Menu Utama

COMANGO Bermain Kotor?

Entah kenapa kita tidak terkejut dengan pendedahan Ustaz Nasharuddin yang dimuatnaik oleh blog theUnspinners mengenai taktik kotor COMANGO untuk memerangkap gabungan NGO Islam ketika di Geneva.

Menurut Ustaz Nasha, kumpulan NGO Islam telah diberi amaran oleh pegawai kerajaan di sana agar berhati-hati kerana COMANGO telah terlebih dahulu menyebarkan khabar di kalangan kedutaan asing bahawa gabungan NGO Islam itu adalah pengganas. Mungkin, niat COMANGO adalah untuk membiarkan wakil NGO Islam ditangkap agar mereka boleh mengemukakan tuntutan tanpa halangan.

Nampaknya, para peneraju COMANGO bukanlah terdiri dari manusia-manusia yang punya integriti. Mereka sanggup berbuat apa saja untuk mencapai matlamat serta enggan akur kepada peraturan.

Mungkin bermain kotor juga merupakan antara ‘hak asasi’ yang diperjuangkan mereka. Mungkin bagi COMANGO, undang-undang dan peraturan serta perdebatan ilmiah yang berfakta adalah menyusahkan. Ini kerana bagi mereka, manusia tidak harus menggunakan akal, tetapi hanya menggunakan nafsu untuk menentukan cara hidup masing-masing. Mungkin inilah yang dimaksudkan oleh COMANGO sebagai ‘hak asasi’ manusia.

Sikap COMANGO bermain kotor menunjukkan yang mereka sebenarnya takut berhadapan dengan pihak NGO Islam. Sekali gus membuktikan bahawa mereka cukup sedar bahawa mereka tidak mampu berdiri atas hujah yang bernas dalam menuntut perkara-perkara yang bertentangan dengan Islam dan undang-undang negara ini.

Sepatutnya, COMANGO berhadapan dengan NGO Islam secara baik dengan mengemukakan hujah masing-masing secara rasional. Tindakan memburukkan imej dan cuba mengenakan NGO Islam di Geneva, dengan sendirinya menyerlahkan kejahatan COMANGO.

Tidak kira apa jua perjuangan kita, pada ketika kita terpaksa bermain kotor untuk mencapai matlamat maka kita wajar mempersoalkan kembali apakah kita di pihak yang benar atau salah.

Apatah lagi bagi gabungan seperti COMANGO yang kononnya berdiri atas niat yang murni demi keadilan sejagat dan hak asasi manusia, maka tentulah ia perlu berjuang dengan jalan yang bersih dan berlandaskan undang-undang.

Lebih-lebih lagi apabila gabungan itu menganggap penentangnya, iaitu NGO Islam sebagai pihak yang kolot, bodoh dan ketinggalan dan mereka pula sebagai pihak yang maju dan bertamadun.

Namun, apa yang berlaku menunjukkan bahawa COMANGO hanyalah terdiri dari manusia gasar yang tidak mahu mengikut undang-undang. Sudahlah memperjuangkan perkara yang haram, pertubuhan itu sendiri juga haram dan kini terbukti pula suka bermainkotor.

Ini memberikan kita alasan yang lebih kukuh untuk menolak COMANGO kerana jelas gabungan itu membawa fahaman, budaya dan pemikiran jahiliah yang tidak sesuai bagi manusia moden.

Beruang Biru






7 Komen to COMANGO Bermain Kotor?

  1. jombo says:

    Comango sama spesis dengan Bersih yang diketuai oleh aci ambigah.

  2. WTF says:

    Saya ingin berpesan kepada saudara2 muslim di Malaysia marilah kita sama2 menyatakan sokongan kepada petition Sejuta Ummah Tolak COMANGO

    http://www.gopetition.com/petitions/1000000-rakyat-malaysia-sokong-comango-pengkhianat-negara.html

    Ayuh saudara2 Muslim di Malaysia, marilah menyatakan sokongan kepada petition Sejuta Ummah Tolak COMANGO.

    Sebarkan perkara ini kepada rakan2 Muslim Malaysia yg lain, menerusi Whatsup, Facebook, Tweeter, SMS, e-mail dan lain2 medium.

    Sejuta Ummah Tolak COMANGO

  3. kulaan says:

    Soalan cepu emas. Kenapa kerajaan tak ambil tindakan penahanan aktivis mereka di malaysia?Awat lembik sangat?

    • bangKano says:

      kulaan…masaalah nya penguat kuasa sukar nak dapat kan bukti & eviden nak mendakwa kulprit haprak dongga ni….nak guna kan Akta Hasutan dll memang payah.Kalo la ISA tak di mansukh kan dah lama polis sumbat depa ni dalam Pusat Tahanan Kemunting dll.

      Ni la betapa licik nya puak puak baruah Paria Rembat ni nak menghura hara kan negagha keghana depa tau sistem perundangan kita memang banyak lompang untuk di tembusi…tu sebab depa naik tocang sementelah plak pemimpin melayu terutama UMNO memang lughus bendoi memanjang…tak paham paham tang agenda tersembunyi puak hampeh paria paria ni.

      • WTF says:

        Setuju dgn saudara bangkano

        UMNO perlu sedar, golongan FUCKUTAN ni tak sama dgn UMNO.

        FUCKUTAN sangat agtresif, tak pernah hormat pada undang2 Malaysia, dan FUCKUTAN setuju bahawa Matlamat (pegang kuasa) menghalalkan cara (tak kira samada it is morally correct atau[un tidak)

        UMNO underestimate the GREED (Sikap TAMAK) oleh puak2 FUCKUTAN ni!!!

  4. Jambol says:

    Orang-orang Melayu hanya boleh membantah dan membuat laporan Polis saja.

    Orang=orang PAS dan PKR rajin membuat perhimpunan haram.

    Orang-orang Cina rajin membuat duit dan membodoh-bodohkan Melayu. Orang-orang Melayu dalam PAS dan PKR sokong DAP membodohkan Melayu………sebab Najib dan UMNO dah lembik.

Leave a Reply

Threesome