Menu Utama

Hard Rock Cafe: PAS Wilayah Memang “Poyo”…

Loya sungguh anak tekak bila membaca kenyataan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Mohd Noor Mohammad, yang cuba mengambil kesempatan “menangguk di air yang keruh” berhubung isu “Hard Rock Cafe”. PAS cuba “tumpang semangkuk” dalam isu itu dengan memperburuk-burukkan Kerajaan Pusat dan Putrajaya?

Dalam kenyataan Mohd Noor, dia menganggap syarat yang diletakkan Ku Nan untuk membuka cawangan Hard Rock Cafe di Putrajaya adalah untuk meredakan kemarahan rakyat. Malah dengan bangganya dia menuduh Kerajaan BN memang benar-benar mahu Hard Rock Cafe dibuka di Putrajaya…

“Syarat di keluarkan kepada Hard Rock Cafe sebagai meredakan kemarahan rakyat, bermakna memang kerajaan benar-benar mahukan cawangan cafe itu di Putrajaya”Mohd Noor Mohammad, Pesuruhjaya PAS Wilayah Pesekutuan, (Harakahdaily, 8 Jan 2013).

Hampir pula saya “termuntah” bila dia seolah-olah nak “tunjuk baik” apabila mengatakan bahawa “pembukaan kelab-kelab dan kafe eksklusif seperti Hard Rock Cafe bukan sahaja tidak boleh dibuka di Putrajaya bahkan ditempat-tempat lain kerana ia boleh mengundang masalah sosial kepada anak muda negara ini”.

ScreenHunter_01 Jan. 08 04.41

Poyo sungguh bunyinya, kan? Sebab itulah saya mengatakan kenyataan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan itu “meloyakan anak tekak saya”…

Dalam soal isu “Hard Rock Cafe di Putrajaya”, saya lebih bersetuju dengan artikel di sini dan suka saya menegaskan bahawa mereka yang rendah IQ, tak tahu fikir, tidak berpandangan jauh dan “rabun” saja yang berpandangan seperti Mohd Noor.

Saya hairan, macam mana PAS boleh lantik dia jadi Pesuruhjaya di Wilayah Persekutuan. Ingatkan Pesuruhjaya di Kedah saja yang lemah IQ, rupanya di Wilayah Persekutuan pun sama saja?

Syarat dan penjelasan Ku Nan berkenaan isu Hard Rock Cafe seolah-olah membayangkan dia mahu pemilik franchise Hard Rock Cafe memeluk agama Islam dan taat pada hukum hakam agama, sesuatu yang agak mustahil untuk dilaksanakan kecuali dengan hidayah dari Allah SWT, bukan? Memang jelas Ku Nan tak mahu Hard Rock Cafe di Putrajaya…

Jadi, apakah benar tuduhan yang dilemparkan Mohd Noor terhadap Kerajaan BN yang kononnya “memang kerajaan benar-benar mahukan cawangan cafe itu di Putrajaya seperti di atas? Kalau tidak benar tuduhan itu, maka ia boleh dikategorikan sebagai fitnah. Mohd Noor dan PAS tahu tentang sebesar mana dosa fitnah?

Saya tidak tahu bagaimana cara Mohd Noor mentafsir kenyataan Ku Nan itu. Tapi pada hemat saya, tafsiran PAS Wilayah mengenai kenyataan Ku Nan itu jelas menunjukkan parti itu tidak tahu berfikir secara adil, berhikmah dan waras. Maaf jika PAS tersinggung dengan kebenaran yang pahit ini…

Benarkah PAS berpendirian bahawa segala kelab-kelab dan kafe eksklusif seperti Hard Rock Cafe sepatutnya tidak dibuka di mana-mana jua di dalam negara kita? Biar betul Pesuruhjaya PAS Wilayah ini…?!!!

Apa dia “buta, pekak dan bisu”? Cuba lihat di Selangor. Di negeri itu, ADUN PAS dilantik menjadi Exco Agama Islam. Cuba tengok berapa jumlah pusat hiburan, premis maksiat, rumah-rumah urut dan premis judi haram dibuka semenjak Pakatan Haram menjajah Selangor. Tolong buka mata luas-luas…

Nampak tak? Kalau PAS berpendirian untuk tidak membenarkan kelab-kelab dan kafe eksklusif macam Hard Rock Cafe dibuka di bumi Malaysia ini, mengapa pula Selangor yang ber”Exco”kan PAS itu dipenuhi dengan kelab-kelab dan kafe eksklusif seperti itu? Malah, yang lebih teruk dari Hard Rock Cafe pun bercambah di Selangor! Apa cerita?

