Menu Utama

DAP Johor Bakal Berperang?

Kenyataan anak emas kepada penasihat DAP, Lim Kit Siang yang bersedia untuk menjadi pengerusi yang baru untuk parti itu di Johor bukanlah satu perkara yang mengejutkan. Anggota Parlimen Kluang, Liew Chin Tong semalam mengatakan bersedia menjadi pengerusi DAP Johor yang baru andai memenangi pemilihan jawatankuasa DAP negeri pada 12 Januari ini.

Kenyataan Chin Tong itu memang telah dijangka oleh ramai pihak khususnya dari kumpulan penyokong Kit Siang. Malah bagi mereka yang mengikuti perkembangan politik Johor, ‘perang dalaman’ yang sedang melanda parti itu memang telah lama dihidu oleh pemerhati politik dan pihak media.

Seperti yang pernah didedahkan oleh pihak media sebelum ini, DAP Johor sedang berdepan dengan perebutan kuasa yang hebat antara kumpulan Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau dengan kumpulan Dinasti Lim. Kumpulan Cheng Hau sedang berdepan dengan delima antara meneruskan penguasaan terhadap masyarakat Cina di Johor atau berdepan dengan tentangan dan kemaraan kumpulan ‘Dinasti Lim’.

Bekas pimpinan DAPSY, Shen Yee Aun sebelum ini mendedahkan walaupun dari segi luaran DAP nampak tenang namun pada hakikatnya ia penuh dengan pergolakan dan krisis dalaman. Parti ultra kiasu itu, dikatakan mempunyai dua kem yang saling cuba ‘bunuh-membunuh’ antara satu sama lain.

Satu kem dikatakan pro kepada Kit Siang dan satu lagi dikatakan cuba menentang penguasaannya yang cuba mengekalkan kuasa dan pengaruh ‘Dinasti Lim’ di dalam parti tersebut. Malah dengan faktor umur yang semakin meningkat, Kit Siang sudah tentu khuatir sekiranya dia tidak sempat menyediakan tapak yang kuat bagi mengekalkan kuasa politik anaknya bagi meneruskan penguasaan legasi Lim.

Ini kerana ramai pemimpin DAP sebenarnya dikatakan menolak kepimpinan Lim Guan Eng selaku Setiausaha Agung yang dikatakan tidak mesra, bersikap kuku besi dan biadap khususnya terhadap para pemimpin senior di dalam DAP. Ketua Menteri Pulau Pinang itu dikatakan telah bersikap kurang ajar dengan mencantas pemimpin lama DAP dengan meletakkan ‘orang-orang baru’ di kawasan mereka yang tidak sebulu dengannya.

Contohnya penyokong dan ahli DAP sebelum ini dikejutkan dengan gesaan yang dibuat oleh Naib Pengerusi DAP Johor, Ong Kow Meng dan bekas Adun Bentayan, Gwee Tong Hiang yang mendesak agar pimpinan DAP negeri yang diterajui oleh Cheng Hau ditukarkan kepada pemimpin yang lain.

Mereka juga turut menamakan ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong dan ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching diangkat sebagai pemimpin yang baru. Ini kerana selain masih muda, mereka juga mendakwa Chin Tong dan Nie Ching mampu dan lebih layak memimpin berbanding Cheng Hau.

Walaupun secara dasarnya kenyataan tersebut adalah merupakan perkara biasa dalam proses demokrasi, namun ramai yang merasakan ia dilakukan ekoran dari arahan pemimpin ‘atasan’ yang mahu menyingkirkan Cheng Hau ekoran tindakannya sebelum ini yang dilihat jelas menentang Kit Siang.

Rupa-rupanya di sebalik slogan demokrasi yang dilaungkan, wujud satu usaha untuk mewujudkan satu corak pemerintahan ala ‘Dinasti Cina’ di dalam DAP. Namun persoalannya mampukah Kit Siang menyingkirkan Cheng Hau, sekali gus mengukuhkan penguasaannya di Johor atau sebaliknya? Bersamalah kita saksikan episod drama perang yang akan berlangsung ini.






24 Komen to DAP Johor Bakal Berperang?

  1. DataCode says:

    Ceritanya nanti akan ada demokerusi

  2. Moohyideeeeen says:

    Ya ka????

    Kita tunggu…..

