano says:

    Dengaq ceghita dari sumber yang leh di percayai…dia semasa jadi KSU KDN dulu pernah berlaga angin ngan ketua organaisasi menjaga keselamatan & keamanan negara. Maklum la dia mau ketua organisasi tu hormat & akoq semua kehendak dia…maklum la dia bos KDN jadi semua ketua jabatan di bawah KDN mesti kautau kat dia tapi ketua tu buat derk jerr. Ntah macam mana semasa Pak Lah jadi PM KDN di pecah dua…maka organisasi yang tak mau akoq ngan kehendak KSU ni di letak di bawah kementerian lain di panggil Kementerian Dalam Negeri/KDN. Dan KSU loq laq ni di letak kan di satu kementerian menjaga hal hal imigeresen & banduan. Maka terkulat kulat si KSU ni tak dapat nak buli organisasi menjaga keselamatan & keamanan negara ni. Maka sibuk la dia nak ambik salah satu entiti dari unit induk organisasi tu nak di letak kan di bawah jabatan imigeresen untuk membantu mengawal & membenteras kemasukan pendatang secagha haram ke negagha ni.Tapi nasib baik cadangan bodo ni di sanggah oleh ketua organisasi tersebut ngan alasan yang munasabah dan di persetujui oleh kabinet. Bertambah kecewa la si KSU ni semua saranan dia di tolak mentah mentah oleh kabinet termasuk cadangan dia nak lanjut kan usia persaraan pegawai awam masa tu….sebab dia dah nak capai bersara wajib mana tau untung untung kerajaan lulus kan dapat la dia naik pangkat jadi KSN kot. Memang dah jadi satu tradisi KSU KDN bakal jadi KSN.Leh dia buli lagi kat ketua organisasi keselamatan/keamanan negagha yang tak mau tunduk kat dia tu… sebab dia dah jadi bos no.1 sektor awam. Top top cadangan dia dah kantoi plak dan dia terus bersara wajib. Kesian dia melele ayaq lioq dia nak jadi KSN…!!!

  8. Parti Ajaran Syahwat says:

    Hotel2 di sekitar Putrajaya ada arak gak..
    Hard Rock Cafe boleh dibina di kawasan hotel mewah bertaraf antarabangsa..

    Yg menjadi isu skrg ni lokasi perniagaan HRC tidak bersesuaian!! Pendek akal sungguh nk berniaga..

    Mentang2 2014 tahun lawat M’sia.. Asal boleh buat untung je..

    Jgn biarkan Putrajaya dicemari oleh puak2 pengkhinat!!

Leave a Reply

Threesome