Jelaslah kenyataan Mohd Noor itu bersifat tidak ikhlas dan berniat jahat pada Kerajaan BN. Biarpun Ku Nan berkias tegas, tak mahu Putrajaya dicemari dengan Hard Rock Cafe, Mohd Noor tetap mahu burukkan Kerajaan BN, bukan?

Kalau benar Mohd Noor ikhlas menegur Kerajaan BN kerana Allah SWT, dia sewajarnya menegur terlebih dahulu negeri Selangor yang hanya berada di sebelahnya saja. Tegur Khalid Ibrahim dan pertikai peranan Exco PAS yang kononnya menjaga “hal ehwal agama Islam” di Selangor.

Dalam bahasa mudah, “haasib nafsaka qabla an tuhaasib” atau “muhasabahlah diri sendiri terlebih dahulu sebelum orang lain bermuhasabah mengenai diri kamu”. Dalam bahasa kiasannya, “tolong cermin diri sendiri terlebih dahulu”. Atau dalam bahasa kasarnya, “hang ni buta kayu ke apa?!”.

Tak payahlah Mohd Noor atau PAS mengambil kesempatan dalam isu Hard Rock Cafe lagi. Perkara itu sudah selesai setelah Ku Nan secara berhikmah menamatkan isu yang meresahkan ramai umat Islam, terutama yang tinggal di pusat pentadbiran itu. Biarlah Mahfuz Omar saja yang menunjukkan kerendahan IQnya, takkan Mohd Noor pun nak “join” juga?






25 Komen to Hard Rock Cafe: PAS Wilayah Memang “Poyo”…

  1. alimedanbaru says:

    Kepada Mohd Noor tak perlulah menyibuk kepada perkara yg telah diselesaikan oleh Aseh dan Ku Nan dgn baik..selama ni tak pernahpun dengar suara dia dalam memperjuangkan Islam di Lembah Klang:
    * butakah mohd Noor dgn penularan maksiat dan pusat maksiat dinegeri Selangor yg juga boleh berjangkit kpd penduduk Islam WP.
    * mengapa mohd noor tidak mendesak supaya pas selangor berusaha untuk menutup kilang arak yg ada dinegeri selangor dimana masa sebelum pru 2008 dahulu bukan main pas nak jadi huluhalang menutup kilang tersebut kalau pr berkuasa!
    * apa peranan Pas dalam dakwah Islamaiah diWP.. banyak ruang dan peluang untuk berdakwah dan mengajak orang kafir kepada Islam diWP..sejak pegang jawatan berapa program dakwah yg telah dilakukan? Kalau sekadar nak berpolitik maka mohd Noor tidak ada bezanya dgn nuar brahim atau lim kit siang..
    * dalam isu paderi lawrence apa pendirian dan tindakan mohd noor sebagai ketua jamaah Pas pun langsung tidak kedengaran…
    memang poyo dan piawaian ketua peringkat unit jawatankuasa kecil saja je dia ni..

  2. system baru says:

    taniah pada pas kerana buka kelab malam VOYAGE club pertama di shah alam di kawasan melayu selepas ini boleh orang2 pas pergi clubing tak payah ke bukit bintang kawasan apek, bujur,mooo,mek esak pasti suka pergi clubing

    • WTF says:

      Hehehehe!!!!

    • “pembukaan kelab-kelab dan kafe eksklusif seperti Hard Rock Cafe bukan sahaja tidak boleh dibuka di Putrajaya bahkan ditempat-tempat lain kerana ia boleh mengundang masalah sosial kepada anak muda negara ini”.- tapi kalau kerajaan PR bukak night club xpe kot… tu yg duk diam je…

      mereka akan menunjukkan mereka lah pejuang Islam bila kene kat BN… kne kat PR… sunyi jeee…

      • reds says:

        pasnih…lepas demo kat dataran..bleh laa diorang layan pasberg sambil cuci mata kat voyage plak….huhu TAKE BEEER>>>

  3. hard rock cafe ni xkan dibuka pun di Putrajaya…

    Media pembangkang biase la.. diorang akan tokok tambah ayat tu supaya akan jadi lebih buruk untuk mewujudkan kemarahan dan kebencian rakyat pada pemerintah.. ini dekat kepada sifat khawarij… kenyataan empunya badan sikit je… tapi di kembangkan lgi dgn persepsi buruk ciptaan hasad dengki mereka…

    belum bukak pun.. dah macam ni…

    tapi manan suara lebai2 ni bila berkaitan kapir menganggu agama Islam seperti isu kalimah Allah? bukan kah itu lebih besar? tapi PAS hanya duduk relax….

    tapi bila ade kaitan dgn BN, sekecil kuman pun, mereka akan berusaha jadikan ia besar…

    “Syarat di keluarkan kepada Hard Rock Cafe sebagai meredakan kemarahan rakyat, bermakna memang kerajaan benar-benar mahukan cawangan cafe itu di Putrajaya”.