    • system baru says:

      aku tunggu pemimpin mana dap kan buat laporan dekat ros dulu macam kes dulu

    • keh keh keh,,,

      Lim Guan Eng… goreng telur kat dapur..
      keh keh keh….

      mercs S class…keh keh keh….

      berebut kuasa… tikam menikam…

      itulah DAP…

    • bangKano says:

      Weiiii Mooo serba bangang lagi pandir….dah ada tanda tanda Pakatan Rabak PR akan rebah ke bumi gara gara pungkoq pemimpin depa dah kena palam oleh kroni Lim Kit Siang.

      Kita tunggu & lihat ya Moooo….!!!

  3. system baru says:

    dap ini hanya harapkan legacy dinasti lim aje tak ada keupayaan’ jika perkara ini tak diatasi dap hanya jadi macam pas mengharap legacy menteri kowang pas syiah mat sabu,menteri alamak nik aziz,pm pas hadi awang,mustafa ali menteri menbesar telur untuk hidup, kita tunggu lihat perebut kuasa dap pasti akan belaku macam sejarah dinasti ming ketika mula ming tubuhkan habis menteri dinasti ming habis dibunuh oleh raja ming itu untuk kukuh kuasanya

  4. raplahjinggaa says:

    siapa di sini lancau bertayam?

  5. raplahjinggaa says:

    siapa di sini mau lancau bertayam!
    hahahahahaha!

  6. Anak Lenggong says:

    raplahjinggaa says:

    siapa di sini lancau bertayam?

    2:33 PM on January 7, 2014

    MOOH LEMBUUUUU…….jawabnya

  7. Pejuang IMR says:

    Tahun 2018 logo rolls Royce pulak kut

  8. korokstabang says:

    kapir sama kapir berperang biaq mampus pi lah kapir

  9. bujuk says:

    Apa dah jadi ni… DAP pun umno nak masuk campur.

    • meMangTERok says:

      Kalau hal ehwal dalam Umno, habis semua dalam PR masok campur, apa salah Umno campur ehwal DAP.

      Kita alu2kan peperangan itu. Malah kita sedia supply senjata pemusnah utk kedua pihak bertelagah itu.

    • bangKano says:

      Para penyokong UMNO bukan nak masuk campoq hal ehwal DAP…tapi cuma dok beri pandangan jerrr…tak kan nak zahir kan buah pikiran pun tok leh kot…kata DAP amal kan Demokrasi.

      Kalo tok leh beri komen lebih baik PR terutama DAP amal kan doktrin baru ia itu Democrazy kat jalanan berguling guling rosak kan harta awam. Atau Demomaukerusi bikin gaduh baling kerusi semasa mesyuarat PKR dulu… kan gitu bujuk…?

      Pilihan di tangan anda….!!!

      • alimedanbaru says:

        bang suruh diaorang mintak RTM buat siaran langsung..nanti kata RTM tak adil pilih-pilih pulak.. nak jugak kita tonton kot-kot ada demokerusi!

        • bujuk says:

          Ini aku setuju… ada berani ke RTM buat siaran langsung.

          • gambus says:

            Pakatan punya masalah mana boleh ada siaran langsung bujuk , semuanya kena diam , undang-undang diam Pakatan muahahahaah

          • WTF says:

            bujuk says:

            Tahniah la..
            PAS komen dalaman. Dan cuba baiki cara ilmiah, contohnya banyakkan majlis ilmu.Hentam dalam khutbah… selalunya.

            2:27 PM on January 5, 2014

            http://www.mykmu.net/?p=38770

            EH, PIGIDAH BUJUK!!!

    • gambus says:

      pelik aku , orang munafik macam bujuk yang KONON serba serbi tahu pasal UMNO dalam dan luar serta setiap pemimpinnya , tiba-tiba marah pasal artikel kepimpinan DAPigs ???

    • WTF says:

      Paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih

      bujuk says:

      Mukhriz relex… tapi mamak memanda yg. kecoh, habis d serang semua yg. KJ sentuh. Akibatnya Najib tak berani bagi KJ jawatan dalam k’jaan, sebaliknya bagi pada Mukriz untuk pujuk tunM. Sekarang bila Mukhriz dapat jadi MB, baru tunM senyap sikit dan Najib berpeluang lantik KJ jadi menteri.

      6:34 PM on September 17, 2013

      http://www.mykmu.net/?p=34974

  10. Mawar says:

    Hanya Cina sesama cina tahu betapa busuk hati dan tikam belakang mereka boleh jadi.
    Lantaklah dorang, biar berantakan…

    Skrg ni tunggu nak melingkup pakatan haramjadah@penipu rakyat.

Leave a Reply