Menu Utama

Caj 50 Sen Untuk Proses Cek Tidak Masuk Akal! Ini Bukan Kali Pertama Bank Negara Tidur

Tindakan pihak Persatuan Bank-bank komersial Malaysia mengenakan caj 50 sen untuk setiap cek yang dikeluarkan adalah tidak masuk akal dan bersikap mencari keuntungan mudah. Soalnya di sini bukan bayaran tersebut kecil atau besar. Soalnya mengapa ia perlu dikenakan? Bank telah meraih keuntungan melalui simpanan syarikat dan individu. Bank telah mengambil kos percetakan cek. Jadi mengapa perlu dikenakan caj pemperosesan lagi?

Pihak bank telah pun mengenakan caj ke atas buku cek sebanyak RM 15 sebuah. Apa lagi yang perlu dikenakan caj pemprosesan?

Alasan kononnya untuk menggalakkan perbankan internet sangat tidak masuk akal. Adalah hak syarikat atau individu untuk menggunakan kaedah yang sesuai dengan keperluan mereka.

Kos perbankan internet komersial juga bukan murah. Ada bank mengenakan caj sehingga RM 100 sebulan untuk perbankan internet.

Bagaimana pula dengan koperasi-koperasi di seluruh negara yang tidak dibenarkan membuka akaun internet oleh bank?

Walaupun banyak hujahan boleh dikemuka dan diulas, isu utama di sini mengapa caj ini perlu dikenakan sedangkan ia boleh sahaja diberi percuma sebelum ini? Dan mengapa Bank Negara membisu?

Dahulu persatuan yang sama cuba mengenakan caj setiap transaksi di Mesin ATM. Bank Negara membisu juga sehinggalah rakyat mula bising dan Bank Negara masuk campur.

Bank Negara harus membuat keputusan sama ada mereka mahu menjadi “pengawal sistem kewangan negara” yang adil kepada pengguna atau sekadar menjadi Syerif ala koboi untuk Bank-Bank di negara ini.

Sehingga kini, Bank Negara lebih mementingkan Bank-bank komersial berbanding pengguna dan rakyat.

KUALA LUMPUR: Persatuan Bank-Bank di Malaysia (ABM) mengingatkan orang ramai bahawa bank-bank komersial akan mengenakan bayaran pemprosesan cek sebanyak 50 sen ke atas pengeluar cek atau penunai cek, berkuat kuasa 1 April, 2014.

Justeru itu, pengeluar atau penunai cek diingatkan supaya memastikan wang dalam akaun mereka mencukupi untuk menampung bayaran pemprosesan cek, kata persatuan itu dalam satu kenyataan Khamis.

“ABM dan bank-bank anggota kami menyokong penuh agenda nasional bagi perpindahan ke bayaran elektronik (e-pembayaran) dan ingin menggalakkan orang ramai menggunakan e-pembayaran yang merupakan kaedah pemindahan wang dan membuat pembayaran yang cepat, termampu dan mudah,” katanya.

Satu siri jelajah ke seluruh negara dan hari terbuka untuk memperkenalkan e-pembayaran, khususnya GIRO Antara Bank, telah diadakan sejak Oktober 2013 dan akan diteruskan hingga Mac 2014.

Siri jelajah itu dianjurkan bersama oleh Bank Negara Malaysia, Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia dan ABM.

Bagi penjelasan lebih lanjut, ABM telah mengeluarkan garis panduan kepada orang ramai tentang cara bayaran pemprosesan cek itu dikenakan.

Garis panduan itu boleh didapati di laman sesawang ABM, www.abm.org.my. – BERNAMA






2 Komen to Caj 50 Sen Untuk Proses Cek Tidak Masuk Akal! Ini Bukan Kali Pertama Bank Negara Tidur

  1. feed n kill says:

    Zetty kena letak jawatan!!!

  2. bangKano says:

    Memang dasaq bank ni mencekik darah pengguna…amalan kapatalis la kata ka. Patut la bank bila istihar kan keuntungan setiap tahun mencecah berbilion ringgit semua tu di rembat dari wang pendeposit & pelanggan …sampai kan cek dividen pelaboran yang di deposit kan ke akaun pengguna pun bank caj RM2.50 sebagai caj perhidmatan kunun. Pernah berlaku ada pelabor terima dividen cuma Rm2.50 bila bank deposit melalui e-Divident ke akaun pelabor dah terhutang 0.50 sen pasai caj perkhidmatan tak masuk akal tu…dah la dividen hangus terhutang lagi. Betoi betoi kapitalis ni membunuh para pendeposit. Kejam…kejam…kejam. Pihak pengawal selia sistem pembiayaan plak macam dah kena picit teloq depa ikut semua kehendak bank kapitalis ni…jangan jangan bos kawal selia ni dah kena beri makan bersuap kot tu sebab depa dok sengap pasai perut dah memboyot kekenyangan tunggu masa nak lena berdengkoq keluaq kan ayaq liok basi.

    Krohhhh…krohhh….krohhh…..!!!

Leave a Reply