    “bermakna memang kerajaan benar-benar mahukan cawangan cafe itu di Putrajaya” – ini dikira bersangka buruk dan berniat membangkitkan kebencian kepada BN.

    jgn terjebak sehingga diri ade ciri2 khawarij… menyebarkan kebencian pada pemerintah Islam yg sah.

  4. anoi says:

    memang ea mereka tak sadar ke,
    Apa dia “buta, pekak dan bisu”? Cuba lihat di Selangor. Di negeri itu, ADUN PAS dilantik menjadi Exco Agama Islam. Cuba tengok berapa jumlah pusat hiburan, premis maksiat, rumah-rumah urut dan premis judi haram dibuka semenjak Pakatan Haram menjajah Selangor. Tolong buka mata luas-luas…

    ibarat kuman diseberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak.

  5. Anak Lenggong says:

    Biasa la melayu PAS..mereka akan menangguk diair keruh..sedangkan permohonan pun belum dilakukan lagi.. tapi benda yang dah nyata serta melibatkan mereka sendiri..mereka buat buta mata je dan pekak telinga je..

    1. Isu serbuan JAIS merampas Bible dan cadangan cina DAP untuk meminda Enakmen Agama Bukan Islam Selangor (Kawalan Penyebaran Kepada Umat Islam) Selangor 1988, terus senyap tak berani nak bersuara.

    2. Lobai Mohd Noor Mohammad pergi laa jalan2 kat serata pelusuk Selangor tengok la sendiri dengan mata ko, pertumbuhan kelab social bercambah di Selangor sehinggakan dikawasan majority penduduk islam pun dan banyak tumbuhh..ngape mata ko buta.

    Inilah realitinya melayu PAS sekarang, menyalak benda yang belum nyata, rela menjadi samseng upahan saperti rusuhan menjelang tahun baru ..apa yang mereka dapat..cuma makian dan sumpah seranah daripada orang lain sedangkan cina dok berseronok dengan arak dan gro nengokkan melayu PAS yang bodoh..sedangkan yang menjadikan harga barangan naik tu daripada kaum mana..!!!..sape yang jadi orang orang tengah yang memanipulasi harga barangan..sape yang menaikan cukai perniagaan yang dijadikan alas an oleh cina untuk menaikkan harga barangg..ADA OTAK FIKIR LAA..JANGAN DISEBABKAN NAK SANGAT KUASA SEHINGGA SANGGUP DIRI DIJADIKAN ALAT..JANGAN JADI TERLALU BANGANG LA MELAYU PAS OII..

  6. dotdot says:

    hahaha,,,buka hard rock kafe x boleh,,tp lau buka rumah urut boleh,,tu pasal belambak rumah urut yang pas pn tutup mata je,,kt tempat aku yang kawasan 80% melayu dh ada 2 rumah urut..sejak pas ambik alih, hebat pas..

  7. bangKano says:

    Dah kata sejak dulu semua pemimpin PAS macam hampas kelapa jerr…pemikiran depa macam sampah busuk bertoksik penuh racun tu.

    Ingat ni….P.A.S= Pemimpin Akal Sampah…jadi sehingga kiamat depa hanya punya intelektual yang teramat rendah tapi punya niat jahat nak dapat kan kuasa duniawi….!!!

  8. korokstabang says:

    aku kalau statement politik pemimpin pas selalunya aku bakul sampahkan saja langsung tak bersifat ilmiah jika di baca jadi tambah bodo adalah

    • alimedanbaru says:

      betul bang , seperti kenyataan nik ajis dulu bahawa: ‘Nabi tu masa muda macam mamat kampong je’. memang patut kenyataan itu dibakulsampahkan lepas tu dilemparkan balik ke muku si tua kutuk kurang ajar tersebut..walau apa pun alasan dia, kenyataan itu tetap bersifat kurang ajar diaman kalau Saidina Umar Al Khatab ada..pasti tengkuk dia akan dicari!

  9. Anak Lenggong says:

    Cuba peratikan siapa yang dilantik menjadi ketua pemimpin didalam PAS..

    1. Orang yang moral rendah
    2. Terlibat dengan masalah moral
    3. pelajaran pulak tahap rendah
    4. Trend terkini..kebanyakan x-kakitangan kerajaan ataupun pesara yang ada terlibat dengan salah laku menjadikan PAS sebagai tempat untuk menyuci diri..cukup sekadar pakaiketayap, berjubah..semua perlakuan lalu akan dibersihkan sekiranya joint PAS..contoh yang dipertua PAS Perak..bekas pegawai kastam lulusan Universiti..tapi mempunyai rumah agam berjuta ringgit diKlang siap 2 kolam renang, punyai banglow dikampong serta deretan kereta mewah..secara logiknya berapa lah sangat gaji sebagai penjawat awam yang membolehkan beliau mempunyai harta sedemikian rupa..mak bapak pun bukan orang kaya pun..SO FIKIR LAH SENDIRI..

    • acid says:

      Hancur Islam bawah depa nih…

    • system baru says:

      bisa bro serupa mat taip bekas mb selangor itu ketika dalam unmo banyak buat taik bila orang unmo buang dia dan tahu perangai dia cepat2 masuk pas konon pas suci, kalau nak bertaubat’bertaubat lah nasuha dari dulu aku tak suka perangai orang macam ini.. cuba contoh pemimpim lain setelah tahu kesalahnya ia bertaubat tak nak lagi ambil tahu hal2 politik dunia ini

      • acid says:

        He.he. bertaubat dan masuk Pas, suci ??, Hanya Allah yg tahu nilai amalan seseorang. Waima bertaubat sekalipun, samada di terima atau tidak..Kita boleh lihat sekarang, adakah Islam benar-benar terpelihara sekarang oleh puak ini??? Sedangkan kalimah Allah yg satu pun tak terjaga dan nak dikongsi pakai…

  10. Anak Lenggong says:

    Nak tengok bukti betapa bangang nya pemimpin PAS..

    Mahfuz ketua Penerangan PAS menegaskan bahawa PAS berpendirian kalimah ‘Allah’ boleh digunakan oleh sesiapapun namun ia tidak boleh diterjemahkan kedalam mana-mana bahasa dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar dari kalimah itu.

    Ini lah buktinya betapa BODOHNYA ketua penerangan PAS sedangkan Majlis Syura PAS yang bersidang sebelum ini telah mengambil ketetapan untuk menolak sebarang usaha bagi membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh mereka yang bukan Islam. Mesyuarat Majlis Syura PAS pada 13 Januari 2013 telah mengambil ketetapan tersebut dan turut dipersetujui oleh Si Nik Aziz tu sendiri.

    • system baru says:

      pas in berpura-pura macam syiah, kami pun dah tak percaya pada pas ini, puak2 dap ambil kesempatan akibat pura2 pas ini

  11. srikandi says:

    PAS dan Fitnah berpisah tiada…

  12. baba says:

    pas sembang saja, berapa byk pusat maksiat di selangor…pas buat apa?

  13. meMangTERok says:

    Apa diharap dari PAS. selain Setiausaha agong yang ada video nya tersebar berzina dibilik hotel. Timbalan persidentnya pulak berfahaman syiah dan hobinya juga berzina. Tak suka pelacur, tapi suka bini orang.

    Apa jenis setan mereka semua ini ? Ini jenis setan terang, setan yang lain jenis specis ghaib.

  14. sireh ke gagang says:

    Aku nak cakap satu je . siapa2 yang masuk pakatan , mesti bodoh macam lembu lepas tu . sebab apa ? sebab mereka cuma jadi keldai tunggangan kafirun . tengok lah sendiri kenyataan seorang pesuruhjaya negeri .berbaur fitnah , kosong fakta dan 100 auta. orang2 macam nie kalau di beri peluang jadi kerajaan pusat , kita semua mati kebulur .tengoklah nanti.

  15. Lukman says:

    Pas kat selangor tukang cuci taik,berus pulak tak bagus.mana bersih, konon hati bersih macam wali nick ajis, hampeh,maulid rasul tak suka,kalimah allah sokong kristian ini apa ni?.. Pas ni temberang makin lama makin masuk laut akalnya, ada sapa sapa orang pas baca omen kalau berani.hampeh takbir

Leave a Reply

Threesome